Peristiwa

Wednesday, January 15, 2014

Bab 1:Manusia dan Masyarakat Jahiliah

Baru.....dengan kemaskini sistem modular
Bab 1 Manusia Dan Masyarakat Jahiliah

1.2 Pengertian Jahiliah

►Jahala, Jahlun, Jahalatun yang bererti “bodoh dan sesat”

►Definisi menurut sejarawan Islam
-Zaman yang penuh dengan kegelapan,kejahilan,kebodohan dalam bidang ilmu pengetahuan kerana tidak tahu membaca dan menulis
-suatu zaman tidak mempunyai peraturan hidup dan tidak mempunyai agama, tidak mengesahkan Allah.


►Ciri-ciri masyarakat jahiliah menurut Islam
• Tidak mempunyai nabi(pemimpin) dan kitab sebagai petunjuk.
• Tidak mempunyai peradaban atau tamadun
• Tidak berakhlak,angkuh,sombong
• Tidak boleh menulis serta membaca
►Jahiliah menurut Philip K Hitti
• jahil dari segi agama dan kepercayaan tetapi maju dari segi ilmu pengetahuan

►Jahiliah dalam konteks sejarah
• zaman masyarakat di Tanah Arab sebelum lahirnya islam
• Berlangsung selama tiga abad dari runtuhnya empangan Maarib 300M hingga lahirnya wahyu kepada nabi 570 Masihi

1.3 Ekonomi Masyarakat Pada Zaman Jahiliah

►Keadaan geografi dan ketidakstabilan politik Semenanjung Tanah Arab mempengaruhi kemajuan ekonomi

►Golongan Badwi bergantung pada hasil ternakan dan merompak atas desakan hidup

►Golongan Hadari terlibat dalam aktiviti perdagangan

►Kesan keruntuhan Empangan Maarib di Yaman

►Kerajaan Himayar melaksanakan dasar penaklukan untuk menampung hasil pertanian yang merosot


1.4 Sosial Masyarakat pada Zaman Jahiliah

►Golongan Hadari terlibat dalam aktiviti perdagangan

►Penyatuan masyarakat berkabilah berasaskan pertalian darah dan keturunan

►Peperangan sesama kabilah untuk mencari nama, kuasa, pengaruh , dan harta benda

►Kedudukan wanita berada di tahap yang paling rendah

►Golongan hamba dipandang hina dan lebih rendah kedudukannya daripada kaum wanita


1.5 Ilmu Pengetahuan

►Kepandaian masyarakat Jahiliah berasaskan persekitaran tempat tinggal

►Ilmu yang diperoleh berbentuk lisan

►Memperoleh ilmu melalui hubungan dengan Parsi dan Rom

►Mahir dalam bidang kesusasteraan

1.6 Bidang Politik

►Tiada kerajaan yang mempunyai struktur pemerintahan yang sistematik dan teratur

►Sistem politik masyarakat Hadari lebih kukuh berbanding dengan masyarakat Badwi

►Sistem politik masyarakat Badwi berdasarkan kabilah yang diketuai seorang Syeikh

►Semenanjung Tanah Arab ditakluki kuasa luar yang berbeza – Makkah menerima kesan buruk walaupun tidak dijajah

►Kerajaan Ma’in di selatan maju dalam perdagangan

►Kerajaan Saba maju dalam pembangunan, perdagangan dan pertanian – runtuh kerana kemusnahan Empangan Maarib

►Kerajan Himayar diperintah oleh raja yang beragama Yahudi yang menindas orang
Kristian – kalah diserang Habsyah

►Kerajaan Habsyah gagal menyerang Makkah – Tentera Abrahah dimusnahkan oleh Allah SWT

►Kerajaan Himayar digulingkan oleh Parsi. Nama Himayar di tukar kepada Yaman

►Kerajaan utara dimulai dengan A-Nabt

►Tadmur menjadi rebutan antara Rom dan Parsi

►Hirah muncul selepas Tadmur dijatuhkan dengan sokongan Parsi – akhirnya ditawan oleh pihak Islam

►Kerajaan Zaman Jahiliah dibahagikan kepada tiga kumpulan

►Kerajaan Zaman Jahiliah tidak dapat dikategorikan sebagai kerajaan sepenuhnya

1.7 Agama di Zaman Jahiliah

►Masyarakat beragama dapat dikategori lima golongan iaitu:
1. Watani (menyembah berhala)
2. Majusi (menyembah api)
3. Nasrani (Kristian0
4. Yahudi
5. Hanif (Samawi)
6.

Agama Huraian

►Pengaruh asing mempengaruhi faktor penyebaran pelbagai agama di Semenanjung Arab

►Parsi menyebarkan agama Majusi dan Rom pula menyebarkan ajaran Kristian

►Orang Arab Badwi masih mengekalkan amalan menyembah berhala

►Agama Majusi berpegang kepada tiga mazhab dan dua tuhan

►Agama Nasrani dibawa oleh Nabi Isa AS – penganut asal ialah orang Israel- mengubah kandungan asal kitab Injil

►Agama Hanif diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Ibrahim AS

►Kaum Qahtan dari Yaman menyembah cakerawala

►Orang Jahiliah juga menyembah malaikat

►Kedatangan Islam melalui Nabi Muhamad SAWmembawa perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan


1.8 Masyarakat Makkah Sebelum Islam

►Bermula dengan peristiwa Nabi Ibrahim AS menempatkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail di Makkah yang kering-kontang

►Kumpulan pertama yang tinggal di Makkah ialah puak Amaliqah dan diikuti puak
Jurhum

►Makkah didiami oleh Bani Khuzaah selama 300 tahun

►Pada awal abad kelima Masihi Bani Quraisy mengambil alih Kota Makkah

►Kota Makkah ialah pusat ibadat, pusat perdagangan, dan kebudayaan di Semenanjung
Arab

►Makkah bebas daripada pengaruh asing


1.9 Masyarakat Madinah Sebelum Islam

►Sebelum Hijrah, Madinah dikenali sebagai Yathrib

►Kedudukan kota Madinah menjadikannya pusat perdagangan yang unggul

►Aktiviti pertanian penting kerana Madinah ialah sebuah wadi yang subur

►Sebelum kedatangan Islam, majoriti penduduk Madinah beragama Yahudi

►Kaum Aus dan kaum Khazraj ialah dua kelompok utama di Madinah

►Perang Baatu meletus pada tahun 619M antara Kaum Aus(berpakat dengan puak Yahudi) dengan kaum Khazraj memecah-belahkan kedua-dua kaum itu

►Peperangan itu dimenangi oleh Kaum Aus, dengan itu Yahudi menguasai Kota Madinah semula

Masyarakat Yahudi di Madinah

►Tiga suku Yahudi yang terkenal di Madinah ialah:
• Bani Qainuqa – mula-mula tiba di Madinah; membina kediaman di
Wadi Butnan; sangat berpengaruh; berdagang dan bertukang; mewah
• Bani Nadhir – puak kedua mendiami Madinah; mendiami Bukit al-
Nadir; bertukang; bertani, dan berniaga
• Bani Quraizah – dikenali dengan gelaran Dalih; tinggal di luar kota
iaitu di Wadi Mahzur; bertani; mewah berbanding dengan suku-suku
lain

1 comment: