Peristiwa

Wednesday, April 4, 2012

Bab 8: Kerajaan Islam di India

Bab 8 Kerajaan Islam Di India


Tamadun Islam Bab 8

                   



8.1 Struktur Pentadbiran Kerajaan Delhi

Kesultanan Delhi merujuk pada satu siri pemerintahan berdinasti dari Turkik dan Afghan yang berpusat di Delhi, termasuk :
dinasti Mamluk (1206–90),
dinasti Khilji (1290–1320),
dinasti Tughlaq (1320–1413),
dinasti Sayyid (1414–51) dan
dinasti Lodi (1451–1526).

Pada tahun 1526, Kesultanan Delhi diserapkan dengan kemunculan Empayar Mughal.


►Mengamalkan pentadbiran kerajaan pusat (centralization) dan autokrasi

►Takhta kerajaannya berdasarkan sistem monarki atau sistem warisan

►Sultan memegang kuasa politik tertinggi

►Polisi kewangan berasaskan hukum Islam Mazhab Hanafi

►Sistem kehakiman terletak di bawah Dewan Kadi dan Dewan Sedan Susur

Faktor-Fator Kejatuhan Kesultanan Delhi:
• Sistem autokrasi dan ketenteraa
• Polisi perkauman oleh kerajaan Mamluk yang lebih mengutamakan orang Turki
• Penyatuan raja-raja Hindu
• Tekanan terhadap golongan Hindu dengan memusnahkan tempat-tempat suci mereka
• Sistem kuku besu Muhammad Taghluq
• Serangan Timurlane pada 1398
• Perpecahan pembesar-pembesar Lodi dan persaingan kuasa sesama mereka


http://zikripunya.blogspot.com/2010/10/kesultanan-delhi_14.html

Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल) yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.
Kadang-kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.


8.2 Pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Moghul

• Diasaskan oleh Baber Babur pada abad ke-15M
• Zaman kegemilangan 1526M-1707 M

►Akbar (1556-1605 M)
• Cekap dalam bidang pentadbiran
• Menghapuskan perbezaan berasaskan agama dan bangsa
• Memperkenal pentadbiran Mansadar iaitu golongan bangsawan melaksanakan tugas pentadbiran awam ,memerintah dan melengkapkan satu pasukan tentera diraja
• Membentuk jabatab-jabatan mengurus pentadbiran negara
• Membahagikan India kepada 18 wilayah dan meningkatkan 21 wilayah di zaman Auragzab dengan gabenor mengetuai setiap wilayah

►Aurangzeb (1658-1707)
• Anak Akhbar
• Berhasrat jadika India sebuah negara islam yang mengamalkan mazhab Sunnah Wal-Jamaah
• Sumbangan beliau:
1. Menghimpunkan fatwa yg dikenali sebagai al-Fatwa Hindiyyah
2. Membatalkan takwim al-Illahi dan menggantikan dengan takwim Hijrah
3. Memecat dukun-dukun,dayang-dayang
4. Mengambil dan mengindahkan semula masjid-masjid yang diambil orang Hindu
5. Menghadkan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran kepada orang Hindu
6. Membataskan pemerintah hanya kepada orang islam
7. Menyekat pengaruh agama Hindu
8. Melarang orang islam mempelajari agama Hindu dan memasuki sekolah-sekolah Hindu


►Kerajaan Islam di China
• Kerajaan islam di China terbentuk semasa Dinasti Ming
• Pengasasnya ialah Chu Yuan Chang
• Mengamalkan Confusianisme walaupun pemimpinya beragama islam
• Orang islam diberi jawatan pegawai utama termasuk jawatan panglima perang
• Apabila Dinasti Manchu mengambil alih pemerintahan, tindakan berikut dilakukan:
1. Dilarang menunaikan Haji
2. Dilarang membina masjid
3. Para ulama dilarang memasuki China
4. Dasar pecah dan perintah diamalkan

No comments:

Post a Comment