Peristiwa

Thursday, December 20, 2012

Panduan Kerja Kursus

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelajar-pelajar SMKKS Pra-U. Majlis Peperiksaan Malaysia telah pun mengeluarkan Tema Soalan Kerja Kursus.........tidak usah gentar kerana tugasan ini sebenarnya bukan baru bagi anda. Masih ingat pelaksanaan Kerja Kursus semasa di Tingkatan 1, 2 dan 3 dulu......jadi maksudnya anda sudah ada pengalaman melakukannya cuma sekarang tentulah lebih "advance" setaraf dengan kedudukan anda di Pra U.
 
Berikut adalah tip pelaksanaan kerja kurusu tersebut;
1.Sebanyak 40 waktu diperuntukkan untuk pendedahan ilmu, pengetahuan dan kemahiran bagaimana menghasilkan penyelidikan dan seteruanya menulis penyelidikan.
2.Perkara yang perlu diberi perhatian dan harus dikuasai pelajar adalah:
  •     Apa itu Sejarah?
    • Bahagian ini akan meneragkan konsep dan teori ilmu sejarah
  •     Kaedah Penyelidikan dan Penulisan Sejarah
    • Bahagian ini merangkumi :
      • Penyelidikan dalam Sejarah
        • Menjelaskan pengertian penyeldidikan sejarah dan tatacara dalam penyelidikan sejarah. Pelajar dapat mengenal pasti langkah yang perlu dalam penyelidikan
      • Sumber Sejarah
        • Menghuraikan bahan-bahan yang digunakan dalam penulisan sejarah
      • Tafsiran Sejarah
        • Mentafsir maklumat yang diperolehi seperti menilai maklumat, menganalisis keesahan sesuatu tafsiran terdahulu dan dan merekonstruksi peristiwa lalu
      • Peulisan Sejarah
        • Mengorganisasi  maklumat dalam bentuk naratif
        • memberi penjelasan secara kritis dan imaginatif
        • membincangkan pelbagai perspektif terhadap sesuatu peristiwa lampau
        • membuat sintisis terhadap tafsiran peristiwa lampau

  •     Penyediaan cadangan penyelidikan
    • Bahagian ini meliputi;
    • Pemilihan Tajuk
    • Pengenalan
    • Objektif Kajian
    • Permasalah Kajian
    • Skop Kajian
    • Sumber Kajian Lepas
    • Kaedah Kajian
    • Pembahagian Struktur Essei
    • Penutup
    • Bibliografi

  •     Penyelidikan bahan
    • Mengenalpasti bahan
    • Mencari dan mengumpul bahan
    • Menyaring bahan

  •     Penulisan hasil kajian.
    • Hendaklah disiapkan dalam penggal 2
    • Markah adalah 20%
    • Gagal jika tidak melaksanakan hasil kajian
    • Jumlah perkataan hasil kajian 2,500-3,000 patah perkataan


No comments:

Post a Comment