Peristiwa

Sunday, April 15, 2012

Bab 9: Kerajaan Islam di Asia Tenggara

BAB 9 Kerajaan Islam Di Asia Tenggara-6a1Bab 9: Kerajaan Islam di Asia Tenggara

9.1 Kesultanan Melayu Melaka
• Dibuka abad ke-15
• Kedudukan strategik
• Raja pertama Parameswara/S.Iskandar Syah
• Sistem pentadbiran berbentuk hierarki
►Hubungan diplomatik
• Pelabuhan entrepot
• Hubungan diplomatik dengan China, Siam, Arab, dan India

►Sistem Pentadbiran


Pembesar
Bidang Kuasa
Sultan
·         kuasa tertinggi,mutlak,ketua halim,penggubal undang-undang
·         dibantu oleh Bendahara,Penghulu ,Bendahari,
Temenggung,Laksmana

Bendahara
·          Sebagai penasihat kepada Sultan dalam hal-hal yang melibatkan urusan luar atau dalam negeri.  
Penghulu Bendahari
·         Sebagai menteri kewangan Melaka.
·         Mengetuai bendahari-bendahari diraja & pegawai-pegawai yang menguruskan hal ehwal negara.
Temenggung
·         Memastikan keamanan dan keselamatan serta memastikan pelaksanaan undang-undang Melaka.
·         Mengawal keselamatan sultan.
·         Melaksanakan hukuman bunuh.

Laksamana
·         Bertugas dalam perkhidmatan awam dan ketenteraan.
·         Mengetuai angkatan tentera darat jika tiada Bendahara.
·         Brfungsi sebagai duta, pengawal, dan pemerhati perjalanan protokol.
Syahbandar
·         Menjaga kestabilan pelabuhan.
·         Mengawasi organisasi pasar,gudang barangan, menjaga nilai matawang dan inflasi.
·         Mengurus pedagang dari luar.

Majlis orang besar

Ketua-ketua rendah

Penghulu



►Pengaruh Islam dalam undang-undang Melaka

• Hukum Kanun Melaka
-Diwujudkan zaman Sultan Muhammad syah
-Mengandungi 19 fasal kepada 22 fasal dan seterusnya 44 fasal
-Mengandungi peraturan adat dan peraturan agama
-hanya 40.95% hokum adalah berdasarkan islam
-Mengandungi undang-undang perkahwinan,undang-undang jualan dan prosuder, dan undang-undang jenayah

Undang-undang Laut Melaka
-Diwujudkan zaman Sultan Mahmud Syah pada 1488
-24 fasal meliputi undang-undang peraturan pelayaran,bidang kuasa nakhoda,tanggungjaab pekerja-pekerja kapal,hokum kesalahan dilaut dan peraturan jual beli di kapal
-Satu fasal sahaja mengikut hokum islam

No comments:

Post a Comment