Peristiwa

Thursday, October 31, 2013

Soalan Ramalan: Realiti atau Fantasi?

Maaf ya, cikgu bukan peramal nak bagi soalan Ramalan. Apa yang akan cikgu bagi merupakan tema yang harus diberi penekanan untuk dipelajari. Seperkara lagi amalkan daya pemikiran aras tinggi;
1.Pengetahuan-mengingat semua fakta/isi utama
2.Kefahaman-menerangkan,menjelaskan,mengatakan tentang isi utama
3.Aplikasi-pemindahan kemahiran, peyelesaian masalah
4.Analisis-lojik, induktif,deduktif,penakulan formal
5.Sintisis-melahirkan pendapat, mengembangkan
6.Evaluasi-memilih, menilai,mengadili

Bahagian A
Terdapat 4 tema pada bahagian ini iaitu
1 Masyarakat

  • Jelaskan peranan raja dalam masyarakat Melayu sebelum kedatangan penjajah
  • Terdapat dua bentuk undang-undang adat di Tanah Melayu iaitu Adat Temenggung dan Pepatih, bandingkan kedua-dua adat tersebut


2 Transformasi Masyarakat
3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

  • Gerakan Nasionalisme di Tanah Melayu banyak dipengaruhi faktor luar, bincangkan faktar tersebut?
  • Bagaimanakah pendudukan Jepun di Tanah Melayu membawa kesan politik kepada penduduk Tanah Melayu, bincangkan?
  • Perjuangan menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu adalah perjuangan secara berperlembagaan.Galurkan perjuangan tersebut.

4 Pengisian Kemerdekaan 

Bahagian B
* Disaran calon memeberi tumpuan kepada sejarah Tahiland dan Indonesia serta Mynmar sebagai tambahan
Terdapat 4 tema pada bahagian ini iaitu
1 Masyarakat
2 Transformasi Masyarakat

  • Bincangkan peranan golongan berpendidikan Barat dalam gerakan nasioalisme di Viatnam dan Thailand pada awal abda ke 20
  • Jelaskan peranan Raja Thibaw sebagai Raja terakhir di Burma


3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

  • Jelaskan peranan yang dimainkan oleh Sareket Islam dan Parti Nasional Indonesia dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan
  • Bincangkan usaha-usaha permodenan yang dilakukan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalungkorn di Thailand

4 Pengisian Kemerdekaan 



Pesan terakhir dari cikgu realiti atau fantasi dalam slot ini hanya pandangan peribadi cikgu je
Selamat menduduki peperiksaan

Thursday, October 24, 2013

Saya telah belajar bersungguh-sungguh tapi masih gagal menguasai sejarah? Saya juga telah banyak membaca buku tapi keputusan saya masih juga tidak memuaskan? Saya dah bagi banyak isi dalam jawapan tapi keluar result masih tidak baik? saya semakin risau dan tertekan apabila keputusan penggal 1 dan 2 saya tidak cemerlang? Itu sebahagia luahan pelajar....kesian!!!!!! Nak sepak bola pun kena ada teknik tendangan, begitu juga nak score A dalam Sejarah STPM. Perlu di ingat adik-adik pelajar berada di Ting.6 dipanggil Pra Universiti. Jika diteliti skema sekarang, bukan seribu isi yang diturunkan, bukan sebuah buku yang mampu dihafa,l rashia besarnya adalah pada ARAS TINGGI TEKSNONOMI BLOOM. Jadi apakah aras tinggi itu dan bagaimana mengaplikasikan jawapannya? Dapatkan rashia itu di sini: