Peristiwa

Thursday, January 10, 2013

Cadangan Penyelidikan


Tema Pilihan
A.Sejarah Tempat
Tema ini dalam kategori sejarah tempatan. Cakupan meliputi aspek asal-usul dan pembukaan serta perkembangan sesebuah -petempatan -perkembangan sebagai sebuah petempatan sama ada sebuah kampung, bandar tradisi, bandar baru,atau kawasan tapak yang berkaitan dengan sesuatu kegiatan manusia dalam pelbagai bidang kegiatanya -hendaklah mempunyai kesignifiksi sejarah tempat masing-masing

B.Sejarah Ekonomi
Tema ini memiliki cakupan yang luas dan boleh diteliti pada paras tempatan, nasional ataupun global
Aspek kajian seperti
-dasar ekonomi kerajaan pusat atau kerajaan negeri
-pelaksanaan mahupun kesannya di daerah, negeri,nasional
-kegiatan ekonomi dalam bentuk pertanian
-perladagnag atau pekebun kecil, perniagaan, perdagangan dan perindustrian yang bersifat radisional atau moden di daerah, negeri atau nasional
-tokoh ekonomi-ushawan kecil atau besar dalam pelbagai bidang, pemikiran tokoh ekonomi, hubungan perdagangan antara negara, perkembangan dan kemajuan sektor-sektor ekonomi tertentu
-isu-isu tentang pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, agihan pendapatan, taraf hidup, kemiskinan, guna tenaga dan pengangguran dan sebagainya

C.Sejarah Seni dan Kebudayaan
-Tema ini juga agak luas
-Meliputi segala aspek manusia dalam menjalani kehidupan mereka
-Kebudayaan meliputi cara, gaya dan amalan dalam kehidupan manusia
-Seni tari, seni lagu, seni tampak, seni lukis, seni puisi, syair dan sebagainya dalam perspektif sejarah
-Perkembangan seni dari masa ke semasa, tradisional ke modah
-Aspek kebudayaan seperti cara hidup dalam masyarakat tradisional spt perkahwinan, cara mendidik anak,cara menjalankan sesuatu kegiatan baik dalam ekonomi, politik atau sosial

D.Sejarah Perubatan dan kesihatan
-Tema ini meliputi aspek2 tentang bagaimana manusia megendalikan dan merawat diri mereka daripada penyakit yang bersifat fizikal mahupun spiritual sehingga munculnya pelbagai institusi, kaedah dan cara memelihara kesihatan tersebut sejak zaman berzaman
-Kajian boleh dilakukan peringkat tempatan, negari atau negara
-Contoh nya masalah perebakan penyakit dan langkah mengatasinya yang berlaku di sesuatu kampung, negeri atau negara
-dasar kesihatan kerajaan, institusi bidan kampung, bomoh, kemudahan kesihatan, perubatan islam dan sebagainya

sumber bahan kursus MPM