Peristiwa

Thursday, February 16, 2012

Bab 5: Pemerintahan dan Pentadbiran Islam Zaman Khulafa Al-Rasyidin

Bab 5 Pemerintahan Dan ran Islam

Pengenalan

►Perjanjian Setia al-Aqabah II menjadikan penyebaran dakwah dengan matlamat semua pihak harus bersedia memperjuangkan islam

►Majlis Syura-
• Permesyuaratan atau perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara
• ditubuhkan oleh Nabi dengan memilih sebilangan sahabat terkanan yang memiliki kepakaran dalam bidang tertentu,
• memilih seorang pegawai sebagai “amir” bagi wilayah tertentu

►Dasar-dasar pentadbiran
• Taat setia
• Persaudaraan agama
• Hakim muslim
• Permesyuaratan

►Selepas kewafatan nabi, sistem pentadbiran khalifah digunakan


5.1 Gelaran Khalifah

►Khalifah berasal dari perkataan Arab yg bermaksud pengganti
►Jawatan penggantian khalifah pula disebut ‘khilafah” iaitu institusi atau jawatan yang menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran dalam semua bidang untuk menggantikan Nabi Muhammad
►Syarat-syarat menjadi khalifah
• Islam
• Lelaki merdeka
• Ilmu agama Islam yang lengkap
• Istiqamah (tetap pendirian)
• Kifayah (berkemampuan)
• Anggota badan tidak cacat

►Tanggungjawab khalifah
• Uruskan pentadbiran negara
• Mengawasi pelaksanaan agama Islam
• Berkuasa dalam soal agama dan perundangan Islam
• Menguruskan hal ehwal kewangan negara
• Memungut cukai dan zakat
• Menyerahkan tugas-tugas kepada orang yang beramanah
• Berpegang teguh kepada syariat



5.2 Masalah dan Proses Pelantikan Khalifah

►Nabi Muhammad tidak meninggalkan sebarang wasiat tentang penggantinya
►Pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin berlangsung selama 29 tahun bermula 11 Hijrah 632 Masihi dan berakhir pada 661M
►Abu Bakar as-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Umar bin al-Khattab, dan Uthman bin Affan layak menggantikan baginda

►Abu Bakar dipilih sebagai pengganti atas faktor-faktor berikut:
• Nabi Muhammad selalu meminta nasihat beliau dalam urusan pehtadbiran
• Pernah diberi kepercayaan Nabi untuk megendalikan urusan haji ke Makkah
• Pernah mengarahkan beliau mengimankan solat pada 11 H 623 M sewaktu beliau uzur

►Peranan utama Abu bakar
• Memerangi golongan al-Riddah
• Memerangi golongan yang enggan membayar zakat
• Memerangi golongan murtad
• Mengumpulkan ayat-ayat al-Quran


5.3 Pemerintahan dan Pentadbiran Khalifah Umar al-Khattab
1. Dipilih menjadi khalifah setelah dicalonkan oleh Khalifah Abu Bakar dengan persetujuan para sahabat
2. Lahir 653 M daripada Bani Adi
3. Berani,tabah,saudagar dan duta,pemidato dan ahli gusti
4. Diberi gelaran al-Faruq oleh nabi iaitu orang yang membezakan yang hak dengan yang batil, dan Abu Hafs kerana kegagahanya melindungi umat islam
5. Dilantik secara rasmi pada 13 Ogos 634M 13 Hijrah
6. Wafat pada tahun Hijrah ke-13 634 M setelah memerintah 2 tahun dalam usia 63 tahun
Layari :http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/Umaral-Khatab.htm untuk tambahan maklumat

Pembaharuan dalam Pentadbiran

►Meluaskan wilayah pentadbiran

►Pembentukan Majlis Syura

►Pembahagian pentadbiran wilayah

►Pembaharuan dalam undang-undang pentadbiran tanah
• Tanah Dhimmah-tanah bertuan ditadbir oleh pemilik asal
• Tanah Sawafi-tanah yang tidak bertuan dan ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah yang dilantik daripada golongan ahli al-Ayyam iaitu golongan peneroka

►Pentadbiran dalam pentadbiran ketenteraan
• Penubuhan Diwan al-Jund

►Pembaharuan bidang kehakiman


Pembaharuan dalam Bidang Sosial

►Memperbaharui taraf golongan hamba

►Menggalakkan kegiatan keilmuan

►Memulakan kalendar Islam

►Menubuhkan penjara

►Memperkenalkan hukum buang daerah

►Membangunkan kota-kota baru

►Membina banyak masjid

►Memperkenalkan pasukan polis

►Membina jalan raya dan jambatan


Pembaharuan dalam Bidang Ekonomi

►Penubuhan Baitulmal

►Memajukan sektor ekonomi pertanian


5.4 Pemerintahan dan Pentadbiran Khalifah Uthman bin Affan

Biodata:
1. Dibaiah pada Zulhijah 23H dan dilantik sebagai khalifah pada 24 Hijrah
2. Memerintah selama 12 tahun
3. Beliau memperoleh gelaran "Zun Nurain yang ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar, maka Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya pula dengan Kalthum..
4. Terkenal sebagai seorang dermawan, jurutulis wahyu Nabi Muhammad

Khalifah Uthman Menghadapi Tentangan

►Dituduh memihak kepada kaum keluarga (nepotisme)

►Dituduh boros dan mengambil wang baitulmal

►Membenarkan sahabat memiliki tanah di Iraq

►Dituduh memihak kaum Quraisy dan bekas-bekas murtad

►Dituduh membakar dan mencemarkan al-Quran


Pemberontakan dan Pembunuhan khalifah Uthman

►Disebabkan ketidakpuasan hati dalam skim pertukaran tanah di Iraq

►Dibunuh oleh pemberontak di bawah pimpinan al-Asytar


5.5 Pemerintahan dan Pentadbiran Khalifah Ali Bin Abi Talib

►Latar belakang Khalifah Ali
Khalifah Ali bin Abi Talib merupakan sepupu Nabi Muhammad s.a.w. beliau dilahirkan 30 tahun selepas kelahiran baginda Rasulullah.
►Semasa kanak-kanak dan remaja, beliau diasuh oleh Rasulullah s.a.w. beliau diasuh dibawah cahaya Al-Quran setelah Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul. ►Beliau juga merupakan menantu Rasulullah.
►mempunyai ilmu yang luas, bijak, fasih berpidato dan ahli sastera, kuat berpegang pada ajaran Al-Quran dan Sunnah, beriman dan tangkas menggunakan senjata, tegas zuhud terhadap Nabi.
►Beliau merupakan orang ketiga memeluk Islam dan merupakan jurutulis Rasulullah dalam menyampaikan perjanjian Hudaibiah pada tahun ke-enam Hijrah dan beliau mujahid yang menyertai semua peperangan bersama-sama Rasulullah kecuali peperangan Tabuk kerana beliau diamanahkan oleh Rasulullah untuk menjadi pemerintah Madinah.
► Beliau dipililh menjadi khalifah keempat dalam suasana umat Islam perpecahan selepas pembunuhan Saidina Usman r.a. Beliau menjadi khalifah selama 5 tahun (35-40 tahun).
http://sahabatmusleem.blogspot.com/2009/06/khalifah-ali-bin-abi-talib.htm

►Siasah Khalifah Ali
• Menggantikan gabenor-gabenor yang dilantik Khalifah Uthman dengan golongan kaum Ansar dan kaum pemberontak (penyokongnya)
• Mendapat tentangan gabenor Syam iaitu Muawiyah



5.6 Peristiwa Perang saudara

►Perang Jamal
• Berlaku 11 Jamadilakhir 36H bersamaan 651 M
• Perang ini berlaku kerana orang Makkah ingin menjaga kepentingan mereka di Iraq dan bukan atas sebab-sebab membalas denda ke atas kematian Khalifah Uthman

►Perang Siffin
• Berlaku pada 37H antara Khalifah Ali dengan Muawiyah
• Muawiyah menuduh khalifah Ali terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman
• Peperangan berlaku antara tentera Khalifah Ali berjumlah 150 000 orang dengan tentera Muawiyah seramai 70 000 orang
• Kedua-dua pihak berkhemah di Lembah Siffin selama 3 bulan 657 M
• Muawiyah dan Khalifah Ali menandatangi Majlis Tahkim
• Pengikut Ali membantah perjanjian tersebut dan keluar dari barisan tentera Ali seramai 12 000 orang (dikenali sebagai Khawarij)

►Perang Nahrawan
• Berlaku antara tentera Khawarij dengan tentera Khalifah Ali
• Berlaku pada safar 38H
• Imej Khaifah Ali terjejas kerana membunuh kaum khawarij yang beragama islam
• Muawiyah mengambil peluang ini meluaskan negeri takluknya
• Khalifah Ali terbunuh pada 17 Ramadhan 40H ketika berusia 62 tahun
Layari: http://putera.forumotion.com/t5854-perang-jamal-perang-siffin

No comments:

Post a Comment