Peristiwa

Wednesday, May 9, 2012

Bab 14 Konsep Pendidikan Islam



Bab 14: Konsep Pendidikan Islam

 14.1 Maksud Pendidikan  

Tarbiyyah-Proses membentuk keperibadiaan manusia dari satu tahap ke satu tahap yang tinggi

Ta’dib-Pembentukan insan yang kamil, beriman, bertakwa, beramal soleh, dan berakhlak mulia

Ta’lim-Proses pemindahan ilmu kepada manusia supaya manusia dapat melaksanakan tugas sebagai khalifah

Irsyad-Petunjuk yang benar ke arah jalan yang lurus untuk kehidupan di dunia

Tadris-Pengajaran yang dilakukan oleh seseorang kepada anak muridnya




14.2 Tujuan Pendidikan  

Tujuan akhir pendidikan islam bertujuan membentuk diri yang sempurna, iaitu meningkatkan jiwa/roh sehingga sampai ke peringkat manusia dapat berhubung dengan Allah.

 Menurut Hasan Langgulung –Manusia mempunyai dua jiwa iaitu manusia yang mempunyai jiwa rendah suka akan perkara-perkara seperti kelazatan,kesedapan dan bersifat menderhaka. Manusia yang mempunyai jiwa tinggi suka kepada pengorbanan,mematuhi akan,meninggikan akhlak dan jiwa ini yang ingin dicapai dalam islam

Tujuan am pendidikan islam adalah membentuk akhlak mulia,mendapatkan keredaan Allah, menyedarkan manusia tentang tanggungjawab,memperlengkap ilmu pengetahuan  supaya dapat menguasai bidang pekerjaan masing-masing dan sebagai persediaan hidup dunia dan akhirat.

Menurut al-Jammali –Tujuan pendidikan dengan  berdasarkan kendungan al-Quran seperti berikut:

1.memperkenalkan kepada manusia akan kedudukannya antara sekalia makhluk dan tanggungjawab individu dalam hidup ini.

2.memperkenalkan kepada manusia akan hubungan-hubungan sosialnya dan tanggungjawabnya dalam ragka suatu sistem sosial

3.memperkenalkan manusia akan makhluk dan mengajaknya akan memahami hikmah penciptaanya

4.memperkenalkan manusia akan pencipta alam sejagat ini



14.3 Konsep Pendidikan Islam

Berasaskan roh, akal, dan jasad
Proses pendidikan sepanjang hayat
Kebebasan kepada semua untuk mendapatkan pendidikan
Proses universal tanpa sempadan
Didasarkan tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah


14.4 Pendidikan Zaman Nabi Muhammad SAW  

Berasaskan akidah, akhlak, dan syariah
Peringkat awal penyampaian ilmu secara sulit
Setelah tiga tahun dakwah dilakukan secara terbuka
Selepas Hijrah, pendidikan dilakukan di masjid seperti masjid Quba’ dan masjid Nabawi
Pendidikan untuk wanita juga diberi perhatian


14.5 Pendidikan Zaman Khulafa al-Rasyidin    
Syaidina Abu Bakar mengumpulkan ayat-ayat suci al-Quran
Pendidikan dan kegiatan dakwah berpusat di masjid
Khalifah Umar al-Khattab menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dan memperkenalkan takwim Islam
Khalifah Uthman membukukan al-Quran yang dikenali mashraf Uthmani
Khalifah Ali menerbitkan buku tatabahasa Arab. Pendidikan awal kanak-kanak dijalankan di khuttab


14.6 Pendidikan Zaman Kerajaan Bani Umaiyah    
Masjid sebagai institusi pendidikan
Bermulanya penganalisisan terhadap al-Quran dan Hadis
Muncul ilmu tatabahasa (nahu dan saraf) -  terciptanya tanda-tanda bunyi seperti dhammah, kasrah, dan fathah
Pendidikan di istana dikhaskan untuk anak-anak khalifah dan anak-anak golongan bangsawan
Penubuhan khuttab
Sistem pembelajaran secara halaqah


14.7 Pendidikan Zaman Abbasiyah     
Pembinaan sekolah yang pertama
Pendidikan percuma, biasiswa, dan tenaga pengajar dibayar gaji
Sistem pembelajaran rasmi dan tidak rasmi
Mendirikan universiti al-hikmah di Baghdad dan Universiti Darul Hikmah di Kaherah
Bait al-Hikmah dijadikan pusat penterjemahan


14.8 Pendidikan Islam di Nusantara dan Tanah Melayu             
Kegiatan dakwah dijalankan oleh orang Arab atau Parsi, India dan China
Istana, masjid, madrasah, surau, dan rumah ulama menjadi pusat pengajian
Pengenalan sistem tulisan jawi
Pesantren – Jawa dan Madura
Pondok – berasal dari Pattani

14.9 Pendidikan di Acheh Sebelum Abad ke-18                            
Institusi Dayah
Rangkang
Meunasah atau madrasah
Penubuhan Balai Setia Hukama
Masjid Baitul Rahman dijadikan Jamiah Baiturrahman Universiti Baiturrahma

No comments:

Post a Comment