Peristiwa

Saturday, March 16, 2013

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012

Tahniah kepada yang berjaya mengharumkan nama sekolah.
Keputsan Tahun 2012:
1. Peratus Lulus:98.14% berbanding 78% pada tahun 2011
2.PNGK Naik dari 1.68 kepada 2.25
3.Bil.Calon Mendapat PNGK 2.5 ke atas: 21 orang
4.Hanya seorang Gagal
5.Pelajar Cemerlang ikut PNGK
  • Siti Nuramiza Amen
  • Rozimah Rali
  • Sharmila Maslihen
  • Lily Farida Juni
  • Marzella Sigai
  • Nurasila Wanny
  • Roslan Bin Tapa
  • Siti Hajar Dasuki

Pelajar Cemerlang bersama guru
Siti Nuramiza Amin Pelajar Terbaik


Tangisan Gembira, Tahniah.....


Marzila Sigai



Cikgu-cikgu tumpang gembira


Kaunter UNIMAS diserbu pelajar
Roslan Tapa dan Nor Anuar antara pelajar yang terus meningkat pencapaian akademiknya


Sebahagian Pelajar yang hadir menunggu keputusan



Monday, March 11, 2013

Institusi Khalifah

Institusi Khalifah by


   Contoh Soalan

Bincangkan kaedah pemilihan khalifah paza zaman pemerintahan Khalifah al-Rasyidin

Pendahuluan

-latar belakang pemerintahan Khulafa al-Rasyidin

-konsep dan cirri-ciri kepimpinan Khalifah

-syura dan baiah memainkan perana penting dalam pemilihan khalifah

 

a)      Kaedah perundangan

-pemilihan khalifah pertama secara baiah atau sumpah setia

-secara terbuka di Saqifah Bani Saidah perbincangan secara berhemah antara Ansar, Muhajirin dan Yahudi

-menunjukkan nilai-nilai demokrasi

-dibaiah masyarakat Madinah

 

b)      Wasiat Khalifah terdahulu

-pemilihan khalifah kedua

-berdasarkan ketokohan , kebolehan ,berhikmah, bijaksana,taqwa dan lain-lain

-perlantikan Umar al-khattab mendapat persetujuan sebulat suara ahli syura

-rakyat member baiah atau taat setia kepadanya

-pemilihan bukan berasaskan keturuanan dan warisan

 

c)      Kaedah musyawarah

-perlantikan melalui Majlis Perlantikan Khalifah

-ditubuhkan oleh Kh. Umar al-khattab bertuhuan mencari Khalifah ketiga

-diketuai Abdul Rahman  bin Auf

-menemuramah calon dan mendapat pandangan masyarakat Madinah

-menunjukkan demokrasi dalam pemilihan khalifah

 

d)     Perlantikan secara desakan sekumpulan umat Islam

-perlantikan Khalifah Ali dianggaap tidak demokratik oleh penduduk Syam dan Bani Umayyah

-perlantikan secara paksa wajar dilakukan kerana Negara dalam keadaan tidak stabil

-memerlukan seorang yang tegas dan berwibawa dalam mengembalikan keamanan dan perpaduan ummah

-perlantikan dianggap demokratik kerana memenuhi kreteria dan keadaan darurat

-mendapat sokongan penduduk Hijaz, Basrah dan kufah

-Majlis syura juga tidak menentang pemilihan






Friday, February 8, 2013

Sistem Pemerintahan

Baru.







Pendahuluan

►Sumber pentadbiran Islam; al-Quran dan al-Sunnah
• Al-Quran- wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril
• As-Sunnah-sunnah nabi bererti “cara nabi”, atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul.

►Dasar/prinsip pemerintahan nabi Muhammad SAW
• Menghapuskan semangat asabiyah
• Islam sebagai landasan
• Musyawarah


4.1 Piagam Madinah

►Perlembagaan bertulis pertama yang memenuhi syarat-syarat perlembagaan
►Digubal oleh Nabi Muhammad S.A.W -622M bersamaan tahun pertama Hijrah - merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia Islam
►Mempunyai 10 bab dan 47 fasal
►Intisari Kandungan Piagam Madinah
Politik
 Nabi Muhammad S.A.W pemimpin di Madinah.
 Baginda adalah hakim yg menyelesaikan masalah yg timbul antara orang Islam dan bukan Islam.

Perundangan
 Undang2x Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan dlm sesutu kabilah boleh diamal selagi tidak bertentangan dengan Islam.

Hak Bukan Islam
Menjamin hak warganegara Madinah sama ada orang islam atau bukan islam. Mereka terjamin dan mendapat perlindungan daripada piagam tersebut

Bersama menanggung pembiayaan negara dengan orang islam

Masyarakat bukan islam bebas mengamalkan ajaran dan adat istiadat mereka tenpa sekatan. Selagi mereka mematuhi peraturan ini, mereka akan diberi perlindungan daripada pemerintah islam.


4.2 Sebab-sebab Terbentuknya Piagam Madinah

►Menghadapi masyarakat majmuk Madinah

►Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama oleh semua penduduk

►Menyatukan masyarakat pelbagai kaum

►Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan

►Mewujudkan keamanan di Madinah


4.3 Kandungan Penting Piagam Madinah

►Mempunyai 47 fasal

►Terbahagi kepada dua bahagian
• Bahagian pertama – 23 fasal yang menyentuh tentang tanggungjawab sesama Islam (Muhajirin dan Ansar)
• Bahagian kedua – 24 fasal membabitkan kaum Yahudi


4.4 Implikasi Piagam Madinah

►Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan Madinah

►Menjamin kebebasan kaum Yahudi

►Terbentuknya sebuah kerajaan Islam yang kuat dan utuh

►Kebebasan kepada setiap penduduk

►Menyatupadukan masyarakat Madinah

►Nabi Muhammad SAW sebagai pemerintah tertinggi dan unggul di Madinah

►Dapat mengatur hubungan kaum Yahudi

►Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk

►Perpaduan umat Islam

►Pemerintahan bercorak musyawarah

Thursday, January 10, 2013

Cadangan Penyelidikan


Tema Pilihan
A.Sejarah Tempat
Tema ini dalam kategori sejarah tempatan. Cakupan meliputi aspek asal-usul dan pembukaan serta perkembangan sesebuah -petempatan -perkembangan sebagai sebuah petempatan sama ada sebuah kampung, bandar tradisi, bandar baru,atau kawasan tapak yang berkaitan dengan sesuatu kegiatan manusia dalam pelbagai bidang kegiatanya -hendaklah mempunyai kesignifiksi sejarah tempat masing-masing

B.Sejarah Ekonomi
Tema ini memiliki cakupan yang luas dan boleh diteliti pada paras tempatan, nasional ataupun global
Aspek kajian seperti
-dasar ekonomi kerajaan pusat atau kerajaan negeri
-pelaksanaan mahupun kesannya di daerah, negeri,nasional
-kegiatan ekonomi dalam bentuk pertanian
-perladagnag atau pekebun kecil, perniagaan, perdagangan dan perindustrian yang bersifat radisional atau moden di daerah, negeri atau nasional
-tokoh ekonomi-ushawan kecil atau besar dalam pelbagai bidang, pemikiran tokoh ekonomi, hubungan perdagangan antara negara, perkembangan dan kemajuan sektor-sektor ekonomi tertentu
-isu-isu tentang pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, agihan pendapatan, taraf hidup, kemiskinan, guna tenaga dan pengangguran dan sebagainya

C.Sejarah Seni dan Kebudayaan
-Tema ini juga agak luas
-Meliputi segala aspek manusia dalam menjalani kehidupan mereka
-Kebudayaan meliputi cara, gaya dan amalan dalam kehidupan manusia
-Seni tari, seni lagu, seni tampak, seni lukis, seni puisi, syair dan sebagainya dalam perspektif sejarah
-Perkembangan seni dari masa ke semasa, tradisional ke modah
-Aspek kebudayaan seperti cara hidup dalam masyarakat tradisional spt perkahwinan, cara mendidik anak,cara menjalankan sesuatu kegiatan baik dalam ekonomi, politik atau sosial

D.Sejarah Perubatan dan kesihatan
-Tema ini meliputi aspek2 tentang bagaimana manusia megendalikan dan merawat diri mereka daripada penyakit yang bersifat fizikal mahupun spiritual sehingga munculnya pelbagai institusi, kaedah dan cara memelihara kesihatan tersebut sejak zaman berzaman
-Kajian boleh dilakukan peringkat tempatan, negari atau negara
-Contoh nya masalah perebakan penyakit dan langkah mengatasinya yang berlaku di sesuatu kampung, negeri atau negara
-dasar kesihatan kerajaan, institusi bidan kampung, bomoh, kemudahan kesihatan, perubatan islam dan sebagainya

sumber bahan kursus MPM

Thursday, December 27, 2012

Penyediaan Cadangan Penyelidikan/Penulisan Ilmiah (Part 2)

Langkah 6: Sorotan Kajian Lepas
Bahagian ini mengkhendaki anda menerangkan kajian terdahulu berkenaan isu atau aspek yang sama/hampir sama. Ia juga mesti mempunyai kaitan dengan kajian yang bakal dijalankan. Bahagian ini memberi panduan kepada penulisan anda selanjutnya. Sebaiknya anda menggunakan sekurang-kurangnya 3-5 buah buku sebagai rujukan sama ada bahan tersebut bahan utama atau bahan sekunder, yang penting rujukan hendaklah dinyatakan sebagai sumber rujukan.

Langkah 7:Kaedah Kajian
bahagian ini menjelaskan bagaimana anda memperoleh bahan kajian/ maklumat untuk memenuhi objektif kajian/tujuan dan permasalahan kajian. Pelajar seharusnya dapat memilih kaedah yang sesuai untuk mengumpul bahan seperti kajian perpustakaan, kerja lapangan dan temu bual

Langkah 8:Pembahagian Struktur Essei
Setalah tugasan anda menghapiri penamat, tugas seterusnya ialah mengorganisasaikan pembahagian struktur essei. Ia seolah-olah anda membahagikan bab dan sub-bab supaya lebih mudah ditulis. Anda harus dapat menyusun persembahan dan penulisan kajian.

Langkah 9: Penutup
Bahagian ini selalunya pelajar boleh memberi penjalasan atau membuat rumusan perbincangan dan seterusnya membuat kesimpulan dalam esei.

Langkah 10:Rujukan/Bibliografi
Bahagian ini membicarakan kaedah menyenaraikan sumber rujukan dalam esei. Pelajar boleh menggunakan kaedah  Chicago dalam menulis rujukan. Sila buat penyelidikan untuk format tersebut

Tuesday, December 25, 2012

Penyediaan Cadangan Penyelidikan/Penulisan Ilmiah (Part 1)

Arahan MPM

Kerja kursus (esei ilmiah) ini wajib dilaksanakan oleh calon STPM, iaitu calon sekolah

kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu

sebagai sebahagian komponen penilaian penggal 2
.

Kerja kursus (esei ilmiah) ini mengandungi empat tema. Calon dikehendaki memilih satu

tema bagi menghasilkan satu kerja kursus (esei ilmiah). Calon mesti menyerahkan kerja kursus

(esei ilmiah) tersebut kepada guru/pemeriksa untuk dinilai.

Calon juga mesti melaksanakan semua aspek berkaitan dengan kerja kursus (esei ilmiah)

seperti yang ditetapkan dalam Manual Pelajar.

Markah penuh bagi kerja kursus (esei ilmiah) ini ialah 55 markah.


Tema Soalan:





 
Sediakan
sebuah esei ilmiah yang panjangnya antara 2500 hingga 3000 patah perkataan
berdasarkan satu daripada tema di bawah ini
Tema 1:
Sejarah tempat

Tema 2:Sejarah ekonomi

STema 3Sejarah seni dan kebudayaan
Tema 4   
Sejarah Perubatan dan Kesihatan

Langkah 1: Pemilihan Tajuk
Berdasarkan tema yang diberi , pelajar harus mengecilkan tema kepaa tajuk yang lebih kecil. Tajuk yang dipilih hendaklah mempunyai makna yang penting dalam peristiwa sejarah. Pelajar juga perlu mengambil kira tajuk yang mempunyai sumber rujukan yang banyak. Ini akan memudahkan pelajar membuat sorotan kajian lepas.


Contoh tema dan tajuk esei ilmiah
Tema: sejarah sukan

"Sejarah perkembangan Persatuan Bola Sepak Samarahan dari tahun 1970 hingga tahun 1985"
Tema sejarah seni dan kebudayaan

"Sejarah perkembangan tarian Ngajat di daerah Samarahan dari tahun 1970 hingga tahun 1980"
Tema sejarah kulinari dan makanan

"Asal-usul kuih celorot: Suatu tinjauan lisan penduduk Kampung Meranek, Kota Samarahan, Sarawak"
Tema sejarah pendidikan

"Sekolah Agama Pesantren Abdul Taib Mahmud: Sejarah penubuhan dan

sumbangannya kepada masyarakat setempat dari tahun 1990 hingga tahun 2005"

Langkah 2: Pengenalan
Bahagian ini sangat mustahak merana menerangkan  tesis utama dalam esei. Sebaiknya anda mampu menerangkan idea awal dan matlamat tentang kajian. Kajian dibuat bukan sebarangan atau suka-suka, sebaliknya anda mampu memberi impak terhadap hasil penulisan kajian anda.

Langkah 3:Objektif Kajian
Untuk apakah anda menulis kajian tentang tajuk itu? Ini dinamakan sebagai objektif kajian. Objektif ajian ialah bahagian yang menjelaska sebab kajian dijalankan. Anda harus dapat mejelaskan tujuan kajian dijalankan.

Langkah 4: Permasalah Kajian
Kajian bermula dengan masalah yang ingin dikaji. Anda ingin mengetahui sesuatu untuk dikongsi bersama. Permasalahan kajian merupakan bahagian yang hendak dikupas dalam kajian. Anda harus mengemukaka persoalan kajian untuk perlu dijawab dalam kajian.


Langkah 5: Skop Kajian
Ia dipanggil juga sebagai batasan kajian, limitasi kajian supaya kajian anda tidak terlalu besar dan membingungkan. Disini anda harus membataskan kajian dari segi jangka masa, kawasan kajian, isu yang hendak dikaji. Ia berkait langsung dengan menentukan tempoh, kawasan dan isu yang dikaji. Elakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.

.............bersambung nanti ok