Peristiwa

Wednesday, March 7, 2012

Kerja Rumah Terancang Mac

Kepada pelajar, sila muat turun dokumen Kerja Rumah Terancang, jawab dahulu baru cetak dan hantar pada 20 Mac 2012
http://www.mediafire.com/?amtwncuv87amms7

KRT 2012

‘Hadiah buat arwah ibu’


Oleh AZHARI ZAINOODDIN
pengarang@utusan.com.my



Anis Nabilah menerima kucupan tahniah daripada ayahnya, Wahab Mat Jasin di Kuala Lumpur, semalam.





KUALA LUMPUR 7 Mac - Demi menggembirakan hati ibu yang bertarung nyawa melawan kanser ovari membuatkan Muhammad Zulhilmi Mohd. Salleh membulatkan tekad untuk belajar bersungguh-sungguh.

Niat murni Muhammad Zulhilmi akhirnya membuahkan hasil apabila pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kota, Kota Bharu, Kelantan itu diumumkan sebagai salah seorang daripada lima pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 yang diumumkan hari ini.

Namun kejayaannya tetap disusuli dengan perasaan terkilan oleh anak bongsu daripada tujuh adik-beradik itu kerana ia tidak sempat dikongsi bersama ibunya yang baru 45 hari dijemput Ilahi.

“Kejayaan ini untuk arwah ibu saya, biarpun dia sendiri berlawan dengan penyakit, arwah ibu tidak pernah berhenti memberikan nasihat dan dorongan untuk saya terus maju dalam pelajaran.

“Dia mahu saya menjadi guru seperti empat adik-beradik lain, jadi saya akan terus berusaha untuk mencapai hajat ibu itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman keputusan STPM 2011 di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), di sini hari ini.

Dengan kejayaan itu, Muhammad Zulhilmi membawa pulang ganjaran yang diberikan MPM berupa wang tunai bernilai RM1,000, sijil penghargaan dan sebuah plak.

Tambah Muhammad Zulhilmi, dia tidak terlalu memilih institusi pengajian tinggi untuk melanjutkan pelajaran selepas ini tetapi hanya berminat untuk mengikuti bidang pendidikan.

Sementara itu, pelajar kurang upaya Anis Nabilah Wahab yang diumumkan sebagai pelajar cemerlang kategori cacat penglihatan pula beranggapan, kejayaan yang diperoleh itu sangat bermakna dalam hidupnya.

Sambil melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga, Anis Nabilah berkata, kejayaannya itu juga adalah sesuatu di luar dugaan.

“Bagi saya, yang penting adalah usaha dan semangat untuk mengejar impian masing-masing kerana keistimewaan setiap orang adalah berbeza,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (B), Alor Setar, Kedah itu.

Seorang lagi pelajar kurang upaya terbaik, Yeow Ting Fong berkata, kejayaannya banyak didorong oleh kejayaan golongan orang kurang upaya (OKU) lain.

Kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah, Bachang, Melaka itu, dia tidak menoleh ke belakang dalam tekadnya untuk memastikan kejayaan berjaya digenggam sama seperti insan lain.

“Bila melihat ada golongan OKU yang berjaya, timbul persoalan di hati saya, mengapa saya tidak boleh menjadi seperti itu?

“Justeru saya menguatkan semangat untuk terus berjuang dan mengejar cita-cita menjadi pengamal undang-undang,” katanya yang diumumkan sebagai pelajar istimewa cemerlang kategori Spastik.

Sedutan daripada Utusan Malaysia 8 Mac 2012, semoga menjadi contoh kepada pelajar smkks

Sunday, March 4, 2012

Kerajaan Islam di Sepanyol

Kerajaan Islam Di Sepanyol

Bab 7: Kerajaan Islam di Sepanyol


7.1 Pemerintahan dan Pentadbiran Bani Umaiyah Sepanyol

►Diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil yang berpusat di Cardova, Sepanyol dari tahun 756m-1031M

►Berbentuk sistem autokrasi

►Pegawai dan perdana menteri dilantik untuk membantu khalifah

►Wilayah dibahagikan kepada 21 bahagian yang ditadbir oleh gabenor

►Mempunyai angkatan tentera yang kuat

►Ulama berperanan menasihati khalifah


7.2 Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol

►Muluk al-Tawaif
• Mewujudkan 30 unit politik menyebabkan kerajaan pusat tidak berkuasa
• Dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian pantai Sepanyol, puak Slaus timur Sepanyol dan Arab mendirikan kerajaan-kerajaan kecil
• Khidmat orang Kristian digunakan untuk mejatuhkan antara satu dengan lain
►Kerajaan al-Murabitun
• Khalifah al-Mutamid membawa masuk tentera al-Murabitun ke Sepanyol dan bekerjasama dengan Yusuf Bin tasyfin pemerintah Afrika Utara menyerang Alfonso VI
• Ibnu Tasyfin menghapuskan kuasa raja-raja puak serta meluaskan kuasa di Granada dan Cordoro,Seville,Badajoz,Valencia,Saragossa
• Kuas puak kristian hampir lemah
• Merosot semasa dibawah pemerintahan Ali Bin Yusuf dan Tasyfin Bin Ali
• Faktor kejatuhan:
1. Kegagalan pemerintah
2. Kebangkitan golongan aristokrat
3. Sikap taksub kepada mazhab Maliki
4. Para pemimpin khayal dengan kemewahan

►Kerajaan al-Muwahhidun
• Muncul pada 1145M
• Semasa Abdul Mukmin berjaya menawan Granada dam semasa Abu Yaqub menguasai Seville dan Toledo
• Mengalami kemerosotan semasa pemerintahan al-Mutanir
• Sebab-sebab kejatuhan:
1. Perbezaan mazhab menyebabkan orang islam sepenyol berpecah
2. Perpecahan antara yang berketurunan Arab dan penduduk tempatan beragama islam
3. Perpecahan dalam kalangan kaum Barbar
4. Kerajaan tidak mempunyai perundangan Islam
5. Gelaran pemimpin berbau Syiah yang kurang disenangi

►Kerajaan Nasriyah (Bani al-Ahmar)
• Diasaskan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasir berpusat di Granada
• Amal dasar berbaik dengan kerajaan kristian
• Zaman kegemilangan pada 1244 M hingga 1396 M
• Mengaku kalah kepada tentera Kristian pada 1492 M
• Faktor kejatuan:
1. Kelemahan pemimpin
2. Perpecahan dalam kalangan kaum keluarga Islam Granada
3. Rasa benci orang islam

7.3 Kerajaan Turki Uthmaniyah

Latar Belakang
• Diasaskan oleh Uthman Bin Ertogul
• Terkenal sebagai empayar islam terbesar dan memerintah lebih 600 tahun iaitu dari 1281M-1924M
• Sistem pemerintahannya adalah mengikut sistem fedual yang ditiru daripada kerajaan Byzatine
• Sultan kuasa tertinggi dibantu wazir besar, hakim tentera, dua orang Beylerbey, 2 orang Deftender, sorang Agha ,seorang laksamana tentera laut dan sorang Nishanji
• Kadi berperanan dalam soal hal ehwal agama
• Tentera yang berjasa akan dikurniakan tanah atau Fief

►Faktor kejayaan Kerajaan Turki Uthmaniyyah

►Tentera diberi layanan baik

►Tiada sikap perkauman

►Pentadbiran negara yang cekap

►Saudara-saudara baru diberi layanan yang baik

►Kepakaran dan kebolehan penduduk negara diserap dalam pentadbiran negara

►Kedudukan sosial Turki

►Cukai perlindungan berpatutan

►Kebebasan beragama

►Tempat perlindungan orang Yahudi yang dihalau