Peristiwa

Friday, February 8, 2013

Sistem Pemerintahan

Baru.







Pendahuluan

►Sumber pentadbiran Islam; al-Quran dan al-Sunnah
• Al-Quran- wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril
• As-Sunnah-sunnah nabi bererti “cara nabi”, atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul.

►Dasar/prinsip pemerintahan nabi Muhammad SAW
• Menghapuskan semangat asabiyah
• Islam sebagai landasan
• Musyawarah


4.1 Piagam Madinah

►Perlembagaan bertulis pertama yang memenuhi syarat-syarat perlembagaan
►Digubal oleh Nabi Muhammad S.A.W -622M bersamaan tahun pertama Hijrah - merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia Islam
►Mempunyai 10 bab dan 47 fasal
►Intisari Kandungan Piagam Madinah
Politik
 Nabi Muhammad S.A.W pemimpin di Madinah.
 Baginda adalah hakim yg menyelesaikan masalah yg timbul antara orang Islam dan bukan Islam.

Perundangan
 Undang2x Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan dlm sesutu kabilah boleh diamal selagi tidak bertentangan dengan Islam.

Hak Bukan Islam
Menjamin hak warganegara Madinah sama ada orang islam atau bukan islam. Mereka terjamin dan mendapat perlindungan daripada piagam tersebut

Bersama menanggung pembiayaan negara dengan orang islam

Masyarakat bukan islam bebas mengamalkan ajaran dan adat istiadat mereka tenpa sekatan. Selagi mereka mematuhi peraturan ini, mereka akan diberi perlindungan daripada pemerintah islam.


4.2 Sebab-sebab Terbentuknya Piagam Madinah

►Menghadapi masyarakat majmuk Madinah

►Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama oleh semua penduduk

►Menyatukan masyarakat pelbagai kaum

►Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan

►Mewujudkan keamanan di Madinah


4.3 Kandungan Penting Piagam Madinah

►Mempunyai 47 fasal

►Terbahagi kepada dua bahagian
• Bahagian pertama – 23 fasal yang menyentuh tentang tanggungjawab sesama Islam (Muhajirin dan Ansar)
• Bahagian kedua – 24 fasal membabitkan kaum Yahudi


4.4 Implikasi Piagam Madinah

►Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan Madinah

►Menjamin kebebasan kaum Yahudi

►Terbentuknya sebuah kerajaan Islam yang kuat dan utuh

►Kebebasan kepada setiap penduduk

►Menyatupadukan masyarakat Madinah

►Nabi Muhammad SAW sebagai pemerintah tertinggi dan unggul di Madinah

►Dapat mengatur hubungan kaum Yahudi

►Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk

►Perpaduan umat Islam

►Pemerintahan bercorak musyawarah