Peristiwa

Thursday, December 27, 2012

Penyediaan Cadangan Penyelidikan/Penulisan Ilmiah (Part 2)

Langkah 6: Sorotan Kajian Lepas
Bahagian ini mengkhendaki anda menerangkan kajian terdahulu berkenaan isu atau aspek yang sama/hampir sama. Ia juga mesti mempunyai kaitan dengan kajian yang bakal dijalankan. Bahagian ini memberi panduan kepada penulisan anda selanjutnya. Sebaiknya anda menggunakan sekurang-kurangnya 3-5 buah buku sebagai rujukan sama ada bahan tersebut bahan utama atau bahan sekunder, yang penting rujukan hendaklah dinyatakan sebagai sumber rujukan.

Langkah 7:Kaedah Kajian
bahagian ini menjelaskan bagaimana anda memperoleh bahan kajian/ maklumat untuk memenuhi objektif kajian/tujuan dan permasalahan kajian. Pelajar seharusnya dapat memilih kaedah yang sesuai untuk mengumpul bahan seperti kajian perpustakaan, kerja lapangan dan temu bual

Langkah 8:Pembahagian Struktur Essei
Setalah tugasan anda menghapiri penamat, tugas seterusnya ialah mengorganisasaikan pembahagian struktur essei. Ia seolah-olah anda membahagikan bab dan sub-bab supaya lebih mudah ditulis. Anda harus dapat menyusun persembahan dan penulisan kajian.

Langkah 9: Penutup
Bahagian ini selalunya pelajar boleh memberi penjalasan atau membuat rumusan perbincangan dan seterusnya membuat kesimpulan dalam esei.

Langkah 10:Rujukan/Bibliografi
Bahagian ini membicarakan kaedah menyenaraikan sumber rujukan dalam esei. Pelajar boleh menggunakan kaedah  Chicago dalam menulis rujukan. Sila buat penyelidikan untuk format tersebut

No comments:

Post a Comment