Peristiwa

Wednesday, February 4, 2015

Menggunakan Bahan yang ada

Janji di tepati, kali ini saya akan tunjukkan bagaimana nak menggunakan sumber yang anda dapat dari Mandelay dalam penulisan. Di harap pelajar dah memuat turun bahan dalam bentuk PDF.

Langkah pertama buka Microsoft Word dan tulislah tajuk kajian anda. Selepas itu, tulis pengenalan. Ini contoh tajuk dan pengenalan saya



Sebelum itu saya sudah membaca bahan saya dalam PDF dan saya tertarik dengan ayat yang bergaris kuning di bawah




Saya hanya perlu copy dan paste ke dalam word saya seperti berikut




Seterusnya saya kena mengubah ayat yang saya ambil dan memasukkan nama penulis bahan tersebut



Klik pada Reference, Insert Citation, pastikan Stylenya adalah cicago. Anda akan di bawa kepada bahan yang anda simpan dalam Mandelay tadi




Klik site pada menu bar, anda akan di bawa semula ke word dan perhatikan nama penulis tertera. Sila ubah semula mengikut ayat dan format yang betul




Sekarang anda hanya perlu Insert Bibliografi untuk mendapatkan bibliografinya dalam format Chicago




Format Chicago



Salam bahaga.....buat dengan senyuman...selamat mencuba


















Monday, February 2, 2015

Susah Nak Cari Bahan Literature /Kajian Lepas

Tak ada bahan cikgu, susahlah nak dapatkan bahan. Kajian yang saya nak buat, orang tak  buat lagi.....ini yang selalu pelajar luahkan dalam penulisan essei. Pelajar pula dikehendaki memberi rujukan SEKURANG-KURANGNYA 3 HINGGA 5 rujukan , maknanya lebih lagi baik. Sumber itu pula hendaklah yang boleh dipercayai, ilmiah dan setidak-tidaknya ada kesahan dan kebolehpercayaannya.
Ada pelajar menyenaraikan banyak sumber di bahagian bibliografi tapi tak ada dinyatakan pun dalam essei, maka itu PENIPUAN namanya. Bagaimana mencari sumber?
Pertama : Kenal pasti tajuk
Kedua: Apa aspek utama kajian
Ketiga: Cari sumber yang sama, hampir sama dengan penulisan anda

Disarankan pelajar muat turun aplikasi Mendeley Destop untuk mencari sumber dari Jurnal, ia percuma....sila klik pautan berikut...http://www.mendeley.com/download-mendeley-desktop/windows/instructions/






Setelah berada di Destop anda buka dan klik Tool dan Install MS Word Plugin

Anda sudah boleh mencari bahan dengan menklik bahagian Literature Search seperti berikut dengan menaip tajuk /aspek kajian anda....



Saya memberikan contoh tajuk pendidikan....maka akan keluar jurnal-jurnal berkaitan tajuk saya, mulalah anda cari yang sesuai dan muat turun bahan yang sesuai dengan kajian anda....di bawah adalah jumlah bahan yang anda boleh akses.....



selamat mencuba....bersambung nanti dengan bagaimana mengambil bahan dan bibliografi secara automatik

Wednesday, January 28, 2015

Pembahagian Struktur Essei

Pada bahagian ini pelajar dikehendaki mengorganisasikan persembahan dan isi penulisan. Mengorganisasi bermakna menyusun atur secara tertib. Dalam penulisan essei apa yang perlu ada adalah:
Pengenalan
Sub-Sub isi mengikut objektif yang dikaji
( Bahagian ini paling panjang, setiap sub isi ada beberapa peranggan penulisan)
Penutup

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam penulisan struktur essei adalah seperti berikut:
*Mengklasifikasikan kandungan penulisan
*Pengorganisasian penulisan ( pembahagian isi dalam kajian )
*Pemecahan topik (umum kepada khusus)
*Pembinaan Sub-topik
*Pembahagian boleh dibuat secara kronologi

*Pembahagian secara tematik juga boleh dilakukan
Contoh:
Tajuk: Sejarah sekolah-sekolah mubaligh Kristian di Kuching dari tahun....hingga.....
Objektif:
1.untuk mengetahui matlamat dan objektif sekolah-sekolah mubaligh yang wujud.
2.untuk mengetahui organisasi setiap sekolah mubaligh yang wujud
3.untuk mengetahui kandungan sukatan pelajaran setiap sekolah yang wujud
Kajian ini agak luas dan jika diteliti lebih kepada perbandingan antara sekolah-sekolah mubaligh. Dari objektif ini maka kita akan megorganisasikan essei kepada :
Pengenalan
Nyatakan definisi sekolah mubaligh, nyatakan sekolah-sekolah mubaligh yang dipilih, berikan justifikasi pemilihan, lokasi , masa.
Sub-sub isi adalah:
Sub tajuk di bawah di bina berdasarkan tiga objektif di atas
a.Matlamat dan Objektif Sekolah-Sekolah mubaligh
b.Organisasi Sekolah-Sekolah mubaligh
c.Kandungan sukatan pelajaran sekolah mubaligh
Kesimpulan
Apakah persamaan dan perbezaan yang anda nampak dari kajian anda. 
*anda boleh kecilkan batasan kajian ini hanya kepada sebuah sekolah sahaja

Tuesday, January 27, 2015

Skop Kajian- Membataskan yang Luas

Skop kajian merupakan had atau batasan kajian anda. Skop kajian mungkin terlalu luas maka anda perlu hadkan kepada aspek-aspek tertentu sahaja. Skop kajian penting kerana keupayaan anda terbatas dari segi masa , ruanglingkup kajian yang terlalu besar maka anda akan kecilkan kepada beberapa aspek yang lebih kecil atau khusus. Skop kajian meliputi 3 perkara:
*Skop Aspekmeliputi bidang kajian seperti politik, ekonomi
sosial, tokoh, institusi dsb
*Skop Masa – tempoh yang diliputi oleh kajian seperti abad
dekad, tahun dsb
*Skop Kawasanmenampilkan aspek geografi yang diliputi 
oleh kajian seperti dunia, benua, rantau, negara, negeri, inter-
state dll

*Setiap skop yang dipilih perlu dijelaskan JUSTIFIKASI

Bagaimana menulis skop kajian?
1.Tentukan tajuk kajian
2.Apakah aspek-aspek utama kajian?Kenapa?
3.Dimana kajian akan dijalankan? Kenapa?
4.Bila tempoh kajian anda? Mengapa?

Contoh:
Tajuk: Sejarah Sarawak Rangers di Sarawak dari tahun 1948-
1963
Skop Aspek: Sejarah awal penubuhan,peranan dan 
pembubaran
Skop Tempat: Sarawak
Skop Masa: 1948 hingga 1963


Monday, January 26, 2015

Persoalan Kajian seiring dengan Objektif Kajian

Persoalan kajian wujud untuk menjawab Objektif kajian. Dari Objektif kajian diwujudkan soalan kajian berupa pertanyaan dengan simbol ? untuk membantu pengkaji menjawab soalan itu sendiri. Menjawab soalan itu dengan sendirinya menjawab objektif kajian. Persoalan kajian menjadi arah pandu penyelidikan. Persoalan kajian meliputi perkara berikut:
*Isu utama yang ingin dipaparkan
*Merupakan satu subject matter
*Mengandungi tema
*Memaparkan persoalan pokok yang perlu dijawab oleh kajian
*Mengandungi persoalan-persoalan makro ke mikro
*Menjawab persoalan 5W+1H+1WF
*Sejauhmana? Bagaimana?
Langkah mudah membina objektif adalah dengan membina jadual seperti berikut. Disebelah kiri adalah objektif dan disebelah kanan adalah persoalan kajiannya.

NO
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
1
Untuk megetahui sejarah penubuhan Institut Pendidikan Batu Lintang
Bilakah Institut Pendidikan Batu Lintang ditubuhkan?

2
Untuk mengetahui struktur pentadbiran Institut Batu Lintang Sebelum Merdeka iaitu dari 1947 hingga 1963
Bagaimanakah struktur pentadbiran  Institut Batu Lintang Sebelum Merdeka ?

3
Untuk mengetahui sumbangan Institut Batu Lintang dalam memperkasa sistem pendidikan negara
Apakah sumbangan Institut Batu Lintang dalam memperkasa sistem pendidikan negara?

Dalam penulisan essei sejarah jika objektif dan persoalan sudah jelas barulah anda pindahkan dalam bentuk penulisan essei di kertas cadangan anda

Objektif Kajian adalah matlamat kajian anda

Hari ini cikgu nak sentuh tentang penulisan objektif kajian. Ada beberapa perkara anda perlu teliti iaitu objektif berupa
*1. Kritikan (critics) – bertujuan mengkritik kajian terdahulu dan memberi respon
*Menekankan wujudnya kelemahan dalam kajian terdahulu
*2. Lanjutan (extension) – Telah ada kajian tetapi memerlukan penelitian lanjut
*3. Teroka (explore) – Bertujuan untuk membolehkan sesuatu subjek difahami dengan lebih baik
*4. Rintis (pioneer) – Kajian baru

Objektif memudahkan anda menetapkan jalan kajian yang hendak dicapai. Tidak perlu dengan objektif yang banyak memadai dengan 3 objektif. Berdasarkan perkara di atas perkara 1,2 mungkin tidak sesuai untuk anda. Ini bermakna perkara 4 dan 5 lebih sesuai. 
Sesuatu isu/aspek kajian itu boleh diteliti dari banyak tujuan, maka anda perlu menghadkan objektig kajian anda. 
Kajian tentang institusi pendidikan, banyak yang boleh dikaji...mungkin kita nak lihat sejarahnya, carta organisasinya, perkembangan fizikal sekolah, pencapaian akademik, pencapaian kokurikulum, pengetua-pengetuanya, penolong-penolong kanannya dan banyak lagi....maka kita perlu hadkan kepada 3 tujuan sahaja

Contoh:
Tema: Ketenteraan
Tajuk: Sejarah Sarawak Ranger di Sarawak dari tahun....hingga.....
Objektif pertama anda mungkin untuk mengetahui Sejarah penubuhan Sarawak Rangers ataupun Asal-Usul. Kedua anda ingin mengetahui sejarah penglibatan Sarawak Rangers dalam mengamankan Sarawak semasa era Raja Brooke. Ketiga mungkin anda ingin mengetahui kejayaan-kejayaan yang dicapai.

Sunday, January 25, 2015

Pusing Balik....Draf 1 Tulis Pengenalan Biar Jelas

Cikgu dah semak beberapa draf pertama para pelajar, tulis pengenalan sudah menjadi masalah. Tak apa sekurang-kurangnya anda dah cuba membuat dan menulis...ini yang penting dari duduk ternganga dan masa berlalu...Tahniah bagi yang sudah ada draf...

Kenapa salah?

Dalam pengenalan perkara ini harus di beri perhatian sebelum yang lain-lain:


*Mampu memperkenalkan idea awal tajuk yang dipilih
*Memperlihatkan perkaitan yg rapat dgn tajuk
*Isu atau persoalan yang dipilih perlu diekploitasi dgn baik
*Berkeupayaan merangsang, memberi pemahaman, penjelasan dan minat kpd audiens
*Dipersembahkan dgn gaya yg menarik

Contoh
Tema: Pendidikan
Tajuk: Pendidikan "Mengaji" dalam kalangan masyarakat Melayu Islam di Kampung..........dari tahun....hingga....
Cuba pelajar kenalpasti apakah isu utama essei ini? tentulah 'mengaji'....jadikan ini sebagai poko/idea utama pengenalan.
Contoh:
                Masyarakat Melayu islam sejak dari dahulu menitikberatkan pendidikan awal agama terhadap kanak-kanak. Pendidikan ini dikenali dalam kalangan masyarakat sebagai "mengaji". Mengaji bermaksud satu proses pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh daripada seorang tokoh/guru yang mahir mengajar muquaddam dan Al-Quran di rumah tokoh tersebut. Kajian ini akan...................

Contoh pengenalan yang kurang mantap:
Alamak!!! terlupa pulak bawa contoh, tunggu esok cikgu snap contoh yang kurang tepat  :
Tajuk: Undang-Undang Adat Kaum Bidayuh di.........dari....hingga...

Isu utama atau fokus utama dalam kajian ini adalah mengenai undang-undang adat masyarakat Bidayuh. Maka jadikan ini sebagai keutamaan anda dengan memperkenalkan apakah undang-undang adat secara umum, mungkin juga definisi undang-undang adat (disini anda sudah boleh memberikan sumber rujukan anda). Dari penjelasan yang umum tentang undang-undang adat, bawa perbincangan kepada aspek lebih khusus iaitu undang-undat adat kaum Bidayuh. Selepas itu barulah anda masukkan kampung ini masih mengamalkan undang-undang adat untuk menyelesaikan masalah. Nah! Di sini barulah anda menjelaskan apa yang hendak dijalankan dalam penyelidikan anda. Kajian ini akan menyelidiki........(nyatakan apakah hasrat anda)

Penulisan pelajar di atas memfokuskan kepada Kampung itu bukan kepada Undang-Undang tersebut yang sepatutnya menjadi isi pengenalan. 

Perhatikan pula pada objektif yang pertama. Apa yang tak kena?
Mengetahui asal-usul sejarah awal kampung.....bukan objektif utama anda sebab anda tidak mengkaji asal-usul kampung sebaliknya anda mengkaji adat. Maka lebih sesuai jika adat itu yang menjadi objektif untuk dicapai. Objektig kedua jika diteliti mengandungi 2 objektif, adalah lebih baik objektif ini diasingkan iaitu contoh-contoh undang-undang dan cara-cara pelaksanaan. Objektif yang ketiga pula tidak sesuai jika sesuai pun apakah pengukuran untuk mengetahui penerimaan orang kampung terhadap undang-undang tersebut?





Thursday, January 22, 2015

Merungkai Penulisan Kajian Lepas


Apakah kajian Lepas? Masih ramai pelajar yang tidak faham.
Langkah 1: Kenalpasti tema kajian atau tajuk kajian anda dan lebih khusu lagi aspek kajian anda.
Langkah 2: Cari bahan rujukan ilmiah sekurang2nya 3 hingga 5
Langkah 3: Baca ketiga-tiga dan ambil maklumat yang sesuai dengan kajian anda.
Langkah 4: Masukkan maklumat yang anda ambil ke dalam penulisan anda sama ada menggunakan ayat sendiri atau mengolah semula,  jangan lupa masukkan sumber dari mana anda ambil (ini dipanggil nota kaki/tujuannya mengelak plagarisme)
Langkah 5: Baca semula idea anda agar sempurna dari segi perkataan, frasa dan ayat.

Contoh:

1.Isu/Masalah


Apakah Raja Kechil anak Sultan Mahmud mangkat dijulang?

2.Hipotesis
Penulis ragu-ragu sama ada Raja Kechil anak Sultan Mahmud. Ini berasaskan tulisan penulis ternama L.A. Andaya yang menyifatkan asal-usul Raja Kechil sebagai, "His origins are still a matter of speculation …"(Andaya, 1973, hlm. 73).

3.Pengumpulan Data dan Fakta
Dalam sejarah, sumber-sumber boleh dibahagikan kepada dua. Pertama sumber pertama yang menjadi saksi utama data sejarah, ia termasuk rekod-rekod dan makalah yang tersimpan di Arkib dan sumber kedua berupa bahan bercetak seperti buku-buku teks, majalah, jernal dan wawancara dengan tokoh yang masih hidup dengan zaman yang menjadi topik perbincangan.

4.Pemilihan Fakta
Dalam memecahkan persoalan Raja Kechil, penulis telah memilih dan menggunakan sumber-sumber seperti 
·        Salsilah Melayu dan Bugis
·        Tuhfat al-NafisHikayat Siak, 
·        Hikayat Johor dan bahan 
·        Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society ( JMBRAS).

5.Penafsiran Data dan Fakta
Bedasarkan data yang diperolehi, pengarang telah membuat penafsiran yang cukup menarik. Penafsiran ini dibuat berasaskan andaian. Andaian penting kerana kebenaran bermula dari andaian.
The historian arrives at truth through probability … this does not mean "a doubtful kind of truth, but a firm reliance on the likelihood that evidence which has been examined and found solid is veracious" (Barzun dan Graff, 1977, hlm. 83).
Berdasarkan sumber-sumber yang dikaji ternyata hampir kesemuanya menyatakan Raja Kechil ialah anak Che Pong.
1.Che Pong adalah anak Laksamana dan gundek kepada Sultan Mahmud. Sumber-sumber yang mengaitkan Raja Kechil dengan Che Pong ialah Tuhfat al-Nafis dan Hikayat Siak.
2.Sumber Trengganu pula tidak menafikan bahawa Sultan Mahmud pernah mengadakan hubungan jenis dengan Che Pong.
3.Andaya dalam bukunya The Kingdom of Johore 1641-1728, juga turut menyokong sumber Siak dan Trengganu bahawa Raja Kechil adalah anak Sultan Mahmud hasil perhubungan jenisnya dengan Che Pong. Satu lagi persoalan menarik yang ditimbulkan oleh pengarang ialah jika sekiranya Raja Kechil bukan putera Sultan Mahmud mengapa Orang Laut memberikan sokongan kepadanya? Menurut penulis, Orang Laut adalah pengikut setia keturunan Kesultanan Melaka. Tambahan pula Raja Kechil pernah diserahkan oleh Laksamana kepada Raja Negara Selat iaitu Ketua Orang Laut. Ini mengukuhkan lagi penghujahan bahawa Raja Kechil adalah anak Sultan Mahmud. Fakta inilah yang seterusnya mendorong Orang Laut memberikan sokongan padu kepada Raja Kechil yang sebelumnya pernah dipelihara oleh ketua mereka, Raja Negara Selat.

6.Kesimpulan Am
Berdasarkan interpretasi yang dilakukan terhadap sumber-sumber yang diperolehi, penulis membuat kesimpulan am bahawa Raja Kechil sememangnya anak Sultan Mahmud mangkat dijulang. Apa yang dilakukan oleh pengarang ialah menafsir fakta yang boleh disifatkan sebagai tulang-tulang kering, "The facts never speak for themselves, they must be selected, marshaled, linked together and given a voice" (Barzun dan Graff, 1977, hlm. X).

7.Pengujian Kesimpulan Am
Pengarang telah menguji kesimpulan am dengan meneliti sumber-sumber yang mempersoalkan kesahihan Raja Kechil sebagai anak Sultan Mahmud. Antaranya keraguan Winstedt berdasarkan Sumber Belanda 15.2.1745 yang mencatitkan Raja Kechil telahpun tua. Ini bererti ketika beliau menyerang Johor pada 1699 usianya hanya 19 tahun. Ternyata ini tidak masuk akal.

8.Penilaian
Dari pengujian kesimpulan am ternyata hampir kebanyakan sumber, antaranya Tuhfat-al-Nafis, Hikayat Siak, Rekod The Dutch East India Company and The Straits of Malacca 1700-1784, Hikayat Johor, History of Johore, Salsilah Melayu dan Bugis dan The Kingdom of Johor mengaitkan nama Sultan Mahmud dengan kehamilan Che Pong. Keadaan ini mendorong penulis menerima kesimpulan am bahawa Raja Kechil sememangnya anak Sultan Mahmud mangkat dijulang.

9.Kesimpulan Muktamad
Berdasarkan sumber-sumber yang dianalisa secara kritis nyata Raja Kechil sememangnya anak Sultan Mahmud. Ini berdasarkan kesemua sumber dengan kukuh mengaitkan kehamilan Che Pong dengan Sultan Mahmud. Mengikut pengarang, sumber-sumber seperti Tuhfat al-Nafis1Salasilah Melayu dan BugisThe Kingdom of Johor dan Hikayat Siak mencatitkan bahawa Che Pong mengandung kerana hubungannya dengan Sultan Mahmud. Walaupun ia tidak dinyatakan secara terus terang tetapi kesemua sumber ini tidak menolak kemungkinan Raja Kechil adalah anak Sultan Mahmud. Oleh kerana begitu banyak sumber yang mengaitkan Sultan Mahmud dengan Che Pong, pengarang telah menyimpulkan bahawa Raja Kechil atau Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah adalah putera Sultan Mahmud mangkat dijulang

Nota Hujung Chicago Stylye:


Dari penulisan di atas anda mempunyai beberapa sumber kajian lepas iaitu

1.Tuhfat al-Nafis
2.Salasilah Melayu dan Bugis
3.The Kingdom of Johor dan 
4.Hikayat Siak  
Ikuti format yang ditetapkan dengan menulis sumber yang langkap

Sumber rujukan adalah sumbangan Sivachandralingam Sundara Raja


Format Baharu Kertas Cadangan 2015

Beberapa elemen baru dikemukakan dalam penulisan essei sejarah 2015. Alasannya adalah anda hanya diminta menulis essei sejarah.
Perubahan ini harus anda ketahui.
Pertama tidak ada pendahuluan sebaliknya pengenalan
Kedua, tiada lagi penomboran cukup dengan tajuk dan sub-tajuk
Ketiga, tidak perlu menulis kepentingan kajian
Keempat, tidak perlu nota kaki sebaliknya hanya nota hujung

Kertas Cadangan
Pendahuluan kepada Pengenalan

  • Merupakan satu identiti wajib
  • Mempunyai makna/signifikan/nilai sejarah
  • Mempunyai daya tarikan/keunikan
  • Asli
  • Geografikal,biografial,kronologikal,fungsional
  • Sesuai dengan minat penyelidik
  • Kemampuan melaksanakan kajian

Objektif Kajian

  • Objektif yang jelas
  • Objektif boleh dicapai
  • Objektif tak banyak

Permasalah Kajian/Persoalan Kajian

  • Isu utama yang ingin dipaparkan
  • Merupakan satu subjek matter
  • Mengandungi tema
  • Mengandungi persalan pokok yang perlu di jawab oleh kajian
  • Mengandungi persoalan makri ke mikro
  • Menjawab persoalan
  • Memandu objektif kajian

Skop Kajian

  • Skop Aspek- meliputi bidang kajian sama ada politik,ekonomi,sosial,tokoh,institusi dsb
  • Skop Masa-tempoh masa kajian seperti abad,dekad,tahun dsb
  • Skop Kawasan-meliputi aspek geografi seperti benua,dunia,rantau,negara,negeri,inter-state dll
  • Setiap skop yang dipilih perlu dikaji

Sorotan Kajian Lepas

  • Menyingkap histrografi aspek kajian dengan lengkap
  • Mengandungi sifat menguat, menyambung atau membantah penulisan terdahulu
  • Mewujudkan pengetahuan tentang tulisan yang berkaitan
  • Meneliti hasil-hasil penulisan lepas
  • Menganalisis kandungan penulisan
  • Minima 3  kajian lepas

Kaedah Kajian

  • Merupakan cara mendapatkan fakkta,sumber atau bukti
  • Suatu tatacara yang sistematik dan saintifik bagi menyempurnakan penyelidikan
  • Perlu melalui tahap-tahap tertentu secara saintifik

Pembahagian Struktur Esei

  • Mengklasifikasikan kandungan penulisan
  • Pengorganisasian penulisan (pembahagian isi dalam kajian)
  • Pemecahan topik  (Umum kepada Khusus)
  • Pembinaan Sub Topik
  • pembahagian boleh dibuat secara kronologi
  • Pembahagian secara tematik juga boleh dilakukan


Penutup

  • Ringkas dan padat
  • Merangkumi semua isi

Bibliografi

  • Chicago