Peristiwa

Monday, January 20, 2014

Bab 3 Bentuk Pemerintahan


Bentuk kerajaan Islam
1.Kerajaan Pusat- kerajaan utama yang memerintah dan bertanggungjawab mengurus dan memerintah keseluruhan negara. (Co: Malaysia)
2.Kerajaan wilayah -adalah kerajaan kecil yang terdapat di bawah pemerintahan kerajaan pusat (Co.Sabah, Perlis, Pahang dll)
3. Lokasi kerajaan pusat dan wilayah berubah mengikut Khalifah/pemimpin
4.Setiap pemerintahan pusat juga mempunyai ciri-ciri pemerintahan tersendiri
5.Antara kerajaan pusat kerajaan islam ialah Zaman Zaman Khalifah Al-Rasyidin, Zaman Khalifah Uthmaniyah, Kerajaan Islam Andulusia(Sepanyol),Kerajaan Islam India (Empayar Moghul )

Pemerintahan dan Pentadbiran Islam Zaman Khulafa al-Rasyidin

Perjanjian Setia al-Aqabah II menjadikan penyebaran dakwah dengan matlamat semua pihak harus bersedia memperjuangkan islam
      
Majlis Syura-

·         Permesyuaratan atau perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara

·         ditubuhkan oleh Nabi dengan memilih sebilangan sahabat terkanan yang memiliki kepakaran dalam bidang tertentu,

·          memilih seorang pegawai sebagai “amir” bagi wilayah tertentu

Dasar-dasar pentadbiran

·         Taat setia

·         Persaudaraan agama

·         Hakim muslim

·         Permesyuaratan

 Selepas kewafatan nabi, sistem pentadbiran khalifah digunakan

5.1 Gelaran Khalifah


Khalifah berasal dari perkataan Arab yg bermaksud  pengganti

Jawatan penggantian khalifah pula disebut ‘khilafah” iaitu institusi atau jawatan yang menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran dalam semua bidang untuk menggantikan Nabi Muhammad

Syarat-syarat menjadi khalifah

·         Islam

·         Lelaki merdeka

·         Ilmu agama Islam yang lengkap

·         Istiqamah (tetap pendirian)

·         Kifayah (berkemampuan)

·         Anggota badan tidak cacat


Tanggungjawab khalifah

·         Uruskan pentadbiran negara

·         Mengawasi pelaksanaan agama Islam

·         Berkuasa dalam soal agama dan perundangan Islam

·         Menguruskan hal ehwal kewangan negara

·         Memungut cukai dan zakat

·         Menyerahkan tugas-tugas kepada orang yang beramanah

·         Berpegang teguh kepada syariat

Ciri-ciri pentadbiran

 
Meluaskan wilayah pentadbiran

Khalifah umar berjaya menakluki sesebuah kawasan yang luas .

Pembentukkan majlis syura

Beliau juga telah menubuhkan majlis syura yang merupakan lembaga atau majlis perundingan yang tertinggi

Pembahagian pentadbiran wilayah

Beliau membahagikan wilayah-wilayah kepoada beberapa  bahagian:





a.Madinah dijadikan kota pentadbiran dan pusat pemerintahan islam

b.Malantik beberapa orang pegawai yang bertugas
c.Perlu mengisytiharkan harta masing-masing
d.Menetapkan beberapa syarat utama dalam melantik
e.Memperkenalkan sistem pengawasan menyeluruh atau al-riqabah





Pambaharuan bidang kehakiman

Haruslah mempunyai ilmu yang cukup dan dihormati
Jabatan kehakiman dipisahakn dari jabatan-jabatan lain dan mempunyai mahkamah kadi khas

Kerajaan Turki Uthmaniyah  


Latar Belakang

  • Diasaskan oleh Uthman Bin Ertogul
  • Terkenal sebagai empayar islam terbesar dan memerintah lebih 600 tahun iaitu dari 1281M-1924M
  • Sistem pemerintahannya adalah mengikut sistem fedual yang ditiru daripada kerajaan Byzatine
  • Sultan kuasa tertinggi dibantu wazir besar, hakim tentera, dua orang Beylerbey, 2 orang Deftender, sorang Agha ,seorang laksamana tentera laut dan sorang Nishanji
  • Kadi berperanan dalam soal hal ehwal agama
  • Tentera yang berjasa akan dikurniakan tanah atau Fief

Faktor kejayaan Kerajaan Turki Uthmaniyyah
Tentera diberi layanan baik
Tiada sikap perkauman
Pentadbiran negara yang cekap
Saudara-saudara baru diberi layanan yang baik
Kepakaran dan kebolehan penduduk negara diserap dalam pentadbiran negara
Kedudukan sosial Turki
Cukai perlindungan berpatutan
Kebebasan beragama
Tempat perlindungan orang Yahudi yang dihalau


Pemerintahan dan Pentadbiran Bani Umaiyah Sepanyol 

Diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil yang berpusat di Cardova, Sepanyol dari   tahun 756m-1031M
Berbentuk sistem autokrasi
Pegawai dan perdana menteri dilantik untuk membantu khalifah
Wilayah dibahagikan kepada 21 bahagian yang ditadbir oleh gabenor
Mempunyai angkatan tentera yang kuat
Ulama berperanan menasihati khalifah


7.2 Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol

Muluk al-Tawaif
·         Mewujudkan 30 unit politik menyebabkan kerajaan pusat tidak berkuasa
·         Dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian pantai Sepanyol, puak Slaus timur Sepanyol dan Arab mendirikan kerajaan-kerajaan kecil
·         Khidmat orang Kristian digunakan untuk mejatuhkan antara satu dengan lain

Kerajaan al-Murabitun
·         Khalifah al-Mutamid membawa masuk tentera al-Murabitun ke Sepanyol dan bekerjasama dengan Yusuf Bin tasyfin pemerintah Afrika Utara menyerang Alfonso VI
·         Ibnu Tasyfin menghapuskan kuasa raja-raja puak serta meluaskan kuasa di Granada dan Cordoro,Seville,Badajoz,Valencia,Saragossa
·         Kuas puak kristian hampir lemah
·         Merosot semasa dibawah pemerintahan Ali Bin Yusuf dan Tasyfin Bin Ali
·         Faktor kejatuhan:

1.      Kegagalan pemerintah

2.      Kebangkitan golongan aristokrat

3.      Sikap taksub kepada mazhab Maliki

4.      Para pemimpin khayal dengan kemewahan


Kerajaan al-Muwahhidun

  • Muncul pada 1145M
  • Semasa Abdul Mukmin berjaya menawan Granada dam semasa Abu Yaqub menguasai Seville dan Toledo
  • Mengalami kemerosotan semasa pemerintahan al-Mutanir
  • Sebab-sebab kejatuhan:

1.      Perbezaan mazhab menyebabkan orang islam sepenyol berpecah

2.      Perpecahan antara yang berketurunan Arab dan penduduk tempatan beragama islam

3.      Perpecahan dalam kalangan kaum Barbar

4.      Kerajaan tidak mempunyai perundangan Islam

5.      Gelaran pemimpin berbau Syiah yang kurang disenangi

 Kerajaan Nasriyah (Bani al-Ahmar)

  • Diasaskan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasir berpusat di Granada
  • Amal dasar berbaik dengan kerajaan kristian
  • Zaman kegemilangan pada 1244 M hingga 1396 M
  • Mengaku kalah kepada tentera Kristian pada 1492 M
  • Faktor kejatuan:

1.      Kelemahan pemimpin

2.      Perpecahan dalam kalangan kaum keluarga Islam Granada

3.      Rasa benci orang islam





Struktur Pentadbiran Kerajaan Delhi  

Kesultanan Delhi merujuk pada satu siri pemerintahan berdinasti dari Turkik dan Afghan yang berpusat di Delhi, termasuk :

dinasti Mamluk (1206–90),

 dinasti Khilji (1290–1320),

dinasti Tughlaq (1320–1413),

 dinasti Sayyid (1414–51) dan

 dinasti Lodi (1451–1526).


Pada tahun 1526, Kesultanan Delhi diserapkan dengan kemunculan Empayar Mughal.

Mengamalkan pentadbiran kerajaan pusat (centralization) dan autokrasi

Takhta kerajaannya berdasarkan sistem monarki atau sistem warisan

Sultan memegang kuasa politik tertinggi

Polisi kewangan berasaskan hukum Islam Mazhab Hanafi

Sistem kehakiman terletak di bawah Dewan Kadi dan Dewan Sedan Susur


Faktor-Fator Kejatuhan Kesultanan Delhi:

·         Sistem autokrasi dan  ketenteraa

·         Polisi  perkauman oleh kerajaan Mamluk yang lebih mengutamakan orang Turki

·         Penyatuan raja-raja Hindu

·         Tekanan terhadap golongan Hindu dengan memusnahkan tempat-tempat suci mereka

·         Sistem kuku besu Muhammad Taghluq

·         Serangan Timurlane pada 1398

·         Perpecahan pembesar-pembesar Lodi dan persaingan kuasa sesama mereka

http://zikripunya.blogspot.com/2010/10/kesultanan-delhi_14.html


8.2 Pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Moghul  


  • Diasaskan oleh Baber Babur pada abad ke-15M
  • Zaman kegemilangan 1526M-1707 M

Akbar (1556-1605 M)

  • Cekap dalam bidang pentadbiran
  • Menghapuskan perbezaan berasaskan agama dan bangsa
  • Memperkenal pentadbiran Mansadar iaitu golongan bangsawan melaksanakan tugas pentadbiran awam ,memerintah dan melengkapkan satu pasukan tentera diraja
  • Membentuk jabatab-jabatan mengurus pentadbiran negara
  • Membahagikan India kepada 18 wilayah dan meningkatkan 21 wilayah di zaman Auragzab dengan gabenor mengetuai setiap wilayah


Aurangzeb (1658-1707)

  • Anak Akhbar
  • Berhasrat jadika India sebuah negara islam yang mengamalkan mazhab Sunnah Wal-Jamaah
  • Sumbangan beliau:

1.      Menghimpunkan fatwa yg dikenali sebagai al-Fatwa Hindiyyah

2.      Membatalkan takwim al-Illahi dan menggantikan dengan takwim Hijrah

3.      Memecat dukun-dukun,dayang-dayang

4.      Mengambil dan mengindahkan semula masjid-masjid yang diambil orang Hindu

5.      Menghadkan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran kepada orang Hindu

6.      Membataskan pemerintah hanya kepada orang islam

7.      Menyekat pengaruh agama Hindu
Melarang orang islam mempelajari agama Hindu dan memasuki sekolah-sekolah Hindu




Contoh Soalan :
Bincangkan struktur pentadbiran Kerajaan islam Madinag pada zaman Khalifah al-Rasyidin (20 markah)

Pendahuluan

-bermula Kh. Abu Bakar al-Siddiq

-diperintah 4 khalifah

-gelaran Khulafa al-Risyidin –meneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad SAW


Isi

-Madinah pusat pemerintahan dan pentadbiran.

-Masjid Nabawi lokasi perbincangan dan pengubalan dasar pemerintahan dan pentadbiran

      -amalan syura dilaksanakan untuk membincangkan dasar pemerintahan dan pentadbiran


-Khalifah individu yang paling berkuasa

      -tidak bersifat mutlak

      -keputusan melalui kaedah syura


      -boleh membuat ijtihad sekiranya ada perkara yang perlu diputuskan tidak terdapat dalam al-quran dan hadis

      -sebagai ketua eksekutif , perundangan dan panglima tertinggi


-Baitulmal peringkat pusat

      -sumber pendapatan dan laporan kewangan daripada tanah jajahan oleh gebenor wilayah kepada Khalifah


-Peringkat wilayah

-diketuai gabenor dibantu pegawai lain setiausaha dan pegawai tertentu

-seperti setiausaha tentera, pegawai cukai, pegawai polis, pegawai perbendaharaan negara dan kadi

-individu yang dilantik diperjelaskan bidang kuasa bagi menggelakkan kekeliruan

-dikehendaki melaporkan pemilikan harta diri

-cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan  dan perbelanjaan



Kesimpulan

-sistem yang dikemaskini daripada apa yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad SAW

-Kh. Umar al-khattab – pentadbiran sistematik


Bincangkan pentadbiran pusat dan wilayah yang dipraktikkan oleh kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-16M hingga abad ke-17M

Pendahuluan

-memerintah dari 1281 M – 1924M

-berpusat di Istanbul

-ditubuhkan selepas orang mongol mernakluki kerajaan Abbasiyah di Baghdad

-diasaskan Uthman Ertughrul

-diteruskan oleh 38 khalifah

-Khalifah terkenal Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II


a)      Pentadbiran Pusat

-Sultan

      -individu mempunyai kuasa tertinggi

      -terdiri para amir /tuan tanah semasa kerajaan Saljuk

      -Murad II gelaran Sultan al-Baraian Wa al-Bahrain

      -kuasa tertiinggi dalam agama,politik, pentadbiran dan kewangan

-Wazir Agung

      -ketua pentadbir dan penasihat sultan

      -ketua segala hal pentadbiran

-memiliki cop mohor wakil sultan

        -Wazir Agung dibantu

               -tiga orang hakim tentera

               -beylerbey(ketua turus tentera sultan)

               -Defterdar bertanggungjawab urusan kewangan

               -Agha(wakil tentera darat)

               -Laksamana dan Nishanji bagi monogram sultan

        -Mufti (Shaykh al-Islam)

               -dieujudkan semasa Sultan Salim 1

               -tugas mengeluarkan fatwa agama dan keputusan berperang sesame Islam

               -hak melantik pegawai-pegawai  istana di ibukota Istanbul

b)Pentadbiran wilayah

        -mirip pentadbiran Byzantine

               -wilayah ditabir gabenor wilayah

               -mentadbir tanah kurniaan yang dikendalikan petani

        -Kadi

               -ketua agama daerah

               -mengendalikan hokum jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam

        -Multezim

               -mengutip cukai

               -sebahagian cukai diserahkan kepada perbendaharaan Negara

        -pegawai kerajaan

              -diberi kuasa mengutip bayaran bakshih untuk perkhidmatan yang diberi kepada

              orang awam

      -golongan intelektual Muslim

              -bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan

              -menghurus wakaf untuk menyokong perkembangan sekolah dan hospital

              -orang tengah diantara rakyat dan kelas pemerintah


Kesimpulan

  -pengamalan system diperingkat wilayah bertujuan memastikan penguasaan penuh kerajaan pusat terhadap wilayah
      -berkekalan sehingga er