Peristiwa

Tuesday, February 21, 2012

Bab 6: Pemerintahan dan Pentadbiran Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin

Kerajaan Bani Umaiyah

6.1 Kerajaan Bani Umaiyah

►Pelantikan Muawiyah sebagai khalifah
• Kelahiran Bani Umaiyah adalah berpuca daripada konflik antara Saiyidina Ali dan Muawiyah
• Muawiyah tidak berpusa hati dengan cara Ali mengendalikan kes pembunuhan Uthman
• Lahir pada 607 M
• Menjadi khalifah pada 41H/661 M ketika berumur 56 tahun
• Dianggap “Tahun Penyatuan” kerana umat islam dapat disatukan semula kecuali kaum Khawarij
• Pernah menjadi Jurutulis wahyu nabi
• Memegang pemerintahan selepas Khalifah Hassan bin Ali menyerahkan jawatan kerana:
1. Tidak berminat politik dan peperangan
2. Tidak mampu menghadapi kekuatan tentera Muawiyah
3. Mahu supaya perlantikan khalifah selepas Muawiyah dilakukan secara syura
4. Mahu umat islam bersatu di bawah satu khalifah

►Dasar kerajaan Bani Umaiyah pada zaman Muawiyah
• Dasar berbaik-baik dengan pemimpin-pemimpin Arab
• Mengekalkan sistem pentadbiran

► Perubahan-perubahan dilakukan Muawiyah
1. Memindahkan pusat pemerintahan islam dari Madinah ke Damsyik
2. Mengubah sistem pemilihan khalifah dari syura kepada sistem warisan
3. Pemusatan kuasa
4. Mengadakan pasukan tentera yang kuat
5. Meniru pentadbiran kerajaan Byzantine
6. Menubuh Pejabat Pendaftaran
7. Menubuh Pejabat Pos
8. Menubuh Jabatan Perisik
9. Menubuhkan Jabatan Perang
10. Mengadakan pengawal istana
11. Mengutamakan keturunan Arab
12. Mengutamakan bidang pengetahuan

►Pelantikan Yazid sebagai Putera Mahkota
• Muawiyah melantik Yazid 676m
• Gemar ikut hawa nafsu, minum arak, kasar,cepat marah, keras hati, degil, tiada belak kasihan
• Pemerintahan ditentang Sayidina Hussein Bin Ali
• Sayidina Hussein dibunuh dalam peristiwa Perang Karbala
• 3 peristiwa penting semasa pemerintahan:
1. Karbala
2. Peristiwa pendudukan Madinah
3. Serangan ke atas Makkah
• Diganti oleh anaknya Muawiyah BinYazid
• Meninggal pada 683M

►Dasar pemerintahan Abdul Malik bin Marwan
• Khalifah ke-5, dianggap pengasas kedua Bani Umaiyah
• Lahir 26H di Madinah
• Alim, menghafal seluruh isi al-Quran, pengetahuan luas dalam ilmu hadis
• Jaguh politik dan ahli fikah
• Berani, kuat,berhati waja,tegas,cekal,bijaksana,fasig berpidato
• Meninggal 705M berumur 60 tahun
• Kejayaan:
1. Mengatasi gerakan pemberontakan dalam negara yang memecah-belahkan umat islam
2. Mengukuhkan kekuasaan islam pada peringkat antarabangsa melalui ketenteran
3. Memajukan islam melalui pelbagai pembaharuan
• Perubahan pentadbiran:
1. Melantik saudara sendiri menjadi gabenor iaitu Abdul Aziz Bin Marwan
2. Meluaskan pentadbiran di Syam
3. Mewujukan kemudahan pos, institusi mahkamah, pembinaan limbungan kapal, membenteras rasuah
4. Mengatasi masalah huru-hara
5. Memulihkan keamanan di Afrika Utara
6. Memperkuat angkatan tetera islam

►Dasar pemerintahan Umar bin Abdul Aziz
• Khalifah ke-8, 717 M
• Lahir pada 681M
• Warak,penghafal Al-Quran, mendalami ilmu hadis,sastera,syair
• Dasar pemerintahan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah
• Mementingkan kesejahteraan rakyat dan penyebaran islam
• Wafat 101H/720M
• Perubahan pentadbiran:
1. Semua kegiatan perang dan penaklukan dihentikan
2. Memecat gabenor yang cuai,mementingkan diri dan zalim
3. Menggalakkan perkahwinan campur Arab dan bukan Arab
4. Menghentikan amalan diskriminasi khalifah sebelumnya
5. Mementingkan keadilan
6. Menghentikan adat mencaci Ali bin Abi Talib
7. Menghapuskan cukai-cukai yang membebankan
8. Dalam ekonomi beliau perenalkan cukai tanah, membezakan cukai tanah dengan cukai kharaj
9. Hapuskan segala jenis perayaan, upacara perasmian kerajaan,hadiah kepada tetamu-tetamu,perbelanjaan yang membazirkan
10. Projek ekonomi spt membina saluran air,jln-jln pengangkutan perdagangan, sukatan timbangan
11. Menggalakkan kegiatan keilmuan
12. Tolaransi dan adil kepada semua rakyat


6.2 Faktor-faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyah

►Konflik dalaman keluarga Umaiyah

►Sistem pelantikan dua orang Putera Mahkota

►Kelemahan peribadi khalifah

►Wilayah jajahan terlalu luas

►Sistem Monarki

►Permusuhan puak-puak Arab

►Masalah golongan Mawali

►Gerakan golongan Syiah

►Gerakan Abbasiyah


Kerajaan Bani Abbasiyah
6.3 Revolusi Abbasiyah

►Revolusi ini dicetuskan oleg rasa tidak puas hati keluarga Bani Hasyim terhadap Bani Ummaiyah
►Revolusi dicetuskan oleh Ali bin Abdullah berpusat di Khurasan
►Dua peringkat penentangan iaitu secara rashia dan terang-terangan
►Abu Muslim al-Khurasani memimpin gerakan secara terang-terangan
►Amalkan dasar sama rata menyebabkan pengikut bertambah
►Berjaya menewaskan tentera Marwan Bin Muhammad pada 132H/750M


6.4 Latar Belakang dan Sistem Pemerintahan Abbasiyah

►Dasar pemerintahan banyak dipengaruhi kebudayaan Parsi
►Tubuhkan jabatan Akaun,Penyelaras,Penimbang Rayuan,Cukai,Polis,Kewangan
►Hubungan diplomatik antarabagsa diadakan
►Kegiatan ekonomi diusahakan

►Dasar pentadbiran Abu Jaa’far al-Mansur
• Lahir 700 M
• Berani dan berkhemah tinggi
• Mangkat 775M
• Perubahan pentadbiran:
1. Menggantikan jawatan wazir dengan khatib
2. Memperkenalkan mata wang syiling baru
3. Berusaha mengabungkan kuasa pentadbiran peringkat pusat dengan wilayah
4. Memindahkan pusat pemerintahan Abbasiyah dari Ambar ke Baghdad

►Dasar pemerintahan Harun al-Rasyid
• Lahir 761M
• Gagah,berani,bijak,warak,berpengalaman,adil,mengambil berat masalah rakyat
• Perubahan/Sumbangan;
1. Kegiatan terjemahan dan penulisan buku
2. Menjemput para ulama untuk membuat kajian
3. Memajukan bidang astronomi
4. Memindahkan kuasa pentadbiran daripada orag Parsi kepada orang Arab
5. Mengekalkan permusuha antara Kerajaan Abbasiyah dengan Syaiah
6. Menjalin bubungan dengan diplomatik dengan Charlemange dari Perancis

►Pelantikan Putera Mahkota
• Harun al-Rasyid melantik puteranya sebagai Putera Mahkota seperti Muhammad, al-Mamum diwilayah timur Khurasan, al-Qasim berkuasa di Jazirah (Mesopotamia)


6.5 Faktor-faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiyah

►Polisi mengutamakan bangsa asing

►Perpecahan umat Islam

►Perpecahan kerajaan Islam

►Penyelewengan umat Islam

►Kekejaman khalifah

►Sistem pelantikan dua Putera Mahkota

►Serangan tentera Monggol



6.6 Sistem Pentadbiran Kerajaan Buwayh

►Seorang amir dilantik untuk mengawal wilayah-wilayah
Dasar membangunkan Baghdad:
1. Memperluas kuasa wazir
2. Mengurangkan kuasa dan gaji khalifah
3. Menjadikan mazhab Syiah mazjab rasmi
4. Menyerap tetera wilayah ke dalam tentera kerajaan pusat dan gaji dibayar dengan menggunakan harta benda dan tanah kaum keluarga Bani Abbasiyah


6.7 Kerajaan Saljuq

►Berasal daripada kabilah Qiniq

►Mengamalkan pemerintahan “hierarki” Islam-Parsi

►Zaman kegemilangan di bawah pimpinan Nizam al-Mulk


6.8 Kemunculan Kerajaan-kerajaan Kecil di bawah Pemerintahan Abbasiyah

►Munculnya mazhab baru seperti Jabariah, Muktazilah, dan Qadariah

►Kerajaan-kerajaan kecil
• Kerajaan Buwayh (Iraq)
• Kerajaan Saljuq (Turki)
• Kerajaan Saffariyah (Parsi)
• Kerajaan Tuluniyah (Turki)
• Kerajaan Ayyubiyah (Kurdi)


6.9 Kerajaan Abbasiyah Zaman Monggol/Tartar

►Kerajaan Abbasiyah menjadi lemah . Kerajaan lain seperti kerajaan Fatimiyah dan kerajaan Bani Umaiyah berpisah daripada kerajaan pusat


6.10 Kerajaan Fatimiyah

►Dasar pemerintahan Fatimiyah

►Pemerintahan berkhalifah

No comments:

Post a Comment