Peristiwa

Thursday, April 4, 2013

Pertahanan dan Pembukaan Wilayah

Slide 2





Definisi Ketahanan dan Pertahanan
►Definisi Ketahanan – daya juang dan sifat tahab lasak dalam menghadapi peperangan
- Terbahagi kepada 2 iaitu ketahanan kerohanian dan ketahanan fizikal
►Definisi Pertahanan –perihal mempertahankan diri, agama dan negara daripada serangan musuh.►4 perkara asas bagi sesebuah negara mempertahankan negaranya adalah: 1. Strategi 2. Taktik 3. Teknologi 4. Logistik
►Menurut pandangan Plato dalam bukunya Republic –keperluan untuk memiliki kelas pengawal untuk mempertahankan negara
►Menurut pandangan Aristotle dalam bukunya Politics –kehadiran kelas hulubalang dalam sesebuah kerajaan adalah penting daripada kelas-kelas lain. 10.2 Ketenteraan dan Peperangan Zaman Jahiliah ►Dianggap profesion yang mulia
►Melibatkan semua anggota kabilah
►Harta rampasan perang akan diagihkan
►Perang berlaku disebabkan sikap taksub dan semangat asabiyah

Pertahanan dalam Islam
►Memelihara kehormatan agama, bangsa, dan masyarakat
►Menegakkan ajaran Allah SWT
►Peperangan dalam Islam telah ditetapkan beberapa peraturan yang wajib dituruti

Peperangan dalam Islam
►Perang Badar
• Perang pertama disertai nabi Muhammad SAW
• Punca – orang Musyrikin Makkah menghalau orang Islam dari Makkah
• Tentera islam mencapai kemenangan

►Perang Uhud
• Punca – perasaan marah orang Musyrikin yang mahu membalas dendam atas kekalahan mereka dalam Perang Badar
• Angkatan Islam berjumlah 1000 orang dan dibahagikan kepada tiga batalion• Tentera Islam tewas kerana sikap tentera Islam mengingkari arahan

►Perang Khandak (al-Ahzab)
• Bermaksud “parit” atau kubu kerana nabi Muhammad SAW menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit
• Tentera Musyrikin 10,000 orang
• Peperangan hanya berlaku dalam bentuk lontaran batu dan lembing serta panah-panahan