Peristiwa

Friday, April 20, 2012

Bab 10: Ketahanan dan Pertahanan Dalam islam

Bab 10 Ketahanan Dan an Dalam Islam

Bab 10: Ketahanan dan Pertahanan dalam Islam
10.1 Definisi Ketahanan dan Pertahanan
►Definisi Ketahanan – daya juang dan sifat tahab lasak dalam menghadapi peperangan
- Terbahagi kepada 2 iaitu ketahanan kerohanian dan ketahanan fizikal
►Definisi Pertahanan –perihal mempertahankan diri, agama dan negara daripada serangan musuh. ►4 perkara asas bagi sesebuah negara mempertahankan negaranya adalah: 1. Strategi 2. Taktik 3. Teknologi 4. Logistik
►Menurut pandangan Plato dalam bukunya Republic –keperluan untuk memiliki kelas pengawal untuk mempertahankan negara
►Menurut pandangan Aristotle dalam bukunya Politics –kehadiran kelas hulubalang dalam sesebuah kerajaan adalah penting daripada kelas-kelas lain. 10.2 Ketenteraan dan Peperangan Zaman Jahiliah ►Dianggap profesion yang mulia
►Melibatkan semua anggota kabilah
►Harta rampasan perang akan diagihkan
►Perang berlaku disebabkan sikap taksub dan semangat asabiyah

10.3 Pertahanan dalam Islam
►Memelihara kehormatan agama, bangsa, dan masyarakat
►Menegakkan ajaran Allah SWT
►Peperangan dalam Islam telah ditetapkan beberapa peraturan yang wajib dituruti

10.4 Peperangan dalam Islam
►Perang Badar
• Perang pertama disertai nabi Muhammad SAW
• Punca – orang Musyrikin Makkah menghalau orang Islam dari Makkah
• Tentera islam mencapai kemenangan

►Perang Uhud
• Punca – perasaan marah orang Musyrikin yang mahu membalas dendam atas kekalahan mereka dalam Perang Badar
• Angkatan Islam berjumlah 1000 orang dan dibahagikan kepada tiga batalion • Tentera Islam tewas kerana sikap tentera Islam mengingkari arahan

►Perang Khandak (al-Ahzab)
• Bermaksud “parit” atau kubu kerana nabi Muhammad SAW menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit
• Tentera Musyrikin 10,000 orang
• Peperangan hanya berlaku dalam bentuk lontaran batu dan lembing serta panah-panahan

►Perjanjian Hudaibiyah
• 628M rombongan islam Madinah hendak ke Makkah untuk tunaikan umrah
• Disekat di Hudaibiyah
• Nabi menghantar Uthman Bin Affan untuk menerangkan tujuan
• Khabar Uthman dibunuh pihak Quraisy, orang isam bersumpah setia “Baiah al-Ridwan”
• Quraisy temui Nabi kerana bimbang
• Termetrai perjanjianj Hudaibiyah antara Nabi dengan Suhail bin Amru(Quraisy)
• Syarat Perjanjian:
1. .Gencatan senjata selama 10 tahun
2. Kabilah arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang islam Madinah atau Quraisy
3. Orang islam madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
4. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaga perlu dipulangkan semula
5. Umat islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H)

►Perang Khaibar
• Berlaku selepas Perjanjian Hudaibiyah antara tentera Islam dengan kaum Yahudi
• Kabilah Yahudi bercadang merancang menyerang orang islam di Madinah
• Rasulullah berpedapat selagi orang Yahudi tidak dihapuskan sehingga ke akar umbi selagi itu permusuhan dengan kaum ini akan berlanjutan.
• Yahudi membuat pengakuan mereka tidak akan mengancam orang islam, meminta maaf kepada nabi dan meminta supaya tidak dibunuh selain dibenarkan tinggal di Khaibar.

►Perang Mu’tah
• Berlaku 8 Hijrah
• Mu’tah nama sebuah tempat di Syam
• Zaid bin Harithah terbunuh

►Pembukaan kota Makkah
• Nabi Muhammad ke Makkah untuk membalas perbuatan orang Quraisy yang melanggar Perjanjian Hudaibiyah
• Pengislaman Abu Sufian menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam
• Tentera Islam tidak menerima sebarang tentangan
• Selepas kota Makkah ditawan semua berhala dimusnahkan

►Perang Hunain dan Perang Taif
• Kaum musyrikin dari suku Hawazin dan kaum Thaqih serta beberapa kabilah bersepakat menyerang Rasulullah
• Perang Taif merupakan lanjutan daripada peperangan Hunain
• Kemenangan di Taif menimbulkan rasa cemburu Rom dan Parsi yang membawa kepada tercetusnya Perang Tabuk.

►Perang Tabuk
• Perang ini merupakan sambungan Perang Mu’tah
• Melibatkan tentera Rom dan Syam
• Merupakan peperangan terakhir yang disertai oleh nabi Muhammad SAW sebelum baginda wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah

►Perang Salib
• Berlangsung selama 200 tahun dari tahun 1096 M hingga 1291 M

Faktor-faktor Peperangan
►Agama
• Perang Salib dikatakan perang yang dikaitkan dengan agama

►Politik
• Pihak Barat sering merasakan yang orang Islam merupakan musuh utama mereka

►Ekonomi
• Orang Kristian mahu melemahkan monopoli orang Islam dalam bidang perdagangan

►Sosial
• Golongan bangsawan feudal Eropah saling bertelagah
• Golongan hamba dijanjikan kemerdekaan jika menyertai perang menentang Islam
• Mahu mendapatkan kekayaan melalui rampasan perang

►Perpecahan dalam kalangan umat Islam
• Putera Kerajaan Saljuq membahagikan kerajaan antara mereka
• Kerajaan Fatimiyah apabila berlaku pemberontakan
• Kerajaan Saljuq dan Fatamiyah bertelagah sesama sendiri

►Rayuan Paderi
• Pope Urban II menyeru orang Kristian membebaskan Baitulmuqaddis

No comments:

Post a Comment