Peristiwa

Tuesday, December 6, 2011

Sejarah 1 Bahagian B:Tamadun Islam

Mulai sesi 2012, blog ini akan memuatkan sukatan pelajaran bagi Sejarah kertas 1 Bahagian B Tamadun Islam. Diingatkan sekali lagi kepada para pelajar dan pembaca supaya mendaftar dengan mediafire.com (percuma) untuk memuat turun bahan dalam bentuk power point. Sila ikuti arahan mediafire.com sehingga selesai. Pelajar bukan sahaja boleh memuat turun bahan secara percuma malah boleh memuat naik juga. Bahan ini sangat membantu guru-guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Guru boleh mengubah suai kandungan bahan tersebut.






Wednesday, November 16, 2011

PERINGATAN TERAKHIR KEPADA SEMUA CALON STPM 2011

"Merancang perjalanan sebelum berjalan,langkah seribu bermula dengan langkah yang satu, berfikir sejenak sebelum bertindak" itulah peringatan cikgu kepada semua pelajar Berikut cikgu perturunkan semula tip-tip bagi menjawab soalan peperiksaan khususnya Sejarah Kertas 1 dan 2.

Langkah 1
Sebaik duduk dibangku peperiksaan, tenang dan mulakan dengan doa kepada Allah supaya dipermudah usaha, diingatkan yang lupa, dilancarkan menjawab soalan.

Langkah 2
Baca semua soalan terlebih dahulu dan tandakan soalan-soalan yang mudah, yang boleh dijawab.

Langkah 3
Buat Rangka Jawapan meliputi Pengenalan, Isi-Isi Penting dan Penutup. Pastikan anda menjawab kata kerja soalan (Bincangkan...
Huraikan...Bandingkan...dan sebagainya)

Langkah 4
Pengenalan- Baca soalan, adakah pengenalan memerlukan anda memberi definisi atau latarbelakang. Jangan lupa 1 perenggan sahaja.

Langkah 5
Bahagian Isi-Isi Penting- Sila susun isi jawapan mengikut keutamaan dan perkaitan. 1 Perenggan 1 Isi. Ayat pertama adalah isi utama. Jangan lupa dan takut untuk mengariskan isi utama. Markah tidak akan ditolak jika salah garis isi utama, anda telah membantu meringankan tugas pemeriksa.

Langkah 6
Penutup-Beri pandangan anda tentang soalan , perlukah anda membuat kesimpulan, penegasan dan sebagainya. Ringkas tetapi padat. Jangan tambah isi lagi.

Langkah 7
Peringatan Umum - Satu soalan hanya 45 minit, 5 minit untuk rangka jawapan dan 40 minit untuk menjawab soalan. Jangan sesekali tidak menjawab bahagian Pengenalan dan Penutup. Setelah selesai baca semula jawapan anda dan susun jawapan mengikut urutan. Jangan lupa menulis no soalan.

SELAMAT MAJU JAYA

Tuesday, November 8, 2011

Soalan-Soalan Percubaan Negeri-Negeri

Selamat menduduki peperiksaan STPM kepada semua pelajar SMKKS. Cikgu doakan semoga dapat menjawab dengan tenang. Berbanding dengan Sejarah Kertas 2 yang mempunyai masa untuk ulangkaji, Sejarah Kertas 1 adalah cabaran besar bagi pelajar kerana sehari sebelumnya dalah Pengajian Perniagaan 1 dan Bahasa Malaysia 2, ini tentu menyukarkan pelajar membuat ulangkaji mencukupi kecuali bagi yang telah bersedia dari awal. Pelajar harus skor untuk Kertas 2 kerana mempunyai masa ulangkaji yang agak panjang. Bersama ini cikgu senaraikan kertas-kertas soalan negeri-negeri untuk dimanfaatkan oleh pelajar:

A.Kertas 1
1.Sejarah Kertas 1 Negeri Kedah http://www.mediafire.com/?kapiq70a74xs6th
2.Sejarah Kertas 1 Negeri Sembilan http://www.mediafire.com/?j2avt92ddbw24mv
3.Sejarah Kertas 1 Negeri Melaka http://www.mediafire.com/?dwvdts5c7dxm7w1
4.Sejarah Kertas 1 Negeri Johor http://www.mediafire.com/?twc4uwg6yr72otw
5.Sejarah Kertas 1 Negeri Pahang http://www.mediafire.com/?7opg9op1il0xs5u
6.Sejarah Kertas 1 Negeri Perak http://www.mediafire.com/?99z17dw4ca9476a
7.Sejarah Kertas 1 Negeri Perlis http://www.mediafire.com/?dl1hd7hsdzdsde4

Sebahagian jawapan soalan tahun lepas, maaf le tak habis.....
1.http://www.mediafire.com/?ndj3zdav10c4qna
2.http://www.mediafire.com/?e73we3i8clv3o3b

bismillahirrahmanirrahiim..
ya Allah ya tuhanku,kau berikanlah kemudahan dan kelancaran kepada semua anak murid ku ketika menjawab soalan dalam STPM 2011 yang bermula dari 21 november 2011 hingga 14 disember 2011 ini..permudahkanlah setiap yang sukar dalam peperiksaan serta kembalikan ingatannya kepada apa yang telah dipelajarinya ketika dia mulai lupa..berikanlah kejayaan kepadanya dan berikanlah keputusan yang cemerlang kepadanya..amin.."

Friday, September 30, 2011

Bab 27 Seni Bina

Bab 27 – Seni Bina


27.1 Seni Bina Tamadun Mesopotamia
• Penggunaan batu-batu bakar
• Binaan pintu gerbang melengkung
• Tembok-tembok besar dan pintu-pintu masuk
• Pembinaan kekubah
• Sangga primitif
• Ziggurat
• Taman Tergantung Babylon
• Patung-patung perhiasan dan ukiran timbul
• Membina tembok sekeliling bandar



27.2 Seni Bina Tamadun Mesir
►Piramid
• Piramid khufu


►Sphinx
• Sphinx di Gaza


►Rumah-rumah Ibadat (Berhala)
• Raja Pepi I
• Ratu Hepshepsut






27.3 Seni Bina Tamadun India
► Seni Bina Zaman Mohenjo-Daro dan Harappa
• Ruang lapang antara rumah
• Rumah dibina secara terancang
• Sistem perancangan pembuangan air dan pembinaan longkang
• Menggunakan batu-bata dengan saiz yang sama
• Bilik mandi dan tempat mandi awam
• The Greath Bath




►Seni bina Zaman Asoka
• Stupa
• Pembinaan kuil-kuil Buddha
• Tiang-tiang batu dengan nama pemerintah
• Ukiran patung dan ukiran pada pintu masuk gerbang gua
• Rumah dibina secara terancang



27.4 Seni Bina Tamadun China
• Kerja-kerja pengairan dan pengawalan banjir
• Tembok Besar China



27.5 Seni Bina Tamadun Yunani
• Rumah-rumah ibadat dan Acropolis
• Parthenon
• Doric, Ionis dan Corinthian
• Hiasan di tiang bangunan serambi rumah berhala Erechteum
• Kuil berbentuk segiempat bujur,mengandungi bilik utama dan
bilik tambahan



27.6 Seni Bina Tamadun Rom
• Meniru bentuk arca orang Etruscan
• Mencipta konkrit dari batu-bata
• Binaan pintu gerbang, bumbung melengkung, arked, kubah, tiang,
bangunan bandaraya,tempat mandi awam, arca dan lain-lain.
• Adequet
• Colosseum
• Circus Maximum
• Parthenon
• Caracalla
• Kuil untuk Dewa Apollo



27.7 Seni Bina Tamadun Arab
• Sad Maarib
• Kuil-kuil agama untuk Tuhan Bulan dan Tuhan Matahari
• Benteng-benteng pertahanan yang hebat dan kukuh
• Istana-istana yang besar dan indah
• Bangunan-bangunan yang indah dan tinggi
• Rumah berhala yang dibina dengan perancangan rapi
• Patung Syams
• Kedatangan Islam – Qubat al-Sakhra,Alhambra, Andalus, Istanbul,
Masjid Shah dan Taj Mahal
• Kecemerlangan seni bina Islam



27.8 Seni Bina Tamadun Alam Melayu
• Candi Borobodur
• Candi-candi di Kepulauan Jawa
• Angkor Wat di Kemboja
• Candi di Lembah Bujang, Candi Bukit Batu Pahat, dan Candi
Pendiat di Tanah Melayu.
• Pengaruh Islam di Nusantara – Reka bentuk masjid dan madrasah

Thursday, September 29, 2011

Bab 25: Seni Kesusteraan

http://www.mediafire.com/?b9ckuuh8vkhux12

Bab 25 – Seni Kesusasteraan



25.1 Konsep Kesenian
• Definisi kesenian
• Herbert Read
• Bidang kesenian
• Seni halus
• Seni gunaan
• Seni bina tamadun awal dunia
• Kesenian Zaman Rom
• Pandangan Sidi Gazalba
• Individualistik dan egoistis



25.2 Seni Kesusasteraan
►Kesusasteraan Mesopotamia
• Epik Gilgamesh



►Kesusasteraan Mesir
• Fasa awal
• Fasa pertengahan
• Fasa akhir


►Kesusasteraan Tamadun India
• Zaman Gupta
• Zaman Brahmana
• Kesusasteraan Samshita
• Samshita Rig Veda
• Samshita Atharva Veda
• Samshita Sama Veda
• Samshita Yajur Veda
• Kesusasteraan Epik
• Mahabharata
• Ramayana
• Smriti
• Purana
• Karya-karya Falsafah



►Kesusasteraan China
• Zaman Dinasti Chou
• Zaman Dinasti Song
• Zaman Dinasti Han
• Zaman Kerajaan Tang
• Zaman Dinasti Ming
• Zaman Kerajaan Ching



►Kesusasteraan Eropah
• Iliad dan Odyssey
• Kesusasteraan Yunani - drama
• Sophocles



►Kesusasteraan Rom
• Zaman Maharaja Augustus Caesar
• Phiny
• Seneca
• Cicero
• Horace
• Virgil
• Livy



►Kesusasteraan Arab
• Wujud sebelum kedatangan Islam
• Golongan penyair
• Penulisan prosa



►Kesusasteraan Melayu
• Sastera tradisional
- Cerita-cerita jenaka
- Cerita penglipur lara
- Cerita moral
• Puisi Melayu Tradisional
• Kesusasteraan Melayu Jawa
- Kesusasteraan Jawa Kuno
- Kesusasteraan Jawa Tengah
- Kesusasteraan Jawa Baru

Bab 30:Seni Drama

http://www.mediafire.com/?p9f522dsz27j83a

Bab 29: Seni Lukis

http://www.mediafire.com/?h335qyranq7ewps

Bab 29 – Seni Lukis


29.1 Seni Lukis Tamadun Mesir
• Lukisan warna terang
• Lukisan, lakaran, tulisan pada dinding rumah berhala dan bilik
mumia



29.2 Seni Lukis Tamadun India
• Lukisan purba di Gua Ajanta
• Zaman Gupta



29.3 Seni Lukis Tamadun China
►Seni Lukis Zaman Dinasti Tang
• Wu tao-zu atau Wu Daozi


►Seni Lukis Zaman Dinasti Song
• Landskap
• Lukisan burung dan bunga


►Seni Lukis Zaman Dinasti Ming
• Sekolah lukisan








29.4 Seni Lukis Tamadun Eropah
►Seni Lukis Tamadun Yunani
• Orang Crete

►Seni Lukis Tamadun Rom
• Dipengaruhi unsur-unsur keagamaan
• Giotto di Bondone
• Leonardo da Vinci
• Raphael
• Michaelangelo

Bab 26 Seni Muzik

Bab 26 – Seni Muzik


26.1 Seni Muzik Tamadun Mesopotamia
• Galakan oleh pemerintah
• Tarian dan muzik
• Gendang
• Timbel
• Trompet
• Sistrum
• Seruling
• Harp dan lyre


26.2 Seni Muzik Tamadun Mesir
• Bentuk seni yang suci
• Alat muzik harp
• Alat muzik dalam tamadun purba
• Trompet
• Kumpulan koir
• Orkestra
• Menggembirakan Tuhan dan manusia
• Menghalang kuasa jahat



26.3 Seni Muzik Tamadun Arab
• Peranan penting dalam kehidupan seharian
• Nasab, sinad, hazaj
• Kedudukan istimewa
• Al-Farabi
• Al-Kindi
• rebec
• Mencipta piano
• Sekolah-sekolah muzik dan buku-buku muzik
26.4 Seni Muzik Tamadun Eropah
• Tamadun Byzantine
• Theophilus
• Pengenalan organ
• Plain chant
• Renaissance
• Drama
• Istana Burgundy
• Gabungan irama muzik



26.5 Seni Muzik Tamadun Melayu
• Pengaruh unsur Hindu
• Wayang kulit
• Hiburan dan ritual
• Epik Mahabhrata dan Ramayana
• Wayang purwa
• Irama gendang
• Nyanyian berbentuk qasidah, nazam, ghazal,
berzanji,marhaban dan dabus

Bab 28 Seni Ukir

Bab 28 – Seni Ukir



28.1 Seni Ukir Tamadun Mesopotamia
• Dikuasai Orang Sumeria



28.2 Seni Ukir Tamadun Mesir
• Kuil, piramid, sphinx, tiang-tiang batu besar



28.3 Seni Ukir Tamadun India
• Bermula sejak Zaman Pra Arya
• Zaman Maurya



28.4 Seni Ukir Tamadun China
• Dinasti Shang
• Dinasti Tang


28.5 Seni Ukir Tamadun Yunani
• Phidias
• Scopas
• Praxiteles
• Myron


28.6 Seni Ukir Tamadun Rom
• Zaman Graeco-Rom

Wednesday, September 28, 2011

Bab 24 Pencapaian dan sumbangan

Bab 24 – Pencapaian dan Sumbangan


24.1 Pelayaran Bangsa Arab
• Melahirkan tokoh-tokoh pelayaran hebat
• Ibnu Battutah
- menjadi asas kepada pelayar-pelayar
- siri pengembaraannnya menjadi garis panduan
• Vasco Da Gama
• Penjajahan politik
• Dasar kolonialisme
• Pakar kaji bintang



24.2 Astronomi
• Tamadun Arab
• Sumbangan penting kepada perkembangan ilmu
• Bintang-bintang jadi pedoman
• Dapat mengetahui arah yang betul
• Mengetahui pertukaran musim
• Memuncak pada zaman Abbasiyah
• Kemajuan intelektual


24.3 Geografi
• Buku Geographical Guide
• Buku Peripplus of the Erythrean Sea
• Kajian Geografi Kemanusiaan
• Ekspedisi Iskandar Zulkarnain
• Eratosthenes

Monday, August 22, 2011

Kerja Rumah Terancang 6 Rendah

Arahan:
1.Muat turun bahan
2.Tanda tangan anda dan ibu bapa selepas buat
3.Cetak dan hantar pada 5 Sept 2011

http://www.mediafire.com/?wq4cphmp8uwej4d




Selamat Menyambut Hari Raya
dari Cikgu sekeluarga

Kerja Rumah Terancang 6 Atas

Arahan:
1.Download dan lengkapkan
2.Tandatangan anda dan ibu bapa
3.Cetak dan hantar
http://www.mediafire.com/?wr3bqb3awyquct6


Maaf Zahir dan Batin Buat Anak Murid Tersayang
STPM hanya sekali,
Beraya berkali-kali selagi belum mati,
Buatlah kerja tak merugikan diri.

Sunday, August 7, 2011

Bab 23: Tokoh-tokoh pelayaran

klik untuk nota http://www.mediafire.com/?79z0tjth9338hzi

Tokoh-Tokoh Cina

Fa Hshien


Hsuan Tsang


Laksmana Cheng HO


I-Ching




Tokoh Arab


AL-Masudi


Ibnu Batutah




Tokoh Eropah





PYTHEAS






MARCO POLO


CHRISTOPHER COLUMBUS




FERDINAND MANGGELAN



Peta pelayaran Ferdinand Manggellen



VASCO DA GAMA
Bab 23 – Tokoh-Tokoh Pelayaran



23.1 China
►Chang Chien

►Fa Hsien

►Hsuan Tsang

►I-Ching

►Cheng Ho



23.2 Arab
►Ibnu Battutah
• Catatan Perjalanan Ibnu Battutah

►Al-Masudi



23.3 Eropah
►Syclax

►Pytheas

►Marco Polo

►Christopher Columbus

►Vasco Da Gama

►Ferdinand Magellan

Bab 22: Asal-Usul dan Matlamat Penjelajahan dan Penerokaan

http://www.mediafire.com/?alw46jf58wdkium

Bab 22 – Asal-Usul dan Matlamat Penjelajahan
Dan Penerokaan


22.1 Mesir
• Hanno
• Ratu Hatshepsut – Mendapatkan getah harum, dupa, kemeyan
• Raja Necho II – menyelidik dan menentukan saiz kawasan
• Pengetahuan luas terhadap ilmu


22.2 China
• Pembuatan dan penciptaan
• Maharaja Kublai Khan
• Maharaja Yung Lo
- Meluaskan pengaruh
- Meluaskan perdagangan
- Mendapatkan sokongan



22.3 Arab
• Sejak zaman jahiliah terlibat dalam aktiviti penjelajahan dan
penerokaan
• Sifat ingin tahu
• Pengembaraan Ibn Battutah


22.4 Eropah
• Pelayaran pertama oleh orang Yunani
• Jason dan Ulysses
• Iskandar Zulkarnain
• Perang Salib
• Kemunculan negara-negara bangsa yang pesat
• Venice – Pusat perdagangan
• Laluan laut dan darat yang baru


22.5 Melayu
• Perpindahan dari utara Indo-China
• Berjaya ke Madagaskar dan Afrika Selatan

• Sebelum kedatangan Islam
- Matlamat untuk mencari rezeki
- Ilmu pertahanan diri

• Setelah kedatangan Islam
- Mendalami ilmu Islam
- Mencari ilmu Ukhrawi
- Menunaikan haji
- Menimba ilmu

Wednesday, August 3, 2011

Bab 21: Penjelajahan dan Penerokaan






http://www.mediafire.com/?bgloj3gg97nob55

Bab 21 – Kepentingan Penjelajahan dan
Penerokaan


21.1 Kepentingan Penjelajahan dan Penerokaan
► Ekonomi
• Pedagang Phoenicia – contoh terbaik
• Benua Eropah
- Pembekalan barang yang tidak menentu
- Keperluan rempah
• Orang Sepanyol
- Al-Derido
- Mendapatkan kekayaan
• Orang Belanda
- Merebut perdagangan rempah
- Hilang punca pendapatan


► Agama
• Paderi-paderi Iceland
• Memecahkan monopoli
• Columbus
• Ingin menguasai Palestine
• Perang Salib

► Politik
• Meluaskan empayar
• Mempertingkatkan kedudukan
• Memonopoli ekonomi perdagangan rempah
• Mendapatkan rempah
• Mendapatkan penghormatan
• Mencari kawasan baru
• Menjalin persahabatan

Wednesday, July 27, 2011

Bab 20: Perkembangan dan Sumbangan Ilmu

http://www.mediafire.com/?7okr5sk9vbon1go

Bab 20 – Perkembangan dan Sumber Ilmu



20.1 Ilmu Undang-undang
►Ilmu Undang-undang di Mesopotamia
• Kanun Undang-undang Hammurabi
• Mahkamah Majistret, Mahkamah Hakim dan Mahkamah
Ulang Bicara



►Ilmu Undang-undang di Mesir
• Hak pemilikan harta benda, sistem perwarisan, banci
penduduk, percukaian
• Hukuman denda, hukuman rotan dan memotong anggota
badan
• Mahkamah Agung dan Mahkamah Wazir
• Kenbet



►Ilmu Undang-undang di India
• Dharma Sutra
• Dharma Sastra
• Danda



►Ilmu Undang-undang di China
• Zaman feudalisme
• Undang-undang bertulis terawal
• Undang-undang jenayah dan hukuman




►Ilmu Undang-undang Yunani
• Dewan perhimpunan, Majlis
• Majistret dan juri
• The Republic
• Solon



►Ilmu Undang-undang di Rom
• Undang-undang Papan Dua Belas
• Struktur Undang-undang Rom
• Kod Undang-undang Rom atau Kanun Justinian



►Ilmu Undang-undang di Alam Melayu
• Sebelum kedatangan Islam
• Selepas kedatangan Islam



20.2 Ilmu Astronomi
►Ilmu Astronomi di Mesopotamia
• Lambang 12 bintang
• Kalendar lunar
• Jam matahari
• Clipsydra



►Ilmu Astronomi di Mesir
• Kalendar 365 hari setahun
• Sistem kiraan 24 jam sehari
• Jam yang menggunakan bayangan matahari dan air
• Tempoh pusingan kejadian banjir di Sungai Nil
• Penetapan tiga musim
• Sistem kalendar lunar



►Ilmu Astronomi di China
• Pengaruh Tamadun Babylon
• Dinasti Han
- Jam matahari
• Astronomi China
►Ilmu Astronomi di Tanah Arab
• Al-Sufi
• Fakhr al-Din
• Falak
• Al-Khawarizmi
• Al-Battani
• Abdul Rahman al-Sufi
• Al-Biruni
• Nasirudin



►Ilmu Astronomi di Yunani
• Almagest



►Ilmu Astronomi di Eropah
• Alfonso the Wise
• Nicholas Cusa dan George Peuerbach
• Nicholas Copernicus
• Tycho Brahe
• Giordano Bruno
• Galelio Galilei




20.3 Ilmu Perubatan
►Ilmu Perubatan di Mesopotamia
• Kombinasi unsur-unsur magis, preskripsi dan pembedahan
• Bermula pada Zaman Babylon Lama
• Kod Hammurabi



►Ilmu Perubatan di Mesir
• Thoth dan Imhotep
• Homer
• Mumia
• Opium




►Ilmu Perubatan di Yunani
• Hippocrates
- Sumpah Hippocrates
- Bapa Perubatan
- Bapa Anatomi
• Herophilus
• Galen



►Ilmu Perubatan di China
• Akupuntur
• Materia medica
• Moksibusi



►Ilmu Perubatan di Tanah Arab
• Peranan Khalifah Harun al-Rasyid
• Al-Razi
• Ibnu Sina
- Al-Qanun fial Tibb (Canon of Medicine)



►Ilmu Perubatan di Alam Melayu
• Sistem perubatan tradisional
• Penggunaan ayat-ayat suci al-Quran



20.4 Ilmu Matematik
►Ilmu Matematik di Mesopotamia
• Table text
• Problem text



►Ilmu Matematik di Mesir
• Matematik dan geometri
• Heiroglif
• Heraktik dan demotik



►Ilmu Matematik di India
• Zaman Gupta
• Aryabhata
• Varamahira
• Sidhara
• Mahavira
• Sistem Brahmi
• Angka Kharosti



►Ilmu Matematik di China
• Chou Pei Suan King
• Kaedah membilang
• Chin Chiu Shao
• Siri matematik, pilih atur dan gabungan



►Ilmu Matematik di Arab
• Ramai sarjana Matematik
- Al-Khawarizmi
- Ibnu Khaldun
- Umar Khayyam
• Pelopor matematik trigonometri - Al-Battani



►Ilmu Matematik di Yunani
• Thales - Tujuh Cendekiawan Yunani
• Pythagoras
• Archimedes
• Hipparchus
• Euclid



20.5 Ilmu Falsafah
►Ilmu Falsafah Mesopotamia
• Mitos
- The Creation of the Pickax
• Epik Gilgamesh



►Ilmu Falsafah Mesir
• Khekhepperre-soneh - ahli falsafah Mesir yang terawal
• Zaman Awal
- Maxims of Ptahhotep
• Zaman Kerajaan Pertengahan
- Song of the Harp-Player
• Plea of the Eloquent Peasant


►Ilmu Falsafah India
• Veda
• Upanishad
• Epik-epik dan Bhagavad Gita
• 8 peringkat Latihan Yoga
• Sekolah Falsafah Nyanya
• Sekolah Falsafah Vaisesika
• Sekolah Falsafah Mimamsa
• Sekolah Falsafah Vedanta


►Ilmu Falsafah China
• Confucianisme
• Taoisme
• Mozi
• Legalisme


►Ilmu Falsafah Arab
• Ibnu Khaldun
• Al-Ghazali
• Ibnu Sina


►Ilmu Falsafah Yunani
• Socrates
• Plato
• Aristotle


►Ilmu Falsafah Zaman Greaco-Roman
• Cynicism
• Stoicism
• Epicureanism


►Ilmu Falsafah Rom
• Marcus Tullius Cicero



►Ilmu Falsafah Zaman Kemuncak Pertengahan
• St. Thomas Aquinas
• Marsilio Padua



►Ilmu Falsafah Moden
• Niccolo Machiavelli
• Desiderius Eramus
• Thomas More


►Falsafah di Alam Melayu
• Unsur falsafah dalam karya Jawa Kuno
• Pendapat Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas - Ilmu
Tasawuf
• Tokoh-tokoh ilmu tasawuf

Bab 19: Sumber Ilmu

http://www.mediafire.com/?4s16g6ncvpanblk

Bab 19 – Sumber Ilmu


19.1 Aliran Empirikal
• Empirikal
- Demokritos
- John Locke
- Agustus Comte



19.2 Aliran Rasionalisme
►Aristotle


►Rene Descartes


►Baruch Spinoza


►Gottfried Wilhelm Leibniz



19.3 Aliran Teologi
• Didukung oleh tokoh-tokoh Islam
• Wahyu
• Empirikal dan rasional

Wednesday, July 20, 2011

Bab 19: Sumber Ilmu

Tujuan pembelajaran anda adalah:
1.Membincangan pendapat aliran empirikal tentang sumber ilmu
2.Menghurai pendapat dan aliran rasionalisme tentang sumber ilmu
3.Menjalaskan pendapat aliran teologi tentang sumber ilmu

http://www.mediafire.com/?4s16g6ncvpanblk

Bab 18 – Konsep Ilmu



18.1 Konsep Ilmu
• Franz Rosenthal
• Fadzullah Haji Shuib
• Syed Naquib al-Attas
• Masyarakat China



►Pendapat Ahli-ahli Falsafah Yunani Tentang Ilmu
• Pythagoras
• Socrates
• Plato
• Aristotle



►Pendapat Ahli-ahli Falsafah Rom Tentang Ilmu
• Zeno
• Stoicism



►Pendapat Ahli-ahli Falsafah China Tentang Ilmu
• Confucius
• Mencius / Meng-tze
• Hsun-tzu
• Laozi






►Pendapat Ahli-ahli Agama Tentang Ilmu
• Siddharta Gautama Buddha
• Martin Luther
• Imam al-Ghazali



►Pendapat Golongan Sekular Tentang Ilmu
• Francis Bacon
• John Amos Comenius
• John Locke
• Jean Jacques Rousseau

Bab 18: Konsep Ilmu

Anda harus menguasai konsep ilmu dan pendapat ahli falsafah, ahli agama dan golongan sekular tentang ilmu

http://www.mediafire.com/?4s16g6ncvpanblk

Bab 17: Kurikulum Pendidikan

Objektif pembelajaran anda adalah:
1.Membincang,menjelas kurikulum pendidikan yang terdapat di Mesir,Mesopotamia,India,China ,Athens dan Sparta, Eropah dan Alam Melayu

http://www.mediafire.com/?455lpzsmoux0md5

Bab 17 – Kurikulum Pendidikan



17.1 Kurikulum Pendidikan Mesir
• Manghafal huruf
• Menyalin teks
• Bidang sastera
• Pelbagai kurikulum



17.2 Kurikulum Pendidikan Mesopotamia
• Saintifik
• Sastera kreatif
• Zaman pemerintahan Hammurabi



17.3 Kurikulum Pendidikan India
• Golongan Bhramin
• Golongan Khastrya
• Golongan Vaisya
• Tatabahasa
• Astronomi dan Biologi
• Sistem pelajaran secara hafal



17.4 Kurikulum Pendidikan China
• Dinasti Shang
• Confucius





17.5 Kurikulum Pendidikan Athens dan Sparta
• Athens
- Muzik dan gimnastik
- Peringkat menengah
• Sparta
- Aspek latihan fizikal
- Ilmu peperangan
- Pengunaan senjata



17.6 Kurikulum Pendidikan Eropah
• Zaman Rom Awal
• Zaman Renaissance
• Zaman Reformation



17.7 Kurikulum Pendidikan Melayu
• Pendidikan tidak rasmi
• Pendidikan agama

Bab 16: Institusi Pendidikan

Anda harus boleh membincang,menjelas dan menghurai institusi pendidikan di Mesir, India, Arab, Rom dan Alam Melayu

http://www.mediafire.com/?rbp7v7ri9if714n

Bab 16 – Institusi Pendidikan



16.1 Institusi Pendidikan Mesir
• Pihak istana
• Rumah ibadat
• Rumah kehidupan
• Musion
• Pendidikan peringkat rendah
• Golongan bangsawan



16.2 Institusi Pendidikan Sumeria
• Edubba
• Perpustakaan



16.3 Institusi Pendidikan India
• Brahmana
• Keagamaan
• Veda
• Golongan raja
• Matha
• Orang Indo-Arya
• Zaman pertengahan



16.4 Institusi Pendidikan China
• Sistem persekolahan
• Sistem peperiksaan
• Dinasti Tang
• Sistem Peperiksaan Awam
- Peringkat daerah
- Peringkat wilayah
- Metropolitan



16.5 Institusi Pendidikan Arab
• Khutab
• Pendidikan peringkat rendah
• Rumah-rumah ulama
• Peranan kerajaan
• Perpustakaan awam



16.6 Institusi Pendidikan Athens dan Sparta
• Athens
- Pemerintahan Solon
- Academy
• Sparta
- Institusi pendidikan pertama - keluarga



16.7 Institusi Pendidikan Rom
• Institusi pendidikan pertama-keluarga
• Sekolah-sekolah pidato
• School Of The Druids



16.8 Institusi Pendidikan Melayu
• Pendidikan tidak rasmi
• Selepas Kedatangan Islam
- Sekolah pondok
- Istana
- Masjid

Bab 15: Dasar Pendidikan

Anda harus boleh menghuraikan difinisi dan dasar pendidikan yang terdapat di Mesir,Sumaria,India,China,Arab,Athens dan Sparta,Eropah dan Alam Melayu

http://www.mediafire.com/?ym5a2oxmki8lkof

Bab 14 Pembangunan Ekonomi

Masih dalam selengaraan

Bab 14 – Pembangunan Ekonomi



14.1 Pembangunan Ekonomi Mesopotamia
• Sistem Mata Wang
• Sistem Perbankan
• Zaman Babylon Lama



14.2 Pembangunan Ekonomi Mesir
• Perdagangan laut
• Perlantikan Canselor
• Pengenaan cukai
• Sistem wang perak
• Sistem ukuran Mata Horus
• Sistem ukuran Jar



14.3 Pembangunan Ekonomi Tamadun Arab
• Sebelum kedatangan Islam
• Selepas kedatangan Islam



14.4 Pembangunan Ekonomi Tamadun China
• Dinasti Han
• Dinasti Chou
• Dinasti Sui
• Dinasti Shang
• Dinasti Song
• Dinasti Chin
• Dinasti Tang

14.5 Pembangunan Ekonomi Tamadun India
• Organisasi perdagangan
• Pengunaan mata wang
• Pinjaman dan riba
• Pengenaan cukai
• Perdagangan maritim




14.6 Pembangunan Ekonomi Tamadun Eropah
• Zaman Graeco-Roman
• Selepas Zaman Gelap berakhir




14.6 Pembangunan Ekonomi Melayu
• Aktiviti ekonomi Tamadun Alam Melayu
• Kerajaan Kedah Tua
• Kerajaan Srivijaya
• Sistem barter
• Pengenalan mata wang
• Perdagangan maritim
• Kerajaan Melaka

Bab 13:Konsep dan Sistem Ekonomi

Anda harus boleh menghuraikan konsep dan sitem ekonomi tamadun awal manusia di Mesopotamia,Mesir,Arab,China,India dan Alam Melayu

Klik pautan ini untuk mendapat maklumat lanjut:
http://www.mediafire.com/?5wjqq2tbbob1w7f

Bab 13 – Konsep dan Sistem Ekonomi



13.1 Tafsiran Ekonomi
• Pengurusan rumah tangga
• Holton
• L. Robbins
• Adam Smith
• J.S. Mill



13.2 Konsep dan Sistem Ekonomi
• Zaman Mesolitik
• Zaman Neolitik
• Sistem barter
• Penciptaan wang
• Barangan hiasan dan ukiran
• Golongan kapitalis
• Sistem ekonomi Islam



13.3 Konsep dan Sistem Ekonomi Masyarakat Tamadun Mesopotamia
• Kegiatan Pertanian
• Ekonomi berbentuk feudal
• Zaman pemerintahan Chaldea
• Zaman Babylon Lama
• Zaman Pemerintahan Esarhaddun
• Zaman Pemerintahan Hammurabi





13.4 Konsep dan Sistem Ekonomi Tamadun Mesir
• Pertanian
• Pelbagai jenis tanaman
• Sistem Pengairan
• Perdagangan
• Zaman Dinasti Awal
• Zaman Kerajaan Lama



13.5 Konsep dan Sistem Ekonomi Tamadun Arab
• Golongan Badwi/Nomad
• Sebelum Kedatangan Islam
• Yaman
• Penduduk Hijaz
• Makkah
• Pasar Budaya
• Perdagangan di Makkah
• Perdagangan Laut
• Selepas kedatangan Islam



13.6 Konsep dan Sistem Ekonomi Tamadun China
• Pertanian
• Dinasti Shang
• Dinasti Chou
• Ch’engtu di Szechuan
• Aktiviti Seni
• Perdagangan Domestik
• Klasifikasi Penduduk
• Dinasti Chin
• Dinasti Han
• Kerajaan Wei
• Dinasti Tang
• Dinasti Ming
• Dinasti Ching








13.7 Konsep dan Sistem Ekonomi Tamadun India
• Zaman Tamadun Awal
• Zaman Vedik
• Zaman Pra-Maurya
• Zaman Maurya
• Zaman Asoka
• Zaman India Kuno
• Zaman India Awal



13.8 Konsep dan Sistem Ekonomi Eropah
• Ekonomi Masyarakat Tamadun Yunani
• Ekonomi Masyarakat Tamadun Rom
• Ekonomi Masyarakat Tamadun Barat Zaman Gelap (Pertengahan)
• Ekonomi Masyarakat Tamadun Barat Zaman Renaissance
• Ekonomi Masyarakat Tamadun Barat Zaman Reformasi



13.9 Konsep dan Sistem Ekonomi Tamadun Melayu
• Masyarakat Agraria
• Masyarakat Maritim
• Sistem Ekonomi Sara Diri
• Sistem Ekonomi Komersil

Tuesday, May 3, 2011

Bab 12 Pemikir Ketenteraan

http://www.mediafire.com/?cvucl1dhkrs9b1c







Bab 12 – Pemikir Ketenteraan



12.1 Pemikir Ketenteraan China
►Sun Tzu
• Buku Seni Ketenteraan
• Bab Pertama: Siasat Perang
• Bab Kedua: Melancarkan Peperangan
• Bab Ketiga: Strategi Menyerang
• Bab Keempat: Penempatan
• Bab Kelima: Situasi
• Bab Keenam: Kesempatan
• Bab Ketujuh: Muslihat Perang
• Bab Kelapan: Penyesuaian
• Bab Kesembilan: Perjalanan
• Bab Kesepuluh: Bentuk Muka Bumi
• Bab Kesebelas: Sembilan Keadaan
• Bab Kedua Belas: Pembakaran
• Bab Ketiga Belas: Pengintipan



12.2 Pemikir Ketenteraan India
►Kautilya
• Arthashastra
• Teori mandala


12.3 Pemikir Ketenteraan Eropah
►Niccolo Machiavelli
• The Prince
• Art of War

Bab 11: Organisasi Ketenteraan

http://www.mediafire.com/?waazr6ad8r1rbme

Bab 11 – Organisasi Ketenteraan


11.1 Organisasi Ketenteraan Mesir
• Zaman Lama
• Zaman Pertengahan
• Zaman Baru


11.2 Organisasi Ketenteraan Mesopotamia
• Zaman Hammurabi
• Zaman Nebuchadnezzar



11.3 Organisasi Ketenteraan India
• Empat kategori asas
• Epik Adi Parva-unit-unit tentera
• Tentera bergajah
• Kapal perang
• Zaman Kerajaan Moghul



11.4 Organisasi Ketenteraan China
• Kekuatan tentera
• Strategi peperangan
• Bekalan makanan
• Prinsip bumi hangus





11.5 Organisasi Ketenteraan Eropah
• Tentera Yunani
• Tentera Graeco-Roman
• Tentera Rom



11.6 Organisasi Ketenteraan Arab
• Zaman pra -Islam
• Zaman Nabi Muhammad SAW
• Zaman Khalifah Umar al-Khattab
• Kerajaan Bani Umaiyah
• Kerajaan Bani Abbasiyah
• Kerajaan Turki Uthmaniah
• Zaman Khalifah Ali



11.7 Organisasi Ketenteraan Alam Melayu
• Kerajaan Melaka
• Kerajaan Srivijaya
• Kerajaan Majapahit

Thursday, April 28, 2011

Ulangkaji Peperiksaan Penggal 1

Bahagian A.
Pelajar perlu memberi perhatian terhadap Tema 1 dan Tema 2.
Bagi Tema 1, beri tumpuan kepada:
1.sistem ekonomi dan politik tamadun Mesir,
2.perbandingan zaman paleolitik dengan Zaman Neolitik
3.kepentingan revolusi pertanian pada Zaman Neolitik
4.pengukuhkan empayar Rom pada Zaman Pax Roman
5.sistem pemerintahan yang berbentuk republic di Eropah Barat

Bahagian B
Pelajar akan diuji dalam hampir semua tema dalam bahagian ini. Fokus kajian hendaklah kepada;
1.konsep manusia mengikut pandangan islam dan Arab Jahiliyah
2.factor hijrah dan kesan-kesan
3.Perang Khandak.
4.Zakat pada zaman khulafa ar-rasyidin
5.Baitulmal dan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
6.kurikulum pendidikan yang zaman Nabi Muhammad s.a.w.
7.penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam
8.Konsep ketahanan dan pertahanan antara tamadun Islam dengan tamadun
Eropah?

* Pelajar harus memberi keutamaan keapda bahagian B

Selamat Maju Jaya

Monday, April 25, 2011

Bab 10 Asal-usul pertahanan

http://www.mediafire.com/?6awlx8gbsse3tr8





Bab 10 – Asal Usul Pertahanan Tamadun Dunia



10.1 Definisi Pertahanan
• Ketahanan
• Pertahanan
• Empat perkara asas
• Plato
• Aristotle
• Machiavelli


10.2 Asal-usul Pertahanan
► Ketahanan dan pertahanan Mesir
• Sungai Nil
• Golongan orang awam
• Golongan profesional
• Golongan artisan


► Ketahanan dan Pertahanan Mesopotamia
• Taktik perang
• Tiada sempadan
• Bekalan air
• Puak nomad
• Zaman Pemerintahan Hammurabi


► Ketahanan dan Pertahanan China
• Dinasti Shang
• Dinasti Chou
• Dinasti Tang
• Maharaja Shih Huang Ti


► Ketahanan dan Pertahanan India
• Raja
• Epik Mahabhrata
• Sukan Diraja
• Golongan Khastrya



► Ketahanan dan Pertahanan Arab
• Zaman pra-Islam
• Faktor asabiyah
• Zaman Islam



► Ketahanan dan Pertahanan Eropah
• Zaman Yunani
• Empayar Iskandar Zulkarnain
• Sparta
• Rom
• Zaman Gelap
• Zaman Moden


► Ketahanan dan Pertahanan Melayu
• Peperangan antarabangsa
• Peperangan antara negeri
• Peperangan dalam negeri
• Pemberontakan dalam negeri

Wednesday, April 13, 2011

Bab 9: Pentadbiran Pusat dan Wilayah

http://www.mediafire.com/?91y1f0ab83344r6

Bab 9 – Pentadbiran Pusat dan Wilayah




9.1 Pentadbiran Pusat dan Wilayah Mesopotamia
• Diketuai raja
• Dibantu pesuruhjaya, ketua penyelia dan jurutulis
• Zaman Kerajaan Ur
• Pemerintahan Sargon



9.2 Pentadbiran Pusat dan Wilayah Mesir
• Firaun
• Wazir, canselor, wizurai, pegawai-pegawai kerajaan, dan jabatan-jabatan
kerajaan.
• Gabenor
• Datuk Bandar



9.3 Pentadbiran Pusat dan Wilayah India
• Raja
• Majlis Menteri
• Agronomi
• Astynomi
• Nagarpati
• Wizurai
• Gabenor
• Penghulu
• Perisik
• Kerajaan Moghul
• Mansabdar
• Wakkil
• Wazzir
• Subahdar
• Kotwal
• Hakim (Kazi)



9.4 Pentadbiran Pusat dan Wilayah di China
• Pemerintahan Dinasti Chou - Sistem feudal
• Pemerintahan Dinasti Chin - Pemerintahan berpusat
• Pemerintahan Dinasti Han - Feudalisme



9.5 Pentadbiran Pusat dan Wilayah Arab
►Zaman Nabi Muhammad SAW
• Ketua Negara ialah Nabi Muhammad SAW
• Wilayah ditadbir oleh gabenor-gabenor
• Jawatan hakim
• Amil


►Zaman Khalifah al- Rasyidin
• Khalifah Abu Bakar
- Kehakiman dan Kewangan
- Kebajikan
- Kesetiausahaan
- Memiliki jabatan-jabatan
- Setiap wilayah ditadbir gabenor/ wali/ setiausaha

• Khalifah Umar
- Sistem pentadbiran tanah di wilayah yang ditakluki


►Zaman Kerajaan Bani Umaiyyah
- Warisan
- Jabatan Setiausaha Negara
- Beberapa jabatan dibentuk
- Jabatan Pengawal Khalifah
- Terdapat empat bahagian pentadbiran negara peringkat pusat
- Lima peringkat wilayah


►Zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah
- Khalifah – Perdana Menteri – Para Menteri
- Kementerian dibahagi kepada dua
- Jabatan setiausaha Negara
- Diwan
- Pemerintahan Wilayah berbentuk pusat
- Tiga bahagian utama pentadbiran negara



9.6 Pentadbiran Pusat dan Wilayah Graeco-Roman
- Augustus Caesar
- Tiga bahagian pentadbiran
- Pentadbiran munisipal



9.7 Pentadbiran Pusat dan Wilayah Di Alam Melayu
• Srivijaya
- Raja
- Jemaah Menteri
- Empat kumpulan anak raja
- Datu
- Parvanda
- Senapati

• Majapahit
- Tiga bahagian pentadbiran
- Rakryan, Arya, Dang Akaya
- Wardana
- Pakwan
- Buyut

• Melaka
- Pemerintahan beraja
- Sultan
- Dibantu 4 pembesar utama
- Sistem Pembesar Empat Lipatan
- Mandulika

Monday, March 28, 2011

Bab 8 Bentuk Pemerintahan

http://www.mediafire.com/?4rmj6xfx4xx9mph

Bab 8 – Bentuk Pemerintahan


8.1 Pembentukan Negara Bangsa
• Maksud negara bangsa
• Kemunculan Zaman Reformation
• Mazhab Katolik
• Mazhab Protestan
• Ciri-ciri kemunculan sesebuah negara bangsa



8.2 Bentuk Pemerintahan

►Pemerintahan Beraja
• .Mesir
- Raja digelar Firaun
- Di bawah Firaun – putera-putera raja
- Firaun dibantu bangsawan, gabenor dan pendeta
- Wazir
- Peranan raja di Mesir
- Pengiktirafan untuk wanita


• India
- Pemimpin utama dari kalangan pendeta
- Teokrasi
- Taittiriya Upanishad
- Maharaja
- Majlis Penasihat


• China
- Dinasti Shang – adik beradik
- Dinasti Chou – warisan
- Raja adalah ketua angkatan tentera
- Dinasti Chou mengamalkan sistem feudal
- Raja-raja Dinasti Chin mengawal pembesar melalui ikrar
- Raja Shih Huang Ti
- Dinasti Han – Confucius


• Alam Melayu
- Pentadbiran berasaskan campuran
- Raja berkuasa mutlak
- Srivijaya – Raja dianggap “Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau”
- Pentadbiran beraja
- Pentadbiran ketenteraan
- Pentadbiran daerah
- Kedatangan Islam mengubah konsep devaraja
- Konsep daulat



►Pemerintahan Republik di Yunani
• Athens
- Pada mulanya pemerintahan beraja
- Pemerintahan Oligarki
- Pemerintahan Tirani
- Pemerintahan Republik
- Dewan Perhimpunan
- Majlis
- Majistret
- Juri

►Pemerintahan Republik Rom
- Idea pemerintahan republik
- Sebelum pemerintahan republik, kerajaan Rom mengamalkan
pemerintahan beraja
- Raja Etruscan memerintah Rom lebih kurang 100 tahun
- Pada 509 SM, pemerintahan bercorak republik ditubuhkan

Bab 7 Pembentukan Empayar

Empayar manakah yang agung?
Siapa lebih hebat;

Julius Ceaser http://www.mediafire.com/?ppes94wgibw81dj
Augustus Ceasarhttp://www.mediafire.com/?552cev4tv7ae59b
Iskandar Zulkarnain http://www.mediafire.com/?vhtffpapa62nk8f
Asoka
Akhbar Agung

http://www.mediafire.com/?9k73gh4nhvt4z9h

Friday, March 11, 2011

Sunday, February 20, 2011

Bab 6:Pembentukan Negara Kota

http://www.mediafire.com/?a4rz97l3abybfu1

Pembinaan Piramid
Firman Allah yang bermaksud. Dan berkatakanlah Firaun:"Wahai kaumku,aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku.Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa , dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta" (al Qasas:38)

Thursday, February 17, 2011

Soalan-Soalan Ulangkaji Ujian Prograsif

a.Tamadun Dunia
1.Ciri-ciri tamadun dan faktor-faktor yang membina tamadun.
2.Faktor-faktor penyebab petempatan awal wujud dilembah sungai
3.Faktor yang membawa kemuncula bandar-bandar di Mesopotamia, Mesir dan India
4.Struktur Organisasi Cina dan India

b.Tamadun Islam
1.Mengapa sistem pemerintahan khalifah dikatakan sebagai satu sistem yang disyorkan islam.
2.Pencapaian dan sumbangan seni bina pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah
3.Peranan Islam dalam mempengaruhi organisasi sosial masyarakat Melayu Melaka.
4.Jelaskan perbezaan antara kesenian Cina tradisional dengan kesenian islam

Sunday, February 13, 2011

Bab 5: Agama dan Kepercayaa

http://www.mediafire.com/?n6svc3hzuqsulhh

Bab 5 – Kepercayaan dan Agama


5.1 Kepercayaan dan Agama Masyarakat Mesir
• Politeisme
• Memuja semangat tanaman dan binatang
• Percaya kehidupan semula
• Mengawet mayat



5.2 Kepercayaan dan Agama Masyarakat Mesopotamia
• Menyembah Tuhan yang dipercayai dapat melindungi negara kota
• Menganggap malapetaka adalah hukuman
• Tuhan utama ialah Enlil, Anu dan Enki
• Ziggurat
• Tidak percaya kehidupan selepas kematian
• Percaya roh akan berkeliaran



5.3 Kepercayaan dan Agama Masyarakat China
• Percaya alam adalah ketentuan Tuhan
• Tuhan utama Lembah Hwang Ho ialah Shang Ti
• Dewa Biji-bijian
• Memuja roh nenek moyang
• Agama Buddha
• Confucius
• Taoisme



5.4 Kepercayaan dan Agama Masyarakat India
• Percaya Tuhan bersifat ibu bapa
• Tuhan Ibu
• Proto Shiva
• Kolam pemandian
• Kedatangan orang Arya-kepercayaan baru
• Dua mazhab penting-Saivanisme dan Vaishnavisme
• Agama Buddha


5.5 Kepercayaan dan Agama Masyarakat Eropah
►Masyarakat Yunani
• Menyembah pelbagai dewa-dewi
• Tuhan Zeus dianggap bapa segala Tuhan
• Percaya bencana berpunca daripada sikap manusia
• Majlis agama

►Masyarakat Rom
• Dewa-dewi hampir sama dengan orang Yunani
• Menyembah juga dewa-dewi orang Yunani
• Memuja dewa dewi dikaitkan dengan bulan tertentu
• Agama Kristian



5.6 Kepercayaan dan Agama Masyarakat Arab
• Terbahagi kepada dua
• Kepercayaan beragama
- Menyembah berhala (Wathani)
- Menyembah api (Majusi)
- Nasrani (Kristian)
- Yahudi
- Hanif (mentauhidkan Allah S.W.T)
• Animisme
• Kedatangan Islam mengubah semua kepercayaan


5.7 Kepercayaan dan Agama Masyarakat Melayu
• Animisme
• Hindu-Buddha
• Agama Islam

Tuesday, January 25, 2011

Bab 4:Organisasi Sosial

Bab 4 Organisasi Sosial

untuk muat turun percuma sila klik http://www.mediafire.com/?56ed4qs752jkelp

Bab 4 – Organisasi Sosial


4.1 Organisasi Sosial Masyarakat Mesir
► Golongan atasan
• Firaun (Raja)
• Keluarga diraja

► Golongan menengah atas
• Golongan bangsawan, paderi

► Golongan menengah bawah
• Anggota tentera, pembantu raja (Royal Servant), tukang-tukang
mahir, petani

► Golongan bawahan
• Hamba


4.2 Organisasi Sosial Masyarakat Mesopotamia
► Golongan atasan
• Raja
• Golongan bangsawan

► Golongan menengah
• Golongan bangsawan, paderi

► Golongan menengah bawah
• Golongan profesional

► Golongan rendah
• Rakyat biasa dan hamba




4.3 Organisasi Sosial Masyarakat Yunani dan Rom
►Yunani
• Peer
• Perioeci
• Helot

► Rom

• Raja atau golongan bangsawan (patrician)
• Peniaga, artisan, petani-plebian
• Hamba



4.4 Organisasi Sosial Masyarakat India
► Di Lembah Sungai Indus
• Raja pendeta @ pendeta
• Pedagang
• Petani
• Buruh
• Hamba

► Setelah Arya memasuki India
• Brahmin
• Kshatrya (hulubalang)
• Vaisya (pedagang dan peniaga)
• Sudra



4.5 Organisasi Sosial Masyarakat China
• Raja
• Golongan bangsawan
• Petani
• Artisan dan pedagang
• Askar



4.6 Organisasi Sosial Masyarakat Arab (Zaman Jahiliah)
• Kaum bangsawan
• Golongan pertengahan
• Golongan hamba


4.7 Organisasi Sosial Masyarakat Melayu
►Golongan atasan
• Raja / sultan
• Kerabat diraja
• Pembesar
• Penghulu

►Golongan bawahan
• Rakyat biasa
• Hamba

Monday, January 24, 2011

Bab 3:Perbandaran

Bab 3 Perbandaran

http://www.mediafire.com/?ia24ga37dhf895m



Bab 3 – Perbandaran


3.1 Perbandaran Mesir
• Berkembang daripada dua kerajaan
• Mesir disatukan oleh Raja Menes
• Bandar Thebes menggantikan peranan bandar Memphis
• Bandar lain yang terkenal ialah Karnak



3.2 Perbandaran Mesopotamia
• Orang Sumeria pembina bandar tertua
• Bekerjasama dalam soal pertahanan
• Bandar utama dibahagi kepada tiga
• Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat
• Kawasan luar bandar
• Peranan pelabuhan
• Pintu gerbang
• Sistem jalan raya
• Penghubung utama



3.3 Perbandaran di Lembah Sungai Indus
• Mohenjo-Daro dan Harappa bandar terancang terawal
• Kawasan perumahan
• Sistem pembentungan
• Kubu perlindungan
• Gedung-gedung kain dan dewan orang ramai
• Longkang-longkang dan parit bawah tanah dihubung dengan sungai
• Rumah dibina dengan batu-bata berkualiti
• Setiap rumah dibina mempunyai perigi dan bilik mandi.
• Batu-bata dihasilkan melalui pembakaran yang tinggi
• Pemerintah bertanggungjawab mengawal bentuk dan pelan bangunan
3.4 Perbandaran di China
• Kesuburan Sungai Huang He
• Bandar Keagamaan
• Dinasti Shang
• Anyang
• Dinasti Chou
• Materialistik
• Rumah golongan bangsawan
• Dinasti Tang
• Bandar terancang
• Bandar tidak terancang



3.5 Perbandaran di Yunani dan Rom
► Yunani
• Terdapat lebih 150 negara kota
• Setiap negara kota mempunyai 3 bahagian
- Acropolis
- Parthenon
- Bahagian luar kawasan kediaman
• Pusat utama ialah Agora
• Mempunyai ciri-ciri tersendiri
• Persaingan sengit

► Rom
• Kebanyakan bandar dibina secara terancang dan dijaga dengan
baik
• Mempunyai kemudahan-kemudahan
• Majlis Perbandaran



3.6 Perbandaran Arab
► Sebelum Islam
• Kubu-kubu di setiap bandar
• Bandar dipagari tembok
• Loceng pintu
• Air hujan disalur ke kawasan rendah
• Dinding rumah dicat
• Ukiran patung




► Selepas Islam
• Madinah paling maju
• Dikelilingi tembok dan terdapat pasar dan masjid nabi di tengah-
tengah



3.7 Perbandaran Melayu
• Faktor perdagangan
• Bandar-bandar awal
• Pelabuhan entrepot

Thursday, January 20, 2011

Ancient Mesopotamia

Ancient Mesopotamia (clip)

Tamadun Indus,Shang,Rom,Yuani,Arab,Melayu

http://www.mediafire.com/?artpbig3tcbdjbu

Al-Quran bongkar rahsia pembinaan piramid
Oleh IBRAHIM ABDULLAH ( Sumber: Utusan Malaysia 27.12.2011)



Pembongkaran misteri piramid adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu.

----------------------------------------------------------------------------



FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta. (al-Qasas: 38).

Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibinakan oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.

Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah daripada tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum, menegaskan bahawa piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil daripada olahan tanah liat.

Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.

Kajian itu menegaskan, bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram. Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Sehubungan itu, Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, beliau menegaskan bahawa batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam semula jadi dengan batu buatan manusia.

Penemuan oleh Davidovits adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun. Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, Piramid Matahari dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat. Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa yang lalu.

Tanah liat

Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid. Beliau berkata:, "Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga dibina daripada 'tanah liat'.

Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuan dunia menemukan rahsia tersebut.

Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.

Jika ditinjau daripada kejadian Nabi Adam sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, adalah juga berasal daripada penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.

Daripada pemaparan hakikat ayat al-Quran di atas, jelaslah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkan dia di Laut Merah bersama tenteranya.

Malah Allah juga menyelamatkan Nabi Musa as daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang didambakan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian.

Monday, January 10, 2011

Bab 2:Perkembangan Petempatan

Bab 2 Perkembangan Petempatan


untuk muat turun bahan sila klik http://www.mediafire.com/?l8f6t152n3it563

Paleolitik



Mesiolitik


Neolitik


Bab 2 – Perkembangan Petempatan


2.1 Perkembangan Petempatan Tamadun Mesir
• Lembah Sungai Nil yang subur
• Kedudukan strategik
• Kawasan ditebus guna
• Penggunaan alat-alat logam
• Pusat pentadbiran
• Wujud beberapa wilayah
• Rumah ibadat, istana raja, bangunan kerajaan didirikan

2.2 Perkembangan Petempatan Mesopotamia
• Membina petempatan
• Menjalankan pertanian
• Pembentukan negara kota
• Pertanian besar-besaran
• Rumah dibina dengan tanah liat yang dibakar dan terdapat beberapa bilik.
• Pembinaan tamadun terbahagi kepada dua iaitu bahagian utara dan bahagian selatan bandar Baghdad


2.3 Perkembangan Petempatan China
• Bermula di Yangshao (Dataran Tinggi Loes)
• Dataran yang subur
• Pertanian pindah
• Tempat menyimpan bijirin
• Bengkel membuat tembikar
• Lambakan lanar yang subur
• Pertambahan penduduk yang pesat

2.4 Perkembangan Petempatan India
• Petempatan awal di Lembah Sungai Indus terletak di Kalibangan, Banawali dan Mithatal
• Kawasan yang subur
• Peranan Sungai Indus
• Kampung berkembang menjadi kota besar
• Kota-kota yang dikelilingi tembok terbahagi kepada 2 bahagian dan mempunyai persamaan reka bentuk
• Great Bath ditemui di Mahenjo-Daro


2.5 Perkembangan Petempatan Tamadun Yunani dan Rom
► Yunani
• Bermula di semenanjung Greece dan pulau-pulau sekitar
• Gabungan membentuk negara kota
• Negara kota mamiliki undang-undang tersendiri
• Mempunyai banyak Tuhan
• Penduduk bersatu padu tetapi sentiasa melancarkan perang
• Ekonomi pertanian

► Rom
• Petempatan terawal di Bukit Palatine
• Bermula sebagai tempat pertemuan puak-puak Itali
• Mempunyai cerita tersendiri berkenaan asal-usul
• Berkembang disebabkan perniagaan

2.6 Perkembangan Petempatan Tamadun Arab
• Petempatan terawal di daerah Yaman
• Merupakan tanah yang subur
• Menjadi pintu masuk barangan

2.7 Perkembangan Petempatan Tamadun Melayu
►Zaman Paleolitik

►Zaman Mesolitik

►Zaman Neolitik

Sunday, January 9, 2011

Bab 1:Manusia dan Masyarakat

Bab 1 Manusia & Masyarakat

bahan percuma sila klik http://www.mediafire.com/?swwydl4u9ix02h9







Bab 1 – Masyarakat Prasejarah


1.1 Spesies Manusia Zaman Prasejarah
• Pithencanthropus erectus
• Sinanthropus pekinensis
• Fontechevade
• Cro-Magnon



1.2 Ciri-ciri Zaman Prasejarah Awal
• Peralatan
• Kegiatan ekonomi
• Berpindah randah
• Penggunaan api dan obor
• Mempercayai kehidupan selepas mati



1.3 Ciri-ciri Manusia Zaman Prasejarah Akhir
• Mampu menguasai persekitaran
• Mengeksplotasi alam
• Mula bertani dan menternak
• Peralatan lebih maju
• Penggunaan roda
• Petempatan kekal
• Percaya kepada kewujudan kuasa / semangat objek

Tuesday, January 4, 2011

Sejarah Dunia Sehingga 1800-Sukatan Pelajaran

http://www.mpm.edu.my/main.php?Content=sections&SectionID=60

Selamat Datang & Salam Sejahtera

Kehadiran blog ini adalah semata-mata untuk membantu pelajar berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi kefahaman dan seterusnya menghasilkan keputusan peperikaan yang memuaskan. Melalui blog ini adalah menjadi harapan saya, pelajar dapat berkongsi pandangan dengan memuat turun atau naik bahan untuk kegunaan bersama. InsyakAllah saya akan memuatkan bahan-bahan P&P untuk kegunaan para pelajar hari ke hari supaya dapat diekses oleh semua yang memerlukan. Segala bahan yang ada mungkin ada kekurangan justeru saya awal-awal lagi membuka blog ini untuk sebarang teguran dan cadangan yang membina.Segala padangan boleh diemailkan kepada kami di wakyatiman@yahoo.com
Photobucket
sekian, terima kasih