Peristiwa

Wednesday, January 4, 2012

Pengenalan: Maksud Peradaban/Tamadun

Makna Tamadun daripada Aspek Bahasa

1.Bahasa Arab Maddana- pembukaan bandar atau kota serta perbuatan memperhalusi budipekerti
Madani- pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti
2.Bahasa Melayu-Sopan, terhormat dan berakhlak
3.Bahasa Inggeris-Civilized bermaksud memperbaiki tingkah laku yang kasar atau kurang sopan atau keluar daripada kehidupan barbarian
4.Bahasa Tamil Nakaram- nakar bermaksud kota atau bandar, ikram merujuk kepada pembentukan bandar
5.Bahasa Cina Wen Ming- perbandaran, ming bermaksud cerah, terang ,bercahaya

Pandangan Sarjana Islam tentang Tamadun

1.Ibn Khaldum :Kehidupan bandar adalah kehidupan bertamadun, lahir semangat assabiyah/kekitaan hingga membawa semangat kerjasama dan saling membantu

2.Syed Naquib al-Attas:Kehidupan insan bermasyarakat yang telah melampaui taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyaakatnya

3.Muhamad Rasyid Redh :Agama asas tamadun

4.Said Hawa:Segala aspek kemajuan yang tegak atas kebudayaan islam manakala tamadun jahiliyah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebandaan tanpa mengambil kira aspek kerohanian dan moral

5.Saiyid Qutb: Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan sekumpulan masyarakat berteraskan syariat Allah dan nilai-nilai moral islam

6.Ismail al- Faruqi:Pencapaian kesempurnaan syarat-syarat sebagai sebuah organisasi sosial yang maju dan bersesuaian dengan sesebuag bandar

7.Malik Bennabi;Tamadun melahirkan hasil-hasil positif dalam sesebuah masyarakat


Pembinaan dan Kejatuhan Sesebuah Tamadun

Faktor-faktor Pembinaan

►Kesengsaraan hidup

►Kedudukan kawasan yang strategik

►Rangsangan keagamaan dan kerohanian

►Sumbangan tamadun-tamadun lain

►Penghayatan yang tinggi terhadap bidang keilmuan

►Unsur idea yang bernas

►Fenomena penghijrahan atau migrasi

►Peranan manusia dalam menempa kemajuan

►Semangat kesukuan atau asabiyah


Faktor-faktor Kemerosotan Sesebuah Tamadun

►Keruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya dalam kalangan pemimpin

►Perpecahan dalam kalangan anggota masyarakat

►Jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dengan golongan miskin

►Ketidakstabilan politik

►Bencana alam atau malapetaka

►Menolak perubahan terutama dalam bidang sains dan teknologi

Sukatan Pelajaran Sejarah Kertas 1 ( Bahagian B)

Salam Tahun Baru 2012
Bagi memulai sesi persekolahan tahun ini, blog ini akan mempaparkan Perbincangan dan tajuk-tajuk Sejarah Kertas 1 Bahagian B: Tamadun Islam

Pelajar sila klik http://www.mediafire.com/?34qukk8uvw3yb2f untuk muat turun bahan . Sila fahami sukatan pelajaran tersebut sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula