Peristiwa

Thursday, January 16, 2014

Bab 2: Pembentukan Masyarakat Islam



Bab 2: Nabi Muhammad SAW dan Pembentukan Masyarakat Islam

2.1 Latar Balakang Nabi Muhammad SAW

►Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari Isnin,12 Rabiulawal tahun Gajah

►Bapa Nabi Muhammad SAW ialah Abdullah

►Ibunya Aminah Binti Wahab

►Datuknya Abdul Mutalib

►Bapa saudaranya Abu Talib

►Ibu susunya – Suwaibah al-Aslamiyah, dan Halimah Binti Abi Zuwaib

►Semasa kecil, Rasulullah membantu bapa saudaranya

►Semasa dalam jagaan bapa saudaranya Nabi Muhammad SAW mula menunjukkan ketokohannya

►Ketika berusia 12 tahun seorang paderi memaklumkan tanda-tanda kenabian pada diri
Nabi Muhammad SAW

►Baginda berkahwin dengan Siti Khadijah ketika berusia 25 tahun

►Perkahwinan baginda dengan Siti Khadijah dikurniakan enam orang anak



Micheal Hart meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh di dunia, kedudukan di tempat pertama, bukan ke-2 atau ke-3, mengapa? klik di sini




2.2 Pencetus Keadilan

►Apabila Kaabah rosak dilanda banjir tiada sesiapa berani membaikinya

►Wahid al-Mughirah menjadi orang pertama yang bertindak berani membaiki
Kaabah – tindakannya menjadi ikutan

►Tercetus pertelingkahan untuk meletakkan Hajar al-Aswad
►Nabi Muhammad SAW bertindak bijak menyelesaikan masalah

►Nabi Muhammad SAW semakin mendapat kepercayaan


maklumat lanjut tentang hajarulaswad klik;
http://hajarulaswad-rawiyah.blogspot.com/

2.4 Pelantikan Seorang Rasul

►Wahyu pertama – Surah al- Alaq ( Ayat 1-5 ) diterima ketika Nabi Muhammad
SAW berusia 40 tahun

►Baginda cemas dan tidak memahami apa yang berlaku – Waraqah Bin Naufal
memahami peristiwa tersebut

►Wahyu kedua – Surah al- Muddathir ( Ayat 1-7 ) – Allah mengangkat baginda
menjadi rasul


Satu lagi tanda kebesaran Nabi Muhammad adalah peristiwa Israk dan Mikraj >https://www.youtube.com/watch?v=dIlHDkXj8Qg




2.5 Pembinaan Masyarakat Islam di Makkah

►Pembinaan Islam di Makkah mengambil masa 13 tahun

►Usaha menghentikan dakwah – memujuk, tawaran hadiah, seksaan

►Berpindah ke Habsyah

►Sebab penentangan kaum Quraisy
• Mengekalkan kuasa dan pengaruh
• Tiada keistimewaan kerana Islam mengutamakan keadilan sosial dan persamaan taraf
• Ingin mempertahankan warisan nenek moyang
• Takut kepada hari pembalasan
• Perasaan iri hati


2.6 Meneruskan Usaha dakwah

►Nabi Kehilangan orang tersayang iaitu isterinya Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib

►Berpindah ke Taif

►Berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj


2.7 Pembentukan Masyarakat Islam di Madinah

►Usaha dakwah orang Muhajirin dan Ansar

►Perjanjian al-Aqabah, al-Ula atau Aqabah Pertama

►Disusuli Perjanjian al-Aqabah Kedua


2.8 Hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah

►Maksud Hijrah -

►Permulaan tahun Hijrah dalam kalendar Islam

►Pengajaran Hijrah -


2.9 Konsep al-Ummah

►Maksud ummah

►Mewujudkan perpaduan

►Golongan Muhajirin dan Ansar

►Golongan munafik


2.10 Usaha Rasulullah di Madinah

►Pembinaan masjid
• Masjid pertama, masjid Nabawi
• Piagam Madinah
• Sumber perundangan Islam iaitu al-Quran, Hadis, ijma’ dan Qias

►Hubungan sosial

►Pemulihan ekonomi

►Perjanjian politik


2.11 Kewafatan nabi Muhammad SAW

►Nabi Muhammad SAW wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah dan berkesempatan mengerjakan haji yang terakhir iaitu “Haji Wada”


Ringkasan Biodata Nabi Muhammad s.a.w
28 PERKARA BIODATA RASULULLAH SAW YANG PERLU ANDA TAHU/b>

1• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
2• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
3• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
5• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
6• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
9.USIA 5 TAHUN• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
10.USIA 6 TAHUN• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
11• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.
12.USIA 8 TAHUN• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
13• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
14.USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
15• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
16.USIA 20 TAHUN • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
17• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
18.USIA 25 TAHUN• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
19• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
20• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
21• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
22.USIA 35 TAHUN • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
23• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
24• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
25.USIA 40 TAHUN • Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
26.USIA 53 TAHUN • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
27• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
28.USIA 63 TAHUN • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


Utusan Malaysia ARKIB : 07/02/2012

Sejarah Hajar Aswad


http://ms.wikipedia.org/wiki/Hajar_aswad



























Hajar aswad adalah batu syurga yang asalnya putih tetapi kini bertukar hitam.

SEBUAH batu bundar yang berwarna hitam dan berlubang, terletak di sudut timur Kaabah atau sebelah kiri Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah), tingginya sekitar 150 sentimeter, di atas tanah.

Batu ini mempunyai lingkaran sekitar 30 sentimeter dan garis tengah 10 sentimeter, lebih besar daripada lingkaran muka seseorang. Kerana itu, seseorang yang ingin mencium batu ini harus memasukkan mukanya ke dalam lubang itu.

Kepala yang besar pun dapat dimasukkan ke dalam lubang batu hitam ini. Bahagian luar batu hitam ini diikat dengan pita perak yang berkilat.

Asal dan Sejarah Hajar Aswad

Menurut banyak riwayat, antara lain daripada Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga.

Riwayat oleh Sa'id bin Jubair r.a daripada Ibnu Abbas daripada Ubay bin Ka'b r.a, menerangkan bahawa Hajar Aswad dibawa turun oleh malaikat dari langit ke dunia.

Abdullah bin Abbas juga meriwayatkan bahawa Hajar Aswad adalah batu yang berasal dari syurga, tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini. Riwayat-riwayat di atas disebutkan oleh Abu al-Walid Muhammad bin Abdullah bin Ahmad al-Azraki (M.224 H/837 M), seorang ahli sejarah dan penulis pertama sejarah Mekah.Tidak ditemukan maklumat yang jelas tentang siapa yang meletakkan Hajar Aswad itu pertama kali di tempatnya di Kaabah; apakah malaikat atau Nabi Adam a.s.

Pada mulanya Hajar Aswad tidak berwarna hitam, melainkan berwarna putih bagaikan susu dan berkilat memancarkan sinar yang cemerlang. Abdullah bin Amr bin As r.a (7 SH-65 H) menerangkan, perubahan warna Hajar Aswad daripada putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Hal yang sama diungkapkan oleh Zubair bin Qais (M. 76 H/65 M).

Dikatakannya bahawa Hajar Aswad adalah batu dunia yang berasal dari syurga yang dahulunya berwarna putih berkilauan, lalu berubah menjadi hitam kerana perbuatan keji dan kotor yang dilakukan oleh orang musyrik. Namun, kelak batu ini akan berwarna putih kembali seperti sedia kala.

Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan.

Jika Allah SWT tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya.

Pada tahun 606 M, ketika Nabi SAW berusia 35 tahun, Kaabah mengalami kebakaran besar sehingga perlu dibina kembali oleh Nabi Muhammad SAW dan kabilah-kabilah terdapat di Mekah ketika itu.

Semasa pembangunan semula itu selesai, dan Hajar Aswad hendak diletakkan kembali ke tempatnya, terjadilah perselisihan di antara kabilah-kabilah itu tentang siapa yang paling berhak untuk meletakkan batu itu di tempatnya.

Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah dari suku Makzum, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak meletakkan Hajar Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.

Ternyata orang itu adalah Muhammad yang ketika itu belum menjadi rasul. Dengan demikian, dialah yang paling berhak untuk meletakkan Hajar Aswad itu di tempatnya. Akan tetapi dengan keadilan dan kebijaksanaannya, Muhammad tidak langsung mengangkat Hajar Aswad itu.

Baginda melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada. Hajar Aswad lalu diletakkannya di tengah-tengah serban itu.

Baginda kemudian meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama-sama mengangkat serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkannya Hajar Aswad.

Muhammad sendiri memegang batu itu lalu meletakkannya di tempatnya. Tindakan Muhammad ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu.

Awalnya, Hajar Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita perak di sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada masa-masa berikutnya. Menurut Abu al-Walid Ahmad bin Muhammad al-Azraki (M. 203 H), seorang ahli sejarah kelahiran Mekah, Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad, setelah terjadi kebakaran pada Kaabah.

Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajar Aswad tetap utuh dan tidak mudah pecah. Pemasangan pita perak berikutnya dilakukan pada 189 H, ketika Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Uthmaniah (memerintah tahun 786-809 M), melakukan umrah di Masjidil Haram.

Ia memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang pengukir perak terkenal ketika itu, untuk menyempurnakan lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.

Usaha berikutnya dilakukan oleh Sultan Abdul Majid, Khalifah Uthmaniah (1225-1277 H/1839-1861 M). Pada tahun 1268 H, baginda menghadiahkan lingkaran emas untuk dililitkan pada Hajar Aswad, sebagai pengganti lingkaran pita perak yang telah hilang.

Lingkaran emas itu kemudian diganti dengan lingkaran perak oleh Sultan Abdul Aziz, Khalifah Uthmaniah (1861-1876 M). Pada 1331 H, atas perintah Sultan Muhammad Rasyad (Muhammad V, memerintah pada tahun 1909-1918), lingkaran pita perak itu diganti dengan lingkaran pita perak yang baru. Untuk menjaga dan mengekalkan keutuhannya, Hajar Aswad sering dililit dan dilingkari pita perak.

No comments:

Post a Comment