Peristiwa

Tuesday, January 14, 2014

Bab 3: Masyarakat islam selepas Nabi Muhammad

Bab 3 Masyarakat Islam Selepas Zaman Nabi Muhammad

Muat turun percuma sila klik http://www.mediafire.com/?68cytkam377l9kc

Nota
Bab 3: Masyarakat Islam selepas Nabi Muhammad SAW

3.1 Masyarakat Islam selepas Nabi Muhammad SAW

►Masyarakat Islam di Semenanjung Arab
• Arab berasal daripada keturunan Semantik
• Terbahagi kepada tiga golongan:
i.Arab Baidah
ii.Arab Atibah
iii.Arab Musta’ribah
• Kewafatan nabi mengugat konsep ummah tetapi di selesaikan oleh Syaidina Abu Bakar
• Mereka enggan membayar zakat hingga membawa kepada Perang al Riddah

►Masyarakat Islam Iraq
• Tiga golongan di Irag iaitu:
i.Ahl al-Ayam iaitu pemegang amanah dengan mengelola tanah-tanah di Iraq dan menganggapnya sebagai hak milik mereka dan tidak boleh ditukar milik
ii.Muhajirin dan Ansar
iii.Bekas golongan murtad

►Masyarakat Islam Syam
• Didiami oleh Arab dan bukan arab ( Yahudi,Syria dan Rom)
• Menganut agama Kristian dan Yahudi
• Memeluk islam apabila kedatangan islam tetapi masih dipengaruhi agama asal hingga melahirkan percangahan pemikiran dan mazhab-mazhab dalam islam

►Masyarakat Islam Mesir
• Penduduk Mesir berketurunan Qibti dan beragama Kristian
• Islam tiba di Mesir ketika zaman Khalifah Umar al-Khattab


3.2 Perkembangan Masyarakat Islam selepas Khulafa Al-Rasyidin

►Kerajaan Bani Umaiyah
• Zaman kelahiran
-Syaidina Ali menjadi Khalifah, Muawiyah bin Abu Sufian dipecat daripada Gabenor Syam hingga menimbulkan Perang Siffin. Perang Siffin ditamatkan melalui Majlis Tahkim yang membawa kepada penubuhan Bani Umaiyah
-Muawiyah Bin Abu Sufian
-Yazid bin Muawiyah
-Muawiyah Bin Yazid
• Zaman kemakmuran/pembangunan
-Al-Walid bin Abd.Malik
-Sulaiman bin Abd.Malik
-Umar bin Abd. Aziz
-Yazid bin Abd.Malik
• Zaman kehancuran
-Hisyam bin Abd.Malik
-Al-Walid bin Yazid
-Ibrahim Bin al-Walid
-Marwan bin Muhammad

►Masyarakat Islam zaman Bani Umaiyah
• Golongan Azariqah-percaya bahawa orang islam yang melakukan dosa besar seperti zina,derhaka kepada ibubapa,membunuh dianggap kafir dan kekal didalam neraka. Mengkafirkan Sayidina Uthman, Ali dan sesiapa yang meyertai Perang Jamal dan Perang Siffin
• Gerakan Najdiyah-percaya bahawa pihak yang melakukan dosa besartidak boleh dihukum kafir tetapi bertaraf munafik. Mengutamakan Al-Quran
• Kaum Syiah-golongan yang ingin membela kematian Husin putera Sayaidina Ali
• Golongan Mawali-golongan hamba yang telah memeluk agama islam

►Masyarakat Islam zaman Abbasiyah
• Kelas atasan-pembesar,bangsawan,panglima,sasterawan,saudagar dan golongan profesional
• Kelas bawahan-petani,pengembala dan zimmi





3.3 Masyarakat Islam Eropah

►Kaum Barbar-beragama islam,menetap dikampung, buruh dan petani

►Kaum Arab-berpengaruh dan terlibat dalam bidang perniagaan

►Kaum Muwalladun (penduduk tempatan)-muslimin beketurunan sepanyol,menjadi tentera upahan.

►Kaum Mozarab (penganut agama Kristian)-orang kristian yang menetap di Sepanyol

►Puak Yahudi

►Golongan Hamba
• Negro
• Saqalibah

3.4 Masyarakat Islam Di India

►Kerajaan Ghaznawi (926 – 1186 M) dan kerajaan Ghori (1168 – 1206 M)
• Sultan Muhammad al-Ghori

►Dinasti Mamluk dan Dinasti Khilji
• Qutbuddin Aibek
• Alauddin khilji

►Kerajaan Moghul
• Akbar Agung
• Mencipta agama baru iaitu “Din Ilahi”


3.5 Masyarakat Islam di China

►Saad bin Abi Waqqas mendirikan masjid Goangta di bandar Guangzhou

►Dinasti Yuan (Monghul)
• Intelektual Islam memegang jawatan penting

►Zaman Kublai Khan
• Lapan orang gabenornya adalah penganut Islam

►Dinasti Ming
• Ramai panglima tenteranya beragama Islam
• Sekolah agama dan universiti didirikan


►Dinasti Ching (Manchu)
• Memusuhi orang Islam khususnya yang bukan China

►Dinasti Shung
• Agama Islam berkembang kerana keselamatan dan kebajikan pedagang asing diutamakan


3.6 Masyarakat Islam di Nusantara

► Masyarakat Islam Melaka
• Bukti kedatangan Islam daripada batu bersurat, batu nisan dan catatan pengembara seperti Marco Polo, Ibn Battutah dan Tome Pires
• Masyarakat Melaka terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah
• Sistem kelas dan perbezaan darjat
• Undang-undang berasaskan Islam

►Masyarakat Islam Filipina
• Masyarakat Moro
• Tokoh yang mengasaskan Kesultanan Sulu ialah Sayyid Abu Bakar keturunan Arab,Johor
• Kehadiran Sepanyol di Filipina merupakan ancaman besar terhadap masyarakat islam di Sepanyol kerana mereka memusuhi islam dan ingin mengembangkan agama Kristian



►Masyarakat Islam Pattani
• Islam dibawa ke Patanni pada abad ke 10 atau 11 M oleh Syeikh Said Saffiyuddin dari Pasai
• Pattani dibangunkan oleh orang Siam asli Kota Mahligai . Raja Antira Seri Wangsa bersemayam dikota tersebut
• Kebanyakan orang Melayu mendiami kawasan pantai dan menjadi petani atau “Pak Tani”. Perkataan tersebut disingkatkan menjadi Pattani dan daerah yang diduduki dipanggil negeri Pattani

►Masyarakat Islam Jawa
• Giri adalah wilayah pentadbiran islam pertama di Jawa
• Giri menjadi tempat pengajian islam dan rujukan masalah-masalah agama
• Persaingan dengan agama Hindu menyebabkan islam disebarkans secara beransur-ansur di Jawa
• Wali Songo memainkan peranan penting penyebaran islam di Jawa
• Wali Songo dikagumi kerana memiliki kebolehan luarbiasa dan kesaktian.
• Antara tokoh wali songo ialah
i.Maulana Malik Ibrahim
ii.Sunan Ampel
iii.Sunan Bonang
iv.Sunan Giri
v.Sunan Drajat
vi.Sunan Kalijaga
vii.Sunan Kudus
viii.Sunan Muria
ix.Sunan Gunung Jati

►Masyarakat Islam Acheh

• Kejatuhan Melaka oleh Portugis menyebabkan Acheh membangun dan melancarkan dasar perluasan kuasa
• Tokoh terkenal ialah
i.Hamzah Fansuri
ii.Syamsuddin al-sumantrani
iii.Syeikh Nuruddin al-Raniri
iv.Abdul Rauf Singkel

No comments:

Post a Comment