Peristiwa

Sunday, April 29, 2012

SEKITAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN SEJARAH STPM

Tarikh:27.April 2012
Tempat: Bilik Kuliah, SMK Kota Samaraha
Penceramah: Pn.Sabariah Binti Den (Ketua Penyemak Negeri Sarawak)

Pn.Horriah berkongsi pengalaman sebagai penyemak




Pelajar tekun mendengar ceramah

Pn.Hjh Nurmawati menyampaikan cenderahati kepada penceramah


Friday, April 27, 2012

Bab 11 Organisasi Ketenteraan Islam on Scribd

Bab 11 Organisasi Ketenteraan Islam

11.1 Sistem Pergerakan Tentera dan Daftar Ketenteraan
►Zaman pra-Islam pergerakan tentera adalah secara sukarela
►Tentera Islam tidak dibayar gaji, hanya menerima harta rampasan perang (ghanimah)
►Zaman Umar al-Khattab, tentera dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tentera Nizomi dan tentera sukarela
►Zaman Umaiyah dan Abbasiyah, tentera dibayar gaji

11.2 Penyusunan (Formasi Tentera)tentera Islam
►Sistem berbaris (al-Saf)
►Sistem Kurdus
►Sistem Arif

11.3 Gaji Tentera
►Zaman Nabi – tiada upah, berperang kerana agama
►Zaman khalifah Umar al-Khattab – dibayar elaun
►Zaman kerajaan Bani Umaiyah – purata gaji 1000 dirham setahun dan ditambah elaun
►Zaman bani Abbasiyah – tentera berjalan kaki menerima 900 dirham setahun termasuk harta rampasan perang

11.4 Alat kelengkapan dan Jenis Tentera
►Pedang dan lembing
►Panah
►Manjaniq (batu pelontar)
►Dabbabah (kereta kebal daripada kayu)
►Binatang-binatang seperti kuda, unta, dan keldai

11.5 Taktik dan Strategi Tentera Islam
►Teknik menunggu
►Taktik mengepung
►Teknik bertahan
►Mempelajari bahasa musuh
►Ditubuhkan Jabatan Perisik
►Penubuhan bandar-bandar tentera (masalih)

11.6 Organisasi Tentera Islam di India
►Tentera Kesultanan Delhi • Tiga kategori – berjalan kaki, tentera berkuda, dan tentera bergajah ►Dinasti Khilji – mempunyai organisasi tentera yang tersusun

11.7 Penglibatan Orang Islam Dalam Ketenteraan di China
►Dinasti Sung • Po Shou Keng dilantik sebagai Pesuruhjaya Keamanan di Fukien
►Dinasti Yuan • Mempunyai panglima perang yang terkenal iaitu Nasruddin • Penglibatan Alauddin al-Mufari dan Ismail al-Syami, dua orang Arab yang mahir menggunakan senjata api dan membuat ubat bedil memantapkan pentadbiran Dinasti Yuan
►Dinasti Ming • Cheng Ho atau Muhammad Ma Ho dilantik sebagai laksamana angkatan laut 11.8 Organisasi Pertahanan Islam di Jawa
►Angkatan tentera ialah rakyat tempatan yang berperang secara sukarela
►Terdapat juga askar upahan
►Peralatan senjata – keris, tombak, pedang, dan lembing
►Taktik – bertahan, serang hendap, membina kubu

11.9 Organisasi Pertahanan dan Ketenteraan Islam di Filipina
►Angkatan tentera diketuai oleh sultan, datu-datu, dan golongan pemerintah
►Angkatan tentera terdiri daripada rakyat tempatan, tentera separuh masa, dan tentera bantuan ►Taktik – teknik gerila dan teknik berundur
►Peralatan perang – keris, pedang, lembing, dan perisai. Senapang dan meriam digunakan selepas kedatangan penjajah

11.10 Organisasi Ketenteraan Islam di Pattani
►Diketuai oleh pemerintah
►Tentera terdiri daripada rakyat jelata, petani, dan nelayan
►Peralatan perang – meriam, senapang, anak panah beracun, kapal
►Taktik peperangan – bertahan, pengintipan, penyamaran, pembinaan benteng, dan kubu

Friday, April 20, 2012

Bab 10: Ketahanan dan Pertahanan Dalam islam

Bab 10 Ketahanan Dan an Dalam Islam

Bab 10: Ketahanan dan Pertahanan dalam Islam
10.1 Definisi Ketahanan dan Pertahanan
►Definisi Ketahanan – daya juang dan sifat tahab lasak dalam menghadapi peperangan
- Terbahagi kepada 2 iaitu ketahanan kerohanian dan ketahanan fizikal
►Definisi Pertahanan –perihal mempertahankan diri, agama dan negara daripada serangan musuh. ►4 perkara asas bagi sesebuah negara mempertahankan negaranya adalah: 1. Strategi 2. Taktik 3. Teknologi 4. Logistik
►Menurut pandangan Plato dalam bukunya Republic –keperluan untuk memiliki kelas pengawal untuk mempertahankan negara
►Menurut pandangan Aristotle dalam bukunya Politics –kehadiran kelas hulubalang dalam sesebuah kerajaan adalah penting daripada kelas-kelas lain. 10.2 Ketenteraan dan Peperangan Zaman Jahiliah ►Dianggap profesion yang mulia
►Melibatkan semua anggota kabilah
►Harta rampasan perang akan diagihkan
►Perang berlaku disebabkan sikap taksub dan semangat asabiyah

10.3 Pertahanan dalam Islam
►Memelihara kehormatan agama, bangsa, dan masyarakat
►Menegakkan ajaran Allah SWT
►Peperangan dalam Islam telah ditetapkan beberapa peraturan yang wajib dituruti

10.4 Peperangan dalam Islam
►Perang Badar
• Perang pertama disertai nabi Muhammad SAW
• Punca – orang Musyrikin Makkah menghalau orang Islam dari Makkah
• Tentera islam mencapai kemenangan

►Perang Uhud
• Punca – perasaan marah orang Musyrikin yang mahu membalas dendam atas kekalahan mereka dalam Perang Badar
• Angkatan Islam berjumlah 1000 orang dan dibahagikan kepada tiga batalion • Tentera Islam tewas kerana sikap tentera Islam mengingkari arahan

►Perang Khandak (al-Ahzab)
• Bermaksud “parit” atau kubu kerana nabi Muhammad SAW menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit
• Tentera Musyrikin 10,000 orang
• Peperangan hanya berlaku dalam bentuk lontaran batu dan lembing serta panah-panahan

►Perjanjian Hudaibiyah
• 628M rombongan islam Madinah hendak ke Makkah untuk tunaikan umrah
• Disekat di Hudaibiyah
• Nabi menghantar Uthman Bin Affan untuk menerangkan tujuan
• Khabar Uthman dibunuh pihak Quraisy, orang isam bersumpah setia “Baiah al-Ridwan”
• Quraisy temui Nabi kerana bimbang
• Termetrai perjanjianj Hudaibiyah antara Nabi dengan Suhail bin Amru(Quraisy)
• Syarat Perjanjian:
1. .Gencatan senjata selama 10 tahun
2. Kabilah arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang islam Madinah atau Quraisy
3. Orang islam madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
4. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaga perlu dipulangkan semula
5. Umat islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H)

►Perang Khaibar
• Berlaku selepas Perjanjian Hudaibiyah antara tentera Islam dengan kaum Yahudi
• Kabilah Yahudi bercadang merancang menyerang orang islam di Madinah
• Rasulullah berpedapat selagi orang Yahudi tidak dihapuskan sehingga ke akar umbi selagi itu permusuhan dengan kaum ini akan berlanjutan.
• Yahudi membuat pengakuan mereka tidak akan mengancam orang islam, meminta maaf kepada nabi dan meminta supaya tidak dibunuh selain dibenarkan tinggal di Khaibar.

►Perang Mu’tah
• Berlaku 8 Hijrah
• Mu’tah nama sebuah tempat di Syam
• Zaid bin Harithah terbunuh

►Pembukaan kota Makkah
• Nabi Muhammad ke Makkah untuk membalas perbuatan orang Quraisy yang melanggar Perjanjian Hudaibiyah
• Pengislaman Abu Sufian menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam
• Tentera Islam tidak menerima sebarang tentangan
• Selepas kota Makkah ditawan semua berhala dimusnahkan

►Perang Hunain dan Perang Taif
• Kaum musyrikin dari suku Hawazin dan kaum Thaqih serta beberapa kabilah bersepakat menyerang Rasulullah
• Perang Taif merupakan lanjutan daripada peperangan Hunain
• Kemenangan di Taif menimbulkan rasa cemburu Rom dan Parsi yang membawa kepada tercetusnya Perang Tabuk.

►Perang Tabuk
• Perang ini merupakan sambungan Perang Mu’tah
• Melibatkan tentera Rom dan Syam
• Merupakan peperangan terakhir yang disertai oleh nabi Muhammad SAW sebelum baginda wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah

►Perang Salib
• Berlangsung selama 200 tahun dari tahun 1096 M hingga 1291 M

Faktor-faktor Peperangan
►Agama
• Perang Salib dikatakan perang yang dikaitkan dengan agama

►Politik
• Pihak Barat sering merasakan yang orang Islam merupakan musuh utama mereka

►Ekonomi
• Orang Kristian mahu melemahkan monopoli orang Islam dalam bidang perdagangan

►Sosial
• Golongan bangsawan feudal Eropah saling bertelagah
• Golongan hamba dijanjikan kemerdekaan jika menyertai perang menentang Islam
• Mahu mendapatkan kekayaan melalui rampasan perang

►Perpecahan dalam kalangan umat Islam
• Putera Kerajaan Saljuq membahagikan kerajaan antara mereka
• Kerajaan Fatimiyah apabila berlaku pemberontakan
• Kerajaan Saljuq dan Fatamiyah bertelagah sesama sendiri

►Rayuan Paderi
• Pope Urban II menyeru orang Kristian membebaskan Baitulmuqaddis

Sunday, April 15, 2012

Bab 9: Kerajaan Islam di Asia Tenggara

BAB 9 Kerajaan Islam Di Asia Tenggara-6a1Bab 9: Kerajaan Islam di Asia Tenggara

9.1 Kesultanan Melayu Melaka
• Dibuka abad ke-15
• Kedudukan strategik
• Raja pertama Parameswara/S.Iskandar Syah
• Sistem pentadbiran berbentuk hierarki
►Hubungan diplomatik
• Pelabuhan entrepot
• Hubungan diplomatik dengan China, Siam, Arab, dan India

►Sistem Pentadbiran


Pembesar
Bidang Kuasa
Sultan
·         kuasa tertinggi,mutlak,ketua halim,penggubal undang-undang
·         dibantu oleh Bendahara,Penghulu ,Bendahari,
Temenggung,Laksmana

Bendahara
·          Sebagai penasihat kepada Sultan dalam hal-hal yang melibatkan urusan luar atau dalam negeri.  
Penghulu Bendahari
·         Sebagai menteri kewangan Melaka.
·         Mengetuai bendahari-bendahari diraja & pegawai-pegawai yang menguruskan hal ehwal negara.
Temenggung
·         Memastikan keamanan dan keselamatan serta memastikan pelaksanaan undang-undang Melaka.
·         Mengawal keselamatan sultan.
·         Melaksanakan hukuman bunuh.

Laksamana
·         Bertugas dalam perkhidmatan awam dan ketenteraan.
·         Mengetuai angkatan tentera darat jika tiada Bendahara.
·         Brfungsi sebagai duta, pengawal, dan pemerhati perjalanan protokol.
Syahbandar
·         Menjaga kestabilan pelabuhan.
·         Mengawasi organisasi pasar,gudang barangan, menjaga nilai matawang dan inflasi.
·         Mengurus pedagang dari luar.

Majlis orang besar

Ketua-ketua rendah

Penghulu



►Pengaruh Islam dalam undang-undang Melaka

• Hukum Kanun Melaka
-Diwujudkan zaman Sultan Muhammad syah
-Mengandungi 19 fasal kepada 22 fasal dan seterusnya 44 fasal
-Mengandungi peraturan adat dan peraturan agama
-hanya 40.95% hokum adalah berdasarkan islam
-Mengandungi undang-undang perkahwinan,undang-undang jualan dan prosuder, dan undang-undang jenayah

Undang-undang Laut Melaka
-Diwujudkan zaman Sultan Mahmud Syah pada 1488
-24 fasal meliputi undang-undang peraturan pelayaran,bidang kuasa nakhoda,tanggungjaab pekerja-pekerja kapal,hokum kesalahan dilaut dan peraturan jual beli di kapal
-Satu fasal sahaja mengikut hokum islam

Wednesday, April 4, 2012

Bab 8: Kerajaan Islam di India

Bab 8 Kerajaan Islam Di India


Tamadun Islam Bab 8

                   



8.1 Struktur Pentadbiran Kerajaan Delhi

Kesultanan Delhi merujuk pada satu siri pemerintahan berdinasti dari Turkik dan Afghan yang berpusat di Delhi, termasuk :
dinasti Mamluk (1206–90),
dinasti Khilji (1290–1320),
dinasti Tughlaq (1320–1413),
dinasti Sayyid (1414–51) dan
dinasti Lodi (1451–1526).

Pada tahun 1526, Kesultanan Delhi diserapkan dengan kemunculan Empayar Mughal.


►Mengamalkan pentadbiran kerajaan pusat (centralization) dan autokrasi

►Takhta kerajaannya berdasarkan sistem monarki atau sistem warisan

►Sultan memegang kuasa politik tertinggi

►Polisi kewangan berasaskan hukum Islam Mazhab Hanafi

►Sistem kehakiman terletak di bawah Dewan Kadi dan Dewan Sedan Susur

Faktor-Fator Kejatuhan Kesultanan Delhi:
• Sistem autokrasi dan ketenteraa
• Polisi perkauman oleh kerajaan Mamluk yang lebih mengutamakan orang Turki
• Penyatuan raja-raja Hindu
• Tekanan terhadap golongan Hindu dengan memusnahkan tempat-tempat suci mereka
• Sistem kuku besu Muhammad Taghluq
• Serangan Timurlane pada 1398
• Perpecahan pembesar-pembesar Lodi dan persaingan kuasa sesama mereka


http://zikripunya.blogspot.com/2010/10/kesultanan-delhi_14.html

Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल) yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap tahun 1648.
Kadang-kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.


8.2 Pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Moghul

• Diasaskan oleh Baber Babur pada abad ke-15M
• Zaman kegemilangan 1526M-1707 M

►Akbar (1556-1605 M)
• Cekap dalam bidang pentadbiran
• Menghapuskan perbezaan berasaskan agama dan bangsa
• Memperkenal pentadbiran Mansadar iaitu golongan bangsawan melaksanakan tugas pentadbiran awam ,memerintah dan melengkapkan satu pasukan tentera diraja
• Membentuk jabatab-jabatan mengurus pentadbiran negara
• Membahagikan India kepada 18 wilayah dan meningkatkan 21 wilayah di zaman Auragzab dengan gabenor mengetuai setiap wilayah

►Aurangzeb (1658-1707)
• Anak Akhbar
• Berhasrat jadika India sebuah negara islam yang mengamalkan mazhab Sunnah Wal-Jamaah
• Sumbangan beliau:
1. Menghimpunkan fatwa yg dikenali sebagai al-Fatwa Hindiyyah
2. Membatalkan takwim al-Illahi dan menggantikan dengan takwim Hijrah
3. Memecat dukun-dukun,dayang-dayang
4. Mengambil dan mengindahkan semula masjid-masjid yang diambil orang Hindu
5. Menghadkan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran kepada orang Hindu
6. Membataskan pemerintah hanya kepada orang islam
7. Menyekat pengaruh agama Hindu
8. Melarang orang islam mempelajari agama Hindu dan memasuki sekolah-sekolah Hindu


►Kerajaan Islam di China
• Kerajaan islam di China terbentuk semasa Dinasti Ming
• Pengasasnya ialah Chu Yuan Chang
• Mengamalkan Confusianisme walaupun pemimpinya beragama islam
• Orang islam diberi jawatan pegawai utama termasuk jawatan panglima perang
• Apabila Dinasti Manchu mengambil alih pemerintahan, tindakan berikut dilakukan:
1. Dilarang menunaikan Haji
2. Dilarang membina masjid
3. Para ulama dilarang memasuki China
4. Dasar pecah dan perintah diamalkan