Peristiwa

Thursday, July 26, 2012

Nur Kasih Ramadhan SMK Kota Samarahan memerlukan sumbangan anda

Ramadhan datang lagi... maka sekali lagi ,SMK Kota Samarahan akan mengadakah Program Nur Kasih Ramadhan pada 10 Ogos 2012. Program yang diperkenalkan sejak 2007 oleh mantan PK HEM En.Yatiman Karsodikromo itu kini sudah menjangkau kali ke-5 . Mulai tahun 2011 program ini telah diurus selia oleh Panitia Pendidikan Islam, SMK Kota Samarahan dengan penambahan Program Ihya' Ramadhan. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga pendidik dan masyarakat setempat menghulurkan sumbangan "menderma sambil beramal" di bulan yang mulia ini. Melalui program ini penganjur akan menghulurkan sumbangan sama ada berbentuk wang tunai, pakaian dan makaan kepada golongan yang terdiri daripada anak yatim, yatim piatu dan golongan yang miskin atau kurang berkemampuan agar dapat menikmati sambutan hari raya seperti orang lain. Pada tahun ini seramai 80 peserta telah dikenal pasti melalui sistem pengkalan data murid. Sehubungan dengan itu sekiranya pembaca berminat untuk meyumbang derma sambil beramal, membayar fidyah dan zakat boleh mengubungi pihak kami di talian 082-672353 (Ustazah .Ajibah Gayan/En.Kelana Yusuf).
Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah
(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)

Berikut adalah lapan buah hadis, diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.


Hadis-1


[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-2

[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Hadis-3
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

Hadis-4


[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Hadis-5

[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-6

[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Hadis-7

[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)

Hadis-8

[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

 

Monday, May 14, 2012

Bab 17: Kelahiran Mazhab

Bab17.Kelahiran Mazhab

Sukatan Pelajaran Ting.Enam Modular Semester 1

http://www.mediafire.com/view/?18347wjo6ds7wvc

Kerjan Rumah Terancang Mei 2012

Selamat Bercuti & Selamat Menyambut Hari Gawai
http://www.mediafire.com/view/?97a6xyibvyohubp

Bab 20:Pencapaian dan Sumbangan Seni Bina




Bab 20: Pencapaian dan Sumbangan Seni Bina Islam
20.1 Pencapaian dan Sumbangan Seni Bina pada Zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa al-Rasyidin  

Pembinaan Masjid Nabawi
Pembinaan Masjid Quba’
Khalifah Umar membangunkan kota-kota baru seperti Basrah, Kufah, dan Fustat

20.2 Pencapaian dan Sumbangan Seni Bina pada Zaman Kerajaan Bani Umaiyah   
Pembinaan masjid yang mempunyai nilai seni yang tinggi seperti masjid Suriah dan masjid Umawi
Pembinaan kota dan pejabat-pejabat kerajaan
Pembinaan bandar seperti bandar Wasit dan kubu-kubu pertahanan
Pembinaan hospital, klinik dan perpustakaan

20.3 Pencapaian dan Sumbangan Seni Bina pada Zaman Kerajaan Bani Abbasiyah
Pembinaan kota Baghdad dan Dar al-Khilafah
Pembinaan masjid Jami’ al-Mansur (masjid tertua) dan masjid agung di Samara (masjid terbesar)
Pembinaan Bait al-Hikmah
Penubuhan Universiti Nizamiyah
Khalifah al-Makmun membina pusat astronomi
Pembinaan bangunan hospital

20.4 Seni Bina di Nusantara
Seni bina masjid
Seni bina rumah dipengaruhi oleh faktor agama, sosial, dan iklim
Pembinaan istana kota, kubu, dan pusara

20.5 Seni Ukir   
Seni pertukangan tangan
Seni mengukir di dinding masjid dan istana
Ukiran tugu
Seni khat atau kaligrafi

 20.6 Seni Khat      
Dikenali juga sebagai seni kaligrafi
Mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian
Mempunyai kaitan dengan tahap peningkatan tamadun
Antara jenis bentuk khat – kufi, nasakh, riq’ah, thuluth, muhaqqaq, ijazah

20.7 Seni Lukis      
Bermotifkan tauhid kepada Allah
Tidak berbentuk lembaga sesuatu yang hidup
Tidak terlalu abstrak sehingga sukar difahami

20.8 Seni Muzik      
Seni suara
Seni yang diharuskan dalam Islam
Kelahiran beberapa tokoh muzik seperti al-farabi, Muhyiddin Ibn Arabi, dan al-Kindi


20.9 Seni Sastera  
Bersumberkan al-Quran dan Hadis
Dihasilkan dalam bentuk puisi (syair dan burdah) dan prosa (kisah/cerita atau biografi)
Lahirnya sasterawan seperti Abu Nawas, Abdullah bin Muqaffa, Abu Tamam,              al-Buhturi dan al-Muktasim
Zaman Abbasiyah prosanya bertemakan kepahlawanan, percintaan, dan pengorbanan.

Bab 19:Kebudayaan dan Kesenian

Bab 19 Ksenian Dan Kebudayaan Bab 19: Kebudayaan dan Kesenian Islam
19.1 Konsep Kebudayaan
►Konsep kebudayaan menurut bahasa Inggeris –culture, kultur (perancis),taqafah(arab)
►Menurut Kamus Dewan -bermaksud keseluruhan cara hidup(merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, kemajuan akal budi, dan sebagainya
►Menurut Websters New American Dictionary - kebudayaan sebagai semua pengetahuan dan adat kebiasaan daripada golongan manusia
►Pendapat E.B Taylor - sesuatu kesatuan jalinan yg meliputi semua aspek dan setiap kesanggupan yg diperoleh
►Pendapat Agus Salim - persatuan antara budi dan daya menjadi makna yg sejiwa, tidak lagi menerima perubahan atas dua maknanya masing2
►Pendapat Sidi Gazalba - cara berfikir dan cara merasa dalam kehidupan manusia yg membentuk kesatuan sosial dalam suatu ruang dan suatu waktu cara hidup
►Kebudayaan menurut Islam - satu cara hidup yg lahir dan wujud daripada keimanan.

19.2 Ciri-ciri Kebudayaan Islam
►Tidak bertentangan dengan hukum yang ditetapkan Islam
►Tidak melalaikan seseorang
►Mementingkan hubungan baik antara manusia dengan pencipta, manusia dengan manusia, dan manusia dengan alam

Faktor-faktor yang mencorakkan kebudayaan Islam
►Al-Quran
►Survival Budaya Bercorak Islam
►Budaya akidah-menekankan bahawa kehidupan manusia adalah milik Allah SWT
►Budaya ibadat-menekankan aspek perbuatan tunduk dan kasih
►Budaya akhlak-dibahagikan kpd tiga kategori, iaitu berakhlak dgn Allah, berakhlak sesama manusia dan berakhlak kpd diri sendiri

Kesenian menurut Islam
►Sebahagian daripada kebudayaan
►Bermakna halus, indah atau permai
►Membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah Ciri-ciri Kesenian ►Keindahan
• Keindahan menjadi ciri utama kesenian Islam
• Keindahan bersifat ideal
►Akhlak
• Seni dan akhlak saling berkaitan
►Kepelbagaian dalam kesatuan
• Kesenian dapat memberi sumbangan kepada kesatuan hidup umat Islam
►Hubungan antara agama, etika, dan estetika (seni)
• Agama melahirkan seni. Seni pula harus mengikut garis panduan agama

19.3 Seni Bina
►Merangkumi seni khat, corak geometri, bentuk arabseque, dan bentuk berhias

Ciri-ciri seni bina Islam
►Mempunyai ruang kemasukan cahaya matahari
►Melambangkan keislaman
►Ruang bilik yang terpisah antara lelaki dan wanita
►Sesuai dengan iklim setempat
►Bercirikan keamanan
►Bahan hiasan menonjolkan khat atau kaligrafi Islam
►Kepelbagaian dalam kesatuan

Bab 18 Penjelajahan dan Penerokaan Dalam Islam

Bbab 18 Penjelajahan Dan Penerokaan. BAB 18 Konsep Ilmu BAB 18 Konsep Ilmu

Bab 18: Penjelajahan dan Penerokaan
Pendahuluan  
Tujuan penjelahan Barat – Gospel, Glory, Global
Tujuan penjelajahan Islam – Pembebasan, pengislaman, pengintelektualan

18.1 Konsep Penjelajahan dan Penerokaan      
 Perspektif Islam terhadap konsep penerokaan dan penjelajahan
 Tujuan utama penjelajahan dan penerokaan
Menambahkan keimanan dan ketauhidan kepada Allah SWT
Menambahkan ilmu pengetahuan
Memperoleh pengajaran
Memakmurkan muka bumi
Menyebarkan dakwah

18.2 Kepentingan Penjelajahan dan Penerokaan 
Pembebasan politik
·         Membebaskan masyarakat daripada penindasan yang zalim
Ekonomi
·         Membebaskan masyarakat daripada cengkaman ekonomi kapitalis dan memperkenalkan ekonomi Islam
Kebudayaan
Pengislaman
·         Menyebarkan Islam ke seluruh dunia
Pengintelektualan
·         Menemukan umat Islam dengan pelbagai bidang keilmuan yang baru
Perubatan
Geografi
·         Menerokai bidang geografi melalui aktiviti penjelajahan dan penerokaan
Astronomi

18.3 Hijrah 
Hijrah dan kaitannya dengan penjelajahan dan penerokaan
Titik tolak kepada pembinaan dan pembangunan umat Islam
Mempertingkatkan keyakinan, keimanan, dan kesabaran
Membawa perubahan sosial
Ekonomi umat Islam lebih mantap
Kelahiran tahun hijrah dalam takwim Islam

18.4 Sumbangan Tokoh-Tokoh 
Al-Mas’udi
Faktor-faktor mendorong beliau melakukan penerokaan dan penjelajahan
·         Persekitaran Tanah Arab
·         Kedudukan Semenanjung Tanah Arab di antara jalan perdagangan Timur dan Barat
·         Faktor budaya dan adat istiadat
·         Sikap untuk menandingi pencapaian tamadun Yunani

Sumbangan
Kitab Muruj al-Dhahab, insiklopedia geografi yang lengkap
Menyokong teori Determinisme Alam Sekitar
Mengaitkan fenomena alam semula jadi dengan kehidupan manusia
Memberikan gambaran terperinci fenomena mengenai geografi fizikal serta membuat kajian tentang tanah fay
Membuat penyelidikan tentang flora dan fauna
Memberi sumbangan besar dalam bidang  pelayaran
Mengemukakan pandangan tentang jarak antara benua Eropah dengan benua China

Ibn Battutah

Terdapat empat tahap pengembaraan Ibn Battutah
Sifat dan keperibadian
Tokoh dalam bidang agama
Menguasai beberapa bahasa dan berkemahiran berdiplomasi
Ahli pelayaran dan pengembara

Sumbangan
Mengarang Rihlah Ibn Battutah (pengembaraan Ibn Battutah)
Memberikan persepsi baru kepada bidang geografi dan ekonomi
Pengembaraan beliau menjadi sumber sejarah

Ibn Majid
Digelar ‘singa laut’ kerana kemahirannya belayar di Lautan Hindi
Sumbangan
Menghasilkan sejumlah 25 kitab tentang pelayaran, perjalanan bintang, angin, dan ombak
Tokoh Islam pertama yang mengarang tentang laut
Jurupandu Vasco da Gama

Ibn Hawqal
Ahli pelayaran dan geografi Arab
Dalam pelayaran beliau turut berdakwah dan menjalankan kegiatan perdagangan
Sumbangan
Menghasilkan kitab al-Masalik wa al-Mamalik, sebuah kitab sejarah penulisan  geografi Arab yang popular
Memberi sumbangan dalam bidang pemetaan
Memperbaiki dan menambah hasil kerja tokoh-tokoh terdahulu
Membuat penyelidikan dalam bidang pertanian
Menjalankan kajian geografi di India
Terlibat dalam bidang kartologi iaitu seni melukis dan membuat peta
Memberi sumbangan dalam bidang pelayaran