Peristiwa

Tuesday, January 25, 2011

Bab 4:Organisasi Sosial

Bab 4 Organisasi Sosial

untuk muat turun percuma sila klik http://www.mediafire.com/?56ed4qs752jkelp

Bab 4 – Organisasi Sosial


4.1 Organisasi Sosial Masyarakat Mesir
► Golongan atasan
• Firaun (Raja)
• Keluarga diraja

► Golongan menengah atas
• Golongan bangsawan, paderi

► Golongan menengah bawah
• Anggota tentera, pembantu raja (Royal Servant), tukang-tukang
mahir, petani

► Golongan bawahan
• Hamba


4.2 Organisasi Sosial Masyarakat Mesopotamia
► Golongan atasan
• Raja
• Golongan bangsawan

► Golongan menengah
• Golongan bangsawan, paderi

► Golongan menengah bawah
• Golongan profesional

► Golongan rendah
• Rakyat biasa dan hamba




4.3 Organisasi Sosial Masyarakat Yunani dan Rom
►Yunani
• Peer
• Perioeci
• Helot

► Rom

• Raja atau golongan bangsawan (patrician)
• Peniaga, artisan, petani-plebian
• Hamba



4.4 Organisasi Sosial Masyarakat India
► Di Lembah Sungai Indus
• Raja pendeta @ pendeta
• Pedagang
• Petani
• Buruh
• Hamba

► Setelah Arya memasuki India
• Brahmin
• Kshatrya (hulubalang)
• Vaisya (pedagang dan peniaga)
• Sudra



4.5 Organisasi Sosial Masyarakat China
• Raja
• Golongan bangsawan
• Petani
• Artisan dan pedagang
• Askar



4.6 Organisasi Sosial Masyarakat Arab (Zaman Jahiliah)
• Kaum bangsawan
• Golongan pertengahan
• Golongan hamba


4.7 Organisasi Sosial Masyarakat Melayu
►Golongan atasan
• Raja / sultan
• Kerabat diraja
• Pembesar
• Penghulu

►Golongan bawahan
• Rakyat biasa
• Hamba

Monday, January 24, 2011

Bab 3:Perbandaran

Bab 3 Perbandaran

http://www.mediafire.com/?ia24ga37dhf895m



Bab 3 – Perbandaran


3.1 Perbandaran Mesir
• Berkembang daripada dua kerajaan
• Mesir disatukan oleh Raja Menes
• Bandar Thebes menggantikan peranan bandar Memphis
• Bandar lain yang terkenal ialah Karnak



3.2 Perbandaran Mesopotamia
• Orang Sumeria pembina bandar tertua
• Bekerjasama dalam soal pertahanan
• Bandar utama dibahagi kepada tiga
• Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat
• Kawasan luar bandar
• Peranan pelabuhan
• Pintu gerbang
• Sistem jalan raya
• Penghubung utama



3.3 Perbandaran di Lembah Sungai Indus
• Mohenjo-Daro dan Harappa bandar terancang terawal
• Kawasan perumahan
• Sistem pembentungan
• Kubu perlindungan
• Gedung-gedung kain dan dewan orang ramai
• Longkang-longkang dan parit bawah tanah dihubung dengan sungai
• Rumah dibina dengan batu-bata berkualiti
• Setiap rumah dibina mempunyai perigi dan bilik mandi.
• Batu-bata dihasilkan melalui pembakaran yang tinggi
• Pemerintah bertanggungjawab mengawal bentuk dan pelan bangunan
3.4 Perbandaran di China
• Kesuburan Sungai Huang He
• Bandar Keagamaan
• Dinasti Shang
• Anyang
• Dinasti Chou
• Materialistik
• Rumah golongan bangsawan
• Dinasti Tang
• Bandar terancang
• Bandar tidak terancang



3.5 Perbandaran di Yunani dan Rom
► Yunani
• Terdapat lebih 150 negara kota
• Setiap negara kota mempunyai 3 bahagian
- Acropolis
- Parthenon
- Bahagian luar kawasan kediaman
• Pusat utama ialah Agora
• Mempunyai ciri-ciri tersendiri
• Persaingan sengit

► Rom
• Kebanyakan bandar dibina secara terancang dan dijaga dengan
baik
• Mempunyai kemudahan-kemudahan
• Majlis Perbandaran



3.6 Perbandaran Arab
► Sebelum Islam
• Kubu-kubu di setiap bandar
• Bandar dipagari tembok
• Loceng pintu
• Air hujan disalur ke kawasan rendah
• Dinding rumah dicat
• Ukiran patung




► Selepas Islam
• Madinah paling maju
• Dikelilingi tembok dan terdapat pasar dan masjid nabi di tengah-
tengah



3.7 Perbandaran Melayu
• Faktor perdagangan
• Bandar-bandar awal
• Pelabuhan entrepot

Thursday, January 20, 2011

Ancient Mesopotamia

Ancient Mesopotamia (clip)

Tamadun Indus,Shang,Rom,Yuani,Arab,Melayu

http://www.mediafire.com/?artpbig3tcbdjbu

Al-Quran bongkar rahsia pembinaan piramid
Oleh IBRAHIM ABDULLAH ( Sumber: Utusan Malaysia 27.12.2011)



Pembongkaran misteri piramid adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu.

----------------------------------------------------------------------------



FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta. (al-Qasas: 38).

Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibinakan oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.

Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah daripada tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum, menegaskan bahawa piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil daripada olahan tanah liat.

Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.

Kajian itu menegaskan, bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram. Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Sehubungan itu, Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, beliau menegaskan bahawa batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam semula jadi dengan batu buatan manusia.

Penemuan oleh Davidovits adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun. Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, Piramid Matahari dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat. Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa yang lalu.

Tanah liat

Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid. Beliau berkata:, "Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga dibina daripada 'tanah liat'.

Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuan dunia menemukan rahsia tersebut.

Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.

Jika ditinjau daripada kejadian Nabi Adam sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, adalah juga berasal daripada penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.

Daripada pemaparan hakikat ayat al-Quran di atas, jelaslah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkan dia di Laut Merah bersama tenteranya.

Malah Allah juga menyelamatkan Nabi Musa as daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang didambakan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian.

Monday, January 10, 2011

Bab 2:Perkembangan Petempatan

Bab 2 Perkembangan Petempatan


untuk muat turun bahan sila klik http://www.mediafire.com/?l8f6t152n3it563

Paleolitik



Mesiolitik


Neolitik


Bab 2 – Perkembangan Petempatan


2.1 Perkembangan Petempatan Tamadun Mesir
• Lembah Sungai Nil yang subur
• Kedudukan strategik
• Kawasan ditebus guna
• Penggunaan alat-alat logam
• Pusat pentadbiran
• Wujud beberapa wilayah
• Rumah ibadat, istana raja, bangunan kerajaan didirikan

2.2 Perkembangan Petempatan Mesopotamia
• Membina petempatan
• Menjalankan pertanian
• Pembentukan negara kota
• Pertanian besar-besaran
• Rumah dibina dengan tanah liat yang dibakar dan terdapat beberapa bilik.
• Pembinaan tamadun terbahagi kepada dua iaitu bahagian utara dan bahagian selatan bandar Baghdad


2.3 Perkembangan Petempatan China
• Bermula di Yangshao (Dataran Tinggi Loes)
• Dataran yang subur
• Pertanian pindah
• Tempat menyimpan bijirin
• Bengkel membuat tembikar
• Lambakan lanar yang subur
• Pertambahan penduduk yang pesat

2.4 Perkembangan Petempatan India
• Petempatan awal di Lembah Sungai Indus terletak di Kalibangan, Banawali dan Mithatal
• Kawasan yang subur
• Peranan Sungai Indus
• Kampung berkembang menjadi kota besar
• Kota-kota yang dikelilingi tembok terbahagi kepada 2 bahagian dan mempunyai persamaan reka bentuk
• Great Bath ditemui di Mahenjo-Daro


2.5 Perkembangan Petempatan Tamadun Yunani dan Rom
► Yunani
• Bermula di semenanjung Greece dan pulau-pulau sekitar
• Gabungan membentuk negara kota
• Negara kota mamiliki undang-undang tersendiri
• Mempunyai banyak Tuhan
• Penduduk bersatu padu tetapi sentiasa melancarkan perang
• Ekonomi pertanian

► Rom
• Petempatan terawal di Bukit Palatine
• Bermula sebagai tempat pertemuan puak-puak Itali
• Mempunyai cerita tersendiri berkenaan asal-usul
• Berkembang disebabkan perniagaan

2.6 Perkembangan Petempatan Tamadun Arab
• Petempatan terawal di daerah Yaman
• Merupakan tanah yang subur
• Menjadi pintu masuk barangan

2.7 Perkembangan Petempatan Tamadun Melayu
►Zaman Paleolitik

►Zaman Mesolitik

►Zaman Neolitik

Sunday, January 9, 2011

Bab 1:Manusia dan Masyarakat

Bab 1 Manusia & Masyarakat

bahan percuma sila klik http://www.mediafire.com/?swwydl4u9ix02h9







Bab 1 – Masyarakat Prasejarah


1.1 Spesies Manusia Zaman Prasejarah
• Pithencanthropus erectus
• Sinanthropus pekinensis
• Fontechevade
• Cro-Magnon



1.2 Ciri-ciri Zaman Prasejarah Awal
• Peralatan
• Kegiatan ekonomi
• Berpindah randah
• Penggunaan api dan obor
• Mempercayai kehidupan selepas mati



1.3 Ciri-ciri Manusia Zaman Prasejarah Akhir
• Mampu menguasai persekitaran
• Mengeksplotasi alam
• Mula bertani dan menternak
• Peralatan lebih maju
• Penggunaan roda
• Petempatan kekal
• Percaya kepada kewujudan kuasa / semangat objek

Tuesday, January 4, 2011

Sejarah Dunia Sehingga 1800-Sukatan Pelajaran

http://www.mpm.edu.my/main.php?Content=sections&SectionID=60

Selamat Datang & Salam Sejahtera

Kehadiran blog ini adalah semata-mata untuk membantu pelajar berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi kefahaman dan seterusnya menghasilkan keputusan peperikaan yang memuaskan. Melalui blog ini adalah menjadi harapan saya, pelajar dapat berkongsi pandangan dengan memuat turun atau naik bahan untuk kegunaan bersama. InsyakAllah saya akan memuatkan bahan-bahan P&P untuk kegunaan para pelajar hari ke hari supaya dapat diekses oleh semua yang memerlukan. Segala bahan yang ada mungkin ada kekurangan justeru saya awal-awal lagi membuka blog ini untuk sebarang teguran dan cadangan yang membina.Segala padangan boleh diemailkan kepada kami di wakyatiman@yahoo.com
Photobucket
sekian, terima kasih