Peristiwa

Wednesday, January 28, 2015

Pembahagian Struktur Essei

Pada bahagian ini pelajar dikehendaki mengorganisasikan persembahan dan isi penulisan. Mengorganisasi bermakna menyusun atur secara tertib. Dalam penulisan essei apa yang perlu ada adalah:
Pengenalan
Sub-Sub isi mengikut objektif yang dikaji
( Bahagian ini paling panjang, setiap sub isi ada beberapa peranggan penulisan)
Penutup

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam penulisan struktur essei adalah seperti berikut:
*Mengklasifikasikan kandungan penulisan
*Pengorganisasian penulisan ( pembahagian isi dalam kajian )
*Pemecahan topik (umum kepada khusus)
*Pembinaan Sub-topik
*Pembahagian boleh dibuat secara kronologi

*Pembahagian secara tematik juga boleh dilakukan
Contoh:
Tajuk: Sejarah sekolah-sekolah mubaligh Kristian di Kuching dari tahun....hingga.....
Objektif:
1.untuk mengetahui matlamat dan objektif sekolah-sekolah mubaligh yang wujud.
2.untuk mengetahui organisasi setiap sekolah mubaligh yang wujud
3.untuk mengetahui kandungan sukatan pelajaran setiap sekolah yang wujud
Kajian ini agak luas dan jika diteliti lebih kepada perbandingan antara sekolah-sekolah mubaligh. Dari objektif ini maka kita akan megorganisasikan essei kepada :
Pengenalan
Nyatakan definisi sekolah mubaligh, nyatakan sekolah-sekolah mubaligh yang dipilih, berikan justifikasi pemilihan, lokasi , masa.
Sub-sub isi adalah:
Sub tajuk di bawah di bina berdasarkan tiga objektif di atas
a.Matlamat dan Objektif Sekolah-Sekolah mubaligh
b.Organisasi Sekolah-Sekolah mubaligh
c.Kandungan sukatan pelajaran sekolah mubaligh
Kesimpulan
Apakah persamaan dan perbezaan yang anda nampak dari kajian anda. 
*anda boleh kecilkan batasan kajian ini hanya kepada sebuah sekolah sahaja

Tuesday, January 27, 2015

Skop Kajian- Membataskan yang Luas

Skop kajian merupakan had atau batasan kajian anda. Skop kajian mungkin terlalu luas maka anda perlu hadkan kepada aspek-aspek tertentu sahaja. Skop kajian penting kerana keupayaan anda terbatas dari segi masa , ruanglingkup kajian yang terlalu besar maka anda akan kecilkan kepada beberapa aspek yang lebih kecil atau khusus. Skop kajian meliputi 3 perkara:
*Skop Aspekmeliputi bidang kajian seperti politik, ekonomi
sosial, tokoh, institusi dsb
*Skop Masa – tempoh yang diliputi oleh kajian seperti abad
dekad, tahun dsb
*Skop Kawasanmenampilkan aspek geografi yang diliputi 
oleh kajian seperti dunia, benua, rantau, negara, negeri, inter-
state dll

*Setiap skop yang dipilih perlu dijelaskan JUSTIFIKASI

Bagaimana menulis skop kajian?
1.Tentukan tajuk kajian
2.Apakah aspek-aspek utama kajian?Kenapa?
3.Dimana kajian akan dijalankan? Kenapa?
4.Bila tempoh kajian anda? Mengapa?

Contoh:
Tajuk: Sejarah Sarawak Rangers di Sarawak dari tahun 1948-
1963
Skop Aspek: Sejarah awal penubuhan,peranan dan 
pembubaran
Skop Tempat: Sarawak
Skop Masa: 1948 hingga 1963


Monday, January 26, 2015

Persoalan Kajian seiring dengan Objektif Kajian

Persoalan kajian wujud untuk menjawab Objektif kajian. Dari Objektif kajian diwujudkan soalan kajian berupa pertanyaan dengan simbol ? untuk membantu pengkaji menjawab soalan itu sendiri. Menjawab soalan itu dengan sendirinya menjawab objektif kajian. Persoalan kajian menjadi arah pandu penyelidikan. Persoalan kajian meliputi perkara berikut:
*Isu utama yang ingin dipaparkan
*Merupakan satu subject matter
*Mengandungi tema
*Memaparkan persoalan pokok yang perlu dijawab oleh kajian
*Mengandungi persoalan-persoalan makro ke mikro
*Menjawab persoalan 5W+1H+1WF
*Sejauhmana? Bagaimana?
Langkah mudah membina objektif adalah dengan membina jadual seperti berikut. Disebelah kiri adalah objektif dan disebelah kanan adalah persoalan kajiannya.

NO
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
1
Untuk megetahui sejarah penubuhan Institut Pendidikan Batu Lintang
Bilakah Institut Pendidikan Batu Lintang ditubuhkan?

2
Untuk mengetahui struktur pentadbiran Institut Batu Lintang Sebelum Merdeka iaitu dari 1947 hingga 1963
Bagaimanakah struktur pentadbiran  Institut Batu Lintang Sebelum Merdeka ?

3
Untuk mengetahui sumbangan Institut Batu Lintang dalam memperkasa sistem pendidikan negara
Apakah sumbangan Institut Batu Lintang dalam memperkasa sistem pendidikan negara?

Dalam penulisan essei sejarah jika objektif dan persoalan sudah jelas barulah anda pindahkan dalam bentuk penulisan essei di kertas cadangan anda

Objektif Kajian adalah matlamat kajian anda

Hari ini cikgu nak sentuh tentang penulisan objektif kajian. Ada beberapa perkara anda perlu teliti iaitu objektif berupa
*1. Kritikan (critics) – bertujuan mengkritik kajian terdahulu dan memberi respon
*Menekankan wujudnya kelemahan dalam kajian terdahulu
*2. Lanjutan (extension) – Telah ada kajian tetapi memerlukan penelitian lanjut
*3. Teroka (explore) – Bertujuan untuk membolehkan sesuatu subjek difahami dengan lebih baik
*4. Rintis (pioneer) – Kajian baru

Objektif memudahkan anda menetapkan jalan kajian yang hendak dicapai. Tidak perlu dengan objektif yang banyak memadai dengan 3 objektif. Berdasarkan perkara di atas perkara 1,2 mungkin tidak sesuai untuk anda. Ini bermakna perkara 4 dan 5 lebih sesuai. 
Sesuatu isu/aspek kajian itu boleh diteliti dari banyak tujuan, maka anda perlu menghadkan objektig kajian anda. 
Kajian tentang institusi pendidikan, banyak yang boleh dikaji...mungkin kita nak lihat sejarahnya, carta organisasinya, perkembangan fizikal sekolah, pencapaian akademik, pencapaian kokurikulum, pengetua-pengetuanya, penolong-penolong kanannya dan banyak lagi....maka kita perlu hadkan kepada 3 tujuan sahaja

Contoh:
Tema: Ketenteraan
Tajuk: Sejarah Sarawak Ranger di Sarawak dari tahun....hingga.....
Objektif pertama anda mungkin untuk mengetahui Sejarah penubuhan Sarawak Rangers ataupun Asal-Usul. Kedua anda ingin mengetahui sejarah penglibatan Sarawak Rangers dalam mengamankan Sarawak semasa era Raja Brooke. Ketiga mungkin anda ingin mengetahui kejayaan-kejayaan yang dicapai.

Sunday, January 25, 2015

Pusing Balik....Draf 1 Tulis Pengenalan Biar Jelas

Cikgu dah semak beberapa draf pertama para pelajar, tulis pengenalan sudah menjadi masalah. Tak apa sekurang-kurangnya anda dah cuba membuat dan menulis...ini yang penting dari duduk ternganga dan masa berlalu...Tahniah bagi yang sudah ada draf...

Kenapa salah?

Dalam pengenalan perkara ini harus di beri perhatian sebelum yang lain-lain:


*Mampu memperkenalkan idea awal tajuk yang dipilih
*Memperlihatkan perkaitan yg rapat dgn tajuk
*Isu atau persoalan yang dipilih perlu diekploitasi dgn baik
*Berkeupayaan merangsang, memberi pemahaman, penjelasan dan minat kpd audiens
*Dipersembahkan dgn gaya yg menarik

Contoh
Tema: Pendidikan
Tajuk: Pendidikan "Mengaji" dalam kalangan masyarakat Melayu Islam di Kampung..........dari tahun....hingga....
Cuba pelajar kenalpasti apakah isu utama essei ini? tentulah 'mengaji'....jadikan ini sebagai poko/idea utama pengenalan.
Contoh:
                Masyarakat Melayu islam sejak dari dahulu menitikberatkan pendidikan awal agama terhadap kanak-kanak. Pendidikan ini dikenali dalam kalangan masyarakat sebagai "mengaji". Mengaji bermaksud satu proses pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh daripada seorang tokoh/guru yang mahir mengajar muquaddam dan Al-Quran di rumah tokoh tersebut. Kajian ini akan...................

Contoh pengenalan yang kurang mantap:
Alamak!!! terlupa pulak bawa contoh, tunggu esok cikgu snap contoh yang kurang tepat  :
Tajuk: Undang-Undang Adat Kaum Bidayuh di.........dari....hingga...

Isu utama atau fokus utama dalam kajian ini adalah mengenai undang-undang adat masyarakat Bidayuh. Maka jadikan ini sebagai keutamaan anda dengan memperkenalkan apakah undang-undang adat secara umum, mungkin juga definisi undang-undang adat (disini anda sudah boleh memberikan sumber rujukan anda). Dari penjelasan yang umum tentang undang-undang adat, bawa perbincangan kepada aspek lebih khusus iaitu undang-undat adat kaum Bidayuh. Selepas itu barulah anda masukkan kampung ini masih mengamalkan undang-undang adat untuk menyelesaikan masalah. Nah! Di sini barulah anda menjelaskan apa yang hendak dijalankan dalam penyelidikan anda. Kajian ini akan menyelidiki........(nyatakan apakah hasrat anda)

Penulisan pelajar di atas memfokuskan kepada Kampung itu bukan kepada Undang-Undang tersebut yang sepatutnya menjadi isi pengenalan. 

Perhatikan pula pada objektif yang pertama. Apa yang tak kena?
Mengetahui asal-usul sejarah awal kampung.....bukan objektif utama anda sebab anda tidak mengkaji asal-usul kampung sebaliknya anda mengkaji adat. Maka lebih sesuai jika adat itu yang menjadi objektif untuk dicapai. Objektig kedua jika diteliti mengandungi 2 objektif, adalah lebih baik objektif ini diasingkan iaitu contoh-contoh undang-undang dan cara-cara pelaksanaan. Objektif yang ketiga pula tidak sesuai jika sesuai pun apakah pengukuran untuk mengetahui penerimaan orang kampung terhadap undang-undang tersebut?





Thursday, January 22, 2015

Merungkai Penulisan Kajian Lepas


Apakah kajian Lepas? Masih ramai pelajar yang tidak faham.
Langkah 1: Kenalpasti tema kajian atau tajuk kajian anda dan lebih khusu lagi aspek kajian anda.
Langkah 2: Cari bahan rujukan ilmiah sekurang2nya 3 hingga 5
Langkah 3: Baca ketiga-tiga dan ambil maklumat yang sesuai dengan kajian anda.
Langkah 4: Masukkan maklumat yang anda ambil ke dalam penulisan anda sama ada menggunakan ayat sendiri atau mengolah semula,  jangan lupa masukkan sumber dari mana anda ambil (ini dipanggil nota kaki/tujuannya mengelak plagarisme)
Langkah 5: Baca semula idea anda agar sempurna dari segi perkataan, frasa dan ayat.

Contoh:

1.Isu/Masalah


Apakah Raja Kechil anak Sultan Mahmud mangkat dijulang?

2.Hipotesis
Penulis ragu-ragu sama ada Raja Kechil anak Sultan Mahmud. Ini berasaskan tulisan penulis ternama L.A. Andaya yang menyifatkan asal-usul Raja Kechil sebagai, "His origins are still a matter of speculation …"(Andaya, 1973, hlm. 73).

3.Pengumpulan Data dan Fakta
Dalam sejarah, sumber-sumber boleh dibahagikan kepada dua. Pertama sumber pertama yang menjadi saksi utama data sejarah, ia termasuk rekod-rekod dan makalah yang tersimpan di Arkib dan sumber kedua berupa bahan bercetak seperti buku-buku teks, majalah, jernal dan wawancara dengan tokoh yang masih hidup dengan zaman yang menjadi topik perbincangan.

4.Pemilihan Fakta
Dalam memecahkan persoalan Raja Kechil, penulis telah memilih dan menggunakan sumber-sumber seperti 
·        Salsilah Melayu dan Bugis
·        Tuhfat al-NafisHikayat Siak, 
·        Hikayat Johor dan bahan 
·        Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society ( JMBRAS).

5.Penafsiran Data dan Fakta
Bedasarkan data yang diperolehi, pengarang telah membuat penafsiran yang cukup menarik. Penafsiran ini dibuat berasaskan andaian. Andaian penting kerana kebenaran bermula dari andaian.
The historian arrives at truth through probability … this does not mean "a doubtful kind of truth, but a firm reliance on the likelihood that evidence which has been examined and found solid is veracious" (Barzun dan Graff, 1977, hlm. 83).
Berdasarkan sumber-sumber yang dikaji ternyata hampir kesemuanya menyatakan Raja Kechil ialah anak Che Pong.
1.Che Pong adalah anak Laksamana dan gundek kepada Sultan Mahmud. Sumber-sumber yang mengaitkan Raja Kechil dengan Che Pong ialah Tuhfat al-Nafis dan Hikayat Siak.
2.Sumber Trengganu pula tidak menafikan bahawa Sultan Mahmud pernah mengadakan hubungan jenis dengan Che Pong.
3.Andaya dalam bukunya The Kingdom of Johore 1641-1728, juga turut menyokong sumber Siak dan Trengganu bahawa Raja Kechil adalah anak Sultan Mahmud hasil perhubungan jenisnya dengan Che Pong. Satu lagi persoalan menarik yang ditimbulkan oleh pengarang ialah jika sekiranya Raja Kechil bukan putera Sultan Mahmud mengapa Orang Laut memberikan sokongan kepadanya? Menurut penulis, Orang Laut adalah pengikut setia keturunan Kesultanan Melaka. Tambahan pula Raja Kechil pernah diserahkan oleh Laksamana kepada Raja Negara Selat iaitu Ketua Orang Laut. Ini mengukuhkan lagi penghujahan bahawa Raja Kechil adalah anak Sultan Mahmud. Fakta inilah yang seterusnya mendorong Orang Laut memberikan sokongan padu kepada Raja Kechil yang sebelumnya pernah dipelihara oleh ketua mereka, Raja Negara Selat.

6.Kesimpulan Am
Berdasarkan interpretasi yang dilakukan terhadap sumber-sumber yang diperolehi, penulis membuat kesimpulan am bahawa Raja Kechil sememangnya anak Sultan Mahmud mangkat dijulang. Apa yang dilakukan oleh pengarang ialah menafsir fakta yang boleh disifatkan sebagai tulang-tulang kering, "The facts never speak for themselves, they must be selected, marshaled, linked together and given a voice" (Barzun dan Graff, 1977, hlm. X).

7.Pengujian Kesimpulan Am
Pengarang telah menguji kesimpulan am dengan meneliti sumber-sumber yang mempersoalkan kesahihan Raja Kechil sebagai anak Sultan Mahmud. Antaranya keraguan Winstedt berdasarkan Sumber Belanda 15.2.1745 yang mencatitkan Raja Kechil telahpun tua. Ini bererti ketika beliau menyerang Johor pada 1699 usianya hanya 19 tahun. Ternyata ini tidak masuk akal.

8.Penilaian
Dari pengujian kesimpulan am ternyata hampir kebanyakan sumber, antaranya Tuhfat-al-Nafis, Hikayat Siak, Rekod The Dutch East India Company and The Straits of Malacca 1700-1784, Hikayat Johor, History of Johore, Salsilah Melayu dan Bugis dan The Kingdom of Johor mengaitkan nama Sultan Mahmud dengan kehamilan Che Pong. Keadaan ini mendorong penulis menerima kesimpulan am bahawa Raja Kechil sememangnya anak Sultan Mahmud mangkat dijulang.

9.Kesimpulan Muktamad
Berdasarkan sumber-sumber yang dianalisa secara kritis nyata Raja Kechil sememangnya anak Sultan Mahmud. Ini berdasarkan kesemua sumber dengan kukuh mengaitkan kehamilan Che Pong dengan Sultan Mahmud. Mengikut pengarang, sumber-sumber seperti Tuhfat al-Nafis1Salasilah Melayu dan BugisThe Kingdom of Johor dan Hikayat Siak mencatitkan bahawa Che Pong mengandung kerana hubungannya dengan Sultan Mahmud. Walaupun ia tidak dinyatakan secara terus terang tetapi kesemua sumber ini tidak menolak kemungkinan Raja Kechil adalah anak Sultan Mahmud. Oleh kerana begitu banyak sumber yang mengaitkan Sultan Mahmud dengan Che Pong, pengarang telah menyimpulkan bahawa Raja Kechil atau Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah adalah putera Sultan Mahmud mangkat dijulang

Nota Hujung Chicago Stylye:


Dari penulisan di atas anda mempunyai beberapa sumber kajian lepas iaitu

1.Tuhfat al-Nafis
2.Salasilah Melayu dan Bugis
3.The Kingdom of Johor dan 
4.Hikayat Siak  
Ikuti format yang ditetapkan dengan menulis sumber yang langkap

Sumber rujukan adalah sumbangan Sivachandralingam Sundara Raja


Format Baharu Kertas Cadangan 2015

Beberapa elemen baru dikemukakan dalam penulisan essei sejarah 2015. Alasannya adalah anda hanya diminta menulis essei sejarah.
Perubahan ini harus anda ketahui.
Pertama tidak ada pendahuluan sebaliknya pengenalan
Kedua, tiada lagi penomboran cukup dengan tajuk dan sub-tajuk
Ketiga, tidak perlu menulis kepentingan kajian
Keempat, tidak perlu nota kaki sebaliknya hanya nota hujung

Kertas Cadangan
Pendahuluan kepada Pengenalan

  • Merupakan satu identiti wajib
  • Mempunyai makna/signifikan/nilai sejarah
  • Mempunyai daya tarikan/keunikan
  • Asli
  • Geografikal,biografial,kronologikal,fungsional
  • Sesuai dengan minat penyelidik
  • Kemampuan melaksanakan kajian

Objektif Kajian

  • Objektif yang jelas
  • Objektif boleh dicapai
  • Objektif tak banyak

Permasalah Kajian/Persoalan Kajian

  • Isu utama yang ingin dipaparkan
  • Merupakan satu subjek matter
  • Mengandungi tema
  • Mengandungi persalan pokok yang perlu di jawab oleh kajian
  • Mengandungi persoalan makri ke mikro
  • Menjawab persoalan
  • Memandu objektif kajian

Skop Kajian

  • Skop Aspek- meliputi bidang kajian sama ada politik,ekonomi,sosial,tokoh,institusi dsb
  • Skop Masa-tempoh masa kajian seperti abad,dekad,tahun dsb
  • Skop Kawasan-meliputi aspek geografi seperti benua,dunia,rantau,negara,negeri,inter-state dll
  • Setiap skop yang dipilih perlu dikaji

Sorotan Kajian Lepas

  • Menyingkap histrografi aspek kajian dengan lengkap
  • Mengandungi sifat menguat, menyambung atau membantah penulisan terdahulu
  • Mewujudkan pengetahuan tentang tulisan yang berkaitan
  • Meneliti hasil-hasil penulisan lepas
  • Menganalisis kandungan penulisan
  • Minima 3  kajian lepas

Kaedah Kajian

  • Merupakan cara mendapatkan fakkta,sumber atau bukti
  • Suatu tatacara yang sistematik dan saintifik bagi menyempurnakan penyelidikan
  • Perlu melalui tahap-tahap tertentu secara saintifik

Pembahagian Struktur Esei

  • Mengklasifikasikan kandungan penulisan
  • Pengorganisasian penulisan (pembahagian isi dalam kajian)
  • Pemecahan topik  (Umum kepada Khusus)
  • Pembinaan Sub Topik
  • pembahagian boleh dibuat secara kronologi
  • Pembahagian secara tematik juga boleh dilakukan


Penutup

  • Ringkas dan padat
  • Merangkumi semua isi

Bibliografi

  • Chicago

Wednesday, January 14, 2015

Cadangan/Contoh Tajuk Kerja Kursus 2015

Bersama ini disertakan beberapa contoh tajuk untuk membuka minda pelajar. Dapatkan tajuk yang mudah anda buat di kawasan anda.

Contoh-Contoh  tajuk kajian berdasarkan tema:
Tema 1
Sejarah kehakiman dan perundangan
1.1.Sejarah Mahkamah Majestret /Sesyen/Syariah di Daerah Samarahan dari tahun  hingga tahun 2000.
1.2.Sejarah Mahkamah Anak Negeri di Sarawak dari tahun _1992__ hingga__________
1.3.Undang-Undang Adat Masyarakat Iban di Kampung________ hingga__________
1.4.Sejarah Hak Tanah Adat Anak Negeri (NCR) di Negeri Sarawak dari____hingga____

Tema 2
Sejarah ketenteraan
2.1. Sejarah Sarawak Rangers/Iban Tracker di Sarawak dari tahun 1862 hingga 1963.
2.2. Sejarah Penubuhan Rejimen Renjer Diraja 1862 hingga 1963
2.3. Sejarah Kem Tentera Penrissen dari ____ hingga _____
2.4. Sejarah  Tentera Darat di Malaysia dari tahun 1902 hingga____
2.5. Sejarah tokoh ketenteraan Kanang Anak Langkau dari___hingga____

Tema 3
Sejarah pendidikan
3.1.Sejarah sekolah dewasa di Sarawak dari ___hingga___
3.2.Sejarah Perkembangan Pelajaran Sarawak Era James Brooke
3.3.Sejarah penubuhan “Sekolah Harian” di Sarawak dari tahun 1948 hingga 1963
3.4.Sejarah dan perkembangan sekolah kebangsaan Muara Tuang dari__hingga __
3.5.Sejarah dan perkembangan pendidikan orang Melayu Sarawak dari__hingga__
3.6.Pendidikan mengaji Al-Quran di Kampung…..hingga…..
3.7.Sejarah dan perkembangan pendidikan mubaligh…….di…..dari…..hingga….

Tema 4
Sejarah sains dan teknologi
4.1.Sejarah Kapal Korek di Tanah Melayu dari____hingga___
4.2.Sejarah dan sumbangan Terusan Wan Mat Saman di….dari…hingga…..
4.3.Teknologi perusahaan sagu di……..mulai…hingga….
Jangan buat tajuk yang tidak ada malumat/sumber. Sila kumpul semua maklumat, analisis dan hasilkan penulisan mengikut format.


Jangan buat tajuk yang tidak ada malumat/sumber. Sila kumpul semua maklumat, analisis dan hasilkan penulisan mengikut format.

Monday, January 12, 2015

Contoh Kertas Cadangan Langkah demi Langkah (Tajuk,Pengenalan,Objektif,Persoalan Kajian)

Contoh Kertas Cadangan Langkah demi Langkah (Kaedah Kajian, Pembahagian Struktur Isi, Kesimpulan, Bibliografi)

Kaedah Kajian

Kaedah kajian merupakan cara bagi mendaptkan sesuatu maklumat.
Ikan boleh dimasak dengan cara menggoreng, merebus, memanggang dll untuk menghasilkan resipi yang enak. Begitu juga kajian anda, apakah kaedah yang anda gunakan untuk menghasilkan penyelidikan yang baik? 

Kaedah yang biasa digunakan seperti Kaedah Temubual, Kajian Perpustakaan, Lapangan dan Persampelan.

Kajian sejarah banyak menggunakan kaedah perpustakaan. Pelajar akan menggunakan sumber pertama dan sumber kedua dalam penyelidikan.

Contoh Kertas Cadangan Penulisan Pbs Part 3

Contoh Kertas Cadangan Langkah demi Langkah (Sorotan Kajian Lepas)

Kali ini cikgu nak sentuh tajuk kajian lepas dalam penyelidikan.Perkataan seperti kajian lepas, sorotan kajian atau literature reviews dalam bahasa inggeris membawa maksud yang sama.

Pada bahagian ini pelajar kena mencari dan mambaca bahan bagi tajuk yang sama atau hampir sama. Tujuannya agar pelajar memahami konteks kajian. Membaca kajian lepas umpama mencari kunci pintu rumah supaya anda mengetahui apa kandungan di dalam rumah tersebut. Anda juga akan mendapat idea untuk mengisi ruang kosong yang perlu di isi dalam rumah itu.


Ok, tanya pada diri anda....berapa sumber rujukan yang berkaitan dengan tajuk kajian anda telah anda kumpul?Jangan lupa anda kena dapatkan SEKURANG-KURANGNYA 3 HINGGA 5 bahan (lebih lagi baik le...)Anda hanya perlu mengambil idea dari bahan yang dibaca bukan keseluruhan dengan kaedah copy dan paste, jika anda perlukan petikan dari penulis asal , anda perlu meletakkan nombor dan tulis rujukan pada nota kaki

Nota Kaki?????? jika rujukan itu terletak dibahagian paling bawah kertas A4 anda itu dipanggil nota kaki, jika di hujung kajian sebelum Bibliografi itu dipanggil nota hujung

Untuk membuat kerja mudah, setelah anda mengambil petikan dari mana-mana sumber , anda hanya perlu klik di hujung ayat, pilih References, klik insert footnotes...maka nombor kecil akan terhasil dihujung ayat itu dan satu lagi nombor yang sama di bawah kertas A4 anda itu, Tuliskan nombor dengan rujukan anda tersebut



SOROTAN KAJIAN LEPAS