Peristiwa

Wednesday, May 9, 2012

Bab 15: Konsep Intelektual dalam Islam

Bab 15 Konsep Intelektual Dalam Islam



Bab 15: Konsep Intelektual dalam Islam

15.1 Pendahuluan    

q  Maksud intelektual –Intelektual bermaksud golongan cerdik pandai atau golongan terpelajar.
q  Bidang ilmu yang diteroka ialah ilmu sains tulen,sains sosial,ilmu agama,dan ilmu bukan agama.
Intelektual menurut Imam al-Ghazali – menegaskn bahawa golongan intelektual akan membentuk masyarakat yg cemerlang.

15.2 Maksud Ilmu  
Maksud ilmu –‘ILM” bermaksud tahu, “alim” bermakna berilmu dan ‘ulama” orang yang berilmu
Ilmu menurut Abdullah Hassan –apa sahaja yg bererti dan berguna
Ilmu menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas –ketibaan makna ke dalam diri seseorang dan ketibaan diri pada makna
Ilmu menurut Yusuf al-Qaradawi –ilmu syariat dan ilmu yang berkaitan dengan pengurusan pembangunan tamadun manusia
Ilmu menurut al-Hajiz –ilmu suatu yang tidak sampai kepada kita sehingga kita menyerahkan diri kepdanya
Ilmu menurut kamus Mu’jam al-Wasit – cahaya anugerah Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendkinya

15.2 Hukum Ilmu     
Unsur-unsur kekal dan tidak berubah
Wahyu-menunjukkan tanda-tanda ilmu Allah dan kebesaranNya, oleh itu manusia disuruh mengkaji alam ini untuk mendapatkan ilmu.

15.3 Kategori Ilmu 
Ilmu hakiki-Ialah ilmu Allah S.W.T yang bersifat qadim, kekal, mutlak, dan tidak berubah
Ilmu idafi -Ialah ilmu yang dianugerahkan Allah s.w.t kepada manusia, para nabi, dan rasikhin bi al-’ilm.
Ilmu seni- muzik dan nyanyian termasuk dalam ilmu badihi
Ilmu daruri-ilmu yang benyak berdasarkan wahyu (al-Quran dan Hadis)
Ilmu istidlali-ilmu yang banyak menggunakan akal

15.4 Sumber Ilmu 
Sumber pertama
·         Al-Quran
Sumber kedua
         Akal – aqli dan fikri
Sumber ketiga
  •          Alam
Teori Ibn Rusyd-Teori kejadian berterusan, emanasi akal tertinggi bukannya bagaimana terjadinya alam tetapi maujudat terletak pada sebab-sebab tertentu iaitu ciptaan Allah dan Allah mencipta alam secara berterusan
Maksud nafs-suatu kejadian yang sempurna dan kekal dan terpisah daripada badan.
Teori ciptaan dan pemeliharaan Tuhan

1.Dalil Jawhar bermaksud semua yang wujud dalam alam ini mengandungi unsur dan setiap unsur itu mengandungi beberapa unsur dan setiap unsur dibahagi kepada yang lebih kecil.

15.5 Kaedah Ilmu    
Maksud kaedah ilmu- merupakan cara untuk memahami fenomena alam dan manusia serta berkaitan dengan alam metafizik
Ilmu tasawuf-untuk mendekatkan diri kepada Allah
Ilmu logik-tidak sesuai dijadikan kaedah untuk menentukan kewujudan Tuha
Ilmu sains (tabii) fizik-menggunakan kaedah aruhan yang mengkaji fenomena alam, kehidupan dan kematian manusia, haiwan dan benda yang tidak bernyawa.

15.6 Perkembangan dan Sumbangan Intelektual Islam      
Zaman nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin
·         Akidah
·         Syariah
·         Akhlak

Zaman Bani Umaiyah
·         Ilmu bahasa berkembang
·         Perkembangan ilmu sains dan perubatan
·         Perkembangan ilmu agama
·         Cardova menjadi pusat ilmu pengetahuan
·         Kemunculan Jabir bin Hayyan pakar bidang perubatan kimia

Zaman Abbasiyah
·         Kegiatan ilmiah berkembang pesat
·         Lahir tokoh-tokoh seperti Khawarizmi (matematik dan algebra), al-Razi (perubatan), Al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina (falsafah), Piri Re’is, Haji Khalifah (geografi)

No comments:

Post a Comment