Peristiwa

Monday, May 14, 2012

Bab 20:Pencapaian dan Sumbangan Seni Bina




Bab 20: Pencapaian dan Sumbangan Seni Bina Islam
20.1 Pencapaian dan Sumbangan Seni Bina pada Zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa al-Rasyidin  

►Pembinaan Masjid Nabawi
►Pembinaan Masjid Quba’
►Khalifah Umar membangunkan kota-kota baru seperti Basrah, Kufah, dan Fustat

20.2 Pencapaian dan Sumbangan Seni Bina pada Zaman Kerajaan Bani Umaiyah   
►Pembinaan masjid yang mempunyai nilai seni yang tinggi seperti masjid Suriah dan masjid Umawi
►Pembinaan kota dan pejabat-pejabat kerajaan
►Pembinaan bandar seperti bandar Wasit dan kubu-kubu pertahanan
►Pembinaan hospital, klinik dan perpustakaan

20.3 Pencapaian dan Sumbangan Seni Bina pada Zaman Kerajaan Bani Abbasiyah
►Pembinaan kota Baghdad dan Dar al-Khilafah
►Pembinaan masjid Jami’ al-Mansur (masjid tertua) dan masjid agung di Samara (masjid terbesar)
►Pembinaan Bait al-Hikmah
►Penubuhan Universiti Nizamiyah
►Khalifah al-Makmun membina pusat astronomi
►Pembinaan bangunan hospital

20.4 Seni Bina di Nusantara
►Seni bina masjid
►Seni bina rumah dipengaruhi oleh faktor agama, sosial, dan iklim
►Pembinaan istana kota, kubu, dan pusara

20.5 Seni Ukir   
►Seni pertukangan tangan
►Seni mengukir di dinding masjid dan istana
►Ukiran tugu
►Seni khat atau kaligrafi

 20.6 Seni Khat      
►Dikenali juga sebagai seni kaligrafi
►Mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian
►Mempunyai kaitan dengan tahap peningkatan tamadun
►Antara jenis bentuk khat – kufi, nasakh, riq’ah, thuluth, muhaqqaq, ijazah

20.7 Seni Lukis      
►Bermotifkan tauhid kepada Allah
►Tidak berbentuk lembaga sesuatu yang hidup
►Tidak terlalu abstrak sehingga sukar difahami

20.8 Seni Muzik      
►Seni suara
►Seni yang diharuskan dalam Islam
►Kelahiran beberapa tokoh muzik seperti al-farabi, Muhyiddin Ibn Arabi, dan al-Kindi


20.9 Seni Sastera  
►Bersumberkan al-Quran dan Hadis
►Dihasilkan dalam bentuk puisi (syair dan burdah) dan prosa (kisah/cerita atau biografi)
►Lahirnya sasterawan seperti Abu Nawas, Abdullah bin Muqaffa, Abu Tamam,              al-Buhturi dan al-Muktasim
►Zaman Abbasiyah prosanya bertemakan kepahlawanan, percintaan, dan pengorbanan.

No comments:

Post a Comment