Peristiwa

Showing posts with label PBS. Show all posts
Showing posts with label PBS. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Contoh Kertas Cadangan Langkah demi Langkah (Tajuk,Pengenalan,Objektif,Persoalan Kajian)

Contoh Kertas Cadangan Langkah demi Langkah (Kaedah Kajian, Pembahagian Struktur Isi, Kesimpulan, Bibliografi)

Kaedah Kajian

Kaedah kajian merupakan cara bagi mendaptkan sesuatu maklumat.
Ikan boleh dimasak dengan cara menggoreng, merebus, memanggang dll untuk menghasilkan resipi yang enak. Begitu juga kajian anda, apakah kaedah yang anda gunakan untuk menghasilkan penyelidikan yang baik? 

Kaedah yang biasa digunakan seperti Kaedah Temubual, Kajian Perpustakaan, Lapangan dan Persampelan.

Kajian sejarah banyak menggunakan kaedah perpustakaan. Pelajar akan menggunakan sumber pertama dan sumber kedua dalam penyelidikan.

Contoh Kertas Cadangan Penulisan Pbs Part 3

Contoh Kertas Cadangan Langkah demi Langkah (Sorotan Kajian Lepas)

Kali ini cikgu nak sentuh tajuk kajian lepas dalam penyelidikan.Perkataan seperti kajian lepas, sorotan kajian atau literature reviews dalam bahasa inggeris membawa maksud yang sama.

Pada bahagian ini pelajar kena mencari dan mambaca bahan bagi tajuk yang sama atau hampir sama. Tujuannya agar pelajar memahami konteks kajian. Membaca kajian lepas umpama mencari kunci pintu rumah supaya anda mengetahui apa kandungan di dalam rumah tersebut. Anda juga akan mendapat idea untuk mengisi ruang kosong yang perlu di isi dalam rumah itu.


Ok, tanya pada diri anda....berapa sumber rujukan yang berkaitan dengan tajuk kajian anda telah anda kumpul?Jangan lupa anda kena dapatkan SEKURANG-KURANGNYA 3 HINGGA 5 bahan (lebih lagi baik le...)Anda hanya perlu mengambil idea dari bahan yang dibaca bukan keseluruhan dengan kaedah copy dan paste, jika anda perlukan petikan dari penulis asal , anda perlu meletakkan nombor dan tulis rujukan pada nota kaki

Nota Kaki?????? jika rujukan itu terletak dibahagian paling bawah kertas A4 anda itu dipanggil nota kaki, jika di hujung kajian sebelum Bibliografi itu dipanggil nota hujung

Untuk membuat kerja mudah, setelah anda mengambil petikan dari mana-mana sumber , anda hanya perlu klik di hujung ayat, pilih References, klik insert footnotes...maka nombor kecil akan terhasil dihujung ayat itu dan satu lagi nombor yang sama di bawah kertas A4 anda itu, Tuliskan nombor dengan rujukan anda tersebut



SOROTAN KAJIAN LEPAS

Sunday, January 5, 2014

Contoh-Contoh Tajuk Kajian PBS 2014 berasaskan Tema ( sekadar Cadangan)

Pertamanya contoh-contoh dibawah merupakan cadangan sahaja, pelajar disaran mendapat dan mengembangkan idea kepada tajuk-tajuk lain dan berupa setempat/tempatan yang penting essei anda mempunyai bahan untuk diolah.

Tema 1: Sejarah Tokoh

  • Sumbangan YB.............terhadap masyarakat Kampung.....di Daerah Muara Tuang dari.........hingga........
  • Sumbangan Penghulu/Tuai Rumah .................terhadap Kampung/Rumah Panjang........ dari tahun....hingga....
  • Sumbangan Awang Mahyan(siapa saja asal signifikan) dalam perkembangan sukan bolasepak negeri Sarawak hingga tahun 2013
  • Peranan dan sumbangan En.Jais Sahok dalam bidang bahasa dan kesusasteraan di negeri Sarawak
  • * Pilih tajuk setempat yang mudah anda kaji seperti Imam,Kadi,Ketua Kampung,Bidan dll

Tema 2: Sejarah Sukan

  • Sejarah penglibatan Pandalela Rinong dalam Sukan Terjun sehingga Tahun 2013
  • Sejarah Perkembangan Persatuan Bola Baling di SMK Kota Samarahan dari.......hingga.....
  • Sejarah Perkembangan Seni Silat Hanafi di Kampung.............dari.....hingga........
  • Sejarah Perkembangan Sukan Regatta di Kuching dari.................hingga......
  • Kajian Kes: Sejarah perkembangan & Sumbangan Persatuan......dari.....hingga.....

Tema 3: Sejarah politik

  • Sejarah Perkembangan Parti.....Cawangan.....dari Tahun....hingga.....
  • Sejarah Ahli DUN/Parlimen kawasan N..../P.....dari ...hingga....
  • Legasi Politik Pembangunan Era Pehin Sri Taib Mahmud di Sarawak dari...hingga....
  • Peranan "Ops Pisang" dalam membenteras ancaman komunis di Sarawak dari tahun....hingga....

Tema 4: Sejarah Kumpulan etnik/kaum/klan/suku kaum

  • Sejarah asal-usul Kaum Melayu Jawa di Kampung Menaul, Daerah Samarahan dari tahun.....hingga.....
  • Sejarah asal-usul kaum Bidayuh di Kampung.....dari.....hingga....
  • Sejarah asal-usul Merpati Jepang di Sarawak dari tahun...hingga....
  • Sejarah asal-usul gelaran Abang/Awang/Sharifah/Dayang di Sarawak dari...hingga....
  • Sejarah asal-usul Kaum Berawan di perkampungan....... dari....hingga.....
Petua
  • Cari tajuk yang mudah dikaji
  • Mudah mendapat bahan
  • Mudah menapat sumber premier & sekunder
  • Jangan tunggu lagi....siapkan cepat Cadangan Kajian....