Wednesday, August 6, 2014
Thursday, July 3, 2014
Tuesday, July 1, 2014
Monday, June 30, 2014
Friday, June 27, 2014
Tuesday, June 17, 2014
1.2.Masyarakat Agraria Belanda dan China
1.2.Masyarakat Agraria ( Belanda Dan China)
sedutan nota daripada http://cikgustpm.blogspot.com/2012/06/masyarakat-maritim-di-jepun.html
Konsep/Definisi Agraria
Masyarakat agraria merupakan
masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kepada pertanian iaitu
bercucuk tanam dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi
sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi; tanaman bijirin pula ialah gandum,
barli, oat, kubis, kekacang dan sebagainya. Selain itu, masyarakat juga
menjalankan aktiviti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada
peringkat awal. Penempatan mereka terbentuk di sekitar kawasan yang subur
seperti lembah-lembah sungai, kawasan berbukit, serta kawasan yang mempunyai
sistem saliran yang baik. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan
sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap. Pada masa
yang sama masyarakat agraria mempunyai hubungan dengan masyarakat maritim dan
saling bergantungan.Masyarakat agraria di China menjalankan kegiatannnya atas
arahan golongan pembesar.
Manakala di Eropah telah berlaku
perubahan politik dan ekonomi yang pesat terutama selepas keruntuhan sistem
feudal sehingga telah terbentuk beberapa buah negara bangsa yang baru seperti
Portugal, Sepanyol, England dan Belanda. Pentadbiran berpusat ini telah dikuasai
oleh raja yang berkuasa mutlak dan pentadbiran ini telah membolehkan kerajaan
menyeragamkan sistem pemerintahan. Penyeragaman pentadbiran ini telah memberi
kesan yang besar kepada sistem ekonomi yang dijalankan.
Pada abad ke-16 dan 17, negara
Belanda dan China mengamalkan ekonomi mekantilisme iaitu kerajaan akan campur
tangan dalam kegiatan ekonomi bagi tujuan mengukuhkan lagi kekuasaan politik dan
kekayaan negara. Campur tangan kerajaan ini dapat memastikan perkembangan ekonomi selaras
matlamat kerajaan.
Terdapat beberapa unsur di
dalam pengamalan ekonomi mekantilisme yang dijalankan oleh negara Belanda dan
China seperti unsur nasionalisme, paternalisme dan imperialsme. Bagi negara
Belanda masyarakatnya mengamalkan unsur paternalisme dan imperialisme. Manakala
negara China pula mengamalkan unsur nasionalisme dan paternalisme.
Unsur
nasionalisme merupakan sesebuah negara atau masyarakat menjalankan ekonomi yang
kendiri iaitu tidak bergantung kepada negara lain untuk memenuhi keperluannya.
Unsur paternalisme pula memperlihatkan kerajaan memainkan peranan penting dalam
mengatur kegiatan ekonomi, sosial dan politik. Manakala unsur imperialisme
sangat penting dalam ekonomi mekantalisme iaitu negara tersebut perlu mempunyai
tanah jajahan diseberang laut yang mampu memenuhi keperluan dalam negara. Dengan
mempunyai unsur-unsur inilah maka negara Belanda dan China dapat
memperkembangkan ekonomi agraria sepanjang abad ke-16 dan 17
MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA
1. Ekonomi negara Belanda mula berlaku
perkembangan terutama selepas Belanda berjaya bebas daripada cengkaman kuasa
Sepanyol pada tahun 1585. Taraf hidup masyarakat Belanda semakin meningkat
apabila berlaku revolusi pertanian dan revolusi perkapalan telah menjadikan
Belanda sebagai kuasa perdagangan di Eropah serta menjadikan pelabuhan Amsterdam
sebagai pelabuhan yang sibuk pada abad ke-16 dan 17.
2. Masyarakat
petani terutama
disebelah utara Belanda telah mengusahakan kegiatan pertanian secara kecil
kecilan dan secara sistem pertanian padang terbuka. Hasil pertanian ini untuk
pasaran tempatan di bandar-bandar negara Belanda sahaja.
3. Dalam sistem ini, tanah pertanian
dibahagi kepada bidang tanah iaitu setiap bidang tanah dibahagi
kepada beberapa lajur tanah secara memanjang untuk diusahakan oleh petani.
Petani hanya akan mengusahakan beberapa bidang tanah sahaja dan sebidang lagi
akan dibiarkan kosong atau tanah rang sahaja untuk mengembalikan kesuburan tanah
bagi musim akan datang.
4. Pada abad ke-17, revolusi pertanian yang
berlaku telah mendorong pertambahan tanah pertanian kepada 36 ribu ekar sekitar
tahun 1590 hingga tahun 1615, begitu juga dengan masyarakat petani dan
penggunaan kuda dalam pertanian turut bertambah. Kegiatan dan pengeluran hasil
pertanian semakin meningkat apabila kerajaan Belanda berjaya menambak laut untuk
dijadikan kawasan pertanian. Penggunaan teknologi kincir angin semakin
merancakkan lagi kegiatan pertanian di Belanda kerana kawasan tanah tinggi boleh
disalurkan air untuk pertanian.
5. Masyarakat agraria Belanda menggunakan kaedah
tanaman giliran antara tanaman ubi-ubian, kekacang dan bijirin.
Kaedah ini akan mengembalikan
kesuburan tanah dan meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian. Tumpuan utama
masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijirin seperti gamdum, barli, oat yang
menjadi sumber utama Belanda. Tanaman lain pula yang diusahakan ialah kobis,
kekacang, jagung dan bunga-bungaan. Hasil-hasil ini akan dieksport keluar
negara.
6. Selain itu, masyarakat agraria Belanda juga
mengusahakan
kegiatan penternakan binatang terutama lembu tenusu untuk
pengeluaran hasil tenusu. Belanda telah menjadi pusat utama penternakan lembu
ini. Lembu-lembu daging pula diternak untuk disembelih dan dieksport ke kawasan
lain di Belanda antara tahun 1500 hingga tahun 1660.
7. Masyarakat agraria Belanda di desa turut mengusahakan
industri tekstil terutama di Flanders dan Brabant. Mereka
mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Masyarakat di bandar pula,
menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain kemudian dipasarkan
sehingga tahun 1568.
8. Pada abad ke-17, industri tekstil di Leiden
semakin berkembang terutama dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen, says,
fustians dan camlets. Perkara ini telah mendorong pertambahan pengeluaran kain
sehingga meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden, Haarlem
telah menjadi bandar pengeluran kain linen utama untuk dipasarkan ke
Eropah.
9. Hampir 1/5 masyarakat agraria Belanda telah
mengusahakan kegiatan menangkap
ikan terutama di kawasan Holland dan Zealand merupakan perairan
yang kaya dengan ikan herring berkualiti tinggi. Pada abad ke-17, masyarakat
Belanda telah menangkap ikan dari Laut Utara hingga ke Selat Inggeris dengan
menggunakan kapal-kapal yang bersaiz besar sehingga menjangkau 30 tan beratnya.
Mereka berjaya mengatasi nelayan Jerman untuk menguasai pasaran ikan di kawasan
Baltik. Mereka akan berada di laut selama 8 minggu dengan anak kapal antara 10
hingga 15 orang.
10. Masyarakat agraria Belanda juga terkenal
dalam industri pembinaan
kapal yang terbaik di Eropah iaitu bermutu tinggi, tahan lasak, dan boleh
memuatkan muatan yang lebih. Industri ini telah mendapat
kepercayaan masyarakat pedagang di Eropah pada abad ke-17. Sekitar tahun
1630-an, Belanda telah berjaya membina 2 500 buah kapal dan separuhnya untuk
kegunaan di Eropah seperti negara England, Perancis dan Sepanyol. Perkembangan industri perkapalan ini telah
mendorong perkembangan perdagangan Belanda terutama pada tahun 1648.
11. Kapal-kapal Belanda telah digunakan untuk
mengangkut gandum dan barli dari Poland dan Timur Prusia, seterusnya ke
Perancis, Sepanyol dan Mediterranean. Kapal-kapal ini juga turut digunakan untuk
mengangkut besi dari Sweden dan barangan perdagangan dari Rusia, Timur Hindia,
Brazil, Jepun, Asia Tenggara dan Kepulauan Barat Afrika. Perkembangan ini
membolehkan Belanda menguasai perdagangan Eropah pada abad ke-16.
12. Pada abad ke ke-16, hubungan antara pelabuhan
Antwerp di Belanda dengan pelabuhan Lisbon di Portugal amat rapat. Apabila
pelabuhan Antwerp jatuh ke tangan Sepanyol pada tahun 1585, aktiviti perdagangan
telah berpindah ke pelabuhan Amsterdam dan telah muncul sebagai pusat
perdagangan yang baru. Akibat pemberontakan oleh orang Belanda di bahagian utara
telah mendorong Raja Phillip II menutup pelabuhan Lisbon dan menghalang
kapal-kapal dari Belanda memasuki pelabuhan Lisbon.
13. Keadaan ini telah menyebabkan pedagang-pedagang
Belanda mencari sendiri barangan mereka sehingga mendorong Belanda menawan
Kepulauan Rempah di Asia Tenggara. Tujuan Belanda bertindak
demikian untuk menguasai perdagangan di Timur, menghapuskan monopoli Portugal
dan Sepanyol, mengumpul kewangan untuk menentang kekuasaan Sepanyol di Belanda
dan menawan pusat perdagangan Portugal di Timur.
14. Pada tahun 1596, Belanda di ketuai oleh De
Houtman telah sampai ke pelabuhan Bantam yang kaya dengan lada hitam, kemudian
singgah di Jakarta, Pulau Madura, Bali dan kembali semula ke Amsterdam pada
tahun 1597.
15. Pada tahun 1598, 22 buah kapal dari Belanda
menuju ke Timur dan telah meningkat kepada 60 buah kapal menuju ke Kepulauan
Rempah di Timur antara tahun 1595 hingga tahun 1601. Mereka telah mengadakan
perjanjian dengan pemerintah tempatan di Kepulauan Rempah di Asia Tenggara
dengan memberi perlindungan kepada pemerintah tempatan seperti dengan Pulau
Ambon (1600) dan Pulau Banda (1602). Sebagai balasan Belanda dapat memonopoli
perdagangan buah pala.
16. Bagi menjamin dan mengukuhkan kedudukan
Belanda di Kepulauan Rempah ini, maka pada tahun 1602, parlimen Belanda
bersetuju menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda atau
Vereenigde Oostindische Compagine (VOC). Dengan bermodal sebanyak 6½
juta guilder. Pengusaaan ini telah membolehkan Belanda mengawal sepenuhnya
perdagangan import seperti lada hitam, bunga cengkih, buah pala, kulit kayu
manis dan bunga lawang di Eropah. Pada tahun 1690, VOC telah memperkenalkan
tanaman kopi di Jawa setelah berjaya dalam tanaman rempah.
17. Pada awal abad ke-17, usahawan atau pemodal
Belanda yang berjaya telah menceburi perniagaan insuran dan perdagangan mata
wang asing serta turut memberi pinjaman kepada negara Denmark, Austria dan
Sepanyol. Sebagai contoh, usahawan atau pemodal Nouis de Geer telah mengusahakan
kilang senjata di Sweden dan ada usahawan Belanda memonopoli perdagangan eksport
di Rusia.
18. Bank Amsterdam adalah bank yang
paling berjaya di Eropah
iaitu antara tahun 1611 hingga tahun 1701, deposit Bank Amsterdam meningkat
daripada 1 juta florin kepada 16 juta florin. Perkembangan perdagangan luar
negara, industri dan pertanian di Belanda telah menarik kedatangan pedagang luar
dan tempat ke Amsterdam pada tahun 1609. Perkembangan dan pengukuhan perdagangan
dan mata wang telah meningkatkan perdagangan antarabangsa di Amsterdam.
19. Penubuhan bank dan badan
kewangan yang lain telah meningkatkan urusan perdagangan seperti Bank
Amsterdam. Penubuhan
bank ini telah memudahkan lagi pemindahan wang dan pinjaman kepada pedagang
sebagai pelaburan jangka panjang. Keadaan ini telah meningkatkan keupayaan
pelabuhan Amsterdam dalam perdagangan antarabangsa. Kerajaan Belanda telah
berusaha menaik taraf pelabuhan Amsterdam seperti mendalamkan lagi pelabuhan
Amsterdam, menyediakan lebih banyak gudang menyimpan barang dagangan,
menyediakan kemudahan asas lain dan menghubungan pelabuhan dengan jalan darat
yang lain.
20. Usaha kerajaan Belanda ini telah memberi
peluangan pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan ekonomi Belanda juga mencapai
tahap kegemilangannya pada abad ke-17.
MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA
1.
Negara China mempunyai keluasan hampir 9.6 juta km persegi tetapi
tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian
hanyalah 15% sahaja. Kawasan lain terdiri daripada pergunungan
dan gurun di sebelah barat dan utara China. Negara China juga sebahagian
besarnya berada dalam kawasan hawa sederhana mengalami perubahan iklim dari
kawasan tropika ke kawasan sejuk. Walaupun berkeadaan demikian, negara China
masih lagi mampu mengeluarkan makanan daripada perlbagai jenis tanaman untuk
kegunaan masyarakat dan untuk dieksport ke negara luar.
2.
Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Qing, negara China masih
dipanggil masyarakat agraria iaitu meliputi 85%
daripada keseluruhan penduduk dan tinggal di desa. Masyarakat
agraria China tertumpu di kawasan timur laut China dengan Mongolia. Kawasan ini
mempunyai dataran loes yang subur disepanjang Sungai Kuning. Di sebelah selatan
pula terdapat pula Sungai Yangtze (sungai terbesar di China) yang banyak memberi
sumbangan kepada masyarakat agraria di China.
3.
Tanah di negara China semua dimiliki oleh
maharaja dan dikurniakan kepada golongan bangsawan atau pembesar (tuan
tanah). Tanah merupakan satu aset yang amat berharga yang dapat
menentukan status sosial seseorang itu. Tuan-tuan tanah ini akan memberikan
kepada golongan rakyat masyarakat agraria untuk diusahakan.
4.
Tanah ini akan diusahakan dari satu generasi ke satu generasi secara
bersama dan tidak mengutamakan hak individu. Masyarakat agraria China mengusahakan tanah pertanian secara tradisional
dengan menggunakan peralatan lama dan najis binatang untuk menyuburkan
tanah. Namum, hasil yang diperolehi masih cukup untuk menampung
keperluan harian mereka tetapi tidak dapat menyimpan.
5.
Walaupun negara China mempunyai tanah yang subur dan masyarakat
agrarianya cekap bercucuk tanam, namum mereka masih hidup dibelenggu dengan
kemiskinan.
6.
Tanaman utama yang diusahakan
oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak
ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Tanaman lain turut
diusahakan seperti menanam kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin
lain. Masyarakat China yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam
padi huma, sekoi dan kekacang terutama di sekitar Sungai
Heilongjiang.
7.
Masyarakat agraria China mula
mengalami perubahan di zaman Dinasti Ming apabila wujudnya hubungan luar dengan
negara-negara luar seperti selatan India, Sri Lanka, Hormuz, dan
persisir pantai timur Afrika. Hubungan ini telah meningkatkan aktiviti
perdagangan China dengan pedagang-pedagang dari luar terutama di pelabuhan
Canton.
8.
Kedatangan pedagang luar ini telah menyebabkan negara China menerima
pelbagai aspek dari tamadun luar. Perkara ini secara langsung telah membawa
banyak perubahan dalam bidang pertanian dan ini akan meningkatkan lagi ekonomi
negara China. Seterusnya, membolehkan negara China menikmati kemakmuran dan
kekayaan dalam pertambahan penduduk dan bidang pertanian.
9.
Semasa pemerintahan Dinasti Ming, China
telah berusaha untuk meningkatkan hasil pertanian mereka dengan
memperkenalkan sistem pengairan, mengamalkan tanaman giliran mengikut musim,
memperkenalkan peralatan pertanian yang baru, meningkatkan keluasan kawasan
pertanian dan penggunaan baja.
10.
Penanaman padi jenis baru telah
diperkenalkan dari selatan Vietnam yang boleh ditanam dua kali
setahun dan tidak memerlukan air yang banyak. Ini telah memboleh padi ini di
tanam di kawan tanah tinggi yang kekurangan air. Tanaman baru yang lain turut diperkenalkan
seperti tanaman kekacang, ubi kentang manis, barli dan jagung yang dibawa dari
Asia Barat. Tanaman baru ini telah meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian
masyarakat agraria.
11.
Masyarakat agraria China mengamal
pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau
kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan
Szechwan; teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan
selatan Kingsu; kapas di Kinagsu dan daerah utara; perlombongan di Yunnan;
perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di
Kiangnan, dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.
12.
Seterusnya negara China semakin berkembang ekonominya terutama dalam pembuatan porselin,
pembuatan kertas, sutera dan kapas di bandar Nanjing dan Beijing.
13.
Industri porselin memberi sumbangan dalam pendapatan negara China dan
bandar Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluran porselin utama. Soochow pula
sebagai bandar pusat industri tekstil dan Sungkiang menjadi pusat pengeluran
kain kapas. Tanaman kapas menjadi tanaman penting di zaman Dinasti Ming.
Industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang kepada ekonomi masyarakat
agraria di China.
14.
Semasa pemerintahan Dinasti Ching (1644-1911), kerajaan China hanya
membiarkan ekonomi berada di tangan golongan bangsawan. Golongan ini hanya
mengawasi sistem pao-chia (tanggungjawab kolektif) untuk mengawal kaum petani.
Manakala di zaman Kang-hsi, ekonomi China berlaku pemulihan dan hasil
pengeluaran pertanian bertambah. Sebagai contoh pada tahun 1661, kawasan
pertanian seluas 549 juta ekar (mu) meningkat kepada 724 juta ekar (mu) pada
tahun 1725 dan 781 ekar pada tahun 1766.
15.
Masyarakat agraria China juga turut
menjalankan kegiatan perusahaan pertukangan secara perkongsian modal dan
tanggungjawab untuk memajukan perusahaan ini. Mereka akan
bergabung mengikut wilayah menjadi satu kesatuan peniaga yang akan disertai oleh
kesatuan peniaga, kesatuan penenun, kesatuan peniaga bank, kesatuan peniaga
pakaian, dan kesatuan peniaga emas. Persatuan berperanan sebagai badan yang akan
mengawal harga barangan, menatapkan nilai barangan, dan menyelesaikan segala
masalah atau pertikaian antara ahli-ahli persatuan.
16.
Masyarakat agraria China turut
menjalankan ekonomi perdagangan walaupun kegiatan ini dianggap hina dan rendah
tarafnya di negara China. Namum kegiatan ini sebenarnya memberi
pulangan yang cukup besar kepada negara dan masyarakatnya.
17.
Aktiviti perdagangan berkembang dengan baik kerana adanya sistem pengangkutan
yang baik iaitu sungai sebagai jalan perhubungan yang utama
seperti Sungai Yangtze, Sungai Peiho dan Sungai Kuning. Manakala terusan turut
dibina untuk merancakkan lagi aktiviti perdagangan seperti Terusan Besar
(menganjur dari Peking ke Hangchow di selatan Sungai Yangtze) dan
terusan-terusan kecil di bahagian tengah dan selatan China. Sistem perhubungan darat masih primitif iaitu masyarakat
masih menggunakan unta dan keldai sebagai pengangkutan
utamanya.
18.
Aktiviti perdagangan China bukan hanya tertumpu kepada perdagangan dalam
negara dan kawasan Asia sahaja tetapi turut berlaku dengan pedagang dari negara
Barat terutama di abad ke-16 dan 17. Kekayaan negara China dengan hasil
perlombongan arang batu, besi, tembaga, bijih timah, timah hitam, antimoni dan
perak telah menarik ramai pedagang dari Barat ini. Pada abad ke-16, pedagang
dari Portugal, Sepanyol, Belanda, Rusia dan British telah mula berdagang dengan
China.
19.
Pada tahun 1532, aktiviti perdagangan dengan pedagang Portugal telah
bermula di pelabuhan Macau dan dibenarkan berdagang di Canton pada masa-masa
tertentu sahaja dengan dipantau ketat oleh pembesar China. Melalui aktiviti
perdagangan ini China dapat membeli barangan perak dari Portugal dan pedagang
Portugal pula membeli sutera untuk dibawa ke Eropah.
20.
Pada tahun 1575, pedagang Sepanyol telah tiba di China dan diikuti boleh
pedagang Belanda pada tahun 1604. Rusia pula telah menghantar wakilnya untuk
menjalinkan hubungan perdagangan dengan China pada tahun 1654. Seterusnya
pedagang British pula tiba di China pada tahun 1639 untuk berdagang dengan
China. Aktiviti perdagangan ini telah menyebabkan pengaliran keluar wang perak
China dengan banyak dan ini telah mengakibatkan China berada di ambang inflasi.
21.
Oleh itu di zaman Dinasti Ching, kerajaan China telah mula mengamalkan
dasar pintu tertutup terhadap aktiviti perdagangan dan hanya membuka pelabuhan
Canton sahaja untuk aktiviti perdagangan, itupun dikawal ketat oleh peraturan
negara China.
22.
Pedagang-pedagang Barat mula tidak berpuasa hati dengan dasar kerajaan
China dalam aktiviti perdagangan ini kerana bertentangan dengan amalan prinsip
atau konsep perdagangan bebas yang diamalkan oleh Barat. Wakil-wakil Barat
terutama British telah dihantar untuk berunding dengan kerajaan China tetapi
semuanya menemui kegagalan.
23.
Kegagalan ini akhirnya telah mencetuskan ketegangan hubungan dan telah
menbawa kepada Perang Inggeris-China 1 atau Perang Candu 1 pada tahun 1839 hinga
tahun 1842.
Masyarakat Fedual England dan Jepun
Bab 1 Masyarakat Fedual
Nota
1. Feudalisme adalah satu bentuk kerajaan yang terbentuk di Eropah Barat pada abad ke-9 M, selepas perpecahan Empayar Charlemangne dan berlanjutan sehingga abad ke-13 Masihi. Sistem pemerintahan ini wujud apabila kuasa kerajaan jatuh ke tangan orang persendirian (Sivachandralingam, 1996: 66).
2. Secara umumnya Sistem Feudal (Feudalisme) bolehlah didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan, yang kuasa politiknya dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian tetapi bukan oleh kerajaan pusat.
3. Menurut Gan shof (1944) Konsep Feudalisme pertama kali digunakan pada kurun ke- 17 bagi merujuk kepada sistem politik di Eropah pada zaman pertengahan yang memeperlihatkan hubungan yang saling memerlukan di antara tuan tanah (lords), orang biasa atau petani (Vassals) dan tanah (fiefs). Dengan kata lain, dalam sistem ini petani bekerja dan menjadi tentera untuk melindungi seorang bangsawan dan sebagai balasan mereka boleh mengusahakan tanah bangsawan tersebut. Walaupun istilahnya diambil daripada perkataan latin feodum atau feudum (fief), namun konsep feudalism dan sistemnya bukanlah satu sistem politik formal pada zaman itu.
4. Menurut Abdullah Zakaria et. al. ( 2003: 92 ) Pada asasnya, sistem ini memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah atau lord dengan Vassal atau pemegang tanah (petani) yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord. Satu pihak akan memberi perlindungan sementara satu pihak yang lain memberi perkhidmatan ketenteraan demi keselamatan raja. Mereka juga di beri gelaran tertentu sebagai mengakui sumbangan tersebut. Selain aspek ketenteraan dan keselamatan, pihak yang dikenali sebagai feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah membekalkan buruh untuk sistem kerah. Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan keuntungan bersama.
CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL
Menurut Francois-Louis Ganshof (1944) Sistem feudal sekurang-kurangnya mempunyai empat ciri penting iaitu hubungan bertimbalas antara seorang bangsawan (Vassal) kepada bangsawan lain yang lebih kuat atau lebih berpengaruh (lord), hak milik tanah atau sistem fief, ketenteraan dan kuasa pemerintahan serta hak-hak perundangan. Vassalage atau hubungan bertimbal balas yang di buat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (Vassal) kepada seorang hulubalang lain, yang di angkat sebagai tuan (lord) kepada Vassal tersebut disebabkan ia lebih kuat atau lebih berpengaruh. Hubungan ini merupakan satu bentuk hubungan persendirian yang bersifat kehormat kerana ia melibatkan perjanjian antara dua orang Individu yang terdiri daripada kelas hulubalang sahaja (Carl Stephenson, 1956:5-10). Melalui hubungan ini, seseorang Vassal dan lord akan diikat dengan fungsi dan tanggungjawab tertentu, iaitu memberikan ketaatan dan perkhidmatan, khususnya ketenteraan oleh Vassal kepada lordnya manakala lord pula akan berfungsi memberi penjagaan dan perlindungan kepada Vasalnya (Azmi Arifin, 2006:55).
Ciri yang kedua ialah fief iaitu sejenis harta feudal, kebiasaannya berupa tanah yang diberikan oleh seseorang lord kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan tersebut. Oleh kerana tujuan utama pemberian fief adalah untuk mendapatkan khidmat ketenteraan, maka fief juga dikenali sebagai military fief ( Azmi Ariffin,1992:55). Bagi sesetengah pengkaji, fief tidak semestinya berupa tanah sahaja. Sebaliknya pangkat, jawatan, kedudukan dan sebagainya boleh juga diberikan sebagai bentuk fief. Menurut Strayer (1953) Terdapat golongan vassal yang tidak mempunyai sebarang tanah (landless knights) merupakan satu fenomena biasa yang dapat ditemui di Eropah Barat pada kurun ke-11. Kewujudan golongan ini meskipun semakin berkurangan tetapi tidak pula lenyap pada kurun-kurun selepasnya. Tugas lord ialah menjaga pengikutnya seperti menampung segala keperluan sara hidup pengikutnya kerana Vassal merupakan hulubalang sepenuh masa dan tidak terlibat dalam aktiviti ekonomi. Di Eropah Barat pada zaman pertengahan, kegiatan ekonomi yang berkaitan perdangangan telah terjejas teruk akibat kekacauan, serangan luar dan peperangan. Keadaan ini menyebabkan raja-raja yang berfungsi sebagai Lord menghadapi masalah untuk membayar upah dalam bentuk wang. Ketika itu hanya terdapat dua cara yang membolehkan seseorang Lord melaksanakan tugasnya. Pertama seseorang Lord akan menempatkan seseorang vassal di istana-istananya dengan menyedaikan makanan, pakaian, senjata atau sebarang keperluan yang dikehendakinya. Kedua ialah dengan memberikannya tanah sebagai sumber pendapatan yang boleh menampung keperluan hidupnya. Cara ini amat popular kerana dapat menarik minat golongan hulubalang yang berkuasa kerana ia melibatkan jaminan dari segi kedudukan politik, ekonomi dan sosial. Seseorang lord yang tidak mampu mengikat kesetiaan seseorang vassal melalui pemberian tanah biasanya akan mendapati dirinya kehilangan sokongan dan pengaruh, manakala seseorang vassal yang tidak memiliki sebarang tanah sekalipun mempunyai taraf sosial yang lebih tinggi daripada seorang petani kaya, tidak mempunyai peranan dari segi politik dan pemerintahan. Dengan itu mereka akan berada pada kedudukan sosial yang lebih rendah dalam hierarki kelas hulubalang atau bangsawan yang menguasai tanah. Dari sudut ini kita bolehlah mengatakan pemilikan tanah akan menentukan status dan kedudukan seseorang pada zaman feudal di Eropah Barat.
Ciri Feudal yang ketiga ialah ketenteraan, iaitu wujudnya kelas-kelas hulubalang dan pelaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai balasan penerimaan fief. Oleh kerana tujuan asas hubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu organisasi ketenteraan yang efektif, maka perkhidmatan utama yang diberikan oleh vassal kepada lord ialah perkhidmatan ketenteraan, sedangkan perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah yang melibatkan aspek-aspek ekonomi hanya merupakan perkhidmatan sampingan sahaja.Oleh sebab itu kebanyakan pengkaji sejarah feudalism bukan sahaja di Eropah Barat, malah di Jepun, China, India, Timur Tengah dan sebagainya berpendapat institusi feudal tidak mungkin wujud tanpa adanya aspek ketenteraan.Malah perkembangan feudalisme bukan sahaja dikaitkan dengan wujudnya organisasi ketenteraan semata-mata tetapi juga dikaitkan dengan kemunculan kelas-kelas tentera elit baru dan perkembangan teknologi peperangan. Misalnya perkembangan feudalism di Eropah Barat dikaitkan dengan kemunculan golongan knights dan chivalry, di Jepun kelas samurai dan knight-archer, cataphracts di Byzantium dan Iran, Chariot-fighters di Timur Tengah dan China dan sebagainya lagi (Strayer, 1953:9). Kemunculan kelas-kelas tentera elit baru yang lebih berdisiplin, terlatih dan mempunyai peralatan yang jauh lebih mahal telah menjadikan khidmat ketenteraan pada zaman feudal di eropah hanya mampu dimonopoli segolongan kecil kelas bangsawan sahaja, terutama dikalangan mereka yang menguasai tanah. Dari segi sosial perkembangan ini telah meningkatkan lagi jurang perbezaan yang sedia wujud antara kelas hulubalang dengan golongan rakyat biasa yang terikat dengan kegiatan pertanian.
Ciri yang keempat ialah pemilikan kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya. Kuasa pemerintahan ini juga meliputi penduduk bukan vassal yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord, yang biasanya dilaksanakan oleh sebuah kerajaan. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi kewangannya.Pemusatan kuasa ketenteraan, polittik dan ekonomi ditangan seseorang lord telah menggalakkan perkembangan wilayah-wilayah feudal yang berdaulat dan berautonomi. Jika berlaku pertelingkahan antara lord dengan raja, golongan vassal yang terikat dengan perjanjian feudal biasanya akan memberikan kesetiaan penuh kepada lord yang berada di atasnya berbanding kepada seseorang raja yang tidak mempunyai hubungan secara langsung dengannya. Walau bagaimanapun corak hubungan ini bergantung kepada taraf sosial (prestij) dan kedudukan raja itu sendiri. Jika baginda seorang pemerintah yang berpengaruh, maka kedudukan lord mungkin sedikit sebanyak dapat dikawalnya. Tetapi kebiasaannya pada zaman feudal, kedudukan seseorang raja amat lemah dan baginda selalunya tidak mempunyai kekuatan untuk mengawal pembesar feudal. Bagi Strayer (1953) aspek pemilikan kuasa dan hak-hak perundangan golongan lord ini merupakan ciri feudalisme yang paling asas dan terpenting. Walau bagaimanapun tanpa wujudnya hubungan vassalage-fief dan perkembangan aspek ketenteraan, pemilikan kuasa dan hak-hak perundangan itu tidak mungkin diperolehi. Berdasarkan keempat-empat ciri tersebut, feudalisme bolehlah ditakrifkan sebagai satu bentuk organisasi yang diwujudkan oleh satu bentuk hubungan persendirian yang diikat antara seseorang individu dari kelas hulubalang dengan individu daripada kelas hulubalang yang lain, iaitu antara lord dan vassal. Melalui ikatan vassalage - fief, seseorang vassal dikehendaki menjaga dan melindungi vassalnya.Susunan ini kemudiannya menjadi asas kepada keseluruhan struktur politik, pemerintahan, perundangan dan kemasyarakatan yang wujud dalam setiap wilayah atau negara yang dikawal oleh corak hubungan tersebut (Azmi Ariffin,2002: 59)
SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL
1. Masyarakat feudal boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemimpin dan golongan yang dipimpin.golongan pemimpin terdiri daripada raja, pembesar (bangsawan), dan golongan yang dipimpin ialah rakyat atau petani.
2. Raja mempunyai kuasa mutlak dan berada dikedudukan paling tinggi. Di bawah raja, terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi vassalnya.
3. Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief.Bangsawan lapisan pertama itu membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua dikenali sebagai subinfeudation.
4. Bangsawan lapisan kedua seterusnya mungkin membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan ketiga.Setiap bangsawan berkuasa ke atas petani yang menetap di fiefnya.
5. Kelas paling bawah sekali ialah kaum tani (serf). Kaum tani semuanya miskin dan tidak berpelajaran. Hak-hak mereka sedikit tetapi tugas mereka banyak.Kerap kali mereka ini tidak diberi layanan yang memuaskan oleh tuan-tuan mereka.Hampir kesemua petani terdiri daripada golongan serf yang bertaraf antara orang bebas dengan hamba.Peluang untuk menjadi kaya dan masyhur dengan usaha sendiri sangat tipis. Seseorang hamba akan menjadi hamba seumur hidup dan anak-anak mereka juga akan menjadi hamba.
6. Sebagai kesimpulannya dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satu hierarki yang jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorang raja (Abdullah Zakaria, 2003:93). Struktur masyarakat feudal di Eropah bolehlah boleh digambarkan seperti rajah di bawah.
SISTEM FEUDAL DI ENGLAND
Latarbelakang Sistem Feudal di England Selepas kejatuhan Empayar Rom, menjelang tahun 800 Masihi, muncul satu institusi politik yang dikenali sebagai feudalisme di Negara- negara Eropah Barat termasuklah di England. Dalam sistem feudal terdapat satu susunan tanggungjawab yang kompleks dan obligasi di kalangan individu daripada kelas terbawah (serf) kepada kelas teratas iaitu raja. Setiap serf memberi sumpah kesetiaan kepada golongan yang lebih tinggi daripada mereka. Golongan yang lebih tinggi ini ialah knight (pahlawan), bangsawan (baron, duke,lord) dan akhir sekali ialah raja.Setiap bangsawan berjanji untuk melindungi mereka yang telah bersumpah untuk bersatu dengannya (Sivachandralingam, et.al.1999:93).
Dalam sistem feudal di England, kebergantungan sangat kuat antara seorang raja dengan golongan bangsawan (lord) yang dilantik sendiri oleh raja. Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan raja. Jika seseorang raja memerlukan tenaga buruh untuk melakukan sesuatu kerja atau memerlukan tentera maka golongan petani (serf) akan dikerah untuk memenuhi keperluan tadi. Jadi dalam sistem feudal di England golongan petani (serf) menjadi subjek utama dan tidak mempunyai sebarang hak. Dalam sistem feudal, tanah menjadi elemen utama iaitu semua tanah adalah milik raja. Golongan bangsawan telah dikurniakan tanah (wilayah) oleh raja. Tanah menjadi punca kekayaan bagi raja dan golongan bangsawan.
Ciri-ciri Sistem Feudal di England
1. Hubungan bertimbal balas atau hubungan dua hala. Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada seseorang hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan (lord) kepada vassal tersebut. Melalui hubungan ini, seseorang vassal dan lord akan diikat dengan fungsi dan tanggungjawab-tanggungjawab tertentu. Golongan vassal akan memberikan ketaatan dan perkhidmatan terutamanya dalam bidang ketenteraan kepada lordnya. Sebagai timbal balas golongan lord pula akan memberikan penjagaan dan perlindungan kepada vassalnya.
2. Harta feudal yang kebiasaannya berupa tanah. Ciri yang kedua iaitu harta feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca kekayaan kepada tuan tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja kepada seseorang lord kemudian lord pula akan memberkan tanah kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan. Oleh kerana tujuan utama pemberian fief adalah untuk mendapatkan khidmat ketenteraan, maka fief juga dikenali sebagai military fief. Fief tidak semestinya berupa tanah sahaja, sebaliknya pangkat, jawatan, kedudukan dan sebagainya boleh juga diberikan sebagai bentuk fief. Pemberian fief berupa tanah dapat menarik minat golongan hulubalang yang berkuasa. Golongan serf tidak memiliki tanah, tetapi dibenarkan untuk bercucuk tanam dan menternak binatang di atas tanah yang dibenarkan oleh tuan tanah.
3. Ketenteraan. Ciri feudalisme yang ketiga ialah ketenteraan, iaitu wujudnya kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai penerimaan fief. Oleh kerana tujuan asas hubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu organisasi ketenteraan yang efektif. Perkhidmatan utama yang diberikan oleh vassal kepada lord ialah perkhidmatan ketenteraan. Perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah yang melibatkan aspek-aspek ekonomi hanya merupakan perkhidmatan sampingan sahaja.Oleh kerana sistem feudal dikaitkan dengan aspek ketenteraan maka di Eropah atau England wujudnya golongan tentera elit seperti knights dan chivalry yang lebih berdisiplin, terlatih dan mempunyai peralatan yang mahal.
4. Kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian. Ciri feudalisme keempat ialah kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi kewangannya.
Struktur Masyarakat Feudal di England.
1. Masyarakat di England atau Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan masyarakat feudalnya berbentuk piramid iaitu raja atau pemimpin utama terletak di lapisan paling tinggi. Di bawahnya terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi pengikut raja atau vassal yang memberi kesetiaan kepada raja. Golongan bangsawan ini terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua.
2. Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan pertama pula membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua. Proses ini dikenali sebagai subinfeudation . Bangsawan lapisan ke dua seterusnya membahagikan fief mereka kepada bangsawan yang lebih rendah daripadanya atau golongan petani. Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas petani yang menentap dififnya. Hampir kesemua petani terdiri daripada serf yang bertaraf antara orang bebas dengan hamba (Ranjit Sing Malhi, 1993: 91).
3. Golongan yang dipimpin pula merupakan golongan rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani bebas yang menyewa tanah daripada golongan bangsawan ( Ranjit Sing Malhi, 1993: 91).
4. Selain itu terdapat golongan paderi yang merupakan satu kelas yang berasingan. Sebilangan besar daripada mereka terdiri daripada daripada golongan bangsawan yang mempunyai tanah sebagai Vassal dalam sistem feudal (Ranjit Singh Malhi, 1993:91).Menurut Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan ke-13, hampir 1/3 daripada tanah yang boleh digunakan di Eropah barat di kawal oleh greja. Bishop, abot dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan.Justeru itu mereka sering campur tangan dalam pemilihan jawatan bishop dan jawatan-jawatan lain untuk salah seorang dari ahli keluarga mereka. Akibatnya pegawai-pegawai greja terdiri daripada golongan yang mementingkan meterial dan mempunyai dua tanggungjawab (Sivachandralinggam, 1996:70)
.
MASYARAKAT FEUDALISME DI JEPUN
PENGENALAN
Sebelum abad ke-16 dan 17, pemerintahan feudal Jepun di bawah Keshogunan Kamakura (1185-1333). Pada tahun 1192, Minamoto no Yoritomo telah dilantik oleh Maharaja Go-Saga menjadi Shogun. Yoritomo telah menjalankan pemerintahannya di bandar tepi laut Kamakura dipanggil kerajaan Bakufu yang dikenali pemerintahan Keshogunan Kamakura. Shogun Yoritomo mula mengasingkan pemerintahan Jepun daripada Kyoto. Semasa Maharaja Go-Daigo, pemerintahan Keshogunan Kamakura telah diambil alih oleh Keshogunan Ashikaga pada tahun 1336-1573 selama 237 tahun. Pemerintahan Shogun Ashikaga Yoshimitsu dijalankan tanpa merujuk kepada maharaja. Bermula tahun 1603, pemerintahan di Jepun telah bermulanya era Keshogunan Tokogawa berpusat di Edo yang diasaskan oleh Shogun Tokogawa Ieyasu. Shogun Tokogawa telah menguasai kesemua aspek pemerintahan seperti pengawalan terhadap agama, ekonomi, golongan bangsawan, cukai dan sebagainya. Era Tokogawa telah membawa keamanan dan kemakmuran kepada negara dan rakyatnya seramai 31 juta orang selama 265 tahun.
CIRI-CIRI SISTEM FEUDAL DI JEPUN
1.Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun, iaitu maharaja yang berada di kemuncak struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya termasuklah tanah. Hakikat ini dapat dilihat pada zaman Keshogunan Kamakura antara tahun 1185 hingga 1333 (abad ke-12-14), di mana keluarga Minamoto menjadi keluarga yang penting di Jepun. Keluarga ini mampu membekalkan keperluan keselamatan yang diperlukan oleh maharaja dan mereka turut menguasai tanah dan segala penghasilannya.
2.Sebagai ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo misalnya telah melantik mereka yang setia kepadanya mewarisi jawatan jito atau pengurus tanah dan bertanggungjawab mengutip cukai. Shugo merupakan pegawai yang bertanggungjawab memastikan agar semua cukai di bayar walaupun kekerasan terpaksa digunakan. Sistem sebegini terus kekal sehingga zaman Meiji sehingalah beberapa perubahan besar dilakukan.
3.Menurut Abdullah Zakaria Ghazali (2003:101) dalam usaha melihat sejarah sistem Feudal di Jepun, maka zaman Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana zaman ini merupakan akar kepada keberlangsungan sistem feudal yang hanya tamat pada pertengahan abad ke-19. Menurutnya lagi, sistem feudal tumbuh subur di Jepun kerana kewujudan estate persendirian yang dikenali sebagai syo atau syoen. Pertumbuhan estate-estate persendirian ini telah dipercepatkan oleh kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan golongan perwira (buke).Golongan ini memberi taat setia kepada Kamakura dan hasil daripada ketaatsetiaan ini menyebabkan mereka mendominasi jawatan jito serta shugo. Gabungan organisasi inilah yang menjadi asas kepada kemunculan sistem feudal di Jepun.
4.Sehubungan itu kita dapat melihat sistem feudal di Jepun telah melahirkan dua golongan yang saling bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi pemerintahan dan golongan tentera. Golongan birokrasi pemerintahan termasuklah tuan-tuan tanah atau daimyo yang bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja.
5.Selain itu perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik dan berbeza dengan negara lain. Ini disebabkan wujud keterikatan yang kuat antara golongan daimyo dengan tentera dan petani , manakala maharaja tidak mempunyai sebarang peranan. Kemunculan golongan tentera khusus (profesional) di Jepun begitu berpengaruh dalam menentukan hala tuju pemerintahan. Golongan daimyo merupakan kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan mengalahkan kuasa maharaja.
6.Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawan sama ada untuk mempertahankan hak milik mereka atau menjaga keselamatan tuan-tuan mereka. Kekuatan ketenteraan ini menjadi tulang belakang kepada kebangkitan daimyo di Jepun sehingga maharaja tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.
STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN
1.Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun dan Daimyo..
2.Golongan diperintah terdiri daripada samurai, petani, atisan (tukang) dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa. Dalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas. Namun pada abad ke16 dan 17 di bawah pemerintahan Shogun Tokugawa, maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk memerintah. Baginda hanya menjadi lambang perpaduan rakyat dan boneka sahaja. Maharaja dikatakan dari keturunan dewi matahari (amaterasu). Maharaja dianggap pemerintah keduniaan dan kerohanian. Baginda ditempat di Kyoto iaitu bandar diraja yang sentiasa dikelilingi oleh pegawai istana (kuge). Maharaja hanya memerintah di Kyoto sahaja yang dikenali sebagai kerajaan Mikado (Kerajaan Maharaja).
3. Shogun merupakan golongan bangsawan yang berada dihaeiraki yang ke-2. Kuasa memerintah yang sebenar berada di tangan Shogun Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun terjamin. Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang menyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa. Kerajaan Tokogawa ini di kenali sebagai Kerajaan Bakufu (ketenteraan) yang berpusat di Edo.
4.Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan tanah yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa iaitu membentuk keluarga Kii, Owari dan Mito. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada shogun. Daimyo Tozama meruapakan daimyo yang memusuhi shogun iaitu terdiri daripada puak-puak suku barat (Satsuma, Hizan, Toza dan Chosu). Mereka telah ditempatkan jauh daripada shogun untuk mengelak ancaman daripada mereka.
5.Samurai merupakan kelas pahlawan (tentera) yang berada bi bawah golongan daimyo dan paling atas golongan di perintah. Mereka mempunyai kedudukan istimewa iaitu mempunyai nama keluarga dan membawa dua bilah pedang. Samurai berfungsi untuk menjaga keamanan negara dan keselamatan shogun serta daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain. Jumlah golongan samurai kira-kira 400,000 orang iaitu kira-kira 6% daripada jumlah penduduk Jepun. Golongan samurai terbahagi kepada taraf seperti tinggi, sederhana dan rendah. Samurai bertaraf tinggi tidak ramai bilangannya dan dibenarkan memilki tanah. Samurai sederhana merupakan samurai berkuda manakala kelas rendah adalah samurai berjalan kaki. Ketika masa aman, samurai akan melakukan kerja lain seperi mengurus kewangan, mentadbir ladang, menjaga kebun dan menjadi utusan.
6.Dalam kalangan rakyat biasa, petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi dan dianggap golongan yang mulia di Jepun. Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi upah hanya secukup makan sahaja kerana hasil beras untuk negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja.
7.Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir dalam pembuatan pedang samurai, menenun kain, alatan tembaga, besi dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang. Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka. sedutan nota daripada blog http://cikgustpm.blogspot.com/2012/06/masyarakat-maritim-di-jepun.html

Monday, June 16, 2014
Sunday, January 26, 2014
Monday, January 20, 2014
Bab 3 Bentuk Pemerintahan
Bentuk kerajaan Islam
1.Kerajaan Pusat- kerajaan utama yang memerintah dan bertanggungjawab mengurus dan memerintah keseluruhan negara. (Co: Malaysia)
2.Kerajaan wilayah -adalah kerajaan kecil yang terdapat di bawah pemerintahan kerajaan pusat (Co.Sabah, Perlis, Pahang dll)
3. Lokasi kerajaan pusat dan wilayah berubah mengikut Khalifah/pemimpin
4.Setiap pemerintahan pusat juga mempunyai ciri-ciri pemerintahan tersendiri
5.Antara kerajaan pusat kerajaan islam ialah Zaman Zaman Khalifah Al-Rasyidin, Zaman Khalifah Uthmaniyah, Kerajaan Islam Andulusia(Sepanyol),Kerajaan Islam India (Empayar Moghul )
Pemerintahan
dan Pentadbiran Islam Zaman Khulafa al-Rasyidin
►Perjanjian Setia al-Aqabah II menjadikan
penyebaran dakwah dengan matlamat semua pihak harus bersedia memperjuangkan
islam
►Majlis Syura-
·
Permesyuaratan
atau perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara
·
ditubuhkan
oleh Nabi dengan memilih sebilangan sahabat terkanan yang memiliki kepakaran
dalam bidang tertentu,
·
memilih seorang pegawai sebagai “amir” bagi
wilayah tertentu
·
Taat setia
·
Persaudaraan agama
·
Hakim muslim
·
Permesyuaratan
5.1 Gelaran Khalifah
►Khalifah berasal dari perkataan Arab yg
bermaksud pengganti
►Jawatan penggantian khalifah pula disebut
‘khilafah” iaitu institusi atau jawatan yang menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran dalam semua bidang untuk menggantikan
Nabi Muhammad
►Syarat-syarat menjadi khalifah
·
Islam
·
Lelaki
merdeka
·
Ilmu
agama Islam yang lengkap
·
Istiqamah
(tetap pendirian)
·
Kifayah
(berkemampuan)
·
Anggota
badan tidak cacat
►Tanggungjawab khalifah
·
Uruskan
pentadbiran negara
·
Mengawasi
pelaksanaan agama Islam
·
Berkuasa
dalam soal agama dan perundangan Islam
·
Menguruskan
hal ehwal kewangan negara
·
Memungut
cukai dan zakat
·
Menyerahkan
tugas-tugas kepada orang yang beramanah
·
Berpegang
teguh kepada syariat
Ciri-ciri pentadbiran
•Meluaskan wilayah pentadbiran
∂Khalifah umar berjaya menakluki sesebuah kawasan yang luas .
•Pembentukkan majlis syura
∂Beliau juga telah menubuhkan majlis syura yang merupakan lembaga atau majlis perundingan yang tertinggi
•Pembahagian pentadbiran wilayah
∂Beliau membahagikan wilayah-wilayah kepoada beberapa bahagian:
a.Madinah dijadikan kota pentadbiran dan pusat pemerintahan islam
b.Malantik beberapa
orang pegawai
yang bertugas
c.Perlu mengisytiharkan harta masing-masing
d.Menetapkan beberapa syarat utama dalam melantik
e.Memperkenalkan sistem pengawasan menyeluruh atau al-riqabah
•Pambaharuan bidang kehakiman
∂Haruslah mempunyai ilmu yang
cukup dan dihormati
∂Jabatan kehakiman dipisahakn dari jabatan-jabatan lain
dan mempunyai mahkamah kadi khas
Kerajaan Turki Uthmaniyah
Latar Belakang
- Diasaskan oleh Uthman Bin Ertogul
- Terkenal sebagai empayar islam terbesar dan
memerintah lebih 600 tahun iaitu dari 1281M-1924M
- Sistem pemerintahannya adalah mengikut sistem
fedual yang ditiru daripada kerajaan Byzatine
- Sultan kuasa tertinggi dibantu wazir besar,
hakim tentera, dua orang Beylerbey, 2 orang Deftender, sorang Agha
,seorang laksamana tentera laut dan sorang Nishanji
- Kadi berperanan dalam soal hal ehwal agama
- Tentera yang berjasa akan dikurniakan tanah atau Fief
►Faktor kejayaan Kerajaan Turki Uthmaniyyah
►Tentera diberi layanan baik►Tiada sikap perkauman
►Pentadbiran negara yang cekap
►Saudara-saudara baru diberi layanan yang baik
►Kepakaran dan kebolehan penduduk negara diserap dalam pentadbiran negara
►Kedudukan sosial Turki
►Cukai perlindungan berpatutan
►Kebebasan beragama
►Tempat perlindungan orang Yahudi yang dihalau
Pemerintahan dan Pentadbiran Bani Umaiyah
Sepanyol
►Diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil yang
berpusat di Cardova, Sepanyol dari
tahun 756m-1031M
►Berbentuk sistem autokrasi
►Pegawai dan perdana menteri dilantik untuk
membantu khalifah
►Wilayah dibahagikan kepada 21 bahagian yang
ditadbir oleh gabenor►Mempunyai angkatan tentera yang kuat
►Ulama berperanan menasihati khalifah
7.2 Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol
►Muluk al-Tawaif
·
Mewujudkan
30 unit politik menyebabkan kerajaan pusat tidak berkuasa· Dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian pantai Sepanyol, puak Slaus timur Sepanyol dan Arab mendirikan kerajaan-kerajaan kecil
· Khidmat orang Kristian digunakan untuk mejatuhkan antara satu dengan lain
►Kerajaan al-Murabitun
·
Khalifah
al-Mutamid membawa masuk tentera al-Murabitun ke Sepanyol dan bekerjasama
dengan Yusuf Bin tasyfin pemerintah Afrika Utara menyerang Alfonso VI· Ibnu Tasyfin menghapuskan kuasa raja-raja puak serta meluaskan kuasa di Granada dan Cordoro,Seville,Badajoz,Valencia,Saragossa
· Kuas puak kristian hampir lemah
· Merosot semasa dibawah pemerintahan Ali Bin Yusuf dan Tasyfin Bin Ali
· Faktor kejatuhan:
1. Kegagalan pemerintah
2. Kebangkitan golongan aristokrat
3. Sikap taksub kepada mazhab Maliki
4. Para pemimpin khayal dengan kemewahan
►Kerajaan al-Muwahhidun
- Muncul pada 1145M
- Semasa Abdul Mukmin berjaya menawan Granada
dam semasa Abu Yaqub menguasai Seville dan Toledo
- Mengalami kemerosotan semasa pemerintahan
al-Mutanir
- Sebab-sebab kejatuhan:
1.
Perbezaan
mazhab menyebabkan orang islam sepenyol berpecah
2.
Perpecahan
antara yang berketurunan Arab dan penduduk tempatan beragama islam
3.
Perpecahan
dalam kalangan kaum Barbar
4.
Kerajaan
tidak mempunyai perundangan Islam
5.
Gelaran
pemimpin berbau Syiah yang kurang disenangi
- Diasaskan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasir
berpusat di Granada
- Amal dasar berbaik dengan kerajaan kristian
- Zaman kegemilangan pada 1244 M hingga 1396 M
- Mengaku kalah kepada tentera Kristian pada
1492 M
- Faktor kejatuan:
1. Kelemahan pemimpin
2. Perpecahan dalam kalangan kaum keluarga
Islam Granada
3. Rasa benci orang islam
Struktur Pentadbiran Kerajaan Delhi
Kesultanan
Delhi merujuk pada satu
siri pemerintahan berdinasti dari Turkik
dan Afghan
yang berpusat di Delhi, termasuk :
dinasti
Mamluk (1206–90),
dinasti Khilji
(1290–1320),
dinasti
Tughlaq (1320–1413),
dinasti Sayyid
(1414–51) dan
dinasti Lodi
(1451–1526).
Pada tahun 1526,
Kesultanan Delhi diserapkan dengan kemunculan Empayar
Mughal.
►Mengamalkan pentadbiran kerajaan pusat (centralization)
dan autokrasi
►Takhta kerajaannya berdasarkan sistem
monarki atau sistem warisan
►Sultan memegang kuasa politik tertinggi
►Polisi kewangan berasaskan hukum Islam
Mazhab Hanafi
►Sistem kehakiman terletak di bawah Dewan
Kadi dan Dewan Sedan Susur
Faktor-Fator
Kejatuhan Kesultanan Delhi:
·
Sistem
autokrasi dan ketenteraa
·
Polisi perkauman oleh kerajaan Mamluk yang lebih
mengutamakan orang Turki
·
Penyatuan
raja-raja Hindu
·
Tekanan
terhadap golongan Hindu dengan memusnahkan tempat-tempat suci mereka
·
Sistem
kuku besu Muhammad Taghluq
·
Serangan
Timurlane pada 1398
·
Perpecahan
pembesar-pembesar Lodi dan persaingan kuasa sesama mereka
8.2 Pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan
Moghul
- Diasaskan oleh Baber Babur pada abad ke-15M
- Zaman kegemilangan 1526M-1707 M
►Akbar (1556-1605 M)
- Cekap dalam bidang pentadbiran
- Menghapuskan perbezaan berasaskan agama dan
bangsa
- Memperkenal pentadbiran Mansadar iaitu
golongan bangsawan melaksanakan tugas pentadbiran awam ,memerintah dan
melengkapkan satu pasukan tentera diraja
- Membentuk jabatab-jabatan mengurus
pentadbiran negara
- Membahagikan India kepada 18 wilayah dan meningkatkan
21 wilayah di zaman Auragzab dengan gabenor mengetuai setiap wilayah
►Aurangzeb (1658-1707)
- Anak Akhbar
- Berhasrat jadika India sebuah negara islam
yang mengamalkan mazhab Sunnah Wal-Jamaah
- Sumbangan beliau:
1. Menghimpunkan fatwa yg dikenali sebagai
al-Fatwa Hindiyyah
2. Membatalkan takwim al-Illahi dan
menggantikan dengan takwim Hijrah
3. Memecat dukun-dukun,dayang-dayang
4. Mengambil dan mengindahkan semula
masjid-masjid yang diambil orang Hindu
5. Menghadkan jawatan-jawatan penting dalam
pentadbiran kepada orang Hindu
6. Membataskan pemerintah hanya kepada orang
islam
7. Menyekat pengaruh agama Hindu
Melarang orang islam mempelajari agama Hindu dan
memasuki sekolah-sekolah HinduContoh Soalan :
Bincangkan struktur pentadbiran Kerajaan islam Madinag pada zaman Khalifah al-Rasyidin (20 markah)
Pendahuluan
-bermula
Kh. Abu Bakar al-Siddiq
-diperintah
4 khalifah
-gelaran
Khulafa al-Risyidin –meneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad SAW
Isi
-Madinah
pusat pemerintahan dan pentadbiran.
-Masjid Nabawi lokasi perbincangan
dan pengubalan dasar pemerintahan dan pentadbiran
-amalan syura dilaksanakan untuk
membincangkan dasar pemerintahan dan pentadbiran
-Khalifah
individu yang paling berkuasa
-tidak bersifat mutlak
-keputusan melalui kaedah syura
-boleh membuat ijtihad sekiranya ada
perkara yang perlu diputuskan tidak terdapat dalam al-quran dan hadis
-sebagai ketua eksekutif , perundangan dan
panglima tertinggi
-Baitulmal
peringkat pusat
-sumber pendapatan dan laporan kewangan
daripada tanah jajahan oleh gebenor wilayah kepada Khalifah
-Peringkat
wilayah
-diketuai
gabenor dibantu pegawai lain setiausaha dan pegawai tertentu
-seperti
setiausaha tentera, pegawai cukai, pegawai polis, pegawai perbendaharaan negara
dan kadi
-individu yang
dilantik diperjelaskan bidang kuasa bagi menggelakkan kekeliruan
-dikehendaki
melaporkan pemilikan harta diri
-cawangan baitulmal
bagi memudahkan urusan pendapatan dan
perbelanjaan
Kesimpulan
-sistem
yang dikemaskini daripada apa yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad SAW
-Kh.
Umar al-khattab – pentadbiran sistematik
Pendahuluan
-memerintah
dari 1281 M – 1924M
-berpusat
di Istanbul
-ditubuhkan
selepas orang mongol mernakluki kerajaan Abbasiyah di Baghdad
-diasaskan
Uthman Ertughrul
-diteruskan
oleh 38 khalifah
-Khalifah
terkenal Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II
a) Pentadbiran
Pusat
-Sultan
-individu mempunyai kuasa tertinggi
-terdiri para amir /tuan tanah semasa
kerajaan Saljuk
-Murad II gelaran Sultan al-Baraian Wa
al-Bahrain
-kuasa tertiinggi dalam agama,politik,
pentadbiran dan kewangan
-Wazir Agung
-ketua pentadbir dan penasihat sultan
-ketua segala hal pentadbiran
-memiliki
cop mohor wakil sultan
-Wazir Agung dibantu
-tiga orang hakim tentera
-beylerbey(ketua turus tentera
sultan)
-Defterdar bertanggungjawab
urusan kewangan
-Agha(wakil tentera darat)
-Laksamana dan Nishanji bagi
monogram sultan
-Mufti (Shaykh al-Islam)
-dieujudkan semasa Sultan Salim 1
-tugas mengeluarkan fatwa agama
dan keputusan berperang sesame Islam
-hak melantik
pegawai-pegawai istana di ibukota
Istanbul
b)Pentadbiran
wilayah
-mirip pentadbiran Byzantine
-wilayah ditabir gabenor wilayah
-mentadbir tanah kurniaan yang
dikendalikan petani
-Kadi
-ketua agama daerah
-mengendalikan hokum jenayah dan
sivil berdasarkan syariah Islam
-Multezim
-mengutip cukai
-sebahagian cukai diserahkan
kepada perbendaharaan Negara
-pegawai kerajaan
-diberi kuasa mengutip bayaran
bakshih untuk perkhidmatan yang diberi kepada
orang awam
-golongan intelektual Muslim
-bertanggungjawab dalam
pentadbiran keadilan
-menghurus wakaf untuk menyokong
perkembangan sekolah dan hospital
-orang tengah diantara rakyat dan
kelas pemerintah
Kesimpulan
-pengamalan system diperingkat wilayah
bertujuan memastikan penguasaan penuh kerajaan pusat terhadap wilayah
-berkekalan
sehingga er
Subscribe to:
Posts (Atom)