Peristiwa

Thursday, February 2, 2012

Analisis Tema 1 dan Soalan-Soalan STPM Tahun-Tahun Lepas

SOALAN-SOALAN TEMA 1( Manusia Dan Masyarakat )

TAHUN SOALAN
1998 Terangkan konsep ketuhanan dan keagamaan secara perbandingan antara pandangan Arab Jahiliah dengan pandangan Islam.
Huraikan sejarah perkembangan Islam di Madinah, dan jelaskan bagaimana nabi Muhammad s.a.w menyatukan pelbagai golongan masyarakat yang berada di kota tersebut.
Huraikan pandangan sarjana Islam dan Barat tentang sebab-sebab bangun dan jatuhnya sesuatu tamadun dengan mengemukakan contoh-contoh.

1999 Bincangkan konsep manusia dan kehidupan masyarakat arab pada zaman Jahiliah.

2000 Tamadun Islam telah dapat mengubah cara hidup masyarakat Jahiliah dalam berbagai-bagai aspek. Huraikan perubahanperubahan yang berlaku dalam masyarakat Jahiliah selepas kelahiran Islam.

2001 Huraikan latar belakang masyarakat Makkah dan Kota Madinah ( Yatrib ) sebelum kedatangan Islam.

2002 Jelaskan struktur dan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah.
Bandingkan konsep ketuhanan dan keagamaan antara pandangan Islam dengan tamadun-tamadun awal manusia.

2003 Masyarakat yang terdapat pada zaman Khulafa Al-Rasyidin terdiri daripada pelbagai golongan. Huraikan (Bab 3)

2004 Bandingkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliah
dengan masyarakat Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.

2005 Jelaskan konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Arab Jahiliah.
Huraikan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w menangani masalah
yang ditimbulkan oleh kaum-kaum yang terdapat di Madinah setelah baginda berhijrah ke kota tersebut.

2006 Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w. ke arah pembentukan negara Islam di Madinah

2007 Huraikan usaha-usaha yang dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam menyatupadukan masyarakat di Madinah.

2008 Bincangkan pelbagai kelompok masyarakat Quraisy dalam bidang ekonomi dan politik pada zaman Jahiliah

2009 Huraikan perkembangan masy islam di China sehingga abad ke-15m

2010 Bincangkan faktor kemunculan golongan Syiah dan Khawarij pada akhir zaman Khulafa al-Rasyidin

2011 Sejauh manakah pemerintahan dan pentadbiran Khulafa al-Rasyidin memiliki ciri pemerintahan dan pentadbiran Nabi Muhammad SAW di Madinah?


Tips Untuk Pelajar
1.Cuba perhatikan secara teliti, bahawasnya setiap tahun Tema 1 sentiasa ada soalan dikemukakan. Ini bermakna tema ini sangat penting dan harus dikuasai oleh pelajar. Perlu diingat tema 1 adalah asas kepada pembentukan islam masa kini. Di sinilah pokok pangkal kelahiran islam oleh Nabi Muhammad S.a.w.

Latihan:
1.Pelajar dikehendaki memilih salah satu soalan sebagai latihan mengikut susunan nama pelajar dalam kelas.

2.Penghantaran latihan ini adalah pada 10 Februari 2012.

No comments:

Post a Comment