Peristiwa

Monday, October 17, 2016

Soalan Fokus Bahagian B: Asia Tenggara

(ANALISIS) BAHAGIAN B
 ASIA TENGGARA  STPM PENGGAL 3 (2016)

Jawab satu solan sahaja
Analisis Tema 1: Masyarakat
Bil
Tajuk
STPM
1
1.1
Insitusi Pemerintahan
Raja di Viatnam
Raja di Thailand
Pembesar di Viatnam
Pembesar di Thailand

2015
2013u

2014
1.2
Sistem Sosial di Viatnam
Sistem Sosial di Indonesia
2014
1.3
Sistem Ekonomi di Viatnam
Sistem Ekonomi di Indonesia
2013

  

*Sila beri tumpuan kepada pembesar Viatnam -konsep,hierarki dan peranan
*Sistem sosial di Indonesia-konsep dan susun lapis masyarakat
*Sistem ekonomi -ciri-ciri ekonomi tradisional, ciri-ciri ekonomi komersial

Tema 2: Transformasi Masyarakat
Bil
Tajuk
STPM
2
2.1
Transformasi Masyarakat
Perluasan kuasa asing di Indonesia
Perluasan kuasa asing di Mynmar

2.2
Penentangan kuasa asing di Indonesia
Penentangan kuasa asing di Mynmar

2.3
Pengubahsuaian dalam pentadb,eko,pend di Indonesia
Pengubahsuaian dalam pentadb,eko,pend di Mynmar

2015

 *Sila beri tumpuan kepada Indonesia- faktor & cara perluasan kuasa,sebab penentangan, peranan Diponegoro

  
Tema 3: Nasionalisme dan  Pembentukan Negara Bangsa
Bil
Tajuk
STPM
3
3.1
Gerakan Nasionalisme
Faktor kemunculan Nasionalisme di Indonesia
Faktor kemunculan Nasionalisme di Mynmar

2013

Parti Politik dan Persatuan di Indonesia
Parti Politik dan Persatuan di Mynmar

2015u
3.2
3.2.1
Perjuangan mencapai kemerdekaan
Pendudukan Jepun 1941-1945 di Mynmar
Pendudukan Jepun 1941-1945 di Indonesia


2014
3.2.2
Perjuangan secara berperlembagaan di Mynmar
Perjuangan secara berperlembagaan di Indonesia

3.3.3
Kemerdekaan di Mynmar
Kemerdekaan di Indonesia

 *Sila beri tumpuan kepada Mynmar-faktor kemuculan nasionalisme,Kemerdekaan Mynmar

Tema 4: Pengisian Kemerdekaan

Bil
Tajuk
STPM
4
4.1
Pengisian Kemerdekaan
Sistem pemerintahan di Filipina
Sistem pemerintahan di Thailand

4.2.1
Pembangunan Ekonomi di Filipina
Pembangunan Ekonomi di Thailand

4.3.1
Bentuk pemerintahan di Filipina
Bentuk pemerintahan di Thailand
2013u
2015
4.3.2
Sumbangan tokoh di Filipina-Macapagal
Sumbangan tokoh di Thailand-Phibun Songkram

2014
4.4
4.4.1
Perhubungan luar
Penglinatan dalam organisasi antarabgsa di Filipina
Penglibatan dalam organisasi antarabangsa di Thailand


2014
  
*Sila beri tumpuan kepada Filipina-Macapagal, peranan dalam PBB

Wednesday, February 4, 2015

Menggunakan Bahan yang ada

Janji di tepati, kali ini saya akan tunjukkan bagaimana nak menggunakan sumber yang anda dapat dari Mandelay dalam penulisan. Di harap pelajar dah memuat turun bahan dalam bentuk PDF.

Langkah pertama buka Microsoft Word dan tulislah tajuk kajian anda. Selepas itu, tulis pengenalan. Ini contoh tajuk dan pengenalan saya



Sebelum itu saya sudah membaca bahan saya dalam PDF dan saya tertarik dengan ayat yang bergaris kuning di bawah




Saya hanya perlu copy dan paste ke dalam word saya seperti berikut




Seterusnya saya kena mengubah ayat yang saya ambil dan memasukkan nama penulis bahan tersebut



Klik pada Reference, Insert Citation, pastikan Stylenya adalah cicago. Anda akan di bawa kepada bahan yang anda simpan dalam Mandelay tadi




Klik site pada menu bar, anda akan di bawa semula ke word dan perhatikan nama penulis tertera. Sila ubah semula mengikut ayat dan format yang betul




Sekarang anda hanya perlu Insert Bibliografi untuk mendapatkan bibliografinya dalam format Chicago




Format Chicago



Salam bahaga.....buat dengan senyuman...selamat mencuba


















Monday, February 2, 2015

Susah Nak Cari Bahan Literature /Kajian Lepas

Tak ada bahan cikgu, susahlah nak dapatkan bahan. Kajian yang saya nak buat, orang tak  buat lagi.....ini yang selalu pelajar luahkan dalam penulisan essei. Pelajar pula dikehendaki memberi rujukan SEKURANG-KURANGNYA 3 HINGGA 5 rujukan , maknanya lebih lagi baik. Sumber itu pula hendaklah yang boleh dipercayai, ilmiah dan setidak-tidaknya ada kesahan dan kebolehpercayaannya.
Ada pelajar menyenaraikan banyak sumber di bahagian bibliografi tapi tak ada dinyatakan pun dalam essei, maka itu PENIPUAN namanya. Bagaimana mencari sumber?
Pertama : Kenal pasti tajuk
Kedua: Apa aspek utama kajian
Ketiga: Cari sumber yang sama, hampir sama dengan penulisan anda

Disarankan pelajar muat turun aplikasi Mendeley Destop untuk mencari sumber dari Jurnal, ia percuma....sila klik pautan berikut...http://www.mendeley.com/download-mendeley-desktop/windows/instructions/






Setelah berada di Destop anda buka dan klik Tool dan Install MS Word Plugin

Anda sudah boleh mencari bahan dengan menklik bahagian Literature Search seperti berikut dengan menaip tajuk /aspek kajian anda....



Saya memberikan contoh tajuk pendidikan....maka akan keluar jurnal-jurnal berkaitan tajuk saya, mulalah anda cari yang sesuai dan muat turun bahan yang sesuai dengan kajian anda....di bawah adalah jumlah bahan yang anda boleh akses.....



selamat mencuba....bersambung nanti dengan bagaimana mengambil bahan dan bibliografi secara automatik

Wednesday, January 28, 2015

Pembahagian Struktur Essei

Pada bahagian ini pelajar dikehendaki mengorganisasikan persembahan dan isi penulisan. Mengorganisasi bermakna menyusun atur secara tertib. Dalam penulisan essei apa yang perlu ada adalah:
Pengenalan
Sub-Sub isi mengikut objektif yang dikaji
( Bahagian ini paling panjang, setiap sub isi ada beberapa peranggan penulisan)
Penutup

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam penulisan struktur essei adalah seperti berikut:
*Mengklasifikasikan kandungan penulisan
*Pengorganisasian penulisan ( pembahagian isi dalam kajian )
*Pemecahan topik (umum kepada khusus)
*Pembinaan Sub-topik
*Pembahagian boleh dibuat secara kronologi

*Pembahagian secara tematik juga boleh dilakukan
Contoh:
Tajuk: Sejarah sekolah-sekolah mubaligh Kristian di Kuching dari tahun....hingga.....
Objektif:
1.untuk mengetahui matlamat dan objektif sekolah-sekolah mubaligh yang wujud.
2.untuk mengetahui organisasi setiap sekolah mubaligh yang wujud
3.untuk mengetahui kandungan sukatan pelajaran setiap sekolah yang wujud
Kajian ini agak luas dan jika diteliti lebih kepada perbandingan antara sekolah-sekolah mubaligh. Dari objektif ini maka kita akan megorganisasikan essei kepada :
Pengenalan
Nyatakan definisi sekolah mubaligh, nyatakan sekolah-sekolah mubaligh yang dipilih, berikan justifikasi pemilihan, lokasi , masa.
Sub-sub isi adalah:
Sub tajuk di bawah di bina berdasarkan tiga objektif di atas
a.Matlamat dan Objektif Sekolah-Sekolah mubaligh
b.Organisasi Sekolah-Sekolah mubaligh
c.Kandungan sukatan pelajaran sekolah mubaligh
Kesimpulan
Apakah persamaan dan perbezaan yang anda nampak dari kajian anda. 
*anda boleh kecilkan batasan kajian ini hanya kepada sebuah sekolah sahaja

Tuesday, January 27, 2015

Skop Kajian- Membataskan yang Luas

Skop kajian merupakan had atau batasan kajian anda. Skop kajian mungkin terlalu luas maka anda perlu hadkan kepada aspek-aspek tertentu sahaja. Skop kajian penting kerana keupayaan anda terbatas dari segi masa , ruanglingkup kajian yang terlalu besar maka anda akan kecilkan kepada beberapa aspek yang lebih kecil atau khusus. Skop kajian meliputi 3 perkara:
*Skop Aspekmeliputi bidang kajian seperti politik, ekonomi
sosial, tokoh, institusi dsb
*Skop Masa – tempoh yang diliputi oleh kajian seperti abad
dekad, tahun dsb
*Skop Kawasanmenampilkan aspek geografi yang diliputi 
oleh kajian seperti dunia, benua, rantau, negara, negeri, inter-
state dll

*Setiap skop yang dipilih perlu dijelaskan JUSTIFIKASI

Bagaimana menulis skop kajian?
1.Tentukan tajuk kajian
2.Apakah aspek-aspek utama kajian?Kenapa?
3.Dimana kajian akan dijalankan? Kenapa?
4.Bila tempoh kajian anda? Mengapa?

Contoh:
Tajuk: Sejarah Sarawak Rangers di Sarawak dari tahun 1948-
1963
Skop Aspek: Sejarah awal penubuhan,peranan dan 
pembubaran
Skop Tempat: Sarawak
Skop Masa: 1948 hingga 1963


Monday, January 26, 2015

Persoalan Kajian seiring dengan Objektif Kajian

Persoalan kajian wujud untuk menjawab Objektif kajian. Dari Objektif kajian diwujudkan soalan kajian berupa pertanyaan dengan simbol ? untuk membantu pengkaji menjawab soalan itu sendiri. Menjawab soalan itu dengan sendirinya menjawab objektif kajian. Persoalan kajian menjadi arah pandu penyelidikan. Persoalan kajian meliputi perkara berikut:
*Isu utama yang ingin dipaparkan
*Merupakan satu subject matter
*Mengandungi tema
*Memaparkan persoalan pokok yang perlu dijawab oleh kajian
*Mengandungi persoalan-persoalan makro ke mikro
*Menjawab persoalan 5W+1H+1WF
*Sejauhmana? Bagaimana?
Langkah mudah membina objektif adalah dengan membina jadual seperti berikut. Disebelah kiri adalah objektif dan disebelah kanan adalah persoalan kajiannya.

NO
Objektif Kajian
Persoalan Kajian
1
Untuk megetahui sejarah penubuhan Institut Pendidikan Batu Lintang
Bilakah Institut Pendidikan Batu Lintang ditubuhkan?

2
Untuk mengetahui struktur pentadbiran Institut Batu Lintang Sebelum Merdeka iaitu dari 1947 hingga 1963
Bagaimanakah struktur pentadbiran  Institut Batu Lintang Sebelum Merdeka ?

3
Untuk mengetahui sumbangan Institut Batu Lintang dalam memperkasa sistem pendidikan negara
Apakah sumbangan Institut Batu Lintang dalam memperkasa sistem pendidikan negara?

Dalam penulisan essei sejarah jika objektif dan persoalan sudah jelas barulah anda pindahkan dalam bentuk penulisan essei di kertas cadangan anda