Peristiwa

Saturday, January 4, 2014

Penyediaan Cadangan Penyelidikan/Penulisan Ilmiah (Part 1)

Arahan MPM

Kerja kursus (esei ilmiahini wajib dilaksanakan oleh calon STPM, iaitu calon sekolah
kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu

sebagai sebahagian komponen penilaian penggal 2
.

Kerja kursus (esei ilmiah) ini mengandungi empat temaCalon dikehendaki memilih satu

tema bagi menghasilkan satu kerja kursus (esei ilmiah). Calon mesti menyerahkan kerja kursus

(esei ilmiah) tersebut kepada guru/pemeriksa untuk dinilai.

Calon juga mesti melaksanakan semua aspek berkaitan dengan kerja kursus (esei ilmiah)

seperti yang ditetapkan dalam Manual Pelajar.

Markah penuh bagi kerja kursus (esei ilmiahini ialah 55 markah


Tema Soalan:
Sediakan sebuah esei ilmiah yang panjangnya antara 2500 hingga 3000 patah perkataan berdasarkan satu daripada tema di bawah ini

Tema 1:Sejarah tokoh

Tema 2:Sejarah Sukan

STema 3
Sejarah Politik

Tema 4    
Sejarah Kumpulan etnik/kaum/klan/suku kaum


Langkah 1: Pemilihan Tajuk
Berdasarkan tema yang diberi , pelajar harus mengecilkan tema kepaa tajuk yang lebih kecil. Tajuk yang dipilih hendaklah mempunyai makna yang penting dalam peristiwa sejarah. Pelajar juga perlu mengambil kira tajuk yang mempunyai sumber rujukan yang banyak. Ini akan memudahkan pelajar membuat sorotan kajian lepas.



Langkah 2: Pengenalan
Bahagian ini sangat mustahak merana menerangkan  tesis utama dalam esei. Sebaiknya anda mampu menerangkan idea awal dan matlamat tentang kajian. Kajian dibuat bukan sebarangan atau suka-suka, sebaliknya anda mampu memberi impak terhadap hasil penulisan kajian anda.

Langkah 3:Objektif Kajian
Untuk apakah anda menulis kajian tentang tajuk itu? Ini dinamakan sebagai objektif kajian. Objektif ajian ialah bahagian yang menjelaska sebab kajian dijalankan. Anda harus dapat mejelaskan tujuan kajian dijalankan.

Langkah 4: Permasalah Kajian
Kajian bermula dengan masalah yang ingin dikaji. Anda ingin mengetahui sesuatu untuk dikongsi bersama. Permasalahan kajian merupakan bahagian yang hendak dikupas dalam kajian. Anda harus mengemukaka persoalan kajian untuk perlu dijawab dalam kajian.


Langkah 5: Skop Kajian
Ia dipanggil juga sebagai batasan kajian, limitasi kajian supaya kajian anda tidak terlalu besar dan membingungkan. Disini anda harus membataskan kajian dari segi jangka masa, kawasan kajian, isu yang hendak dikaji. Ia berkait langsung dengan menentukan tempoh, kawasan dan isu yang dikaji. Elakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.

Langkah 6: Sorotan Kajian Lepas
Bahagian ini mengkhendaki anda menerangkan kajian terdahulu berkenaan isu atau aspek yang sama/hampir sama. Ia juga mesti mempunyai kaitan dengan kajian yang bakal dijalankan. Bahagian ini memberi panduan kepada penulisan anda selanjutnya. Sebaiknya anda menggunakan sekurang-kurangnya 3-5 buah buku sebagai rujukan sama ada bahan tersebut bahan utama atau bahan sekunder, yang penting rujukan hendaklah dinyatakan sebagai sumber rujukan.

Langkah 7:Kaedah Kajian
bahagian ini menjelaskan bagaimana anda memperoleh bahan kajian/ maklumat untuk memenuhi objektif kajian/tujuan dan permasalahan kajian. Pelajar seharusnya dapat memilih kaedah yang sesuai untuk mengumpul bahan seperti kajian perpustakaan, kerja lapangan dan temu bual

Langkah 8:Pembahagian Struktur Essei
Setalah tugasan anda menghapiri penamat, tugas seterusnya ialah mengorganisasaikan pembahagian struktur essei. Ia seolah-olah anda membahagikan bab dan sub-bab supaya lebih mudah ditulis. Anda harus dapat menyusun persembahan dan penulisan kajian.

Langkah 9: Penutup
Bahagian ini selalunya pelajar boleh memberi penjalasan atau membuat rumusan perbincangan dan seterusnya membuat kesimpulan dalam esei.

Langkah 10:Rujukan/Bibliografi
Bahagian ini membicarakan kaedah menyenaraikan sumber rujukan dalam esei. Pelajar boleh menggunakan kaedah  Chicago dalam menulis rujukan. Sila buat penyelidikan untuk format tersebut






No comments:

Post a Comment