SOALAN-SOALAN TEMA 1(
Manusia Dan Masyarakat )
TAHUN
|
SOALAN
|
1998
|
Terangkan konsep ketuhanan dan keagamaan secara perbandingan
antara pandangan Arab Jahiliah dengan pandangan Islam.
Jawapan Pendahuluan: - Jahiliah berasal daripada kata akar jahala dan kata terbitan jahlun @ jahalatun yang bererti bodoh dan sesat.
- Zaman Jahiliah juga dikenali sebagai zaman yang penuh kegelapan,kejahilan dan kebodohan dalam bidang ilmu terutama tentang konsep ketuhanan dan keagamaan.
- Zaman Jahiliah berlangsung selama 3 abad apabila berakhirnya kejatuhan kerajaan saba’ peringkat ketiga sekitar tahun 300M sehingga turunnya Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 610M.
- Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku perubahan besar dalam bidang keagamaan iaitu daripada agama jahiliah kepada agama islam.
Isi :
Konsep Ketuhanan dan keagamaan Orang Arab Jahiliah
Pegangan terhadap sesuatu yang dipercayai yang dianggap mempunyai kuasa
Berbentuk politisme.
- Penyembahan Berhala. Agama Wathani adalah agama ciptaan manusia menjadi agama utama kepada orang –orang Arab jahiliah. Orang Arab jahilian menyembah berhala terdapat sebanyak 360 buah berhala di sekeliling kaabah. Diantara yang terkenal ialah Al-Latta, Al- Uzza dan Al-Manat ( tiga orang puteri tuhan. Burnagat ( Tuhan yang membawa kebaikan ), jahanam ( tuhan pembawa kecelakaan ) Hubal ( tuhan yang menyerupai manusia ) widdah ( berbentuk wanita ) Yaghus ( berbentuk lembu jantan atau singa ) Yang ( berbentuk kuda ) dan sebagainya. - Penyembahan Cakerawala.Mereka menyembah matahari, bulan, bintang dan sebagainya. Mereka percaya bahawa cakrawala sebagai sumber segala kehidupan dan kuasa. Matahari untuk kegiatan hidup di siang hari, bulan untuk perjalanan pada waktu malam dan membolehkan ternakan makan. Dan bintang untuk pedoman perjalanan pada waktu malam. - Polidemonisme atau penyembahan jin dan dewa – dewa.Agama ini diamalkan oleh mereka yang mengamalkan ajaran sihir. Ada juga antara mereka menyembah malaikat yang dianggap berjantina lelaki dan perempaun. Mereka dianggap sebagai perantaraan dengan Tuhan ( Al- Quraan, Surah 43 : ayat 19 ) - Majusi ( Zoroster )Agama ini berasal dari Parsi yang mempunyai dua tuhan iaitu tuhan baik dan tuhan jahat. Penganutnya mempercayai bahawa api mempunyai dua konsep iaitu api sebagai penerang dan api sebagai pemusnah.Agama ini percaya kpd Nabi-nabi palsu.Mereka berpegang kpd 3 nashab iaitu zarwaniyah,kayumarthiyah dan zaradushtiyah. - Penyembahan Tuhan Padang Pasir.Penganutnya dikenali sebagai ahl al- saf. Mereka berjalan – jalan di tengah padang pasir pada waktu malam dengan membawa api sambil bergendang dan bernyanyi – nyanyi sesama mereka. - Animise. Penganutnya menyembah objek yang dianggap ganjil dan yang membawa untung atau yang menggerunkan di persekitaran mereka seperti batu – batan, pokok – pokok besar, air, api, binatang, padang rumput dan lain – lain lagi
- Kepercayaan Tahyul.Kepercayaan ini berhubung kait dengan ketuhanan, penyembahan dan suci antaranya:
a. mempercayai tangkal azimat. b. Roh orang yang mati menjadi seekor burung. c. Mempercayakan binatang yang melintas di tengah – tengah perjalanan, kalau ke kanan membawa kebaikan, kalau ke kiri membawa kecelakaan. d. Mengikat tali pada mana – mana pokok. Jika ikatan tersebut terurai sekembalinya suami dari perantauan, ini menandakan bahawa isterinya telah berlaku curang. e. Mengorbankan anak perempuan yang merupakan perbuatan yang mulia. f. Percaya kepada ahli nujum dan tukang tenun. g. Percaya kepada nasib dan sihir. h. Membuat keputusan melalui anak panah ( al – azlam ) yang diletakkan berhampiran dengan al – Hubal. : Agama Yahudi
– penganut asal agama yahudi ialah kaum bani israel yg tgal di utara semenanjung arab.
– penganut yahudi boleh ditemui di yaman dan hijaz.
-Isi kandungan asal kitab taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa A.S telah di ubah suai oleh mereka.
: Agama Nasrani
-Agama Nasrani mula bertapak di semenanjung Arab pada abad keempat masihi.
-Agama ini dibawa oleh Nabi Isa A.S yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepadaNya bersama-sama kitab suci injil dan penganut asalnya terdiri daripada orang Israel.
-Penganut agama ini dikatakan telah mengubah isi kandungan kitab injil menurut keperluan dan kepentingan mereka.
-Terdapat golongan yang masih mengamalkan ajaran sebenar agama ini dan mereka digelar ahli Al-Kitab(sebelum diubah).
-Najran di barat daya semenanjung Arab ialah pusat kuat agama nasrani.
Orang Jahiliah menganggap apa sahaja yang boleh memberi keuntungan dan manafaat kepada mereka berhak disembah. Mereka menyembah pelbagai tuhan berbentuk pelbagai objek benda atau tahyul.
Kepercayaan agama yang diselewengkan ini berakhir dengan kebangkitan Rasullah s.a.w.
Konsep Ketuhanan dan keagamaan Menurut Pandangan Islam.
Allah yang esa
Terdapat dua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w
Di Mekkah;Ajarannya berbentuk Tasyri Kulli ( ajaran secara umum ) sebagaimana yang termaktub di dalam al – quraan melalui surah – surah Makkiayah sebayak 93 surah. Ia menyentuh mengenai Hablum Minallah ( Hubungan antara Hamba dengan Allah ) iaitu berhubung dengan akidah, keimanan, akhlak dan peribadatan. Di Madinah.
Ajarannya berbentuk Tasyri’ Juz’i ( ajaran secara umum ), sebagaimana disebut di dalam 21 surah Madaniyyah. Ia menerangkan persoalan Hablum Minanas ( Hubungan antara individu, manusia dengan individu yang lain ) iaitu berhubung dengan kenegaraan, ekonomi, kemasyarakatan dan lain – lain lagi.
Aspek – apek Ajarannya pula merangkumi : Aspek Akidah:Tauhid : mengesakan Allah s.w.t sebagai tuhan yang berhak disembah, memiliki segala sifat kesempurnaan, berkuasa mencipta alam semesta. Dengan sendirinya menolak segala ajaran anthropomorphisme iaitu segala bentuk penyembahan berhala dan penyamaan tuhan dengan makhlukNya. Mempercayai rukun iman, beriman kepada allah, kepada Malaikat kitab – kitab Allah, para Rasul, hari kiamat dan Qada dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah. Mempunyai tanggungjawab terhadap amalan sendiri. Mempercayaai bahawa syurga adalah tempat kediaman di akhirat nanti bagi mereka yang mematuhi perintah Allah dan negara yang peraturan Allah.
Perkara – perkara selepas mati : mempercayaai adanya alam barkhzah ( kubur ) hari nisab, hari kiamat, titian siratul mustaqim, nikmat dalam syurga dan lain – lain lagi. Di dalam ajaran islam ini, umat islam boleh terus beribadat kepada Allah dengan mendirikan sembahyang lima wakyu sehari semalam. Semua bentuk penyembahan
dilarang melakukan perantaraan.tidak mematuhi
Aspek Syariah Ajaran ini membezakannya dengan ajaran – ajaran jahiliah kerana ia membentuk cara hidup sendiri melalui syariah – syariah yang merupakan undang atau tatacara bagi manusia hidup sementara di bumi ini. Di dalam syariah terdapat pelbagai bentuk peraturan yang diturunkan oleh Allah melalui wahyuNya kepada Rasullah s.a.w. hanya mengamalkan peraturan dan undang – undang ini sahaja yang terselamat dari kesesatan di dunia dan beroleh keberuntungan di akhirat kelak.
Aspek Akhlak.
Ajaran ini tidak lengkap tanpa peraturan berhubung dengan akhlak di dalamnya terdapat peraturan yang menegah umat Islam khasnya dan umat manusia amnya supaya tidak melakukan kejahatan dan tidak berperikemanusiaan seperti merompak, mencuri, membunuh, menyakiti hati jiran, berzina dan sebagainya. Dengan melaksanakan tiga aspek ajaran Islam ini sahaja, barulah umat Islam secara individu atau masyarakat boleh dianggapkan beriman kepada Allah, rasul Nya dengan sebenar – benarnya. Aspek – aspek ini telah membezakan keagamaan setiap penganut Islam dengan keagamaan orang – orang Jahiliah sebelum Islam.
Kesimpulan:
Orang Arab jahiliah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, hanya menurut nafsu semata – mata. Terdapat pelbagai konsep keagamaan dan ketuhanan antara arab jahiliah dan pandangan islam. Konsep keagamaan dan ketuhanan ini banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat jahiliah dan Islam. Allah S.W.T telah menurunkan Al-Quran sebagai panduan hidup kepada manusia.
Huraikan sejarah perkembangan Islam di Madinah, dan jelaskan bagaimana
nabi Muhammad s.a.w menyatukan pelbagai golongan masyarakat yang berada di
kota tersebut.
Jawapan:
1. A. PENDAHULUAN.
Madinah adalah sebuah negara kota di Hijzah yang dikenali dengan nama Yathrib sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w. Kota ini terletak di antara Yaman di Selatan dan Syam di Utara, di kawasan oasis yang subur. Jaraknya lebih kurang 200 batu di sebelah utara Kota Makkah. Penduduk Madinah terdiri daripada beberapa suku kaum Arab dan bukan Arab. Penduduk utama di kota ini adalah suku Arab, Aus dan Khazraj yang tinggal di bahagian selatan. Antara suku kaum bukan Arab iaitu Yahudi yang terdiri daripada bani Quraizah, Banid Nadhir, bani Qainuqa dan lain – lain lagi yang menduduki di sebelah utara Kota ini. B. SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI MADINAH.
1. Pertentangan antara Aus dan Khazraj
telah membawa kepada perang Bu’ath yang telah mengorbankan jiwa yang banyak.
Kedua – dua suku kaum ini sangat memerlukan kepada seseorang tokoh yang
berwibawa untuk menyelesaikan masalah perselisihan antara mereka. Perbalahan
ini telah melemahkan kuasa politik mereka dan ekonomi mereka di Madinah.
2. Pertelagahan antara Kaum Arab ini telah diambil kesempatan oleh orang – orang Yahudi untuk menguasai politik dan ekonomi mereka. 3. Penduduk Madinah lebih berminat kepada agama monoteisme dari penduduk Makkah. Kebangkitan Nabi akhir zaman telah diramalkan oleh pendeta – pendeta Yahudi sebagaimana yang tercatat di dalam kitab – kitab mereka. Mereka berkeyakinan bahawa Nabi itu akan dilahirkan di kalangan bangsa mereka, tetapi ramalan mereka tidak tepat. Nabi akhir zaman telah dibangkitkan dari keturunan Arab, iaitu nabi Muhammad s.a.w. 4. Pada mulanya, suku Aus dan Khazraj telah pergi ke Makkah untuk mencari jalan menyelesaikan pertelagahan tradisi antara sesama mereka. Tetapi setelah wakil kedua – dua pihak bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w di Makkah dan telah melahirkan Persetiaan Aqabah I ( 621 M ) dan persetiaan Aqabah II ( 622 M ) tujuan asalnya mereka telah berubah. 5. Persetiaan Aqabah II telah membuka jalan kepada penghijrahan Rasulullah s.a.w dan umat Islam sebagai rasul, pemimpin, tokoh perpaduan dan ketua tentera dan negara di negara – negara kota Madinah. C. Langkah Menyatukan Pelbagai Golongan masyarakat 1. Penyatuan penduduk Islam Madinah telah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w seperti berikut:
1.1 Penyatuan antara golongan Ansar ( penduduk
Madinah ) dan Muhajirin ( pendatang Makkah ) adalah diasaskan
kepada keimanan, ketaqwaan dan persaudaraan tanpa melihat kepada keturunan,
bangsa dan warna kulit. Dasar ini telah menyedarkan kaum Aus dan Khazraj dari
meneruskan sikap permusuhan sekian lama mereka. Rasulullah s.a.w juga
menjelaskan bahawa semua jenis persengketaan dan perselisihan adalah terhapus
setelah mereka menganut Islam. Tiada sesiapa pun sesudah itu boleh menuntut
bela atau menuntut hutang.
1.2 Untuk menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi orang – orang Muhajirin, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan orang – orang Muhajirin dengan orang – orang Ansar seperti mempersaudarakan Hamzah bin Abdul Mutalib dengan Zaid bin Harith, Umar bin Al – Khatab dengan Itban bin Malik, Abdul Rahman bin auf dengan Sa’ad al – Rabi’ dan lain – lain lagi. Perhubungan kekeluargaan antara orang Muhajirin dengan Ansar juga dilakukan tanpa mempunyai implikasi persaudaraan nisab ( keturunan ) termasuk hak pusaka, tolong – menolong dan lain – lain. 1.3 Masalah sosial dan ekonomi orang – orang Muhajirin telah diselesaikan kerana orang – orang Ansar yang menolong mereka telah dididik sehingga memiliki keimanan yang kukuh, ketakwaan yang ikhlas dan konsep persaudaraan yang harmoni dan mereka berlumba – lumba menghulurkan sumbangan bantuan kepada orang – orang Muhajirin. Ini termasuk sumbangan yang bersifat wang, makanan, pakaian, ladang pertanian, binatang ternakan, tapak tinggal dan lain – lain lagi. 1.4 Konsep ‘ satu ummah’ sebagai mana tercatat di dalam Piagam Madinah juga telah memperkukuhkan lagi persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin. Peruntukan Piagam Madinah ini telah mewajibkan kepada setiap penduduk Islam supaya bekerja sama dalam menegakkan amal kebaikan dan mencegah kemungkaran, tidak boleh membiarkan saudara seagamanya dibebankan dengan hutang, berperang dan membunuh sesama sendiri dan menegah berpihak kepada orang kafir untuk memusuhi umat Islam. 1.5 Akhirnya orang – orang Muhajirin dan Ansar dapat disatukan dalam satu ‘Ummah’ dalam sebuah negara Islam Madinah dan mereka telah berjaya untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni. 2. Nabi Muhammad s.a.w telah membuat beberapa langkah yang boleh menjamin keamanan di negara kota itu untuk menghindarkan daripada tindakan jahat orang Yahudi yang boleh mengancam keselamatan umat Islam di Madinah. 2.1 Nabi Muhammad telah memperuntukkan di dalam Piagam Madinah hak – hak golongan Yahudi seperti memberi kebebasan mengamalkan upacara dan ibadat agama mereka, kebebasan di dalam kegiatan ekonomi, sosial, adat istiadat mereka dan mereka pula diminta supaya bersedia untuk mempertahankan keselamatan Madinah dari ancaman musuh. Di sebaliknya, mereka pula meminta jasa bik Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan masalah – masalah yang dihadapi oleh mereka. Di dalam Piagam Madinah setiap penduduknya mempunyai hak yang sama. 2.2 Golongan – golongan Yahudi ini hanya mematuhi Piagam Madinah pada peringkat permulaan sahaja. Selepas itu mereka mengingkarinya, seperti telah dirancang terlebih dahulu kerana tindakan mereka berdasarkan komposisi di dalam golongan Yahudi yang terdiri daripada Bani Qainuqa, bani Nadir dan bani Quraizah. 2.3 Bani Qainuqa telah menghina Piagam Madinah dengan mempersendakan kemenangan Rasulullah s.a.w dan pengikutnya dalam Perang Badar yang berlaku pada tahun ke – 2 Hijrah. Mereka tidak mematuhi amaran Rasulullah s.a.w supaya menjaga kedamaian dan keharmonian di Madinah. Seterusnya mereka bertindak mengganggu maruah wanita secara terang – terangan. Sehubungan itu Rasulullah telah menghalau mereka keluar dari Kota Madinah ke suatu kawasan berhampiran dengan negeri Syam di utara Semenanjung Tanah Arab. 2.4 Bani Nadir telah melakukan dua kesalahan besar. Pertama, mereka telah mengadakan komplot untuk membunuh Rasulullah s.a.w semasa baginda mengadakan rundingan dengan salah seorang ketua mereka. Baginda terselamat dengan turunnya wahyu dari Allah seperti mana yang tersebut dengan turunnya ayat II, Surah Al – Maidah 15 ). Kedua mereka telah menyokong kaum Quraisy Makkah dalam Perang Uhud. Kesalahan – kesalahan ini merupakan pengingkaran terhadap Perlembagaan Madinah. Dengan arahan Rasullah s.a.w kemudiannya, mereka dikepung oleh tentera Islam selama enam hari. Setelah mereka menyerah kalah, mereka bersetuju meninggalkan kota Madinah. 2.5 Bani Quraizah pula juga mengingkari Piagam madinah dengan menimbulkan masalah besar pada masa berlakunya Perang Khandak ( Ahzab ). Huyai bin Ahtab, pemimpin Bani Nadir yang dihalau keluar dari Madinah telah menghasut pemimpin Bani Quraizah iaitu Ka’ab bin Asad sehingga akhirnya bersetuju membatalkan perjanjiannya dengan Rasulullah s.a.w dan seterusnya memihak kepada tentera Quraisy yang sedang mengepung Madinah. Bani Nadhir tidak mengendahkan amaran Rasulullah s.a.w tentang bahayanya pengkhianatan mereka. 2.6 Setelah Perang Khandak ( Ahzab ) dimenangi oleh tentera Islam, umat Islam mengepung perkampungan Bani Quraizah selama 25 Hari. Akhirnya mereka menyerah kalah dan bersetuju melantik Sa’ad bin Muaz pemimpin suku Auz, membuat pengadilan mereka. Sa’ad bin Muaz telah membuat keputusan bahawa harta mereka dirampas, kanak – kanak, orang – orang Tua dan kaum wanita ditawan. Manakala orang lelaki pula dipancung. Hukuman ini setimpal dengan pengingkaran mereka terhadap perjanjian sebelum ini bersama – sama orang – orang Islam. Masalah yang ditimbulkan oleh orang – orang Yahudi ini akhirnya telah dapat diselesaikan oleh Rasulullah s.a.w ke atas mereka. C. KESIMPULAN: Setibanya Rasulullah s.a.w di Madinah dari Makkah, beliau terpaksa menghadapi pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh beberapa golongan penduduk di Madinah yang tidak senang terhadap kedatangannya. Dengan pimpinan dari Allah s.w.t dan dengan sifat seorang pentadbir yang cekap, pendamai yang dihormati, panglima berakhlak luhur dan pemimpin berwibawa baginda telah dapat menyelesaikan semua masalah berkenaan dengan adil. Akhirnya, baginda telah dapat menyatukan pelbagai kaum dan golongan masyarakat yang ditinggalkan di kota Madinah. DARIPADA: SITI HAJAR BINTI DASUKI & MOHD SAMIRUL BIN SIDI
Huraikan pandangan sarjana Islam dan Barat tentang sebab-sebab bangun dan jatuhnya sesuatu tamadun dengan mengemukakan contoh-contoh
Contoh Jawapan
Pendahuluan
-Setiap
orang mempunyai persepsi tersendiri terhadap istilah tamadun.
-Tamadun
mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.
-Kedua-dua
unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat.
-perkataan
tamadun atau peradaban sering dikaitkan dengan beberapa istilah seperti
madaniah dan hadarah.
-tamadun
lahir daripada perkataan maddana yang mempunyai 2 pengertian iaitu merujuk
kepada perbuatan membuka bndr atau kota serta perbuatan memperhalus budi
pekerti.
-menurut
pandangan sarjana islam dan sarjana barat peradaban turut membicarakan idea
teras beberapa sarjana sains peradaban tentang teori-teori jatuh bangunnya
sesebuah peradaban.
Isi-isi penting
A)-Pandangan sarjana Islam tentang sebab2 bangun sesuatu tamadun
1. Ibn Khaldun menjelaskan bahawa perjalanan
sesuatu tamadun itu ibarat
roda yang naik dan turun. Perubahan berlaku mengikut sifat-sifat
diri manusia dan masyarakat. Sesuatu bangsa atau kuasa dengan kemegahan pencapaian
kemajuan dan tamadun sedang bergerak kepada keruntuhan kerana perubahan keadaan
dalam diri dan masyarakatnya dari sifat yang baik, positif dan kebanggaan
kepada mewarisi sifat-sifat yang membawa kehancuran. Pada waktu yang sama
terdapat bangsa dan kuasa yang sedang mengalami perubahan diri kepada
sifat-sifat membangun untuk bangkit menjadi berkuasa dan menciptakan tamadun
baru di atas keruntuhan sebelumnya.
2. Menurut Ali Shariati (1933-1977) sarjana
sosiologi Iran turut
mengemukakan teori perkembangan tamadun . Terdapat dua
perkara yang
memungkinkan terbinanya tamadun iaitu:
a)-Fenomena Hijrah atau migrasi.
Ø Hijrah mempunyai prinsp yang tertentu kerana hijrah telah melahirkan satu tamadun
baru yang besar . Beliau telah merumuskan bahawa peradaban lahir kerana
penghijrahan manusia dari tempat asal ke tempat baru. Contoh peradaban Melaka
lahir kerana penghijrahan sekelompok manusia dari Sumatera membuka Melaka dan
seterusnya Melaka menjadi pusat perdagangan, kebudayaan dan aktiviti
keintelektualan.
b)- Peranan manusia dalam menempa kemajuan.
Ø Peranan manusia sendiri yang bertanggungjawab menentukan nasib dan mengubah
masa
depan mereka kerana mereka dikurniakan akal fikiran dan kudrat untuk
berusaha.
Pandangan sarjana Islam tentang jatuhnya sesuat tamadun
3. Menurut Malik b. Nabi (1905-1973) seorang
pemikir dari Algeria
berpendapat kejatuhan
tamadun Islam disebabkan oleh kemewahan hidup.
4.Menurut Akbar S. Ahmad dalam bukunya -Discovering Islam:
making
sense of muslim history and society (menegaskan
semakin jauh umat Islam) daripada konsep ideal iaitu contoh
terbaik uswatun hasanah yang dipamerkan oleh peribadi Rasulullah
s.a.w dan tiga generasi awal semakin besar pula ketegangan yang akan berlaku
dalam masyarakat.
3.Kesengsaraan
hidup
-Hidup
yang sengsara dan menderita mendorong masyarakat berusaha secara kolektif untuk
membebaskan diri daripada belenggu.
-Cthnya:kebangkitan
negara Jepun sering kali d’kaitkan dgn k’peritan masyarakat slps peristiwa
p’geboman di Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang dunia k’dua (1945).
4.
Kedudukan yg strategik
-m’peroleh
sumber2 smula jdi utk k’langsungan hidup.
-cthnya:
p’bentukkan Lembah Tigris dan Euphrates dan tamadun Mesir di Lembah sungai Nil
serta Melaka di pinggiran Selat Melaka.
5.
K’agamaan dan k’rohanian
-m’dorong
manusia m’hayati dan m’amalkan nilai2 k’hidupan yg suci.
-k’munculan
tamadun Islam d’pengaruhi oleh ransangan k’agamaan dan k’rohanian srta dorongan
lngsng drpd risalah dan wahyu.
6.
Bidang k’ilmuan
-wujud
dlm diri tokoh t’kemuka tamadun silam.
-Plato
dan Aristotle dlm tamadun Yunani, Kung Fu-Tze dlm tmadun china, Kautilya dlm
tmadun India, Al-Farabi,Ibni Battuta,al-Ghazali, dan Ibnu khaldun dlm tmadun
Islam.
B)-Pandangan sarjana Barat tentang sebab-sebab bangun sesuatu tamadun
1. Karl Max- berpendapat bahawa
kedudukan sejarah seseorang atau
sesuatu bangsa dan tamadun
cenderung kepada mengalami keruntuhan pada akhirnya. Beliau mengemukakan
pandangan yang bertentangan apabila menilai kedudukan sistem komunis dan
tamadun ciptaannya. Beliau optimisme yakini akan berkekalan kuasa dan
tamadunnya. Namun begitu sejarah telah membuktikan bahawa sistem komunis adalah
suatu sistem yang dalam proses menyempurnakan keruntuhannya.
2. Hegel- berpendapat bahawa manusia,
masyarakat dan negara dalam
perjalanan sejarahnya terikat dengan peringkat zaman
tertentu hingga ia dapat mengemukakan pemikiran terbaik dan menjadi kesan yang membanggakan
tetapi kemudiannya akan mengalami kelemahan dan keruntuhan.
3. Menurut Toynbe - setiap tamadun akan
mengalami zaman kegemilangan
dan zaman
keruntuhan adalah suatu yang pasti.
4.Perpecahan
dlm klngn masyarakat
-cthnya:p’tentangan
antara kaum Mawali (Islam bkn Arab) b’bngsa Parsi dgn Bani Umaiyah dan b’laku
k’merosotan t’hdp krjn Bani Umaiyah.
5.K’tidakadilan
-wujud
jurang p’bezaan yg ketara antara glng kaya dan miskin.
-cth:Di
Yunani, glng hamba abdi yg hidup melarat manakala glng kaya pula terus
m’gandakan harta k’kayaan.
6.
K’tidakstabilan politik
-membawa kpd k’merosotan sesebuah tamadun.
-Ada tamadun yg dpt m’mnjangkan jngka hytnya
spt tamadun Rom di bwh p’merintahan Augustus hingga Aurelius (30 S.M -180 M)
dan krjn Turki Uthmaniyah (1290 M -1922 M ). K’dua2 empayar ini kekal dan dpt
b’tahan lama kerana k’stabilan politiknya.
7.Bencana
alam atau malapetaka
-menyebabkan
kerosakkan secara besar-besaran seperti banjir dan wabak penyakit .
8.Tidak
mahu menerima perubahan
-dalam
bidang teknologi blh membawa kpd sesebuah tamadun.
-sikap
ini akn merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masy yg setrusnya akn
membawa masy brda dlm keadaan beku berpanjangan.
Pandangan sarjana Barat tentang sebab-sebab
bangun sesebuah tamadun.
Ø Spengler,Max
Weber cuba membezakan antara budaya dan peradaban apabila mendefinisikan
perkataan peradaban.
Ø
Kebudayaan
terbahagi kepada 2 iaitu kebudayaan
kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material).
Ø
Definisi yang
diberikan oleh max weber sangat sempit kerana tidak mencakupi unsur2 spiritual.
Ø
Aktiviti
pertanian
-mencipta
plbagai teknik atau inovasi dalam bidang pertanian dan sebagainya.
Ø
Masyarakat
peradaban ialah masyarakat producing
yg mempunyai sistem tulisan dan menjalani kehidupan bandar.
Ø
Unit kebudayaan
yang terbesar
- Terdiri
daripada perkongsian norma2 sosial,tradisi dan institusi2 yg berterusan.
-R.A Buchanan
menjelaskan masyarakat peradaban memiliki institusi2 yg kompleks,melibatkan
tahap pengkhususan yang tinggi ,wujud stratifikasi sosial,penguasaan matematik
dan teknologi tinggi.
Ø
Kebudayaan
yang berkembang di kota
-perlu dirujuk
sebagai satu kumpulan pemikiran pelbagai manifestasi,orientasi yg berterusan.
-gaya kebudayaan
yg bertanggungjawab membentuk institusi politik,kesusasteraan,agama dan moral.
Ø
peradaban adalah
pengkelompokan manusia menurut
Samuel P.Hungtinton.
-peradaban
ditakrif oleh unsur objektif yang serupa seperti bahasa,sejarah,agama,adat
institusi dan pengenalan diri yang subjektif.
-identiti
penduduk rom boleh mentakrifkan dirinya mengikut tahap yang berbeza.
-misalnya
sebagai orang rom,itali,katolik,kristian,eropah dan orang barat.
Kesimpulan
-konsep
dan cirri-ciri tamadun serta factor-faktor jatuh bangun sesebuah tamadun adalah penting
difahami oleh generasi muda melihat perkembangan secara menyeluruh.
-Umat
Islam kembali kepada dua sumber utama iaitu Al-Quran dan hadis untuk mengembalikan
kegemilangan dalam pelbgai bidang.
-biarlah
generasi muda sedar bahawa mereka masing2 mempunyai peranan dan tanggungjawab
untuk mencorakkan masa depan dan peradaban bangsa dan negara
Diusahakan
oleh:
ASMIDA
BINTI SALIM (6A3)&NUR
FARAIN BINTI BAHROL (6A3)
|
1999
|
Bincangkan konsep manusia dan kehidupan masyarakat arab pada zaman
Jahiliah.
Pengenalan
-Menurut kamus dewan edisi terbaru manusia merupakan makhluk
berakal, berfikiran, berperasaan, bernaluri, bernafsu serta beremosi dan
mempunyai perilaku tersendiri mengikut budaya setempat. Sekempulan manusia sama
ada kecil atau besar akan membentuk sebuah masyarakat.
-berdasarkan bukti arkeologi, manusia telah wujud sejak
zaman air batu (plestosen). Manusia terawal dikenali sebagai neanderhal yang
menetap di eropah, asia dan afrika.
Konsep manusia menurut barat
-Van Baptiste come de lemarek (1749-1829) dan Charles
Darwin(1802-1889) telah mengemukakan teori revolusi. Menurut teori tersebut
manusia berasal dari monyet.
-Teori ini amat berpengaruh di eropah dan Negara islam pada
abad ke -19 dan awal abad ke – 20.
-menurut Charles Darwin manusia mula-mula tinggal di atas
pokok. Kemudian mula turun ketanah berjalan menggunaka kaki dan tangan kemudia
mula berdiri tegak dan berjalan menggunakan kedua-dua kaki.
Konsep manusia menurut al-Quran dan
islam
-di dalam al-Quran, Allah SWT telah menjelaskan bahawa asal
kejadian manusia adalah daripada keturunan Nabi Adam.-nabi Adam diciptakan daripada tanah seperti yang dijelaskan dalam surah as-sajadah, ayat 7 yang bermaksud:”dialah yang mencipta sesuatu itu dengan sebaik-baiknya dan memulakan ciptaan manusia daripada tanah (at-tin)”. -adam berasal daripada tanah (al-tin, al-turab, al-salsal). Dijadikan saripada 7 peringkat iaitu air mani, segumpal darah, seketul daging, lambaga yang lengkap, ditiupkan roh. -Allah SWT menciptakan manusia dengan penuh kesempurnaan agar manusia mampu menjadi khalifah yang baik di atas muka bumi ini dan mematuhi segala urusan suruhan-nya seperti yang dijelaskan dalam al-quran, surah adz-dzaariyaat, ayat 56 yang bermaksud:”aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-ku”.
Kehidupan masyarakat jahiliah
Politik
-tiada kerajaan yang mempunyai struktur pemerintahan yang
sistematik.
-memiliki semangat kesukuan yang kukuh.-sistem politik mayarakat hadari (bandar) lebih stabil berbanding masyarakat badwi.sistem politik masyarakat badwi adalah berdasarkan kabilah. Setiap kabilah desertai oleh syeikh kabilah. Syeikh. kabilah merupakan seorang yang bijaksana, berani, dan pemurah. Selain itu beliau harusla seorang hartawan yang sudah berumur. -mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok. -Semenanjung tanah arab telah ditakluki oleh kuasa luar yang berbeza. Bahagian utara dikuasai oleh rom dan parsi, manakala bahagian selatan pula oleh kerajaan habsyah, rom dan parsi. -sering berlaku perperangan antara kabilah dengan kabilah yang lain disebabkan perkara kecil.
Ekonomi
-aktiviti
perniagaan yang dijalankan berasaskan riba dan penindasan kerana mementingkan
keuntungan dan kekayaan semata-mata.-golongan badwi hanya bergantung kepada hasil ternakan seperti unta, kambing, kuda, dan biri-biri. Dan mengamalkan sistem barter. -golongan hadari mempunyai sistem ekonomi yang lebih bersistematik. Kebanyakan mereka terlibat dalam aktiviti perdagangan. -salah satu sumber ekonomi golongan badwi ialah merompak. Mereka menyerang suku-suku yang dimusuhinya, merompak ternakan, wanita, dan kanak-kanak. Oleh yang demikian, orang badwi tidak menetap di sesuatu tempat dan terpaksa mengembara. -Golongan bawahan menderita kerana wujudnya penindasan ekonomi.
Sosial
-struktur masyarakat arab tertakluk kepada sistem berkabilah
sama ada yang tinggal di bandar (arab hadari) atau di padang pasir (arab badwi).
kabilah ialah satu unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran.-penyatuan masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan yang diistilahkan sebagai semangat ‘abassiyah’. -perperangan sesama sendiri sering berlaku antara kabilah-kabilah. Tujuan perperangan ini adalah untuk mencari nama, kuasa, pengaruh, dan harta benda sebagai lambing kemegahan kabilah masing-masing. -kedudukan wanita diletak di tahap yang serendah-rendahnya. -seorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya. -golongan hamba dipandang hina malah status mereka lebih rendah daripada golongan wanita. -berfahaman seorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk menunjukkan mereka telah sempurna menjadi lelaki.
Agama dan kepercayaan
-terdapat
empat kepercayaan agama iaitu agama wathani (menyembah berhala), animism
(memuja alam seperti pokok), samawi(kristian dan yahudi), dan kepercayaan
seperti menilik nasib, sihir, dan mempercayai roh orang mati menjadi burung.-menganggap segala boleh memberi keuntungan/manfaat kepada mereka berhak disembah.mereka menyembah pelbagai tuhan berbentuk objek kebendaan atau tahyul.
Kesimpulan
Ajaran islam telah berjaya mengubah kehidupan manusia
jahiliah kepada kehidupan yang lebih baik.
Disediakan oleh:Abdul majid b. tudin&Cristie misselin guan
|
2000
|
Tamadun Islam telah dapat mengubah cara hidup masyarakat Jahiliah
dalam berbagai-bagai aspek. Huraikan perubahanperubahan yang berlaku dalam
masyarakat Jahiliah selepas kelahiran Islam.
PENGENALAN
Pengertian jahiliah:Jahala, Jahlun, Jahalatun yang bererti
“bodoh dan sesat”Definisi menurut sejarawan Islam Zaman yang penuh dengan kegelapan,kejahilan,kebodohan dalam bidang ilmu pengetahuan kerana tidak tahu membaca dan menulis. Suatu zaman tidak mempunyai peraturan hidup dan tidak mempunyai agama, tidak mengesahkan Allah. Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w. 3. Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w telah membawa banyak perubahan. 1. Kepercayaan a) Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala. Pada asalnya mereka ialah pengikut ajaran Hanif tetapi ajaran ini diselewengkan dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala.Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, Sabiah, Majusi, Nasrani dan Yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut.
2.
Kedudukan wanita
a) Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada
golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka
dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalanganmereka yang kematian suami,
menjadi rebutan anak- anak lelaki suami mereka. Keadaan ini menyebabkan suku
bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah.
b) Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah
memandang mulia golongan wanita. Mereka perlu dipelihara dari segi maruah dan
kebajikan
3.
Aspek Politik
Tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur
dan bersistematik. Wilayah – wilayah Arab sentiasa dijajah dan diganggu gugat
oleh bangsa – bangsa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah – wilayah sebelah
utara. Bagi wilayah – wilayah di sebelah selatan pula, wilayah – wilayah Arab
ini dijajah oleh orang Habsyah, Rom dan Parsi.
Selepas Nabi Muhammad SAW menguasai Madinah, umat
Islam berjaya mendirikan negara Islam Madinah. Mempunyai perlembagaan Madinah
yang lengkap. Pemerintahan berkesan dan sistematik. Nabi Muhammad SAW sebagai
pemimpin yang hebat. Berjaya menghalang pengaruh Rom dan Parsi
4.
Kelas masyarakat
a) Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam
masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang
mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas.
Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat
kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas
para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka.
b) Dalam masyarakat Islam menitik beratkan konsep
persamaan taraf. Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan
manusia berdasarkan kepada ketakwaanya kepada Allah. Manusia tidakdibezakan
mengikut kekayaan atau pangkat mereka.
5.
Aspek ekonomi.
Kedudukan kota Makkah agak tersepit di antara kuasa
– kuasa besar seperti Rom, Parsi dan Habsyah. Dalam keadaan yang terdesak dan
tertekan ini puak Quraisy Makkah cuba mengeksploitasikan perdagangan satu hala
dengan mengenakan tekanan ke atas kaum Badwi. Perdagangan penuh penipuan dan
riba.
Selepas Islam datang, Nabi Muhammad SAW memperkenalkan
sistem ekonomi yang adil , tiada penipuan dan riba. Nabi Muhammad dan umat
Islam menguasai ekonomi Madinah dari tangan orang Yahudi dengan membeli kawasan
ekonomi yang dikuasai Yahudi. Nabi menggalakkan perniagaan sebagai 9/10 sumber
rezeki
6.
Aspek Kesusasteraan
Tidak dinafikan bahawa orang Arab Jahiliah pandai bersyair,
bersajak dan berkhutbah (berceramah ) tetapi hasil – hasil karya mereka itu
adalah berbentuk sastera kreatif yang berbeza dengan zaman Islam. Isi karya
tidak menunjukkan intelektual yang tinggi.
Justeru itu, Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW dan
kitab Al – Quran untuk dijadikan pedoman kepada manusia supaya dapat mengatasi
sastera Arab Jahiliah. Al-Quran adalah mukjizat yang mempunyai nilai sastera
yang sangat tinggi yang tidak dapat ditandingi oleh bijak pandai Jahiliah.
Kesimpulan
1. Islam telah menukar cara hidup orang – orang
Jahiliah dari menyembah berhala kepada menyembah Allah, dari berakhlak buruk
kepada akhlak yang mulia dan berperikemanusiaan.
2. Islam telah membawa masyarakat Jahiliah kepada
sebuah masyarakat yang tinggi dan bertamadun.
Disediakan oleh :Suhaili Bin Hassan&Mohd Haslam Bin Murat
|
2001
|
Huraikan latar belakang masyarakat Makkah dan Kota Madinah (
Yatrib ) sebelum kedatangan Islam.
|
2002
|
Jelaskan struktur dan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah.
Bandingkan konsep ketuhanan dan keagamaan antara pandangan Islam dengan tamadun-tamadun awal manusia. Contoh jawapan
PENGENALAN.
-Konsep ketuhanan dan keagaaman menurut pandangan Islam adalah
berlandaskan kepada kaidah iaitu mentauhidkan Allah swt yang esa.
- Agama Islam menekankan aspek syariah dalam menentukan peraturan
kehidupan.
-Berbeza dengan konsep ketuhanan dan keagamaan tamadun awal manusia,
mereka mempercayai kepada agama yang menyembah banyak tuhan di samping
mengadakan upacara pemujaan dan pengorbanan.
Isi :
Konsep Ketuhanan Dan Keagamaan Menurut Pandangan Islam.
Terdapat dua bentuk ajaran yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w:
Di Mekkah:
o
Ajaran berbentuk Tasyri’ Kulli ( ajaran secara umum
) sebagaimana yang termaktub di dalam Al – quraan, melalui surah – surah
Makkiyah sebanyak 93 surah. Ia menyentuh mengenai Hablum Minallah
(Hubungan antara HambaNya dengan Allah ). Iaitu berhubung dengan akidah,
keimanan, akhlak dan peribadatan.
Di Madinah :
o
Ajarannya berbentuk Tasyri’ Juzi ( ajaran secara
khusus ) sebagai mana disebut di dalam surah Madaniyah ayat 21. Ia menerangkan
persoalan Hablum Minannas ( hubungan antara individu, manusia dengan individu
yang lain ) iaitu berhubung dengan kenegaraan, ekonomi, kemasyarakatan dan lain
– lain lagi.
Aspek-aspek Ajaran Islam :
Aspek Akidah :
o
Tauhid : mengesakan Allah swt sebagai tuhan yang berhak
disembah, memiliki segala kesempurnaan, berkuasan mencipta alam semesta. Dengan
sendirinya, menolak segala ajarananthropomorphisme, iaitu segala bentuk
penyembahan berhala dan penyamaan tuhan dengan makhluk Nya.
o
Mempercayai enam rukun iman :
beriman kepada Allah, kepada Malikat, kitan – kitab suci Allah, para rasul,
hari Kiamat dan Qada dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah swt.
o
Mempunyai tanggungjawab terhadap
amalan sendiri. Mempercayaai bahawa syurga adalah tempat kediaman di
akhirat nanti nagi mereka yang mematuhi perintah Allah dan neraka adalah tempat
manusia yang mengingkari perintah Allah
o
Perkara – perkara selepas mati: mempercayaai
adanya alam barzakh (kubur ), hari nisab, hari kiamat, titian siratul mustaqim,
nikmat dalam syurga dan lain – lain lagi. Di dalam ajaran Islam ini, umat Islam
boleh terus beribadat kepada Allah dengan mendirikan sembahyang lima waktu
sehari semalam. Semua bentuk penyembahan dilarang melakukannya melalui
perantaraan.
Aspek Syariah:
o
Ajaran ini membezakan dengan ajaran – ajaran
jahiliah kerana iamembentuk cara hidup sendiri melalui syariah – syariah yang
merupakan undang – undang atau tatacara bagi manusia hidup sementara di bumi
ini. Di dalam syariah terdapat pelbagai bentuk peraturan yang diturunkan oleh
Allah melalui wahyu Nya kepada Rasullah s.a.w. hanya mengamalkan peraturan dan
undang – undang ini sahaja yang terselamat dari kesesatan di dunia dan beroleh keberuntungan
di akhirat kelak.
Aspek Akhlak:
o
Ajaran ini tidak lengkap tanpa peraturan berhubung
dengan akhlak. Di dalamnya terdapat peraturan yang menegah umat Islam khasnya
dan umat manusia amnya supaya tidak melakukan kejahatan dan tidak berperikemanusiaan
seperti merompak, minum arak, berjudi dan sebagainya. Ajaran Islam juga
menggalakkan manusia supaya berakhlak mulia, menjalinkan silaturahim
dan tolong menolong.
o
Dengan melaksanakan tiga aspek ajaran
Islam ini sahaja, barulah umat Islam secara individu atau
bermasyarakat boleh dianggap beriman kepada Allah, rasul – Nya dengan sebenar –
benarnya. Aspek ini telah membezakan keagamaan setiap penganut Islam dengan
keagamaan orang – orang Jahilian sebelum Islam.
Konsep Ketuhanan Dan Keagamaan Menurut Pandangan Tamadun Awal Manusia.
Menyembah banyak Tuhan.
o
Dalam tamadun awal manusia agama yang diamalkan
adalah bersifat politeisme iaitu agama yang menyembah banyak tuhan dan dewa –
dewi. Misalnya orang – orang Sumeria, Mesir dan Indus menyembah banyak tuhan.
Manusia pada zaman tamadun awal percaya dewa – dewi ini boleh mendatangkan
kebaikan dan keburukan.
o
Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu
iaitu dewa langit, bagi orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon – Re
iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil. Manakala dewa – dewi
yang disembah oleh orang Indus ialah dewa bermuka tiga. Bagi orang Aryan mereka
menyembah tuhan matahari ( Mitra ), langit (Dyaus) dan api ( Agni ). Tuhan yang
paling popular ialah tuhan Indra.
Menyembah Dewa – dewi.
o
Dalam masyarakat Sumeria, mereka percaya setiap
kota mempunyai dewa penaung ( patron deity ). Orang- orang Sumeria menyembah
dewa ini yang dipercayaai dapat melindungi kota – kota mereka.
o
Bagi orang – orang Mesir, mereka mempercayaai seluruh
alam dikuasai oleh dewa – dewai yang akan menentukan hidup matinya sesuatu
kehidupan. Mereka memuja banyak semangat roh binatang seperti kucing dan
tanaman.
Upacara Pemujaan
dan pengorbanan.
o
Masyarakat tamadun awal sering menjalankan upacara
agama seperi pemujaan dan pengorbanan supaya mereka tidak ditimpa malapetaka.
Bagi orang Sumeria upacara pemujaan dan pengorbanan dilakukan dalam kuil – kuil
berbentu menara yang dipanggil Ziggurat.
o
Dalam masyarakat Indus mereka juga
menjalankan upacara pengorbanan terutamanya binatang. Tetapi mereka tidak
mengorbankan lembu kerana dianggap sebagai binatang suci.
o
Masyarakat Shang percaya bagi mengelakkan
malapetaka, orang Shang perlu menjalankan upacara pengorbanan untuk tuhan –
tuhan mereka.
Menyembah banyak Objek dan Unsur Alam semester :
o Bagi masyarakat
Shang mengamalkan agama menyembah banyak objek dan unsur alam semesta seperti
bumi, sungai, angin, binatang dan sebagainya. Mereka percaya tuhan yang paling
berkuasa adalah tuhan T’ien iaitu tuhan langit.
o
Mereka percaya tuhan – tuhan ini boleh
menguasai kehidupan manusia dan boleh menyebabkan malapetaka seperti kemarau,
banjir dan wabak penyakit.
o
Bagi mengelakkan malapetaka belaku orang
Shang menjalankan upacara pengorbanan supaya tuhan – tuhan mereka tidak marah.
Kepercayaan kehidupan selepas mati.
o Bagi orang – orang
Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Oleh itu mereka tidak
menghasilkan mumia atau makam yang kompleks.
o
Sebaliknya orang – orang Mesir, mereka
mempercayaai kehidupan selepas mati. Justeru itu dikalangan pemerintah
mereka akan membina piramid untuk menyimpan mumia sebagai tempat bersemadi roh
– roh mereka. Selain itu banyak barangan seperti makanan, perabut, harta juga
disemadikan bersama – sama mumia.
o
Masyarakat Shang juga percaya kehidupan
selepas kematian, mereka akan menanam raja – raja Shang ini bersama barang
seperti harta, manusia seperti tawanan perang, petani bersama – sama raja yang
telah mati dalam satu kawasan perkuburan.
Memuja Roh Nenek Moyang :
o
Orang – orang Shang memuja roh nenek moyang mereka kerana mereka percaya
roh – roh ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas keghidupan mereka.
o
Mereka percaya dengan penggunaan tulang –
tulang nujum ( oracle bones ) untuk membuat ramalan terutamanya untuk mengetahui
sesuatu perkara yang berkaitan dengan roh nenek moyang mereka.
KESIMPULAN
Nur
Mazawani Binti Muhamma
|
2003
|
Masyarakat yang terdapat pada zaman Khulafa Al-Rasyidin terdiri
daripada pelbagai golongan. Huraikan (Bab 3)
Contoh Jawapan
PENDAHULUAN
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,khulafah Al-Rasyidin mengambil alih pemerintahan Islam.Pemerintahan
khulafah Al-Rasyidin meliputi khalifah
Abu Bakar,khalifah umar Al-khattab,khalifah
Uthman bin Affan dan khalifah Ali bin Abu Talib.Pada zaman khalifah Al-Rasyidin
,orang arab Madinah dan orang arab Quraisy merupakan golongan penting membantu
pentadbiran Negara.
ISI
1.
AL-RIDDAH (zaman Abu Bakar)
Ø 3 Golongan
Ø Enggan membayar zakat-beranggapan
zakat hanya dibayar kpd Nabi.
Ø Nabi palsu-mendakwa
mereka menerima wahyu tujuannya utk mendpt pengaruh & kepentingan peribadi.
Ø Murtad-menerima
islam utk mendpt perlindungan politik dari Negara islam.
2.
AH-AL AGGAM (zaman Al-Khattab)
Ø Org Arab yg
menyertai tentera di Iraq,Syria,dan Mesir tlh membuka tanah dan menetap di
kwsan tersebut.
Ø Mereka
merupakan bekas golongan murtad.
Ø Mereka
diberikan kuasa mentadbir lading dan tanah serta memungut cukai sbg mengenang
jasa mereka.
Ø Pemimpinya
ialah AL-ASHTAR & MALIK AL-HAITH.
3.
AL – QURIA
Ø Berasal dari
golongan Al-Aggam.
Ø Mengelar diri
mereka sbg Al-Quria utk membezakan mereka daripada golongan AL-Aggam yg lain.
Ø Memberontak
kerana pengambilan kuasa pentadbiran tanah & cukai di Iraq oleh Bani
Umaiyah.
Ø Membunuh
Khalifah uthman.
Ø Memberi
sokongan kpd Khalifah Ali dlm perang Jamal dan Siffin.
4.
KHAWARIJ (zaman khalifah Ali)
Ø Bekas penyokong
Khalifah Ali yg tdk bersetuju dgn khalifah Ali yg menerima pendamaian dgn
tentera Muawiyah dlm perang siffin.
Ø Berjaya
membunuh Ali dan melancarkan gerakan menentang Bani Umaiyah.
5.
BERKECUALI
Ø Terdiri drpd
golongan tdk ingin terlibat dlm konflik Ali dan Muawiyah.
Ø Tinggal di
Hijaz
6.
BUKAN ARAB (AJAM)
Ø Kaum parsi yg
telah memeluk Agama Islam.
Ø Tinggal di Iraq
Ø Tdk dikenakan
bayaran Jizyah.
7.
BUKAN ISLAM
Ø Terdiri drpd
Orang Arab & bkn Arab yg tdk beragama Islam-Yahudi,Qibti & parsi.
Ø Tinggal di luar
semenanjung Arab.
Ø Menganut agama
kristian,yahudi & Majusi.
Ø Mereka mendpt
perlindungan politik & layanan adil drpd kerajaan islam kerana membayar
Jizyah.
PENUTUP
Berdasarkan huraian di atas,jelaslah bahawa terdapat pelbagai
golongan di zaman khulafah Al-rasyidin.
Ø NUR KHALIFAH
BINTI ABDUL GHANI.
|
2004
|
Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah
dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di
Madinah.
|
2005
|
Jelaskan konsep manusia mengikut pansangan Islam dan Arab Jahiliah.
Huraikan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w menangani masalah
yang ditimbulkan oleh kaum-kaum yang terdapat di Madinah setelah
baginda berhijrah ke kota tersebut.
|
2006
|
Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w.
ke arah pembentukan negara Islam di Madinah
Contoh Jawapan
PENGENALAN
ž Negara kota
Madinah terletak kira-kira 320 km ke utara Mekah.
ž Masyarakatnya terdiri daripada suku-suku Arab
terutamanya Aus dan Khazraj serta orang-orang Yahudi.
ž Sebelum agama
Islam tersebar ke Madinah suku-suku Arab sentiasa berselisih faham sesama
mereka.
ž Golongan Yahudi
memandang rendah orang-orang Arab, memonopolikan kegiatan ekonomi, hidup mewah
dan menguasai pentadbiran.
ž Dari segi agama dan kepercayaan kaum Yahudi
memelihara kesucian agama Yahudi dan orang-orang Arab menyembah berhala seperti
orang Quraisy di Mekah.
ž Namun begitu
orang Arab Madinah lebih mengerti tentang ketuhanan dan kenabian berbanding
dengan orang Arab Mekah oleh kerana mereka lebih terdedah kepada agama Yahudi.
ž Jadi, pemikiran
mereka lebih terbuka kepada usaha dakwah Nabi Muhammad saw dan lebih bersedia
memeluk agama Islam yang dibawanya.
ž Hijrah dari
Mekah ke Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan titik permulaan negara
Islam di Madinah.
ž Walaupun sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w.
ke Madinah agama Islam tersebar di Madinah menerusi orang-orang Muslim (kaum
Ansar) yang menyertai dalam Perjanjian Aqabah I dan Aqabah II.
ISI-ISI PENTING
Pembinaan Masjid
ž Peristiwa
hijrah telah menyebabkan penyebaran agama Islam semakin meluas terutamanya
dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Madinah yang menjadi tempat ibadat dan
penyebaran agama Islam.
ž Kaum Ansar di Madinah menyambut Muhajirin dari
Mekah dan buat pertama kali, kegiatan dakwah dapat dilakukan secara terbuka.
Kaum Ansar banyak berkorban untuk mengembangkan agama Islam.
ž Setelah tiba ke
Madinah Nabi Muhammad s.a.w. telah membina masjid-masjid yang bukan sahaja
menjadi tempat ibadat dan penyebaran agama Islam tetapi juga digunakan untuk
menyebarkan pendidikan dan ilmu pengetahuan Islam.
Pembentukan Ummah
ž Nabi Muhammad
adalah seorang negarawan. Sebagai langkah pertama terhadap penyatuan masyarakat
Islam di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. mempersaudarakan kaum Ansar dengan kaum
Muhajirin :
i. Muahahjirin dengan
Muhajirin.ii. Ansar dengan Ansar. iii. Muhajirin dengan Ansar ž Semangat Asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam. ž Hubungan persaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. ž Kedua-dua golongan bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara.
Mewujudkan Piagam
Madinah
ž Baginda
seterusnya mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan panduan untuk membentukkan
sebuah negara Islam yang berdaulat. ž Piagam Madinah bukan sahaja membentukkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi. ž Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang diterima umum. ž Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas menjalankan aktiviti masing-masing. ž Keselamatan penduduk Madinah terjamin dan mereka bertanggungjawab mempertahankan negara Madinah daripada serangan musuh. ž Penduduk Madinah juga mengiktirafkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin agama dan ketua negara. ž Dengan pengiktirafan itu Nabi telah menjadi pemimpin yang berwibawa dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara Islam Madinah.
Mengasaskan
Pentadbiran Negara Melalui Cara Musyawarah
ž Baginda berjaya
mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik. ž Dalam hubungan dengan kaum Yahudi semasa Perang Badar, Nabi Muhammad s.a.w. tidak menunjukkan permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terus mengadakan perundingannya dengan mereka. ž Hanya setelah perundingan gagal barulah mereka disingkirkan secara terhormat dari Madinah. ž Baginda juga menjalankan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin serta antara Aus dan Khazraj. ž Konsep musyawarah terbayang dalam hubungan politik antarabangsa.
Mewujudkan Tentera Islam di Madinah
Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera
Islam yang menyertai beberapa ekspedisi ketenteraan untuk mempertahankan
kesucian agama Islam daripada ancaman dan serangan musuhž Dalam mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah. Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam bidang ketenteraan.
Mengadakan Hubungan Luar
Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil
inisiatif untuk menghantar perwakilan ke luar seperti Mesir, Byzantine, dan
Parsi.
Menyusun semula struktur ekonomi
Madinah :
KESIMPULAN
v
Pembentukan Negara Islam Madinah berasaskan
kepada wahyu dan perundangan. Negara Islam Madinah menjadi sebuah negara yang
adil, aman dan makmur.
|
2007
|
Huraikan usaha-usaha yang dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w
dalam menyatupadukan masyarakat di Madinah.
Contoh Jawapan
Pendahuluan
ž Kerajaan Islam
Madinah terbentuk kesan daripada peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
ž Sebelum
terbentuknya negara Islam Madinah atau nama sebenar sebelumnya Yathrib, yang
didiami oleh majoriti yang berbangsa Arab.
Kebanyakan
terdiri daripada puak Aus dan Kharaj serta golongan Yahudi
ž Selepas
penghijrahan Rasulullah SAW Madinah, muncul satu golongan lagi iaitu golongan
muhajirin.
ž Dengan
penggubalan Piagam Madinah, kesemua warga Madinah kini dikenali sebagai ummah.
ž Konsep ummah
ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang negara Islam yang termaktub dalam
Piagam Madinah.
Isi-isi
Ø Membina masjid
ü Pada peringkat
awal, baginda telah mendirikan Masjid Quba diikuti Masjid Nabawi.
ü Fungsi masjid
tersebut bukan sahaja sebagai pusat ibadat, malah tempat pertemuan masyarakat
bagi membincangkan hal-hal semasa termasuk urusan agama, politik, ekonomi,dan
sosial.
ü Masjid berperanan
sebagai tempat asas pertemuan dalam pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu
padu.
Menyatukan
golongan Aus dan Kharaj
ž Kedua-dua kaum
ini telah lama bermusuhan sehingga berlaku peperangan yang panjang seperti
Perang But’ah.
ž Semangat persaudaraan
Islam telah menggantikan semangat assabiyah.
ž Menjadi titik
tolak kepada pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu dan bekerjasama.
Mempersaudarakan
kaum Muhajirin dan kaum Ansar
ž Masyarakat
Islam Madinah terdiri daripada2 kumpulan.
ž Kau Muhajirin
berasal dari Makkah dan berhijrah ke Madinah.
ž Kaum Ansar
merupakan penduduk tempatan Madinah.
ž Nabi Muhammad
SAW telah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan
Ansar.
ž Contohnya,
baginda telah mempersaudarakn Hamzah bin Abdul Mutalib dengan Zaid bin Harith
dan Umar al-Khattab dengan Utbah bin Malik.
Menanam
semangat persaudaraan Islam
ž Semangat ini
ditanam oleh Nabi Muhammad SAW dalam kalangan merka sehingga mereka tidak bersa
adanya perbezaan antara golongan Muhajirin dan Ansar.
ž Mereka bergaul
dan bermesra sesama mereka sperti saudara kandung sendiri.
ž Konsep
persaudaraan antara mereka itu tidak melewati batas persaudaraan yang
memepunyai hubungan darah keturunan.
ž Mereka
dianjurkan supaya hidup berkasih sayang dan bekerjasama untuk kebaikan agama ,
masyarakat, dan negara.
ž Sabda
Rasulullah “bersaudaralah kamu dengan persaudaraan Allah berduan-duan”.
ž Perpaduan ini
telah mempercepat lagi pembentukan masyarakat Madinah yang mantap.
Menggubal
Perlembagaan Piagam Madinah
ž Tujuannya untuk
mewujudkan perpaduan ummah dalam kalangan penduduk Madinah iaitu orang Islam
dan bukan Islam.
ž Piagam ini
merupakan hak dan tanggungjawab pemerintah dengan yang diperintah.
ž Piagam ini
mengandungi 47 fasal.
ž Piagam ini
menekankan beberapa perkara :
1) Al-Quran
sebagai asas peraturan Piagam.
2) Nabi Muhammad
SAW sebagai ketua negara.
3) Tanggungjawab bersama mempertahankan dan mengukuhkan
ekonomi Madinah.
4) Kebebasan
ekonomi.
5) Tanggungjawab
sesama Islam.
ž Dengan itu,
wujud sebuah negara Islam yang mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik dan
masyarakat yang bersatu padu.
Mengawasi
aktiviti golongan munafik
ž Golongan
munafik merupakan kaum yang berpura-pura memeluk Islam dan berniat jahat untuk
memecahbelahkan serta menghancurkan masyarakat Islam.
ž Baginda
menasihati para sahabat supaya berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik
ž Langkah baginda
telah berjaya kerana tiada permusuhan secara terbuka dan setelah kematian
Abdullah bin Ubay telah melenyapkan cita-cita kaum munafik
ž Kepimpinan baginda tersebut telah berjaya menyatupadukan dan membangunkan masyarakat Madinah yang mantap dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat. ž Nabi menggalakkan orang Islam bekerja keras dan aktif dalam mengusahakan perniagaan dan pertanian.Contohnya, tanah-tanah yang tergadai kepada orang Yahudi ditebus kembali dan diusahakan
ž Monopoli,
penindasan, dan amalan riba diharamkan.
ž Sistem zakat
diperkenalkan supaya kutipan wang dari golongan yang kaya boleh digunakan untuk
membantu orang miskin.
Penutup
ž Nabi Muhammad
SAW telah berjaya menyatupadukan masyarakat Madinah yang terdiri daripada
pelbagai kaum, agama, dan ideologi.
ž Pembentukan
masyarakat yang bersatu padu telah mendorong kepada kestabilan politik dan
pembinaan negara Islam yang berdaulat.
AZLINA
& SITI |
2008
|
Bincangkan pelbagai kelompok masyarakat Quraisy dalam bidang ekonomi
dan politik pada zaman Jahiliah
Contoh Jawapan:
Pengenalan
™ Jahiliah berasal daripada kata akar 'jahala' dan kata terbitan
'jahlun' atau 'jahalatun' yang bererti bodoh dan sesat.
™ Sejarawan Islam mendefinisikan zaman jailiah sebagai zaman penuh
dengan kegelapan, kejahilan, dan kebodohan dalam bidang pengetahuan.
™ Pihak lain -
Jahiliah sbg satu zaman yg tdk mempunyai peraturan hidup & tdk mempunyai
agama
™ Zaman jahiliah
berlangsung selama tiga abad iaitu pd 300 masihi, 570 masihi, 610 masihi.
™ Kabilah yg
terkenal sebelum kedtgn Islam ialah kabilah Quraisy yg terdri drpd Bani
Umaiyah, Bani Hashim, Bani Abd Mutalib & sbgainya.
Bidang
Ekonomi Zaman Jahiliah
Politik Golongan Badwi
™ Sistem politik
msyrkt Badawi adalah berasaskan qabilah, di mana bbrapa kmpln keluarga membntk
khemah² yg mrupakan sebuah Hayy.
™ Kumpulan Hayy²
ini membentuk kaum, & beberapa kaum ini mewakili suatu qabilah dgn ketuanya
sendiri yg digelar ‘Syeikh Qabilah’.
™ Tugas² seorg
Syeikh meliputi mjaga keamanan qabilahnya di samping mbuat perjanjian dgn
qabilah² lain sekiranya timbul perselisihan
™ Adalah mjadi
bawaan hdp mereka sendiri utk bermusuh-musuhan dgn qabilah² lain, meskipun
kerana sebab² yg keci
™ Seseorg Syeikh
yg dilantik haruslah memiliki sifat² keberanian, pemurah & bijaksana. Malah
ia haruslah juga seorg hartawan yg sudah berumur.
™ Jwtn Syeikh ini
biasanya dpt diwarisi oleh anak-anaknya, dgn syarat pd dirinya terdpt kebolehan
yg setanding kalau tdk pun melebihi bapanya.
Politik Golongan Hadari
™ Iebih gemar kpd
keamanan & tunduk di bwh suatu kuasa pentdbran yg tetap & mantap
™ Dlm urusan
pemerintahan mereka, terdpt badan @ jemaah yg mentdbrkannya dlm bbrapa bidang.
™ Di Makkah
sendiri terdpt pembhgian² tugas di bwh pimpinan dewan pusatnya sendiri, iaitu
Barun-Nadwah.
™ Walaupun
mpunyai sistem pntdbrn yg lebih tetap & teratur, ttp sistem politiknya
beraneka ragam
™ Di Makkah
sendiri, ia bercorak aristokrasi, yakni sekumpulan para² bangsawan (Quraisy)
mdominasi pntdbrnnya.
™ Di Utara pula,
khasnya di Hirah & Ghassan, ia lebih merupakan sbuah negara naungan
(protectorate) Parsi @ Rom.
™ Di Selatan, ia
lebih cenderung kpd sistem beraja.
Kesimpulan
Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah
berubah selepas penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mereka mentauhidkan
Allah dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka.
™ Disediakan
oleh:
™ Kasma Amira
Jahili
™ Nurfaneeza bt
Kamarudin
Huraikan bagaimana Nabi Muhammad
s.a.w menangani masalah yang ditimbulkan oleh kaum-kaum yang terdapat di
Madinah setelah baginda berhijrah ke kota tersebut
Pendahuluan
— Terdapat dua
kelompok bangsa utama di Madinah pada waktu itu, iaitu Yahudi dan Arab.
— Setiap kelompok
terbahagi kepada beberapa suku dan subsuku.
— Sebelum
penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w, masyarakat di Madinah hidup dalam keadaan
berpecah belah dan saling bermusuhan.
— Cabaran awal
yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w
pada peringkat awal penghijrahan baginda
ialah menangani masalah-masalah yang ditimbulkan oleh kaum-kaum ini.
Menyatukan puak-puak yang saling bermusuhan
— Nabi Muhammad
s.a.w menyatupadukan Puak Aus dan Khazraj.
— Sebelum
kedatangan baginda, kedua-dua pihak saling bermusuhan sehingga tercetus Perang
Buath.
— Baginda
menyatukan kedua-dua puak dan menamakannya kaum Ansar.
— Baginda juga
meningkatkan akidah melalui penyatuan kaum mereka.
— Baginda juga
mempersaudarakan kaum Ansar dan muhajjirin, iaitu masyarakat yang berhijrah
dari Makkah.
— Perpaduan ini
telah diikat dalam perjanjian perlembagaan Madinah.
Menangani masalah yang ditimbulkan
oleh kaum Yahudi Bani Qainuqa
— Kaum ini telah
menjatuhkan maruah seorang wanita islam kaum Ansar di kedai yahudi Bani Qainuqa
yang bertentangan dengan perlembagaan Madinah dan menyebabkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan orang Islam yang
menjurus kepada pembunuhan yahudi tersebut.
— Peristiwa ini
dipanjangkan dengan peristiwa puak Yahudi mempersendakan kemenangan puak
Islam pada perang Badar.
— Baginda
mengingatkan Bani Qainuqa tentang perbuatan mereka itu.
— Namun, Bani
Qainuqa telah mencabar baginda dan mengisytiharkan peperangan.
— Peperangan
antara pihak Islam dengan Bani Qainuqa telah tercetus dan mereka telah bertahan
selamaa 15 hari di kubu mereka.
Walaubagaimanapun, mereka akhirnya
menyerah diri dan bersetuju keluar dari Madinah ke Syam bersama harta benda
mereka dan senjata mereka dimusnahkan
Masalah dari kaum Yahudi dari Bani
Nadhir
— Kaum ini
menuntut ganti rugi/ diyah yang tinggi kerana seorang lelaki Islam iaitu Amru
b. Umaiyah membunuh seorang lelaki Yahudi secara tidak sengaja.
— Ketika baginda
mengadakan perbincangan dengan ketua kaum bersama para sahabat, mereka telah
cuba membunuh Nabi.
— Usaha itu gagal
disebabkan Allah SWT menurunkan wahyu melalui surah al-Maidah ayat 11.
— Orang Islam
juga dipersendakan kerana tewas dalam Peperangan Bir Maudah dan al-raji.
— Bani Nadhir
telah dikepung dalam pertempuran selama enam hari dan mereka telah menyerah
kalah.
— Baginda
bersetuju membenarkan kaum ini keluar dari Madinah bersama harta benda tetapi
tanpa senjata.
— Seramai 600
orang telah menetap di Khaibar manakala yang lain pergi ke Syria.
Masalah dari kaum Yahudi Bani
Quraizah
— Membuat pakatan
dengan Musyrikin Makkah menentang orang Islam di Madinah semasa Perang Khandak
pada tahun 5 Hijrah.
— Kes ini telah
dibicarakan oleh ketua suku Aus, iaitu Sa’d b. Muadh.
— Setelah merujuk
kitab Taurat dan Al-Quran, semua lelaki belot dibunuh manakala kanak-kanak dan
wanita dijadikan tawanan.
Masalah dari golongan Munafik
— Golongan ini
bekerjasama dengan kaum Yahudi, melarikan diri daripada Perang Uhud dan
membantu musuh dalam peperangan Azhab.
— Mereka juga
telah memecahbelahkan perpaduan umat Islam dengan pembinaan Masjid Dhirar.
— Namun, Baginda
tidak mengambil tindakan dengan golongan ini kerana dalam perlembagaaan Madinah
mengatakan orang Islam bersaudara dan tidak boleh bermusuhan.
— Baginda telah
menasihatkan para sahabat supaya berhati-hati dengan golongan ini dan golongan
ini dipulaukan.
Masalah dari Kaum-kaum di Madinah
— Baginda
menangani masalah dari kaum-kaum di Madinah dengan menubuhkan perlembagaan
Madinah.
— Dalam
perlembagaan ini, Baginda menyeru semua kaum supaya bekerjasama dan saling
bantu membantu dan menjaga tanggungjawab terhadap Kota Madinah.
— Kebebasan
beragama dan menghormati budaya dan adat semua kaum turut dinyatakan dalam
perlembagaan.
— Peranan masjid
juga tidak sebagai tempat beribadat semata-mata sebaliknya, diperluaskan
sebagai pusat kegiatan masyarakat dan pentadbiran.
— Baginda juga
menangani masalah penindasan ekonomi oleh kaum Yahudi.
— Orang-orang
Islam telah digalakkan berniaga di pasar-pasar, menebus kembali tanah-tanah,
dan membawa masuk bernih kurma yang berkualiti.
Penutup
— Nabi Muhammad
SAW telah berjaya menyatupadukan pelbagai bangsa di Madinah dan menyelesaikan
segala masalah yang dihadapi.
Sebagai negarawan tulen dan
berwibawa, Baginda amat mementingkan perpaduan antarabangsa dan tidak
mewujudkan negara berlandaskan
— Nabi Muhammad
SAW telah berjaya menyatupadukan pelbagai bangsa di Madinah dan menyelesaikan
segala masalah yang dihadapi.
Sebagai negarawan tulen dan
berwibawa, Baginda amat mementingkan perpaduan antarabangsa dan tidak
mewujudkan negara berlandaskan
|
2009
|
Huraikan perkembangan masy islam di China
sehingga abad ke-15m
Pengenalan
1. Versi pertama : Islam dibawa oleh
Hamzah b Hamzah, anak Hamzah b Abi Talib.
2. Versi kedua mengatakan kedatangan
Saad b. Abi Waqas bersama 15 orang mubaligh lain mengadap Maharaja Yung Wei
pada zaman Dinasti Tang.
Ò Menurut Ibrahim Ma, seorang
sejarah tempatan melaporkan pendakwah Islam yang pertama datang ialah Saad b
Lubayd yang tiba di Canton pada 630 M.
Ò Hubungan perdagangan Arab dengan China melalui perdagangan sejak abad ke 4 Masihi.
Ò Hubungan ini telah menyebabkan masyarakat islam berperanan penting di
china.
Isi-isi penting:
Ò
Memperluaskan kuasa islam ke Asia Tengah :
1. Perluasan kuasa ke kawasan Asia
Tengah seperti Samarkhand, Bukhara, di wilayah Sinkiang mempercepatkan
penyebaran Islam ke China.
2. Hubungan diplomatik juga
dijalinkan diantara masyarakat muslim di Singkiang dengan Maharaja China.
3. Pada zaman khalifah al-walid bin
abdul malik(705-715M),tentera islam di kawasan sebelah timur hingga ke negara
china serta berjaya memasuki Sinkiang dan mara ke Kansu.Pada 713M,Qutaybah
menghantar perutusan ke negara china bagi mengadakan hubungan persahabatan
dengan Maharaja Hsuan Tsung(712-756M).perutusan itu diterima oleh maharaja dan
bermulalah aktiviti dakwah islamiah di negara china.
Ò
Mewujudkan proses Asimilasi :
1. Setelah itu pendatang Arab dan
Parsi telah berkahwin dengan wanita tempatan. Berlaku proses asimilasi dengan
masyarakat tempatan, maka ramai daripada mereka memeluk Islam.
2. Pada tahun 878M telah terdapat
seramai 120,000 orang asing khususnya Arab Islam di Cina. Pada zaman akhir
Dinasti Yuan penduduk Islam dianggarkan 4,000,000 orang.
Ò
Mewujudkan penempatan Masyarakat Islam :
1. Justeru itu penempatan orang
Arab telah berkembang di kawasan selatan negeri China seperti Chuan Chow,
Chang Chow, dan Kwang Chow(Canton).manakala pada zaman Dinasti Sung telah
dibenarkan membuat perkampungan sendiri.
Ò
Membina Masjid :
1. Menurut Ibnu Battuta sewaktu
lawatan beliau ke China setiap perkampungan Islam telah didirikan sebuah masjid.
Sebagai contoh Maharaja Huang Chu telah mendirikan sebuah masjid jamik di
Nanking.
2. Di Nanking:terdapat 36 buah
masjid.
É
sebagai pusat ibadat,pusat kegiatan ilmu dan pertemuan untuk
kegiatan kemasyarakatan orang islam dan tempat kegiatan dakwah.
Di pinggir bandar Canton:
É
telah dibina sebuah zawiyah iaitu
institut pengajian Agama dan tarekat yang dipimpin oleh Syeikh Burhanuddin.
Ò Membentuk Dasar Kerajaan China :
1. Apabila Islam menjadi kuat dan
berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan di China yang
mengamalkan dasar toleransi beragama seperti DinastiYuan dan Dinasti Ming.
2. Ramai ilmuan Islam dibawa masuk
untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan
matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan.
Sebagai contoh:
É Dinasti Yuan, dasar anti
confucianisme diamalkan dang mengutama orang luar terutama orang Islam.
É Seorang pentadbirnya terdiri
daripada seorang Islam bernama Abdul Rahman menjawat jawatan Ketua Pemungut
Cukai.
É Seorang lagi ialah Syed Ajall
yang dikenali orang China sebagai Say Dian Chih yang pernah dilantik sebagai
Menteri Kewangan pada 1259M dan Gabnor Yunan.
Ò Bidang sains dan astronomi:
É Teha Ma-Lou-Tin (Jamaluddin)
berjaya mencipta takwim Wan Nien Li yang digunakan sebagai takwim rasmi
kerajaan Yuan.
É Tokoh astronomi bernama Ma Cha
–ye-he dan Laksamana Cheng Ho ( Muhammad Ma HO / Zheng He ) zaman Dinasti Ming
.
KESIMPULAN
Ò
Perkembangan Islam di China bermula sejak zaman khulafa ar-Rasidin dan
kesannya Islam berjaya disebarluaskan ke Asia Tenggara dan menguasai politik
dan ekonomi China untuk beberapa ketika
|
2010
|
Bincangkan faktor kemunculan golongan
Syiah dan Khawarij pada akhir zaman Khulafa al-Rasyidin
|
2011
|
Sejauh manakah pemerintahan dan pentadbiran
Khulafa al-Rasyidin memiliki ciri pemerintahan dan pentadbiran Nabi Muhammad
SAW di Madinah?
Bincangkan aspek akidah, akhlak, dan syariah
yang menjadi tumpuan ajaran Nabi Muhammad SAW di Mekah dan Madinah.
|
SOALAN-SOALAN TEMA 2(
Manusia Dan Masyarakat )