Peristiwa

Tuesday, December 25, 2012

Penyediaan Cadangan Penyelidikan/Penulisan Ilmiah (Part 1)

Arahan MPM

Kerja kursus (esei ilmiah) ini wajib dilaksanakan oleh calon STPM, iaitu calon sekolah

kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu

sebagai sebahagian komponen penilaian penggal 2
.

Kerja kursus (esei ilmiah) ini mengandungi empat tema. Calon dikehendaki memilih satu

tema bagi menghasilkan satu kerja kursus (esei ilmiah). Calon mesti menyerahkan kerja kursus

(esei ilmiah) tersebut kepada guru/pemeriksa untuk dinilai.

Calon juga mesti melaksanakan semua aspek berkaitan dengan kerja kursus (esei ilmiah)

seperti yang ditetapkan dalam Manual Pelajar.

Markah penuh bagi kerja kursus (esei ilmiah) ini ialah 55 markah.


Tema Soalan:





 
Sediakan
sebuah esei ilmiah yang panjangnya antara 2500 hingga 3000 patah perkataan
berdasarkan satu daripada tema di bawah ini
Tema 1:
Sejarah tempat

Tema 2:Sejarah ekonomi

STema 3Sejarah seni dan kebudayaan
Tema 4   
Sejarah Perubatan dan Kesihatan

Langkah 1: Pemilihan Tajuk
Berdasarkan tema yang diberi , pelajar harus mengecilkan tema kepaa tajuk yang lebih kecil. Tajuk yang dipilih hendaklah mempunyai makna yang penting dalam peristiwa sejarah. Pelajar juga perlu mengambil kira tajuk yang mempunyai sumber rujukan yang banyak. Ini akan memudahkan pelajar membuat sorotan kajian lepas.


Contoh tema dan tajuk esei ilmiah
Tema: sejarah sukan

"Sejarah perkembangan Persatuan Bola Sepak Samarahan dari tahun 1970 hingga tahun 1985"
Tema sejarah seni dan kebudayaan

"Sejarah perkembangan tarian Ngajat di daerah Samarahan dari tahun 1970 hingga tahun 1980"
Tema sejarah kulinari dan makanan

"Asal-usul kuih celorot: Suatu tinjauan lisan penduduk Kampung Meranek, Kota Samarahan, Sarawak"
Tema sejarah pendidikan

"Sekolah Agama Pesantren Abdul Taib Mahmud: Sejarah penubuhan dan

sumbangannya kepada masyarakat setempat dari tahun 1990 hingga tahun 2005"

Langkah 2: Pengenalan
Bahagian ini sangat mustahak merana menerangkan  tesis utama dalam esei. Sebaiknya anda mampu menerangkan idea awal dan matlamat tentang kajian. Kajian dibuat bukan sebarangan atau suka-suka, sebaliknya anda mampu memberi impak terhadap hasil penulisan kajian anda.

Langkah 3:Objektif Kajian
Untuk apakah anda menulis kajian tentang tajuk itu? Ini dinamakan sebagai objektif kajian. Objektif ajian ialah bahagian yang menjelaska sebab kajian dijalankan. Anda harus dapat mejelaskan tujuan kajian dijalankan.

Langkah 4: Permasalah Kajian
Kajian bermula dengan masalah yang ingin dikaji. Anda ingin mengetahui sesuatu untuk dikongsi bersama. Permasalahan kajian merupakan bahagian yang hendak dikupas dalam kajian. Anda harus mengemukaka persoalan kajian untuk perlu dijawab dalam kajian.


Langkah 5: Skop Kajian
Ia dipanggil juga sebagai batasan kajian, limitasi kajian supaya kajian anda tidak terlalu besar dan membingungkan. Disini anda harus membataskan kajian dari segi jangka masa, kawasan kajian, isu yang hendak dikaji. Ia berkait langsung dengan menentukan tempoh, kawasan dan isu yang dikaji. Elakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.

.............bersambung nanti ok









No comments:

Post a Comment