Peristiwa

Thursday, May 3, 2012

Bab 12:Konsep Ekonomi Islam

Bab 12 Konsep Ekonomi Islam


Bab 12: Konsep Ekonomi Islam



12.1 Definisi Ekonomi Islam



►Definisi ekonomi Islam

          – ilmu tentang kehidupan manusia yang selaras dengan tuntutan syariah

          -sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi satu golongan masyarakat           yang berpegang kepada nilai-nilai islam



►Definisi al-Qaradhawy

·        Perkara-perkara yang tetap dan beku/iaitu telah ditetapkan dalam Al-Quran dan wajib dipatuhi

·        Perkara-perkara yang dapat berubah sesuai dengan perkembangan atau sistem pengurusan

  



12.2 Asas-asas Ekonomi Islam



►Konsep Tauhid-merangkumi hubungan antara manusia dengan tuhan (llah),hubungan manusia dengan manusia dengan alam sekeliling



►Konsep Rububiyah-menekankan sifat Allah sebagai penguasa membuat peraturan yang bertujuan menjaga dan menampung kehidupan makhluk demi kebahagiaan dunia dan akhirat.



►Konsep Tazkiyah-membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak melalui pemberian harta dengan mengeluarkan zakat dan bersedekah




12.3 Prinsip Asas Ekonomi



►Prinsip Asas

·        Maksud prinsip asas – bermaksud suatu ketetapan yang tidak berubah dan tiak boleh diubah dalam apa jua keadaan,

·        Hak milik sebenar ialah Allah SWT

·        Hak milik khusus (individu)

·        Hak milik umum (masyarakat dan negara)

·        Kefahaman Istikhlaf-iaiatu konsep pemberian harta oleh Allah untuk manusia menguruskannya

·        Prinsip asas ekonomi Islam mengikut Afzal-ur-Rahman –iaitu:

i.kebebasan individu

ii.hak terhadap harta

iii.ketidaksamaan ekonomi dalam batasan semula jadi

iv.keamanan sosial

v.keselamatan sosial

vi.pengagihan kekayaan secara meluas

vii.Larangan mengumpulkan kekayaan

viii.Larangan terhadap institusi antisosial

ix.Kebajikan individu dan masyarakat



►Aktiviti ekonomi yang diharuskan

-         Riba,udi,melacur,membazir,menipu timbangan dan sukatan,menjual barang-barang yang belum dimiliki atau yang belum wujud  dan lain-lain aktiviti yang boleh merosak,merbahaya dan mengganggu keselamatan fizikal,psikologi,mental kecualai dalam keadaan terpaksa



►Aktiviti ekonomi yang diharuskan

·        Barangan keluaran-mesti bersih,suci,berguna,tidak mudarat

·        Proses pengeluaran-tanpa penipuan,penganiayaan,penindasan serta menjaga hak dan kebajikan pekerja

·        Proses penggunaan-elak sifat boros,membazir dan bakhil



►Kawalan dari pihak berkuasa

1.     Tujuanya untuk mewujudkan keseimbangan dan keadilan dari segi agihan harta individu dan memberi jaminan bahawa setiap anggota masy mendapat keperluan hidup minimum.

2.     Mengelakkan penyelewangan dan manipulasi, monopoli



12.4 Baitulmal     



Pelaksanaan baitulmal pada zaman  Khulafa al-Rasyidin

a.Saidina Umar al-Khattab

-Menubuhkan “Diwan” iaitu Jabatan Perbendaharaan Negara untuk mengawal urusan pentadbiran ke atas harta tersebut

-Kota Madinah sebagai pusat pentadbiran Baitulmal

-Menubuhkan cawangan-cawangan baitulmal di wilayah-wilayah lain

-Sumber baitulmal dari zakat,jizyah,kharaj,usyur,ghanimah,al-fay

b.Zaman Khalifah Uthman

-Dituduh dituduh menyalahguna harta Baitulmal

c.Khalifah Ali

-enggan menggunakan wang Baitulmal untuk tujuan peperagan



►Pelaksanaan baitulmal pada zaman Bani Umaiyah

-Punca pendapatan baitulmal dari Kharaj,Jizyah,Zakat,Usyur,Fay dan Ghanimah

-Umar Abdul Aziz jalankan dasar berjimat cermat,menjaakan beberapa projek besar seperti membuka ladang-ladang baru,membina dan membaiki saluran paip air,membina jalan raya,menyerahkan kekayaan dan barang kemas isteri kepada Baitulmal



►Pelaksanaan baitulmal di Sepanyol

-cukai jizyah dikenakan ke atas kaum zimmi

-sumer lain spt harta rampasan perang,cukai kharaj,hasil pertanian,hasil industri



►Pelaksanaan baitulmal pada zaman Bani Abbasiyah

-Abu Al-Abbas al-Saffah-menggunakan wang baitulmal untuk ketenteraan

-Abu Jaafar-petani dikenakan cukai kharaj, pedagan dan cukai usyur,urusan kewangan negara diurus dan dikawal kerajaan pusat

-Al-mahdi-menubuhkan Jabatan Akauntan Negara,memperkenalkan sistem Muqasamah,mengenakan cukai perniagaa  di pasar dan kedai

-Harun Al-Rasyid-baitulmal kaya dan berjaya memainkan perananya dalam pelbagai aspek



12.5 Zakat



►Zakat Fitrah –diwajibkan ke atas orang-orang islam setiap tahun

►Zakat harta-zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta tertentu dengan kadar yang ditetapkan syarak

►Zakat ternakan dan pertanian



►Zakat emas dan perak



►Zakat wang simpanan



►Zakat saham dan zakat pendapatan



►Zakat perniagaan



►Zakat pada zaman Bani Umaiyah



►Zakat pada zaman Bani Abbasiyah





12.6 Kharaj



►Maksud kharaj – bermaksud ufti tetapi dalam islam bermaksud cukai tanah



►Kharaj muqasamah dan kharaj wazifah



►Kharaj pada zaman Khulafa al-Rasyidin



►Kharaj pada zaman Bani Umaiyah

·        Diwan al-Kharaj

·        Khatib al-Kharaj



12.7 Jizyah



►Maksud jizyah – ganti rugi atau balasan terjadap kebaikan dan keburukan,juga cukai perlindungan ke atas golongan bukan islam



►Jizyah secara baik/aman dan jizyah secara paksa



►Pelaksanaan jizyah pada zaman nabi Muhammad SAW dan Khulafa al-Rasyidin



►Pelaksanaan jizyah pada zaman Bani Umaiyah


No comments:

Post a Comment