Peristiwa

Wednesday, November 16, 2011

PERINGATAN TERAKHIR KEPADA SEMUA CALON STPM 2011

"Merancang perjalanan sebelum berjalan,langkah seribu bermula dengan langkah yang satu, berfikir sejenak sebelum bertindak" itulah peringatan cikgu kepada semua pelajar Berikut cikgu perturunkan semula tip-tip bagi menjawab soalan peperiksaan khususnya Sejarah Kertas 1 dan 2.

Langkah 1
Sebaik duduk dibangku peperiksaan, tenang dan mulakan dengan doa kepada Allah supaya dipermudah usaha, diingatkan yang lupa, dilancarkan menjawab soalan.

Langkah 2
Baca semua soalan terlebih dahulu dan tandakan soalan-soalan yang mudah, yang boleh dijawab.

Langkah 3
Buat Rangka Jawapan meliputi Pengenalan, Isi-Isi Penting dan Penutup. Pastikan anda menjawab kata kerja soalan (Bincangkan...
Huraikan...Bandingkan...dan sebagainya)

Langkah 4
Pengenalan- Baca soalan, adakah pengenalan memerlukan anda memberi definisi atau latarbelakang. Jangan lupa 1 perenggan sahaja.

Langkah 5
Bahagian Isi-Isi Penting- Sila susun isi jawapan mengikut keutamaan dan perkaitan. 1 Perenggan 1 Isi. Ayat pertama adalah isi utama. Jangan lupa dan takut untuk mengariskan isi utama. Markah tidak akan ditolak jika salah garis isi utama, anda telah membantu meringankan tugas pemeriksa.

Langkah 6
Penutup-Beri pandangan anda tentang soalan , perlukah anda membuat kesimpulan, penegasan dan sebagainya. Ringkas tetapi padat. Jangan tambah isi lagi.

Langkah 7
Peringatan Umum - Satu soalan hanya 45 minit, 5 minit untuk rangka jawapan dan 40 minit untuk menjawab soalan. Jangan sesekali tidak menjawab bahagian Pengenalan dan Penutup. Setelah selesai baca semula jawapan anda dan susun jawapan mengikut urutan. Jangan lupa menulis no soalan.

SELAMAT MAJU JAYA

Tuesday, November 8, 2011

Soalan-Soalan Percubaan Negeri-Negeri

Selamat menduduki peperiksaan STPM kepada semua pelajar SMKKS. Cikgu doakan semoga dapat menjawab dengan tenang. Berbanding dengan Sejarah Kertas 2 yang mempunyai masa untuk ulangkaji, Sejarah Kertas 1 adalah cabaran besar bagi pelajar kerana sehari sebelumnya dalah Pengajian Perniagaan 1 dan Bahasa Malaysia 2, ini tentu menyukarkan pelajar membuat ulangkaji mencukupi kecuali bagi yang telah bersedia dari awal. Pelajar harus skor untuk Kertas 2 kerana mempunyai masa ulangkaji yang agak panjang. Bersama ini cikgu senaraikan kertas-kertas soalan negeri-negeri untuk dimanfaatkan oleh pelajar:

A.Kertas 1
1.Sejarah Kertas 1 Negeri Kedah http://www.mediafire.com/?kapiq70a74xs6th
2.Sejarah Kertas 1 Negeri Sembilan http://www.mediafire.com/?j2avt92ddbw24mv
3.Sejarah Kertas 1 Negeri Melaka http://www.mediafire.com/?dwvdts5c7dxm7w1
4.Sejarah Kertas 1 Negeri Johor http://www.mediafire.com/?twc4uwg6yr72otw
5.Sejarah Kertas 1 Negeri Pahang http://www.mediafire.com/?7opg9op1il0xs5u
6.Sejarah Kertas 1 Negeri Perak http://www.mediafire.com/?99z17dw4ca9476a
7.Sejarah Kertas 1 Negeri Perlis http://www.mediafire.com/?dl1hd7hsdzdsde4

Sebahagian jawapan soalan tahun lepas, maaf le tak habis.....
1.http://www.mediafire.com/?ndj3zdav10c4qna
2.http://www.mediafire.com/?e73we3i8clv3o3b

bismillahirrahmanirrahiim..
ya Allah ya tuhanku,kau berikanlah kemudahan dan kelancaran kepada semua anak murid ku ketika menjawab soalan dalam STPM 2011 yang bermula dari 21 november 2011 hingga 14 disember 2011 ini..permudahkanlah setiap yang sukar dalam peperiksaan serta kembalikan ingatannya kepada apa yang telah dipelajarinya ketika dia mulai lupa..berikanlah kejayaan kepadanya dan berikanlah keputusan yang cemerlang kepadanya..amin.."