Peristiwa

Sunday, September 30, 2012

Ulangkaji Tamadun Islam: Tema 1 dan 2


SOALAN-SOALAN TEMA 1( Manusia Dan Masyarakat )

 

TAHUN
SOALAN
1998
Terangkan konsep ketuhanan dan keagamaan secara perbandingan antara pandangan Arab Jahiliah dengan pandangan Islam.

 Jawapan
Pendahuluan:
- Jahiliah berasal daripada kata akar jahala dan kata terbitan jahlun @ jahalatun yang bererti bodoh dan sesat.

- Zaman Jahiliah juga dikenali sebagai zaman yang penuh kegelapan,kejahilan dan kebodohan dalam bidang ilmu terutama tentang konsep ketuhanan dan keagamaan.
- Zaman Jahiliah berlangsung selama 3 abad apabila berakhirnya kejatuhan kerajaan saba’ peringkat ketiga sekitar tahun 300M sehingga turunnya Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 610M.
- Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku perubahan besar dalam bidang keagamaan iaitu daripada agama jahiliah kepada agama islam.

Isi :

Konsep Ketuhanan dan keagamaan Orang Arab Jahiliah
Pegangan terhadap sesuatu yang dipercayai yang dianggap mempunyai kuasa

Berbentuk politisme.

- Penyembahan Berhala.

Agama Wathani adalah agama ciptaan manusia menjadi agama utama kepada orang –orang Arab jahiliah. Orang Arab jahilian menyembah berhala terdapat sebanyak 360 buah berhala di sekeliling kaabah. Diantara yang terkenal ialah Al-Latta, Al- Uzza dan Al-Manat ( tiga orang puteri tuhan. Burnagat ( Tuhan yang membawa kebaikan ), jahanam ( tuhan pembawa kecelakaan ) Hubal ( tuhan yang menyerupai manusia ) widdah ( berbentuk wanita ) Yaghus ( berbentuk lembu jantan atau singa ) Yang ( berbentuk kuda ) dan sebagainya.

- Penyembahan Cakerawala.Mereka menyembah matahari, bulan, bintang dan sebagainya. Mereka percaya bahawa cakrawala sebagai sumber segala kehidupan dan kuasa. Matahari untuk kegiatan hidup di siang hari, bulan untuk perjalanan pada waktu malam dan membolehkan ternakan makan. Dan bintang untuk pedoman perjalanan pada waktu malam.

- Polidemonisme atau penyembahan jin dan dewa – dewa.Agama ini diamalkan oleh mereka yang mengamalkan ajaran sihir. Ada juga antara mereka menyembah malaikat yang dianggap berjantina lelaki dan perempaun. Mereka dianggap sebagai perantaraan dengan Tuhan ( Al- Quraan, Surah 43 : ayat 19 )

- Majusi ( Zoroster )Agama ini berasal dari Parsi yang mempunyai dua tuhan iaitu tuhan baik dan tuhan jahat. Penganutnya mempercayai bahawa api mempunyai dua konsep iaitu api sebagai penerang dan api sebagai pemusnah.Agama ini percaya kpd Nabi-nabi palsu.Mereka berpegang kpd 3 nashab iaitu zarwaniyah,kayumarthiyah dan zaradushtiyah.

- Penyembahan Tuhan Padang Pasir.Penganutnya dikenali sebagai ahl al- saf. Mereka berjalan – jalan di tengah padang pasir pada waktu malam dengan membawa api sambil bergendang dan bernyanyi – nyanyi sesama mereka.

- Animise.
Penganutnya menyembah objek yang dianggap ganjil dan yang membawa untung atau yang menggerunkan di persekitaran mereka seperti batu – batan, pokok – pokok besar, air, api, binatang, padang rumput dan lain – lain lagi
- Kepercayaan Tahyul.Kepercayaan ini berhubung kait dengan ketuhanan, penyembahan dan suci antaranya:
a. mempercayai tangkal azimat.
b. Roh orang yang mati menjadi seekor burung.
c. Mempercayakan binatang yang melintas di tengah – tengah perjalanan, kalau ke kanan membawa kebaikan, kalau ke kiri membawa kecelakaan.
d. Mengikat tali pada mana – mana pokok. Jika ikatan tersebut terurai sekembalinya suami dari perantauan, ini menandakan bahawa isterinya telah berlaku curang.
e. Mengorbankan anak perempuan yang merupakan perbuatan yang mulia.
f. Percaya kepada ahli nujum dan tukang tenun.
g. Percaya kepada nasib dan sihir.
h. Membuat keputusan melalui anak panah ( al – azlam ) yang diletakkan berhampiran
dengan al – Hubal.

: Agama Yahudi
– penganut asal agama yahudi ialah kaum bani israel yg tgal di utara semenanjung arab.
– penganut yahudi boleh ditemui di yaman dan hijaz.
-Isi kandungan asal kitab taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa A.S telah di ubah suai oleh mereka.

: Agama Nasrani
-Agama Nasrani mula bertapak di semenanjung Arab pada abad keempat masihi.
-Agama ini dibawa oleh Nabi Isa A.S yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepadaNya bersama-sama kitab suci injil dan penganut asalnya terdiri daripada orang Israel.
-Penganut agama ini dikatakan telah mengubah isi kandungan kitab injil menurut keperluan dan kepentingan mereka.
-Terdapat golongan yang masih mengamalkan ajaran sebenar agama ini dan mereka digelar ahli Al-Kitab(sebelum diubah).

-Najran di barat daya semenanjung Arab ialah pusat kuat agama nasrani.
Orang Jahiliah menganggap apa sahaja yang boleh memberi keuntungan dan manafaat kepada mereka berhak disembah. Mereka menyembah pelbagai tuhan berbentuk pelbagai objek benda atau tahyul.

Kepercayaan agama yang diselewengkan ini berakhir dengan kebangkitan Rasullah s.a.w.
Konsep Ketuhanan dan keagamaan Menurut Pandangan Islam.

Allah yang esa
Terdapat dua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w

Di Mekkah;Ajarannya berbentuk Tasyri Kulli ( ajaran secara umum ) sebagaimana yang termaktub di dalam al – quraan melalui surah – surah Makkiayah sebayak 93 surah. Ia menyentuh mengenai Hablum Minallah ( Hubungan antara Hamba dengan Allah ) iaitu berhubung dengan akidah, keimanan, akhlak dan peribadatan.
Di Madinah.
Ajarannya berbentuk Tasyri’ Juz’i ( ajaran secara umum ), sebagaimana disebut di dalam 21 surah Madaniyyah. Ia menerangkan persoalan Hablum Minanas ( Hubungan antara individu, manusia dengan individu yang lain ) iaitu berhubung dengan kenegaraan, ekonomi, kemasyarakatan dan lain – lain lagi.

Aspek – apek Ajarannya pula merangkumi :

Aspek Akidah:
Tauhid
: mengesakan Allah s.w.t sebagai tuhan yang berhak disembah, memiliki segala sifat kesempurnaan, berkuasa mencipta alam semesta. Dengan sendirinya menolak segala ajaran anthropomorphisme iaitu segala bentuk penyembahan berhala dan penyamaan tuhan dengan makhlukNya.

Mempercayai rukun iman, beriman kepada allah, kepada Malaikat kitab – kitab Allah, para Rasul, hari kiamat dan Qada dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah.

Mempunyai tanggungjawab terhadap amalan sendiri. Mempercayaai bahawa syurga adalah tempat kediaman di akhirat nanti bagi mereka yang mematuhi perintah Allah dan negara yang peraturan Allah.

Perkara – perkara selepas mati : mempercayaai adanya alam barkhzah ( kubur ) hari nisab, hari kiamat, titian siratul mustaqim, nikmat dalam syurga dan lain – lain lagi. Di dalam ajaran islam ini, umat islam boleh terus beribadat kepada Allah dengan mendirikan sembahyang lima wakyu sehari semalam. Semua bentuk penyembahan

dilarang melakukan perantaraan.tidak mematuhi

Aspek Syariah
Ajaran ini membezakannya dengan ajaran – ajaran jahiliah kerana ia membentuk cara hidup sendiri melalui syariah – syariah yang merupakan undang atau tatacara bagi manusia hidup sementara di bumi ini. Di dalam syariah terdapat pelbagai bentuk peraturan yang diturunkan oleh Allah melalui wahyuNya kepada Rasullah s.a.w. hanya mengamalkan peraturan dan undang – undang ini sahaja yang terselamat dari kesesatan di dunia dan beroleh keberuntungan di akhirat kelak.

Aspek Akhlak.
Ajaran ini tidak lengkap tanpa peraturan berhubung dengan akhlak di dalamnya terdapat peraturan yang menegah umat Islam khasnya dan umat manusia amnya supaya tidak melakukan kejahatan dan tidak berperikemanusiaan seperti merompak, mencuri, membunuh, menyakiti hati jiran, berzina dan sebagainya. Dengan melaksanakan tiga aspek ajaran Islam ini sahaja, barulah umat Islam secara individu atau masyarakat boleh dianggapkan beriman kepada Allah, rasul Nya dengan sebenar – benarnya. Aspek – aspek ini telah membezakan keagamaan setiap penganut Islam dengan keagamaan orang – orang Jahiliah
sebelum Islam.

Kesimpulan:

Orang Arab jahiliah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, hanya menurut nafsu semata – mata.
Terdapat pelbagai konsep keagamaan dan ketuhanan antara arab jahiliah dan pandangan islam. Konsep keagamaan dan ketuhanan ini banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat jahiliah dan Islam. Allah S.W.T telah menurunkan Al-Quran sebagai panduan hidup kepada manusia.

 Dayang Haziah Bt Awg Mohamad & Nor Anuar Bin Jamaludin.


Huraikan sejarah perkembangan Islam di Madinah, dan jelaskan bagaimana nabi Muhammad s.a.w menyatukan pelbagai golongan masyarakat yang berada di kota tersebut.
 
Jawapan:
 
 






1.      A. PENDAHULUAN.

Madinah adalah sebuah negara kota di Hijzah yang dikenali dengan nama Yathrib sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w. Kota ini terletak di antara Yaman di Selatan dan Syam di Utara, di kawasan oasis yang subur. Jaraknya lebih kurang 200 batu di sebelah utara Kota Makkah.

Penduduk Madinah terdiri daripada beberapa suku kaum Arab dan bukan Arab. Penduduk utama di kota ini adalah suku Arab, Aus dan Khazraj yang tinggal di bahagian selatan. Antara suku kaum bukan Arab iaitu Yahudi yang terdiri daripada bani Quraizah, Banid Nadhir, bani Qainuqa dan lain – lain lagi yang menduduki di sebelah utara Kota ini.

B. SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI MADINAH.

1. Pertentangan antara Aus dan Khazraj telah membawa kepada perang Bu’ath yang telah mengorbankan jiwa yang banyak. Kedua – dua suku kaum ini sangat memerlukan kepada seseorang tokoh yang berwibawa untuk menyelesaikan masalah perselisihan antara mereka. Perbalahan ini telah melemahkan kuasa politik mereka dan ekonomi mereka di Madinah.

2. Pertelagahan antara Kaum Arab ini telah diambil kesempatan oleh orang – orang Yahudi untuk menguasai politik dan ekonomi mereka.

3. Penduduk Madinah lebih berminat kepada agama monoteisme dari penduduk Makkah. Kebangkitan Nabi akhir zaman telah diramalkan oleh pendeta – pendeta Yahudi sebagaimana yang tercatat di dalam kitab – kitab mereka. Mereka berkeyakinan bahawa Nabi itu akan dilahirkan di kalangan bangsa mereka, tetapi ramalan mereka tidak tepat. Nabi akhir zaman telah dibangkitkan dari keturunan Arab, iaitu nabi Muhammad s.a.w.

4. Pada mulanya, suku Aus dan Khazraj telah pergi ke Makkah untuk mencari jalan menyelesaikan pertelagahan tradisi antara sesama mereka. Tetapi setelah wakil kedua – dua pihak bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w di Makkah dan telah melahirkan Persetiaan Aqabah I ( 621 M ) dan persetiaan Aqabah II ( 622 M ) tujuan asalnya mereka telah berubah.

5. Persetiaan Aqabah II telah membuka jalan kepada penghijrahan Rasulullah s.a.w dan umat Islam sebagai rasul, pemimpin, tokoh perpaduan dan ketua tentera dan negara di negara – negara kota Madinah.

C. Langkah Menyatukan Pelbagai Golongan masyarakat

1. Penyatuan penduduk Islam Madinah telah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w seperti berikut:

1.1 Penyatuan antara golongan Ansar ( penduduk Madinah ) dan Muhajirin ( pendatang Makkah ) adalah diasaskan kepada keimanan, ketaqwaan dan persaudaraan tanpa melihat kepada keturunan, bangsa dan warna kulit. Dasar ini telah menyedarkan kaum Aus dan Khazraj dari meneruskan sikap permusuhan sekian lama mereka. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan bahawa semua jenis persengketaan dan perselisihan adalah terhapus setelah mereka menganut Islam. Tiada sesiapa pun sesudah itu boleh menuntut bela atau menuntut hutang.

1.2 Untuk menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi orang – orang Muhajirin, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan orang – orang Muhajirin dengan orang – orang Ansar seperti mempersaudarakan Hamzah bin Abdul Mutalib dengan Zaid bin Harith, Umar bin Al – Khatab dengan Itban bin Malik, Abdul Rahman bin auf dengan Sa’ad al – Rabi’ dan lain – lain lagi. Perhubungan kekeluargaan antara orang Muhajirin dengan Ansar juga dilakukan tanpa mempunyai implikasi persaudaraan nisab ( keturunan ) termasuk hak pusaka, tolong – menolong dan lain – lain.

1.3 Masalah sosial dan ekonomi orang – orang Muhajirin telah diselesaikan kerana orang – orang Ansar yang menolong mereka telah dididik sehingga memiliki keimanan yang kukuh, ketakwaan yang ikhlas dan konsep persaudaraan yang harmoni dan mereka berlumba – lumba menghulurkan sumbangan bantuan kepada orang – orang Muhajirin. Ini termasuk sumbangan yang bersifat wang, makanan, pakaian, ladang pertanian, binatang ternakan, tapak tinggal dan lain – lain lagi.

1.4 Konsep ‘ satu ummah’ sebagai mana tercatat di dalam Piagam Madinah juga telah memperkukuhkan lagi persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin. Peruntukan Piagam Madinah ini telah mewajibkan kepada setiap penduduk Islam supaya bekerja sama dalam menegakkan amal kebaikan dan mencegah kemungkaran, tidak boleh membiarkan saudara seagamanya dibebankan dengan hutang, berperang dan membunuh sesama sendiri dan menegah berpihak kepada orang kafir untuk memusuhi umat Islam.

1.5 Akhirnya orang – orang Muhajirin dan Ansar dapat disatukan dalam satu ‘Ummah’ dalam sebuah negara Islam Madinah dan mereka telah berjaya untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

2. Nabi Muhammad s.a.w telah membuat beberapa langkah yang boleh menjamin keamanan di negara kota itu untuk menghindarkan daripada tindakan jahat orang Yahudi yang boleh mengancam keselamatan umat Islam di Madinah.


2.1 Nabi Muhammad telah memperuntukkan di dalam Piagam Madinah hak – hak golongan Yahudi seperti memberi kebebasan mengamalkan upacara dan ibadat agama mereka, kebebasan di dalam kegiatan ekonomi, sosial, adat istiadat mereka dan mereka pula diminta supaya bersedia untuk mempertahankan keselamatan Madinah dari ancaman musuh. Di sebaliknya, mereka pula meminta jasa bik Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan masalah – masalah yang dihadapi oleh mereka. Di dalam Piagam Madinah setiap penduduknya mempunyai hak yang sama.

2.2 Golongan – golongan Yahudi ini hanya mematuhi Piagam Madinah pada peringkat permulaan sahaja. Selepas itu mereka mengingkarinya, seperti telah dirancang terlebih dahulu kerana tindakan mereka berdasarkan komposisi di dalam golongan Yahudi yang terdiri daripada Bani Qainuqa, bani Nadir dan bani Quraizah.

2.3 Bani Qainuqa telah menghina Piagam Madinah dengan mempersendakan kemenangan Rasulullah s.a.w dan pengikutnya dalam Perang Badar yang berlaku pada tahun ke – 2 Hijrah. Mereka tidak mematuhi amaran Rasulullah s.a.w supaya menjaga kedamaian dan keharmonian di Madinah. Seterusnya mereka bertindak mengganggu maruah wanita secara terang – terangan. Sehubungan itu Rasulullah telah menghalau mereka keluar dari Kota Madinah ke suatu kawasan berhampiran dengan negeri Syam di utara Semenanjung Tanah Arab.

2.4 Bani Nadir telah melakukan dua kesalahan besar. Pertama, mereka telah mengadakan komplot untuk membunuh Rasulullah s.a.w semasa baginda mengadakan rundingan dengan salah seorang ketua mereka. Baginda terselamat dengan turunnya wahyu dari Allah seperti mana yang tersebut dengan turunnya ayat II, Surah Al – Maidah 15 ). Kedua mereka telah menyokong kaum Quraisy Makkah dalam Perang Uhud. Kesalahan – kesalahan ini merupakan pengingkaran terhadap Perlembagaan Madinah. Dengan arahan Rasullah s.a.w kemudiannya, mereka dikepung oleh tentera Islam selama enam hari. Setelah mereka menyerah kalah, mereka bersetuju meninggalkan kota Madinah.

2.5 Bani Quraizah pula juga mengingkari Piagam madinah dengan menimbulkan masalah besar pada masa berlakunya Perang Khandak ( Ahzab ). Huyai bin Ahtab, pemimpin Bani Nadir yang dihalau keluar dari Madinah telah menghasut pemimpin Bani Quraizah iaitu Ka’ab bin Asad sehingga akhirnya bersetuju membatalkan perjanjiannya dengan Rasulullah s.a.w dan seterusnya memihak kepada tentera Quraisy yang sedang mengepung Madinah. Bani Nadhir tidak mengendahkan amaran Rasulullah s.a.w tentang bahayanya pengkhianatan mereka.

2.6 Setelah Perang Khandak ( Ahzab ) dimenangi oleh tentera Islam, umat Islam mengepung perkampungan Bani Quraizah selama 25 Hari. Akhirnya mereka menyerah kalah dan bersetuju melantik Sa’ad bin Muaz pemimpin suku Auz, membuat pengadilan mereka. Sa’ad bin Muaz telah membuat keputusan bahawa harta mereka dirampas, kanak – kanak, orang – orang Tua dan kaum wanita ditawan. Manakala orang lelaki pula dipancung. Hukuman ini setimpal dengan pengingkaran mereka terhadap perjanjian sebelum ini bersama – sama orang – orang Islam. Masalah yang ditimbulkan oleh orang – orang Yahudi ini akhirnya telah dapat diselesaikan oleh Rasulullah s.a.w ke atas mereka.

C. KESIMPULAN:
Setibanya Rasulullah s.a.w di Madinah dari Makkah, beliau terpaksa menghadapi pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh beberapa golongan penduduk di Madinah yang tidak senang terhadap kedatangannya. Dengan pimpinan dari Allah s.w.t dan dengan sifat seorang pentadbir yang cekap, pendamai yang dihormati, panglima berakhlak luhur dan pemimpin berwibawa baginda telah dapat menyelesaikan semua masalah berkenaan dengan adil. Akhirnya, baginda telah dapat menyatukan pelbagai kaum dan golongan masyarakat yang ditinggalkan di kota Madinah.

DARIPADA: SITI HAJAR BINTI DASUKI & MOHD SAMIRUL BIN SIDI
 
Huraikan pandangan sarjana Islam dan Barat tentang sebab-sebab bangun dan jatuhnya sesuatu tamadun dengan mengemukakan contoh-contoh

C
Contoh Jawapan
Pendahuluan
-Setiap orang mempunyai persepsi tersendiri terhadap istilah tamadun.
-Tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.
-Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat.
-perkataan tamadun atau peradaban sering dikaitkan dengan beberapa istilah seperti madaniah dan hadarah.
-tamadun lahir daripada perkataan maddana yang mempunyai 2 pengertian iaitu merujuk kepada perbuatan membuka bndr atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti.
-menurut pandangan sarjana islam dan sarjana barat peradaban turut membicarakan idea teras beberapa sarjana sains peradaban tentang teori-teori jatuh bangunnya sesebuah peradaban.
 
 
Isi-isi penting
 
A)-Pandangan sarjana Islam tentang sebab2 bangun sesuatu tamadun
 
1. Ibn Khaldun menjelaskan bahawa perjalanan sesuatu tamadun itu ibarat
roda yang naik dan turun. Perubahan berlaku mengikut sifat-sifat diri manusia dan masyarakat. Sesuatu bangsa atau kuasa dengan kemegahan pencapaian kemajuan dan tamadun sedang bergerak kepada keruntuhan kerana perubahan keadaan dalam diri dan masyarakatnya dari sifat yang baik, positif dan kebanggaan kepada mewarisi sifat-sifat yang membawa kehancuran. Pada waktu yang sama terdapat bangsa dan kuasa yang sedang mengalami perubahan diri kepada sifat-sifat membangun untuk bangkit menjadi berkuasa dan menciptakan tamadun baru di atas keruntuhan sebelumnya.
 
2. Menurut Ali Shariati (1933-1977) sarjana sosiologi Iran turut
mengemukakan teori perkembangan tamadun . Terdapat dua perkara yang
memungkinkan terbinanya tamadun iaitu:
 
a)-Fenomena Hijrah atau migrasi.
Ø  Hijrah mempunyai prinsp yang tertentu kerana hijrah telah melahirkan satu tamadun baru yang besar . Beliau telah merumuskan bahawa peradaban lahir kerana penghijrahan manusia dari tempat asal ke tempat baru. Contoh peradaban Melaka lahir kerana penghijrahan sekelompok manusia dari Sumatera membuka Melaka dan seterusnya Melaka menjadi pusat perdagangan, kebudayaan dan aktiviti keintelektualan.
 
b)- Peranan manusia dalam menempa kemajuan.
 
Ø  Peranan manusia sendiri yang bertanggungjawab menentukan nasib dan mengubah masa
depan mereka kerana mereka dikurniakan akal fikiran dan kudrat untuk berusaha.
 
Pandangan sarjana Islam tentang jatuhnya sesuat tamadun
 
3. Menurut Malik b. Nabi (1905-1973) seorang pemikir dari Algeria
berpendapat kejatuhan tamadun Islam disebabkan oleh kemewahan hidup.
 
4.Menurut Akbar S. Ahmad dalam bukunya -Discovering Islam: making
sense of muslim history and society (menegaskan semakin jauh umat Islam) daripada konsep ideal iaitu contoh terbaik uswatun hasanah yang dipamerkan oleh peribadi Rasulullah s.a.w dan tiga generasi awal semakin besar pula ketegangan yang akan berlaku dalam masyarakat.
 
3.Kesengsaraan hidup
-Hidup yang sengsara dan menderita mendorong masyarakat berusaha secara kolektif untuk membebaskan diri daripada belenggu.
-Cthnya:kebangkitan negara Jepun sering kali d’kaitkan dgn k’peritan masyarakat slps peristiwa p’geboman di Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang dunia k’dua (1945).
           
4. Kedudukan yg strategik
-m’peroleh sumber2 smula jdi utk k’langsungan hidup.
-cthnya: p’bentukkan Lembah Tigris dan Euphrates dan tamadun Mesir di Lembah sungai Nil serta Melaka di pinggiran Selat Melaka.
 
5. K’agamaan dan k’rohanian
-m’dorong manusia m’hayati dan m’amalkan nilai2 k’hidupan yg suci.
-k’munculan tamadun Islam d’pengaruhi oleh ransangan k’agamaan dan k’rohanian srta dorongan lngsng drpd risalah dan wahyu.
 
6. Bidang k’ilmuan
-wujud dlm diri tokoh t’kemuka tamadun    silam.
-Plato dan Aristotle dlm tamadun Yunani, Kung Fu-Tze dlm tmadun china, Kautilya dlm tmadun India, Al-Farabi,Ibni Battuta,al-Ghazali, dan Ibnu khaldun dlm tmadun Islam.
 
B)-Pandangan sarjana Barat tentang sebab-sebab bangun sesuatu tamadun
 
1. Karl Max- berpendapat bahawa kedudukan sejarah seseorang atau
sesuatu bangsa dan tamadun cenderung kepada mengalami keruntuhan pada akhirnya. Beliau mengemukakan pandangan yang bertentangan apabila menilai kedudukan sistem komunis dan tamadun ciptaannya. Beliau optimisme yakini akan berkekalan kuasa dan tamadunnya. Namun begitu sejarah telah membuktikan bahawa sistem komunis adalah suatu sistem yang dalam proses menyempurnakan keruntuhannya.
 
2. Hegel- berpendapat bahawa manusia, masyarakat dan negara dalam
perjalanan sejarahnya terikat dengan peringkat zaman tertentu hingga ia dapat mengemukakan pemikiran terbaik dan menjadi kesan yang membanggakan tetapi kemudiannya akan mengalami kelemahan dan keruntuhan.
3. Menurut Toynbe - setiap tamadun akan mengalami zaman kegemilangan
dan zaman keruntuhan adalah suatu yang pasti.
4.Perpecahan dlm klngn masyarakat
-cthnya:p’tentangan antara kaum Mawali (Islam bkn Arab) b’bngsa Parsi dgn Bani Umaiyah dan b’laku k’merosotan t’hdp krjn Bani Umaiyah.
5.K’tidakadilan
-wujud jurang p’bezaan yg ketara antara glng kaya dan miskin.
-cth:Di Yunani, glng hamba abdi yg hidup melarat manakala glng kaya pula terus m’gandakan harta k’kayaan.
6. K’tidakstabilan politik
 -membawa kpd k’merosotan sesebuah      tamadun.
 -Ada tamadun yg dpt m’mnjangkan jngka hytnya spt tamadun Rom di bwh p’merintahan Augustus hingga Aurelius (30 S.M -180 M) dan krjn Turki Uthmaniyah (1290 M -1922 M ). K’dua2 empayar ini kekal dan dpt b’tahan lama kerana k’stabilan politiknya.
7.Bencana alam atau malapetaka
-menyebabkan kerosakkan secara besar-besaran seperti banjir dan wabak penyakit  .
8.Tidak mahu menerima perubahan
-dalam bidang teknologi blh membawa kpd sesebuah tamadun.
-sikap ini akn merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masy yg setrusnya akn membawa masy brda dlm keadaan beku berpanjangan.
 Pandangan sarjana Barat tentang sebab-sebab bangun sesebuah tamadun.
Ø  Spengler,Max Weber cuba membezakan antara budaya dan peradaban apabila mendefinisikan perkataan peradaban.
Ø  Kebudayaan terbahagi kepada 2 iaitu kebudayaan kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material).
Ø  Definisi yang diberikan oleh max weber sangat sempit kerana tidak mencakupi unsur2 spiritual.
Ø  Aktiviti pertanian
-mencipta plbagai teknik atau inovasi dalam bidang pertanian dan sebagainya.
Ø  Masyarakat peradaban ialah masyarakat producing yg mempunyai sistem tulisan dan menjalani kehidupan bandar.
Ø  Unit kebudayaan yang terbesar
- Terdiri daripada perkongsian norma2 sosial,tradisi dan institusi2 yg berterusan.
-R.A Buchanan menjelaskan masyarakat peradaban memiliki institusi2 yg kompleks,melibatkan tahap pengkhususan yang tinggi ,wujud stratifikasi sosial,penguasaan matematik dan teknologi tinggi.
Ø  Kebudayaan yang berkembang di kota
-perlu dirujuk sebagai satu kumpulan pemikiran pelbagai manifestasi,orientasi yg berterusan.
-gaya kebudayaan yg bertanggungjawab membentuk institusi politik,kesusasteraan,agama dan moral.
Ø  peradaban adalah pengkelompokan manusia menurut Samuel P.Hungtinton.
-peradaban ditakrif oleh unsur objektif yang serupa seperti bahasa,sejarah,agama,adat institusi dan pengenalan diri yang subjektif.
-identiti penduduk rom boleh mentakrifkan dirinya mengikut tahap yang berbeza.
-misalnya sebagai orang rom,itali,katolik,kristian,eropah dan orang barat.
 
Kesimpulan
-konsep dan cirri-ciri tamadun serta factor-faktor  jatuh bangun sesebuah tamadun adalah penting difahami oleh generasi muda melihat perkembangan secara menyeluruh.
-Umat Islam kembali kepada dua sumber utama iaitu Al-Quran dan hadis untuk mengembalikan kegemilangan dalam pelbgai bidang.
-biarlah generasi muda sedar bahawa mereka masing2 mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk mencorakkan masa depan dan peradaban bangsa dan negara
 
Diusahakan oleh:
ASMIDA BINTI SALIM (6A3)&NUR FARAIN BINTI BAHROL (6A3)
1999
Bincangkan konsep manusia dan kehidupan masyarakat arab pada zaman Jahiliah.
 Contoh Jawapan






Pengenalan
-Menurut kamus dewan edisi terbaru manusia merupakan makhluk berakal, berfikiran, berperasaan, bernaluri, bernafsu serta beremosi dan mempunyai perilaku tersendiri mengikut budaya setempat. Sekempulan manusia sama ada kecil atau besar akan membentuk sebuah masyarakat.
-berdasarkan bukti arkeologi, manusia telah wujud sejak zaman air batu (plestosen). Manusia terawal dikenali sebagai neanderhal yang menetap di eropah, asia dan afrika.
Konsep manusia menurut barat
-Van Baptiste come de lemarek (1749-1829) dan Charles Darwin(1802-1889) telah mengemukakan teori revolusi. Menurut teori tersebut manusia berasal dari monyet.
-Teori ini amat berpengaruh di eropah dan Negara islam pada abad ke -19 dan awal abad ke – 20.
-menurut Charles Darwin manusia mula-mula tinggal di atas pokok. Kemudian mula turun ketanah berjalan menggunaka kaki dan tangan kemudia mula berdiri tegak dan berjalan menggunakan kedua-dua kaki.

Konsep manusia menurut al-Quran dan islam
-di dalam al-Quran, Allah SWT telah menjelaskan bahawa asal kejadian manusia adalah daripada keturunan Nabi Adam.
-nabi Adam diciptakan daripada tanah seperti yang dijelaskan dalam surah as-sajadah, ayat 7 yang bermaksud:”dialah yang mencipta sesuatu itu dengan sebaik-baiknya dan memulakan ciptaan manusia daripada tanah (at-tin)”.
-adam berasal daripada tanah (al-tin, al-turab, al-salsal). Dijadikan saripada 7 peringkat iaitu air mani, segumpal darah, seketul daging, lambaga yang lengkap, ditiupkan roh.
-Allah SWT menciptakan manusia dengan penuh kesempurnaan agar manusia mampu menjadi khalifah yang baik di atas muka bumi ini dan mematuhi segala urusan suruhan-nya seperti yang dijelaskan dalam al-quran, surah adz-dzaariyaat, ayat 56 yang bermaksud:”aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-ku”.

Kehidupan masyarakat jahiliah
Politik

-tiada kerajaan yang mempunyai struktur pemerintahan yang sistematik.
-memiliki semangat kesukuan yang kukuh.
-sistem politik mayarakat hadari (bandar) lebih stabil berbanding masyarakat badwi.sistem politik masyarakat badwi adalah berdasarkan kabilah. Setiap kabilah desertai oleh syeikh kabilah. Syeikh. kabilah merupakan seorang yang bijaksana, berani, dan pemurah. Selain itu beliau harusla seorang hartawan yang sudah berumur.
-mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.
-Semenanjung tanah arab telah ditakluki oleh kuasa luar yang berbeza. Bahagian utara dikuasai oleh rom dan parsi, manakala bahagian selatan pula oleh kerajaan habsyah, rom dan parsi.
-sering berlaku perperangan antara kabilah dengan kabilah yang lain disebabkan perkara kecil.

Ekonomi
-aktiviti perniagaan yang dijalankan berasaskan riba dan penindasan kerana mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata.
-golongan badwi hanya bergantung kepada hasil ternakan seperti unta, kambing, kuda, dan biri-biri. Dan mengamalkan sistem barter.
-golongan hadari mempunyai sistem ekonomi yang lebih bersistematik. Kebanyakan mereka terlibat dalam aktiviti perdagangan.
-salah satu sumber ekonomi golongan badwi ialah merompak. Mereka menyerang suku-suku yang dimusuhinya, merompak ternakan, wanita, dan kanak-kanak. Oleh yang demikian, orang badwi tidak menetap di sesuatu tempat dan terpaksa mengembara.
-Golongan bawahan menderita kerana wujudnya penindasan ekonomi.

Sosial
-struktur masyarakat arab tertakluk kepada sistem berkabilah sama ada yang tinggal di bandar (arab hadari) atau di padang pasir (arab badwi). kabilah ialah satu unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran.
-penyatuan masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan yang diistilahkan sebagai semangat ‘abassiyah’.
-perperangan sesama sendiri sering berlaku antara kabilah-kabilah. Tujuan perperangan ini adalah untuk mencari nama, kuasa, pengaruh, dan harta benda sebagai lambing kemegahan kabilah masing-masing.
-kedudukan wanita diletak di tahap yang serendah-rendahnya.
-seorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.
-golongan hamba dipandang hina malah status mereka lebih rendah daripada golongan wanita.
-berfahaman seorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk menunjukkan mereka telah sempurna menjadi lelaki.

Agama dan kepercayaan
-terdapat empat kepercayaan agama iaitu agama wathani (menyembah berhala), animism (memuja alam seperti pokok), samawi(kristian dan yahudi), dan kepercayaan seperti menilik nasib, sihir, dan mempercayai roh orang mati menjadi burung.
-menganggap segala boleh memberi keuntungan/manfaat kepada mereka berhak disembah.mereka menyembah pelbagai tuhan berbentuk objek kebendaan atau tahyul.

Kesimpulan
Ajaran islam telah berjaya mengubah kehidupan manusia jahiliah kepada kehidupan yang lebih baik.

Disediakan oleh:Abdul majid b. tudin&Cristie misselin guan


2000
Tamadun Islam telah dapat mengubah cara hidup masyarakat Jahiliah dalam berbagai-bagai aspek. Huraikan perubahanperubahan yang berlaku dalam masyarakat Jahiliah selepas kelahiran Islam.
 Contoh Jawapan





PENGENALAN
Pengertian jahiliah:Jahala, Jahlun, Jahalatun yang bererti “bodoh dan sesat”
Definisi menurut sejarawan Islam
Zaman yang penuh dengan kegelapan,kejahilan,kebodohan dalam bidang ilmu pengetahuan kerana tidak tahu membaca dan menulis.
Suatu zaman tidak mempunyai peraturan hidup dan tidak mempunyai agama, tidak mengesahkan Allah.

Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.
3. Kelahiran Nabi Muhammad  s.a.w  telah membawa banyak perubahan.
 Aspek – aspek perubahan
1. Kepercayaan
a) Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala. Pada asalnya mereka ialah pengikut ajaran Hanif tetapi ajaran ini diselewengkan dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala.Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, Sabiah, Majusi, Nasrani dan Yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut.

 b) Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalanmereka. Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam.

2. Kedudukan wanita
a) Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalanganmereka yang kematian suami, menjadi rebutan anak- anak lelaki suami mereka. Keadaan ini menyebabkan suku bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah.
b) Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang mulia golongan wanita. Mereka perlu dipelihara dari segi maruah dan kebajikan
3. Aspek Politik
Tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur dan bersistematik. Wilayah – wilayah Arab sentiasa dijajah dan diganggu gugat oleh bangsa – bangsa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah – wilayah sebelah utara. Bagi wilayah – wilayah di sebelah selatan pula, wilayah – wilayah Arab ini dijajah oleh orang Habsyah, Rom dan Parsi.
Selepas Nabi Muhammad SAW menguasai Madinah, umat Islam berjaya mendirikan negara Islam Madinah. Mempunyai perlembagaan Madinah yang lengkap. Pemerintahan berkesan dan sistematik. Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang hebat. Berjaya menghalang pengaruh Rom dan Parsi
4. Kelas masyarakat
a) Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka.
b) Dalam masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf. Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaanya kepada Allah. Manusia tidakdibezakan mengikut kekayaan atau pangkat mereka.
5. Aspek ekonomi.
Kedudukan kota Makkah agak tersepit di antara kuasa – kuasa besar seperti Rom, Parsi dan Habsyah. Dalam keadaan yang terdesak dan tertekan ini puak Quraisy Makkah cuba mengeksploitasikan perdagangan satu hala dengan mengenakan tekanan ke atas kaum Badwi. Perdagangan penuh penipuan dan riba.
Selepas Islam datang, Nabi Muhammad SAW memperkenalkan sistem ekonomi yang adil , tiada penipuan dan riba. Nabi Muhammad dan umat Islam menguasai ekonomi Madinah dari tangan orang Yahudi dengan membeli kawasan ekonomi yang dikuasai Yahudi. Nabi menggalakkan perniagaan sebagai 9/10 sumber rezeki
6. Aspek Kesusasteraan
Tidak dinafikan  bahawa orang Arab Jahiliah pandai bersyair, bersajak dan berkhutbah (berceramah ) tetapi hasil – hasil karya mereka itu adalah berbentuk sastera kreatif yang berbeza dengan zaman Islam. Isi karya tidak menunjukkan intelektual yang tinggi.
Justeru itu, Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW dan kitab Al – Quran untuk dijadikan pedoman kepada manusia supaya dapat mengatasi sastera Arab Jahiliah. Al-Quran adalah mukjizat yang mempunyai nilai sastera yang sangat tinggi yang tidak dapat ditandingi oleh bijak pandai Jahiliah.

Kesimpulan
1. Islam telah menukar cara hidup orang – orang Jahiliah dari menyembah berhala kepada menyembah Allah, dari berakhlak buruk kepada akhlak yang mulia dan berperikemanusiaan.
2. Islam telah membawa masyarakat Jahiliah kepada sebuah masyarakat yang tinggi dan bertamadun.

Disediakan oleh :Suhaili Bin Hassan&Mohd Haslam Bin Murat

2001
Huraikan latar belakang masyarakat Makkah dan Kota Madinah ( Yatrib ) sebelum kedatangan Islam.
2002
Jelaskan struktur dan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah.


Bandingkan konsep ketuhanan dan keagamaan antara pandangan Islam dengan tamadun-tamadun awal manusia.
Contoh jawapan



PENGENALAN.

-Konsep ketuhanan dan keagaaman menurut pandangan Islam adalah berlandaskan kepada kaidah iaitu mentauhidkan Allah swt yang esa.
- Agama Islam menekankan aspek syariah dalam menentukan peraturan kehidupan.
-Berbeza dengan konsep ketuhanan dan keagamaan tamadun awal manusia, mereka mempercayai kepada agama yang menyembah banyak tuhan di samping mengadakan upacara pemujaan dan pengorbanan.

Isi :

Konsep Ketuhanan Dan Keagamaan Menurut Pandangan Islam.

Terdapat dua bentuk ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w:

Di Mekkah:

o    Ajaran berbentuk Tasyri’ Kulli ( ajaran secara umum ) sebagaimana yang termaktub di dalam Al – quraan, melalui surah – surah Makkiyah sebanyak 93 surah. Ia menyentuh mengenai Hablum Minallah (Hubungan  antara HambaNya dengan Allah ). Iaitu berhubung dengan akidah, keimanan, akhlak dan peribadatan.

Di Madinah :

o    Ajarannya berbentuk Tasyri’ Juzi ( ajaran secara khusus ) sebagai mana disebut di dalam surah Madaniyah ayat 21. Ia menerangkan persoalan Hablum Minannas ( hubungan antara individu, manusia dengan individu yang lain ) iaitu berhubung dengan kenegaraan, ekonomi, kemasyarakatan dan lain – lain lagi.

 

Aspek-aspek  Ajaran Islam :

Aspek Akidah :

o    Tauhid : mengesakan Allah swt sebagai tuhan yang berhak disembah, memiliki segala kesempurnaan, berkuasan mencipta alam semesta. Dengan sendirinya, menolak segala ajarananthropomorphisme, iaitu segala bentuk penyembahan berhala dan penyamaan tuhan dengan makhluk Nya.

o     Mempercayai enam rukun iman : beriman kepada Allah, kepada Malikat, kitan – kitab suci Allah, para rasul, hari Kiamat dan Qada dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah swt.

o     Mempunyai tanggungjawab terhadap amalan sendiri. Mempercayaai bahawa syurga adalah tempat kediaman di akhirat nanti nagi mereka yang mematuhi perintah Allah dan neraka adalah tempat manusia yang mengingkari perintah Allah

o     Perkara – perkara selepas mati: mempercayaai adanya alam barzakh (kubur ), hari nisab, hari kiamat, titian siratul mustaqim, nikmat dalam syurga dan lain – lain lagi. Di dalam ajaran Islam ini, umat Islam boleh terus beribadat kepada Allah dengan mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Semua bentuk penyembahan dilarang melakukannya melalui perantaraan.

 Aspek Syariah:

o    Ajaran ini membezakan dengan ajaran – ajaran jahiliah kerana iamembentuk cara hidup sendiri melalui syariah – syariah yang merupakan undang – undang atau tatacara bagi manusia hidup sementara di bumi ini. Di dalam syariah terdapat pelbagai bentuk peraturan yang diturunkan oleh Allah melalui wahyu Nya kepada Rasullah s.a.w. hanya mengamalkan peraturan dan undang – undang ini sahaja yang terselamat dari kesesatan di dunia dan beroleh keberuntungan di akhirat kelak.

Aspek Akhlak:

o    Ajaran ini tidak lengkap tanpa peraturan berhubung dengan akhlak. Di dalamnya terdapat peraturan yang menegah umat Islam khasnya dan umat manusia amnya supaya tidak melakukan kejahatan dan tidak berperikemanusiaan seperti merompak, minum arak, berjudi dan sebagainya. Ajaran Islam juga menggalakkan manusia supaya berakhlak mulia, menjalinkan silaturahim dan tolong menolong.

o     Dengan melaksanakan tiga aspek ajaran Islam ini sahaja, barulah umat Islam secara individu atau bermasyarakat boleh dianggap beriman kepada Allah, rasul – Nya dengan sebenar – benarnya. Aspek ini telah membezakan keagamaan setiap penganut Islam dengan keagamaan orang – orang Jahilian sebelum Islam.

 

Konsep Ketuhanan Dan Keagamaan Menurut Pandangan Tamadun Awal Manusia.

Menyembah banyak Tuhan.

o    Dalam tamadun awal manusia agama yang diamalkan adalah bersifat politeisme iaitu agama yang menyembah banyak tuhan dan dewa – dewi. Misalnya orang – orang Sumeria, Mesir dan Indus menyembah banyak tuhan. Manusia pada zaman tamadun awal percaya dewa – dewi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan.

o     Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit, bagi orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon – Re iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil. Manakala dewa – dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa bermuka tiga. Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari ( Mitra ), langit (Dyaus) dan api ( Agni ). Tuhan yang paling popular ialah tuhan Indra.

Menyembah Dewa – dewi.

o    Dalam masyarakat Sumeria, mereka percaya setiap kota mempunyai dewa penaung ( patron deity ). Orang- orang Sumeria menyembah dewa ini yang dipercayaai dapat melindungi kota – kota mereka.

o    Bagi orang – orang Mesir, mereka mempercayaai seluruh alam dikuasai oleh dewa – dewai yang akan menentukan hidup matinya sesuatu kehidupan. Mereka memuja banyak semangat roh binatang seperti kucing dan tanaman.

Upacara Pemujaan dan pengorbanan.

o    Masyarakat tamadun awal sering menjalankan upacara agama seperi pemujaan dan pengorbanan supaya mereka tidak ditimpa malapetaka. Bagi orang Sumeria upacara pemujaan dan pengorbanan dilakukan dalam kuil – kuil berbentu menara yang dipanggil Ziggurat.

o     Dalam masyarakat Indus mereka juga menjalankan upacara pengorbanan terutamanya binatang. Tetapi mereka tidak mengorbankan lembu kerana dianggap sebagai binatang suci.

o     Masyarakat Shang percaya bagi mengelakkan malapetaka, orang Shang perlu menjalankan upacara pengorbanan untuk tuhan – tuhan mereka.

 Menyembah banyak Objek dan Unsur Alam semester :

o    Bagi masyarakat Shang mengamalkan agama menyembah banyak objek dan unsur alam semesta seperti bumi, sungai, angin, binatang dan sebagainya. Mereka percaya tuhan yang paling berkuasa adalah tuhan T’ien iaitu tuhan langit.

o     Mereka percaya tuhan – tuhan ini boleh menguasai kehidupan manusia dan boleh menyebabkan malapetaka seperti kemarau, banjir dan wabak penyakit.

o     Bagi mengelakkan malapetaka belaku orang Shang menjalankan upacara pengorbanan supaya tuhan – tuhan mereka tidak marah.
 
Kepercayaan kehidupan selepas mati.

o    Bagi orang – orang Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Oleh itu mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang kompleks.

o     Sebaliknya orang – orang Mesir, mereka mempercayaai kehidupan selepas mati. Justeru itu  dikalangan pemerintah mereka akan membina piramid untuk menyimpan mumia sebagai tempat bersemadi roh – roh mereka. Selain itu banyak barangan seperti makanan, perabut, harta juga disemadikan bersama – sama mumia.

o     Masyarakat Shang juga percaya kehidupan selepas kematian, mereka akan menanam raja – raja Shang ini bersama barang seperti harta, manusia seperti tawanan perang, petani bersama – sama raja yang telah mati dalam satu kawasan perkuburan.

 Memuja Roh Nenek Moyang :

o     Orang – orang Shang memuja roh nenek moyang mereka kerana mereka percaya roh – roh  ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas keghidupan mereka.

o     Mereka percaya dengan penggunaan tulang – tulang nujum ( oracle bones ) untuk membuat ramalan terutamanya untuk mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan dengan roh nenek moyang mereka.

KESIMPULAN
                                                                                                                           Nur Mazawani Binti Muhamma



2003
Masyarakat yang terdapat pada zaman Khulafa Al-Rasyidin terdiri daripada pelbagai golongan. Huraikan                      (Bab 3)

Contoh Jawapan




PENDAHULUAN

Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,khulafah Al-Rasyidin mengambil alih pemerintahan Islam.Pemerintahan khulafah Al-Rasyidin meliputi khalifah Abu Bakar,khalifah umar Al-khattab,khalifah Uthman bin Affan dan khalifah Ali bin Abu Talib.Pada zaman khalifah  Al-Rasyidin ,orang arab Madinah dan orang arab Quraisy merupakan golongan penting membantu pentadbiran Negara.

ISI

1.      AL-RIDDAH (zaman Abu Bakar)

Ø  3 Golongan

Ø  Enggan membayar zakat-beranggapan zakat hanya dibayar kpd Nabi.

Ø  Nabi palsu-mendakwa mereka menerima wahyu tujuannya utk mendpt pengaruh & kepentingan peribadi.

Ø  Murtad-menerima islam utk mendpt perlindungan politik dari Negara islam.

2.      AH-AL AGGAM (zaman Al-Khattab)

Ø  Org Arab yg menyertai tentera di Iraq,Syria,dan Mesir tlh membuka tanah dan menetap di kwsan tersebut.

Ø  Mereka merupakan bekas golongan murtad.

Ø  Mereka diberikan kuasa mentadbir lading dan tanah serta memungut cukai sbg mengenang jasa mereka.

Ø  Pemimpinya ialah AL-ASHTAR & MALIK AL-HAITH.


3.      AL – QURIA

Ø  Berasal dari golongan Al-Aggam.

Ø  Mengelar diri mereka sbg Al-Quria utk membezakan mereka daripada golongan AL-Aggam yg lain.

Ø  Memberontak kerana pengambilan kuasa pentadbiran tanah & cukai di Iraq oleh Bani Umaiyah.

Ø  Membunuh Khalifah uthman.

Ø  Memberi sokongan kpd Khalifah Ali dlm perang Jamal dan Siffin.
 

4.      KHAWARIJ (zaman khalifah Ali)

Ø  Bekas penyokong Khalifah Ali yg tdk bersetuju dgn khalifah Ali yg menerima pendamaian dgn tentera Muawiyah dlm perang siffin.

Ø  Berjaya membunuh Ali dan melancarkan gerakan menentang Bani Umaiyah.
 

5.      BERKECUALI

Ø  Terdiri drpd golongan tdk ingin terlibat dlm konflik Ali dan Muawiyah.

Ø  Tinggal di Hijaz
 

6.      BUKAN ARAB (AJAM)

Ø  Kaum parsi yg telah memeluk Agama Islam.

Ø  Tinggal di Iraq

Ø  Tdk dikenakan bayaran Jizyah.

 
7.      BUKAN ISLAM

Ø  Terdiri drpd Orang Arab & bkn Arab yg tdk beragama Islam-Yahudi,Qibti & parsi.

Ø  Tinggal di luar semenanjung Arab.

Ø  Menganut agama kristian,yahudi & Majusi.

Ø  Mereka mendpt perlindungan politik & layanan adil drpd kerajaan islam kerana membayar Jizyah.
PENUTUP

Berdasarkan huraian di atas,jelaslah bahawa terdapat pelbagai golongan di zaman khulafah Al-rasyidin.

 DISEDIAKAN 6A3 2012 JØ  NUR AZMIDA BINTI JAPAR.
Ø  NUR KHALIFAH BINTI ABDUL GHANI.

2004
Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah
dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.
2005
Jelaskan konsep manusia mengikut pansangan Islam dan Arab Jahiliah.
 
Huraikan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w menangani masalah
yang ditimbulkan oleh kaum-kaum yang terdapat di Madinah setelah baginda berhijrah ke kota tersebut.
2006
Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke arah pembentukan negara Islam di Madinah

Contoh Jawapan






PENGENALAN
ž  Negara kota Madinah terletak kira-kira 320 km ke utara Mekah.
ž   Masyarakatnya terdiri daripada suku-suku Arab terutamanya Aus dan Khazraj serta orang-orang Yahudi.
ž  Sebelum agama Islam tersebar ke Madinah suku-suku Arab sentiasa berselisih faham sesama mereka.
ž  Golongan Yahudi memandang rendah orang-orang Arab, memonopolikan kegiatan ekonomi, hidup mewah dan menguasai pentadbiran.
ž   Dari segi agama dan kepercayaan kaum Yahudi memelihara kesucian agama Yahudi dan orang-orang Arab menyembah berhala seperti orang Quraisy di Mekah.
ž  Namun begitu orang Arab Madinah lebih mengerti tentang ketuhanan dan kenabian berbanding dengan orang Arab Mekah oleh kerana mereka lebih terdedah kepada agama Yahudi.
ž  Jadi, pemikiran mereka lebih terbuka kepada usaha dakwah Nabi Muhammad saw dan lebih bersedia memeluk agama Islam yang dibawanya.
ž  Hijrah dari Mekah ke Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan titik permulaan negara Islam di Madinah.
ž   Walaupun sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah agama Islam tersebar di Madinah menerusi orang-orang Muslim (kaum Ansar) yang menyertai dalam Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II.

ISI-ISI PENTING
Pembinaan Masjid
ž  Peristiwa hijrah telah menyebabkan penyebaran agama Islam semakin meluas terutamanya dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Madinah yang menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam.
ž   Kaum Ansar di Madinah menyambut Muhajirin dari Mekah dan buat pertama kali, kegiatan dakwah dapat dilakukan secara terbuka. Kaum Ansar banyak berkorban untuk mengembangkan agama Islam.
ž  Setelah tiba ke Madinah Nabi Muhammad s.a.w. telah membina masjid-masjid yang bukan sahaja menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam tetapi juga digunakan untuk menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam.

Pembentukan Ummah
ž  Nabi Muhammad adalah seorang negarawan. Sebagai langkah pertama terhadap penyatuan masyarakat Islam di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Ansar dengan kaum Muhajirin :
i. Muahahjirin dengan Muhajirin.
ii. Ansar dengan Ansar.
iii. Muhajirin dengan Ansar
ž  Semangat Asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam.
ž   Hubungan persaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi.
ž  Kedua-dua golongan bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara.

Mewujudkan Piagam Madinah
ž  Baginda seterusnya mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan untuk membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat.
ž  Piagam Madinah bukan sahaja membentukkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi.
ž  Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum.
ž  Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing.
ž  Keselamatan penduduk Madinah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh.
ž  Penduduk Madinah juga mengiktirafkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin agama dan ketua negara.
ž  Dengan pengiktirafan itu Nabi telah menjadi pemimpin yang berwibawa dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara Islam Madinah.

Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara Musyawarah
ž  Baginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik.
ž  Dalam hubungan dengan kaum Yahudi semasa Perang Badar, Nabi Muhammad s.a.w. tidak menunjukkan permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terus mengadakan perundingannya dengan mereka.
ž  Hanya setelah perundingan gagal barulah mereka disingkirkan secara terhormat dari Madinah.
ž  Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin serta antara Aus dan Khazraj.
ž  Konsep musyawarah terbayang dalam hubungan politik antarabangsa.

Mewujudkan Tentera Islam di Madinah
Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera Islam yang menyertai beberapa ekspedisi ketenteraan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman dan serangan musuh
ž  Dalam mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah. Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam bidang ketenteraan.

Mengadakan Hubungan Luar
Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar perwakilan ke luar seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi.

Menyusun semula struktur ekonomi Madinah :
KESIMPULAN
v  Pembentukan Negara Islam Madinah berasaskan kepada wahyu dan perundangan. Negara Islam Madinah menjadi sebuah negara yang adil, aman dan makmur.

2007
Huraikan usaha-usaha yang dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam menyatupadukan masyarakat di Madinah.
Contoh Jawapan

Pendahuluan
ž  Kerajaan Islam Madinah terbentuk kesan daripada peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
ž  Sebelum terbentuknya negara Islam Madinah atau nama sebenar sebelumnya Yathrib, yang didiami oleh majoriti yang berbangsa Arab.
Kebanyakan terdiri daripada puak Aus dan Kharaj serta golongan Yahudi
ž  Selepas penghijrahan Rasulullah SAW Madinah, muncul satu golongan lagi iaitu golongan muhajirin.
ž  Dengan penggubalan Piagam Madinah, kesemua warga Madinah kini dikenali sebagai ummah.
ž  Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang negara Islam yang termaktub dalam Piagam Madinah.
Isi-isi
Ø  Membina masjid
ü  Pada peringkat awal, baginda telah mendirikan Masjid Quba diikuti Masjid Nabawi.
ü  Fungsi masjid tersebut bukan sahaja sebagai pusat ibadat, malah tempat pertemuan masyarakat bagi membincangkan hal-hal semasa termasuk urusan agama, politik, ekonomi,dan sosial.       
ü  Masjid berperanan sebagai tempat asas pertemuan dalam pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu.       
Menyatukan golongan Aus dan Kharaj
ž  Kedua-dua kaum ini telah lama bermusuhan sehingga berlaku peperangan yang panjang seperti Perang But’ah.
ž  Semangat persaudaraan Islam telah menggantikan semangat assabiyah.
ž  Menjadi titik tolak kepada pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu dan bekerjasama.

Mempersaudarakan kaum Muhajirin dan kaum Ansar
ž  Masyarakat Islam Madinah terdiri daripada2 kumpulan.
ž  Kau Muhajirin berasal dari Makkah dan berhijrah ke Madinah.
ž  Kaum Ansar merupakan penduduk tempatan Madinah.
ž  Nabi Muhammad SAW telah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan  Ansar.
ž  Contohnya, baginda telah mempersaudarakn Hamzah bin Abdul Mutalib dengan Zaid bin Harith dan Umar al-Khattab dengan Utbah bin Malik.

Menanam semangat persaudaraan Islam
ž  Semangat ini ditanam oleh Nabi Muhammad SAW dalam kalangan merka sehingga mereka tidak bersa adanya perbezaan antara golongan Muhajirin dan Ansar.
ž  Mereka bergaul dan bermesra sesama mereka sperti saudara kandung sendiri.
ž  Konsep persaudaraan antara mereka itu tidak melewati batas persaudaraan yang memepunyai hubungan darah keturunan.
ž  Mereka dianjurkan supaya hidup berkasih sayang dan bekerjasama untuk kebaikan agama , masyarakat, dan negara.
ž  Sabda Rasulullah “bersaudaralah kamu dengan persaudaraan Allah berduan-duan”.
ž  Perpaduan ini telah mempercepat lagi pembentukan masyarakat Madinah yang mantap.
Menggubal Perlembagaan Piagam Madinah
ž  Tujuannya untuk mewujudkan perpaduan ummah dalam kalangan penduduk Madinah iaitu orang Islam dan bukan Islam.
ž  Piagam ini merupakan hak dan tanggungjawab pemerintah dengan yang diperintah.
ž  Piagam ini mengandungi 47 fasal.
ž  Piagam ini menekankan beberapa perkara :
1)      Al-Quran sebagai asas peraturan Piagam.
2)      Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara.
3)      Tanggungjawab  bersama mempertahankan dan mengukuhkan ekonomi Madinah.
4)      Kebebasan ekonomi.
5)      Tanggungjawab sesama Islam.
ž  Dengan itu, wujud sebuah negara Islam yang mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik dan masyarakat yang bersatu padu.

Mengawasi aktiviti golongan munafik
ž  Golongan munafik merupakan kaum yang berpura-pura memeluk Islam dan berniat jahat untuk memecahbelahkan serta menghancurkan masyarakat Islam.
ž  Baginda menasihati para sahabat supaya berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik
ž  Langkah baginda telah berjaya kerana tiada permusuhan secara terbuka dan setelah kematian Abdullah bin Ubay telah melenyapkan cita-cita kaum munafik

 Mengamalkan sifat kepimpinan yang unggul.
ž  Nabi Muhammad SAW memperlihatkan sifat seperti siddiq, tabligh, fatanah, dan hikmah dalam pemerintahan dan pentadbiran baginda sebagai ketua negara.
ž  Kepimpinan baginda tersebut telah berjaya menyatupadukan dan membangunkan masyarakat Madinah yang mantap dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

 Memperkenalkan dasar ekonomi baru
ž  Tujuannya untuk membangunkan ekonomi umat Islam dan mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin.
ž  Nabi menggalakkan orang Islam bekerja keras dan aktif dalam mengusahakan perniagaan dan pertanian.Contohnya, tanah-tanah yang tergadai kepada orang Yahudi ditebus kembali dan diusahakan
ž  Monopoli, penindasan, dan amalan riba diharamkan.
ž  Sistem zakat diperkenalkan supaya kutipan wang dari golongan yang kaya boleh digunakan untuk membantu orang miskin.
Penutup
ž  Nabi Muhammad SAW telah berjaya menyatupadukan masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan ideologi.
ž  Pembentukan masyarakat yang bersatu padu telah mendorong kepada kestabilan politik dan pembinaan negara Islam yang berdaulat.
                                                                                                                                                                                                                            AZLINA & SITI      
 
2008
Bincangkan pelbagai kelompok masyarakat Quraisy dalam bidang ekonomi dan politik pada zaman Jahiliah
Contoh Jawapan:



Pengenalan

Jahiliah berasal daripada kata akar 'jahala' dan kata terbitan 'jahlun' atau 'jahalatun' yang bererti bodoh dan sesat.

Sejarawan Islam mendefinisikan zaman jailiah sebagai zaman penuh dengan kegelapan, kejahilan, dan kebodohan dalam bidang pengetahuan.

Pihak lain - Jahiliah sbg satu zaman yg tdk mempunyai peraturan hidup & tdk mempunyai agama

Zaman jahiliah berlangsung selama tiga abad iaitu pd 300 masihi, 570 masihi, 610 masihi.

Kabilah yg terkenal sebelum kedtgn Islam ialah kabilah Quraisy yg terdri drpd Bani Umaiyah, Bani Hashim, Bani Abd Mutalib & sbgainya.

Bidang Ekonomi Zaman Jahiliah

Politik Golongan Badwi

Sistem politik msyrkt Badawi adalah berasaskan qabilah, di mana bbrapa kmpln keluarga membntk khemah² yg mrupakan sebuah Hayy.

Kumpulan Hayy² ini membentuk kaum, & beberapa kaum ini mewakili suatu qabilah dgn ketuanya sendiri yg digelar ‘Syeikh Qabilah’.

Tugas² seorg Syeikh meliputi mjaga keamanan qabilahnya di samping mbuat perjanjian dgn qabilah² lain sekiranya timbul perselisihan

Adalah mjadi bawaan hdp mereka sendiri utk bermusuh-musuhan dgn qabilah² lain, meskipun kerana sebab² yg keci

Seseorg Syeikh yg dilantik haruslah memiliki sifat² keberanian, pemurah & bijaksana. Malah ia haruslah juga seorg hartawan yg sudah berumur.

Jwtn Syeikh ini biasanya dpt diwarisi oleh anak-anaknya, dgn syarat pd dirinya terdpt kebolehan yg setanding kalau tdk pun melebihi bapanya.

 

Politik Golongan Hadari

Iebih gemar kpd keamanan & tunduk di bwh suatu kuasa pentdbran yg tetap & mantap

Dlm urusan pemerintahan mereka, terdpt badan @ jemaah yg mentdbrkannya dlm bbrapa bidang.

Di Makkah sendiri terdpt pembhgian² tugas di bwh pimpinan dewan pusatnya sendiri, iaitu Barun-Nadwah.

Walaupun mpunyai sistem pntdbrn yg lebih tetap & teratur, ttp sistem politiknya beraneka ragam

Di Makkah sendiri, ia bercorak aristokrasi, yakni sekumpulan para² bangsawan (Quraisy) mdominasi pntdbrnnya.

Di Utara pula, khasnya di Hirah & Ghassan, ia lebih merupakan sbuah negara naungan (protectorate) Parsi @ Rom.

Di Selatan, ia lebih cenderung kpd sistem beraja.

Kesimpulan

Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah berubah selepas penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mereka mentauhidkan Allah dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka.

Disediakan oleh:

Kasma Amira Jahili

Nurfaneeza bt Kamarudin

 
Huraikan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w menangani masalah yang ditimbulkan oleh kaum-kaum yang terdapat di Madinah setelah baginda berhijrah ke kota tersebut

Pendahuluan

  Terdapat dua kelompok bangsa utama di Madinah pada waktu itu, iaitu Yahudi dan Arab.

  Setiap kelompok terbahagi kepada beberapa suku dan subsuku.

  Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w, masyarakat di Madinah hidup dalam keadaan berpecah belah dan saling bermusuhan.

  Cabaran awal yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w  pada peringkat awal penghijrahan baginda  ialah menangani masalah-masalah yang ditimbulkan oleh kaum-kaum ini.

 Isi- Isi Penting

Menyatukan puak-puak yang saling bermusuhan

  Nabi Muhammad s.a.w menyatupadukan Puak Aus dan Khazraj.

  Sebelum kedatangan baginda, kedua-dua pihak saling bermusuhan sehingga tercetus Perang Buath.

  Baginda menyatukan kedua-dua puak dan menamakannya kaum Ansar.

  Baginda juga meningkatkan akidah melalui penyatuan kaum mereka.

  Baginda juga mempersaudarakan kaum Ansar dan muhajjirin, iaitu masyarakat yang berhijrah dari Makkah.

  Perpaduan ini telah diikat dalam perjanjian perlembagaan Madinah.

 
Menangani masalah yang ditimbulkan oleh kaum Yahudi Bani Qainuqa

  Kaum ini telah menjatuhkan maruah seorang wanita islam kaum Ansar di kedai yahudi Bani Qainuqa yang bertentangan dengan perlembagaan Madinah dan menyebabkan rasa tidak puas hati  dalam kalangan orang Islam yang menjurus kepada pembunuhan yahudi tersebut.

  Peristiwa ini dipanjangkan dengan peristiwa puak Yahudi mempersendakan kemenangan puak Islam  pada perang Badar.

  Baginda mengingatkan Bani Qainuqa tentang perbuatan mereka itu.

  Namun, Bani Qainuqa telah mencabar baginda dan mengisytiharkan peperangan.

  Peperangan antara pihak Islam dengan Bani Qainuqa telah tercetus dan mereka telah bertahan selamaa 15 hari di kubu mereka.

Walaubagaimanapun, mereka akhirnya menyerah diri dan bersetuju keluar dari Madinah ke Syam bersama harta benda mereka dan senjata mereka dimusnahkan

Masalah dari kaum Yahudi dari Bani Nadhir

  Kaum ini menuntut ganti rugi/ diyah yang tinggi kerana seorang lelaki Islam iaitu Amru b. Umaiyah membunuh seorang lelaki Yahudi secara tidak sengaja.

  Ketika baginda mengadakan perbincangan dengan ketua kaum bersama para sahabat, mereka telah cuba membunuh Nabi.

  Usaha itu gagal disebabkan Allah SWT menurunkan wahyu melalui surah al-Maidah ayat 11.
  Orang Islam juga dipersendakan kerana tewas dalam Peperangan Bir Maudah dan al-raji.

  Bani Nadhir telah dikepung dalam pertempuran selama enam hari dan mereka telah menyerah kalah.

  Baginda bersetuju membenarkan kaum ini keluar dari Madinah bersama harta benda tetapi tanpa senjata.

  Seramai 600 orang telah menetap di Khaibar manakala yang lain pergi ke Syria.

Masalah dari kaum Yahudi Bani Quraizah

  Membuat pakatan dengan Musyrikin Makkah menentang orang Islam di Madinah semasa Perang Khandak pada tahun 5 Hijrah.

  Kes ini telah dibicarakan oleh ketua suku Aus, iaitu Sa’d b. Muadh.

  Setelah merujuk kitab Taurat dan Al-Quran, semua lelaki belot dibunuh manakala kanak-kanak dan wanita dijadikan tawanan.

Masalah dari golongan Munafik

  Golongan ini bekerjasama dengan kaum Yahudi, melarikan diri daripada Perang Uhud dan membantu musuh dalam peperangan Azhab.

  Mereka juga telah memecahbelahkan perpaduan umat Islam dengan pembinaan Masjid Dhirar.

  Namun, Baginda tidak mengambil tindakan dengan golongan ini kerana dalam perlembagaaan Madinah mengatakan orang Islam bersaudara dan tidak boleh bermusuhan.

  Baginda telah menasihatkan para sahabat supaya berhati-hati dengan golongan ini dan golongan ini dipulaukan.

 

Masalah dari Kaum-kaum di Madinah

  Baginda menangani masalah dari kaum-kaum di Madinah dengan menubuhkan perlembagaan Madinah.

  Dalam perlembagaan ini, Baginda menyeru semua kaum supaya bekerjasama dan saling bantu membantu dan menjaga tanggungjawab terhadap Kota Madinah.

  Kebebasan beragama dan menghormati budaya dan adat semua kaum turut dinyatakan dalam perlembagaan.
  Peranan masjid juga tidak sebagai tempat beribadat semata-mata sebaliknya, diperluaskan sebagai pusat kegiatan masyarakat dan pentadbiran.

  Baginda juga menangani masalah penindasan ekonomi oleh kaum Yahudi.
  Orang-orang Islam telah digalakkan berniaga di pasar-pasar, menebus kembali tanah-tanah, dan membawa masuk bernih kurma yang berkualiti.

Penutup

  Nabi Muhammad SAW telah berjaya menyatupadukan pelbagai bangsa di Madinah dan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Sebagai negarawan tulen dan berwibawa, Baginda amat mementingkan perpaduan antarabangsa dan tidak mewujudkan negara berlandaskan

  Nabi Muhammad SAW telah berjaya menyatupadukan pelbagai bangsa di Madinah dan menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Sebagai negarawan tulen dan berwibawa, Baginda amat mementingkan perpaduan antarabangsa dan tidak mewujudkan negara berlandaskan

2009
Huraikan perkembangan masy islam di China sehingga abad ke-15m
Contoh Jawapan

15

Pengenalan

1.    Versi pertama : Islam dibawa oleh Hamzah b Hamzah, anak Hamzah b Abi Talib.

2.    Versi kedua mengatakan kedatangan Saad b. Abi Waqas bersama 15 orang mubaligh lain mengadap Maharaja Yung Wei pada zaman Dinasti Tang.

Ã’ Menurut Ibrahim Ma, seorang sejarah tempatan melaporkan pendakwah Islam yang pertama datang ialah Saad b Lubayd yang tiba di Canton pada 630 M.

Ã’ Hubungan perdagangan Arab dengan China melalui perdagangan sejak abad ke 4 Masihi.

Ã’ Hubungan ini telah menyebabkan masyarakat islam berperanan penting di china.

 

Isi-isi penting:

Ã’ Memperluaskan kuasa islam ke Asia Tengah :

1.    Perluasan kuasa ke kawasan Asia Tengah seperti Samarkhand, Bukhara, di wilayah Sinkiang mempercepatkan penyebaran Islam ke China.

2.    Hubungan diplomatik juga dijalinkan diantara masyarakat muslim di Singkiang dengan Maharaja China.

3.    Pada zaman khalifah al-walid bin abdul malik(705-715M),tentera islam di kawasan sebelah timur hingga ke negara china serta berjaya memasuki Sinkiang dan mara ke Kansu.Pada 713M,Qutaybah menghantar perutusan ke negara china bagi mengadakan hubungan persahabatan dengan Maharaja Hsuan Tsung(712-756M).perutusan itu diterima oleh maharaja dan bermulalah aktiviti dakwah islamiah di negara china.

Ã’ Mewujudkan proses Asimilasi :

1.    Setelah itu pendatang Arab dan Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam.

2.    Pada tahun 878M telah terdapat seramai 120,000 orang asing khususnya Arab Islam di Cina. Pada zaman akhir Dinasti Yuan penduduk Islam dianggarkan 4,000,000 orang.

 

Ã’ Mewujudkan penempatan Masyarakat Islam :

1.    Justeru itu penempatan orang Arab telah berkembang di kawasan selatan negeri China seperti Chuan Chow, Chang Chow, dan Kwang Chow(Canton).manakala pada zaman Dinasti Sung telah dibenarkan membuat perkampungan sendiri.

 

Ã’ Membina Masjid :

1.    Menurut Ibnu Battuta sewaktu lawatan beliau ke China setiap perkampungan Islam telah didirikan sebuah masjid. Sebagai contoh Maharaja Huang Chu telah mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking.

2.    Di Nanking:terdapat 36 buah masjid.

É sebagai pusat ibadat,pusat kegiatan ilmu dan pertemuan untuk kegiatan kemasyarakatan orang islam dan tempat kegiatan dakwah.

Di pinggir bandar Canton:

É  telah dibina sebuah zawiyah iaitu institut pengajian Agama dan tarekat yang dipimpin oleh Syeikh Burhanuddin.

 

Ã’ Membentuk Dasar Kerajaan China :

1.    Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama seperti DinastiYuan dan Dinasti Ming.

2.    Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan.

Sebagai contoh:

É Dinasti Yuan, dasar anti confucianisme diamalkan dang mengutama orang luar terutama orang Islam.

É Seorang pentadbirnya terdiri daripada seorang Islam bernama Abdul Rahman menjawat jawatan Ketua Pemungut Cukai.

É Seorang lagi ialah Syed Ajall yang dikenali orang China sebagai Say Dian Chih yang pernah dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1259M dan Gabnor Yunan.

 

Ã’ Bidang sains dan astronomi:

É Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin) berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang digunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Yuan.

É Tokoh astronomi bernama Ma Cha –ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO / Zheng He ) zaman Dinasti Ming .

KESIMPULAN

Ã’ Perkembangan Islam di China bermula sejak zaman khulafa ar-Rasidin dan kesannya Islam berjaya disebarluaskan ke Asia Tenggara dan menguasai politik dan ekonomi China untuk beberapa ketika


2010
Bincangkan faktor kemunculan golongan Syiah dan Khawarij pada akhir zaman Khulafa al-Rasyidin
2011
Sejauh manakah pemerintahan dan pentadbiran Khulafa al-Rasyidin memiliki ciri pemerintahan dan pentadbiran Nabi Muhammad SAW di Madinah?
 
Bincangkan aspek akidah, akhlak, dan syariah yang menjadi tumpuan ajaran Nabi Muhammad SAW di Mekah dan Madinah.

  
SOALAN-SOALAN TEMA 2( Manusia Dan Masyarakat )
TAHUN
SOALAN
1998
Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di
dunia. Berikan huraian berhubung dengan kandungan dan kepentingan piagam tersebut.

Contoh Jawapan:

Pengenalan :

·        Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi.

·        Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar  Muhajirin (golongan Pendatang).

·        Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.

·        Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi.

·        Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka.

·        Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang Munafik perlu menjadi musuh dalam selimut.

·        Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.

·        Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian dengan seluruh  Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.

 
Isi :

Huraian mengenai Piagam Madinah :

 

·        Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah.

·        Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quran, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu.

·        Ia berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu.

·        Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak-kanak raja.

·        Ia juga bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap sebagai peraturan pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Mauriya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu itu;

 Beberapa aspek utama piagam Madinah ialah:

·        Pengakuan terhadap Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa -apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan.

·        Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak terpengaruh dengan apa – apa elemen yang tidak baik dari luar.

·        Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa -apa serangan musuh.

·        Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .

·        Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.

·        Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut.

 

Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-perkara berikut :

 ·        Penerimaan Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa.

·        Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa.

·        Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam.

·        Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukuman terhadap kesalahan -kesalahan di luar bidang kuasa ketua -ketua kaum berkenaan.

·        Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.

·        Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.

·        Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.

·        Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams ecara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.

·        Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.

·        Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.

·        Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut agama lain.

·        Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.

·        Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.

·        Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.

 ·        Kesimpulan :

·        Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India.

·        Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.

·        Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.

·        Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.
1999
Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi
juga seorang negarawan”. Bincangkan pernyataan ini.
 
“Khalifah Harun al-Rashid dan anaknya al-Ma’mun adalah
diantara khalifah kerajaan Abbasiyah yang sangat berjaya dalam
bidang pembangunan negara dan perkembangan ilmu pengetahuan”. Bincangkan pernyataan ini.
2000
Huraikan perkembangan institusi wazir dari zaman Rasullah s.a.w
hingga zaman kerajaan Abbasiyah.
Huraikan sistem pemerintahan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
2001
Terangkan tindakan kerajaan Bani Umaiyyah terhadap golongan Syiah dan Khawarij.
2002
Sahifah Madinah dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang
pertama di zaman Islam. Huraikan perkara-perkara yang terdapat dalam Sahifah Madinah
2003
Huraikan konsep khalifah dan kaitannya dengan proses
perlantikan abu bakar al-Siddiq sebagai khalifah Islam yang
pertama.
Bandingkan dasar pemerintahan khulafa al-Rasyidin dengan pemerintahan Bani Umaiyyah.
2004
Huraikan peranan Sultan Lskandar Muda Mahkota Alam dalameningkatkan perkembangan Islam di Nusantara.
2005
Jelaskan peranan keluarga Barmaki dalam pemerintahan kerajaan
Bani .
Bandingkan sistem pemerintahan antara negara Rom pada zaman Augustus dengan Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
2006
Huraikan ciri-ciri utama sistem pentadbiran kerajaan Abbasiyah
dari zaman pemerintahan Abu Abbas al-Saffah hingga zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid.
2007
Bincangkan kaedah pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
2008
Huraikan prinsip syura, keadilan, dan persamaan hak dalam
pemerintahan Islam di Madinah.
Bandingkan peranan antara ketua kerajaan dalam empayar
kesultanan Melaka dengan pemerintahan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin.
2009
2010
Sejauh manakah pemerintahan dan pentadbiran Khulafa al-Rasyidin memiliki ciri pemerintahan dan pentadbiran Nabi Muhammad SAW di Madinah?
2011
Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada keutuhan politik pada zaman Nabi Muhammad SAW
Sejauh manakah peranan dasar pemerintahan kesultanan kerajaan islam Melaka dalam memajukan kegiatan perdagangan pada abad ke15