Peristiwa

Thursday, January 22, 2015

Merungkai Penulisan Kajian Lepas


Apakah kajian Lepas? Masih ramai pelajar yang tidak faham.
Langkah 1: Kenalpasti tema kajian atau tajuk kajian anda dan lebih khusu lagi aspek kajian anda.
Langkah 2: Cari bahan rujukan ilmiah sekurang2nya 3 hingga 5
Langkah 3: Baca ketiga-tiga dan ambil maklumat yang sesuai dengan kajian anda.
Langkah 4: Masukkan maklumat yang anda ambil ke dalam penulisan anda sama ada menggunakan ayat sendiri atau mengolah semula,  jangan lupa masukkan sumber dari mana anda ambil (ini dipanggil nota kaki/tujuannya mengelak plagarisme)
Langkah 5: Baca semula idea anda agar sempurna dari segi perkataan, frasa dan ayat.

Contoh:

1.Isu/Masalah


Apakah Raja Kechil anak Sultan Mahmud mangkat dijulang?

2.Hipotesis
Penulis ragu-ragu sama ada Raja Kechil anak Sultan Mahmud. Ini berasaskan tulisan penulis ternama L.A. Andaya yang menyifatkan asal-usul Raja Kechil sebagai, "His origins are still a matter of speculation …"(Andaya, 1973, hlm. 73).

3.Pengumpulan Data dan Fakta
Dalam sejarah, sumber-sumber boleh dibahagikan kepada dua. Pertama sumber pertama yang menjadi saksi utama data sejarah, ia termasuk rekod-rekod dan makalah yang tersimpan di Arkib dan sumber kedua berupa bahan bercetak seperti buku-buku teks, majalah, jernal dan wawancara dengan tokoh yang masih hidup dengan zaman yang menjadi topik perbincangan.

4.Pemilihan Fakta
Dalam memecahkan persoalan Raja Kechil, penulis telah memilih dan menggunakan sumber-sumber seperti 
·        Salsilah Melayu dan Bugis
·        Tuhfat al-NafisHikayat Siak, 
·        Hikayat Johor dan bahan 
·        Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society ( JMBRAS).

5.Penafsiran Data dan Fakta
Bedasarkan data yang diperolehi, pengarang telah membuat penafsiran yang cukup menarik. Penafsiran ini dibuat berasaskan andaian. Andaian penting kerana kebenaran bermula dari andaian.
The historian arrives at truth through probability … this does not mean "a doubtful kind of truth, but a firm reliance on the likelihood that evidence which has been examined and found solid is veracious" (Barzun dan Graff, 1977, hlm. 83).
Berdasarkan sumber-sumber yang dikaji ternyata hampir kesemuanya menyatakan Raja Kechil ialah anak Che Pong.
1.Che Pong adalah anak Laksamana dan gundek kepada Sultan Mahmud. Sumber-sumber yang mengaitkan Raja Kechil dengan Che Pong ialah Tuhfat al-Nafis dan Hikayat Siak.
2.Sumber Trengganu pula tidak menafikan bahawa Sultan Mahmud pernah mengadakan hubungan jenis dengan Che Pong.
3.Andaya dalam bukunya The Kingdom of Johore 1641-1728, juga turut menyokong sumber Siak dan Trengganu bahawa Raja Kechil adalah anak Sultan Mahmud hasil perhubungan jenisnya dengan Che Pong. Satu lagi persoalan menarik yang ditimbulkan oleh pengarang ialah jika sekiranya Raja Kechil bukan putera Sultan Mahmud mengapa Orang Laut memberikan sokongan kepadanya? Menurut penulis, Orang Laut adalah pengikut setia keturunan Kesultanan Melaka. Tambahan pula Raja Kechil pernah diserahkan oleh Laksamana kepada Raja Negara Selat iaitu Ketua Orang Laut. Ini mengukuhkan lagi penghujahan bahawa Raja Kechil adalah anak Sultan Mahmud. Fakta inilah yang seterusnya mendorong Orang Laut memberikan sokongan padu kepada Raja Kechil yang sebelumnya pernah dipelihara oleh ketua mereka, Raja Negara Selat.

6.Kesimpulan Am
Berdasarkan interpretasi yang dilakukan terhadap sumber-sumber yang diperolehi, penulis membuat kesimpulan am bahawa Raja Kechil sememangnya anak Sultan Mahmud mangkat dijulang. Apa yang dilakukan oleh pengarang ialah menafsir fakta yang boleh disifatkan sebagai tulang-tulang kering, "The facts never speak for themselves, they must be selected, marshaled, linked together and given a voice" (Barzun dan Graff, 1977, hlm. X).

7.Pengujian Kesimpulan Am
Pengarang telah menguji kesimpulan am dengan meneliti sumber-sumber yang mempersoalkan kesahihan Raja Kechil sebagai anak Sultan Mahmud. Antaranya keraguan Winstedt berdasarkan Sumber Belanda 15.2.1745 yang mencatitkan Raja Kechil telahpun tua. Ini bererti ketika beliau menyerang Johor pada 1699 usianya hanya 19 tahun. Ternyata ini tidak masuk akal.

8.Penilaian
Dari pengujian kesimpulan am ternyata hampir kebanyakan sumber, antaranya Tuhfat-al-Nafis, Hikayat Siak, Rekod The Dutch East India Company and The Straits of Malacca 1700-1784, Hikayat Johor, History of Johore, Salsilah Melayu dan Bugis dan The Kingdom of Johor mengaitkan nama Sultan Mahmud dengan kehamilan Che Pong. Keadaan ini mendorong penulis menerima kesimpulan am bahawa Raja Kechil sememangnya anak Sultan Mahmud mangkat dijulang.

9.Kesimpulan Muktamad
Berdasarkan sumber-sumber yang dianalisa secara kritis nyata Raja Kechil sememangnya anak Sultan Mahmud. Ini berdasarkan kesemua sumber dengan kukuh mengaitkan kehamilan Che Pong dengan Sultan Mahmud. Mengikut pengarang, sumber-sumber seperti Tuhfat al-Nafis1Salasilah Melayu dan BugisThe Kingdom of Johor dan Hikayat Siak mencatitkan bahawa Che Pong mengandung kerana hubungannya dengan Sultan Mahmud. Walaupun ia tidak dinyatakan secara terus terang tetapi kesemua sumber ini tidak menolak kemungkinan Raja Kechil adalah anak Sultan Mahmud. Oleh kerana begitu banyak sumber yang mengaitkan Sultan Mahmud dengan Che Pong, pengarang telah menyimpulkan bahawa Raja Kechil atau Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah adalah putera Sultan Mahmud mangkat dijulang

Nota Hujung Chicago Stylye:


Dari penulisan di atas anda mempunyai beberapa sumber kajian lepas iaitu

1.Tuhfat al-Nafis
2.Salasilah Melayu dan Bugis
3.The Kingdom of Johor dan 
4.Hikayat Siak  
Ikuti format yang ditetapkan dengan menulis sumber yang langkap

Sumber rujukan adalah sumbangan Sivachandralingam Sundara Raja


No comments:

Post a Comment